Assalamualaikum....

Salam cuti cuti sekolahh... mesti ramai gak yg masih sambung cuti hari ni agaknya.
Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki secara berjemaah bersama 
kaum keluarga ke LEGOLAND.
Dah 2 kali cuti sekolah plan ni tertangguh. Memang tak senang bila nak 
plan gather reramai ni... anyway akhirnya kali ni jejakkan kaki jugak
tu pun ada yg tertingdal dan kena tinggal hihihi.
Ada yg tak leh cuti kerja, ada yg kena gi tuisyen PMR kat sekolah kalo 
ponteng kena rotan dan ada jugak yg kena gi KPJ utk follow up case uhuhuhu.

Jadi ini jelah rombongan Cik Kiah yg dapat pergi.
Nak postpone lagi sian plak kat budak2 ni dah lama janji kann..
yg belum dapat pergi tu takpe.. Legoland tu kat Johor je punn...
esok2 balik kampung leh singgah lagi kalau ada rezeki. InsyaAllah....


Seawal kul 9 lebih dah bertolak dari kampung. Errr kul 9 tu pun tak de la awal sangat hihihihi.
Lepas En suami hantar kami di Legoland, En Suami terus ke KPJ utk appointment 
ngan Doktor. So Mama je lah temankan anak2. Dhiya & Delisha plak 
kena tinggal teman nenek kat umah. Tunggu la besar sikit nanti Mama bawak kamu2 pulak ya


Ya.. itu dia ahli rombongan dalam perjalanannn. Masuk Legoland bawak bekal
payung, air masak berbotol2 dan topi budak.
Baca review katanya panas silau dalam tu maklumla pokok belum nak tumbuh uhuhuh


Sampai2 dalam pukul 10 tu tengok tak de la ramai sangat queue kat kaunter tiket..! Lega....
mungkin sebab kotaorg pergi weekday so orang tak la sesak sangat. 
So berjaya beli tiket utk 8 orang dengan pantas!


Masuk-masuk cuaca agak redup... masa otw dalam kereta nampak macam nak hujan sebenarnya!
seb baik la hujan tak jadi..so sedang elok je redup dalam tu.
So time redup2 tu kitaorg pun ronda2 kan MINILAND dulu.
Memang sangat halus okeh karya seni kat Miniland ni.
KLCC pun ada kat Johor okehhhh.
Kagum  + geram plak tengokkk.



pakal je DSLR hantar service. Bersabar dengan camera HP je laa..
kalo tak bleh gak zoom sana zoom sini... uhuhuhu



Di ikuti posing memosing rombongan Cik Kiah hihi


Depan Miniatur Masjd Putrajaya


Ni depan Miniatur somewhere kat Indonesia. Tanah rata ke apa namanya... tak hingatt plak hihi


Yg ni depan Miniatur kat salah sebuah Masjid di dunia jugakk.. 


Miniatur kapal lanun ni memang boleh menyerang dan menembakkk.. tengok si Danish tekan buton kat 
tiang hijau tuu... si Dania pulak "oppss...!!! " Siapa yg terkena tembakkk ?!! huhuhu.
memang meriam air dia hala kat pengunjung okeh. So hati2..!!


Lagi miniatur kat Banguan Sultan Abdul Samad & KTM sebelah sungai 'KUALA LUMPUR'.


Ni Depan Miniatur bangunan kat JB.

Okehh... dah puas posing senget sana dan sini ni MINILAND.. bergerak plak untuk menaiki 
pelbagai jenis kenderaan di Legoland. Ya.. kenderaannn..!


So kitaorang bergerak ke Legoland Express untuk naik keretapi.


Tu dia semua dah naik keretapi. Masing2 posing ngan sign 'L' for LegoLand hihi.
Rasanya mmg patut naik keretapi dulu pusing Legoland. Baru nampak nak gi mana plak lepas ni.


Lepas turun keretapi berangan nak jadi Skuad bomba plak. So naik kereta Bomba.
Ada 4 skuad berlumba padamkan api. Siap bleh 'drive' keta bomba sendiri okehh! Kereta bomba kitaorang tu yg no. 2 kaler merah dari kanan tu.





Dah sampai tempat kebakaran. Berhempas pulas ahli skuad padam kan api.
Semua kena pump kat sini.. baik enjin keta bomba.. baik nak sembur air padamkan api.
So make sure yg ada muscle besar yg pump minyak dah air okehh!


Selesai tugas menyelamat.. amboi kemain ceria semuaaa puas hati hihihihi.

Next 'masukkan' budak2 ke Junior Driving School plakk. 
Kat sini ada 2 kategori... utk kanak2 umur 3-5 tahun dan  6 - 12 tahun tak silap. 
So budak split lah ke kategori masing2.



Untuk categori bawah 5 tahun... 4 keta je sekali jalan ya.. 
Tengok tu mula2 keta Dania duk belakang sekali...


Round pertama.. 1st lappp Dania masih tertinggal...


Masa round ke-2 dah potong semuaaa keta hahahaha


Tu dia orang pertama sampai ke garisan penamat. Maklumla dah selalu pau
Mama Papa RM5 naik keta letrik 15 min kan hihihi. 2 lap je pusing pun.


Danish & Atiqah plak bawak kereta kat jalan raya Legoland.
Derang ni memang betul2 kena 'sekolah'kan..
Ada 3 team. Masing2 kena tau nak pandu arah mana dan ikut lampu isyarat.


Seronokkan budak2 sekarang ni. 
Aku teringat time aku dulu kat Taman Teruntum Pahang ada benda ni.
Memang kalau jadi ahli kelab Lalu lintas kat sekolah dapat la pergi test power
kat Taman Teruntum tu hihihi

Lepas bawak keta naik paddle boat pulak.
Tapi tak pakai paddle.. pakai stereng ja haha. Ngelat kann!




Lepas naik paddle boat.. naik Helikopter plakkk.
See... macam2 kenderaan bleh naik kat sini.. laut , daratt semua ada.
Ni sebelum masuk ke balai berlepas..
cek kastam la kononnya huhu


Helikopter yg comel comellll. Jom terbangg...!!!!



Okeh... dah penat pusing sana pusing sini... air bawak 6 botol pun dah nak habisss.
Last2 sambar Tumbler Legoland ni.
Harga RM25 + soda/lemon tea.
Yang bestnya Tumbler ni lain kali boleh pakai lagi kat Legoland.
Boleh refill air Soda/Lemon Tea  RM3 per refill.
Slushie RM5 per refill.
Kalau nak tau kitaorg refill sampai 6 kali!! amek kauuu!!!


Ok..  ada plak show kul 12:30 tghari. So berenti tengok Magic Show kejap.


Habis tengok Magic Show kitaorg keluar gi lunch.
Keluar means keluar dari gate Legoland ke kawasan kedai2 makan,
Kita akan dibenarkan keluar sekali sahaja dengan satu cop mohor di tangan.


Lunch beramai2 di Chicken Rice Shop


Lepas makan masuk balik Legoland. Sempat bergambar dengan maskot 'Kawan baek ku, Maybank' hehehehe. Maybank please always be good to me okehh!!!


Perut dah kenyangg.. hari pun makin panas terikk.. so berenti Solat dulu.
Kalau nampak Awek bertudung biru & anaknya berbaju Melayu tu tau lah ada surau dekat2 situ.


Seterusnya perjalanan diteruskannn... apa ke benda nama ni.. ala yg macam cawan2 tu.
tapi serius laju wehh!!


Enjoyedd..!!!

Okey ni satu lagi tarikan yg sangat2 bestt..!!
Rasanya aku pun tak pernah naik di mana2 lagii. Queue agak panjang di sini uhuhuh


Kapal ala space ship ni nanti akan berpusing dengan laju. Silap2 kena tembak ngan air dari luar kalau ada pengunjung lain yg rajin tekan2 sebab buton tu kat luar. So tadah je la hihihi



Ok.. next LEGO Kingdom.


Kat sini kitaorang naik Dragon Coaster. Tapi tak dapat snap sebab semua orang naik.
dania menangis2 sekali dragon tu 'terjun dan terbang'.
Kena peluk ngan Mamanya kuat2 baru senyap hihihi.


Kat sini ride kuda ni paling budak2 ni suka sekali. 
Di sebabkan queue tak ramai memang berkali2 lah derang naik hahahaha


Kuda LEGO tu memang jalan tertonggek2 macam kuda okehh


Sempat naik Menara ala menara  Taming Sari kat Legoland ni.


Ok.. ni antara tempat untuk Refill air dalam Tumbler Legoland tadi.
Terasa sungguh kenit makcik di kaki zirap nih huhuhuh


last attraction yg kitaorg naik Splash Boat.. memang turun2 basahh baju sebadann!!!


Ada Body Dryer RM10 muat masuk 6 orangg.
Kalo sayang duit jemurjelah diri sendiri kat mataharii..
kalo tak perah2.. masuk dalam keta balik umah terus hihihi

So itulah yg sempat kami naik di Legoland kali ni.
Banyak lagi yg tak sempat join .. maybe next time.
Itu pun puas & enjoy budak2 ni main.
Memang sangat2 berbaloi utk kanak2 sekolah rendah sebab almost attraction 
derang cukup ketinggian dan boleh naik.

InsyaAllah ada rezeki nak jejak lagi..!!!!

8 sweet comments:

Hirda Ibrahim said...

nice review.
eh camera phone pun pix clear jugak tu ko.
part redup & takde org tu mak suka bc. Part panas terik and nk queue panjang tu yg lemah dgr.

Kami jugak tak sampai2 lg sana. dok 'nantilah.. nantilah.. nantilah" sampai sudah x pi2.

lieyalatif said...

I is jelly youuuu!!! Aku org johor ni pun x sampai2 lagi hah....name je selalu balik johor kan heheheheh...nanti laa one fine day aku bawak anak2 aku dtg jln2 sini...

Bagus entry ko beb...kalo aku pi sane nanti leh refer blog ko....

*∽ IZAN ∽* said...

Re Hirda : Tu laa... mendung takut hujan.. panas takut tak tahan terbakarrr.. kena pandai plan la bila nak jejak attraction yg terbuka or berbumbung. Tapi kalau dah sampai sana sure lupa dah panas terik budak2 ni hihihihi

So far pergi weekday sbb attraction dia pun agak banyak so tak de la queue panjang sangattt.. kira puas la round tak macam gi kidszania... pergi time cuti sekolah pun dapat jejak 4-5 attraction je.. selebihnya penat beratur huhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya : ahahaha..! aku pahamm.. sebab kat Johor yg tak jejak2 tu.. aku ni sebb dah berjanji ngan budak2 & anak2 sedara tu yg kuat gak nak pergi. Nanti dia nak buat waterpark jugak dalam tu InsyaAllah bulan 10 ni siap.

tak pe Lieya.. tak kemana Legoland tuu.. bila2 je bleh jejakk ;)

ieda immi said...

bestnyaaaaaa

x terkata dah !

Dee said...

salam sis..dee baru je pergi last friday..legoland mmg best..air tu i tak beli pun sbb tak tau boleh refill..hahaha..

yg water wave ke apa ntah..my kids naik 5 kali okeh..hahaha..

salam kenal ye..

Cho Zila said...

best sesangatkan .. akakpun kalau diizinkan Allah ingin sangat nak jejak ke sini lagi dan lagi.. memang sangat berbaloi walaupun tiket mahal...

ambrynaa said...

Bestnyaaaaaa... Nak pegi jugaakkkk.