Assalamualaikumm...

Akhirnya Set Ibu Bersalin pilihan sampai juga ke tangan.
Seperti berpantangkan Dania dulu, aku ambil set Leesa jugak
jadi kali ni aku mantain pakai produk yang sama sebab masa
pakai dulu dah rasa serasi.

Kali ni aku pilih Set Ibu Bersalin Leesa PREMIUM.
Means full setlah..  dulu aku beli set A & tungku herba je
sebab bengkung dah beli lain. 
Tapi bila google online jumpa website ni :
yang menawarkan harga yang sangat2 berpatutan..
jadi terus ambil set Premium sebab dah lebih kurang 
sama harga kalau ambik Leesa Set A + Pek Tungku Herba x2
kat luar...


Okeh bila zoom lagi, Leesa Confine Mum PREMIUM
ni mengandungi produk seperti berikut :


PREMIUM PRODUK: 
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- Pek Tungku herba x2
8-  Bengkung Correctuer 

 Dan cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan 
termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha 
sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari 
bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi
 untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan 
setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.


Selain tu aku top up kan dengan D'N~ Hans GOLD. Hari tu dah beli
sekotak.. ni tambah lagi sekotak sebab dapat harga lagi murah 
kat kedaijamuwanita2u compare beli kat kedai luar.

Keistimewaan :
* AntiKedut/Penuaan
* Menghaluskan Kulit

* Meningkatkan daya pencerahan kulit
* Mengatasi masalah wajah
* Mengimbangi berat badan
* Meningkatkan daya penghadaman
* Pembongkaran toksid
* Meningkatkan sistem imunisasi badan dan peningkatan sistem dalaman.
* Meningkatkan stamina
* Meningkatkan daya ingatan
* Mengatasi masalah kesukaran tidur
* Masalah luka luaran/dalaman
* Masalah kuku dan tumit pecah
* Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
* Baik untuk wanita bersalin.

Cara Penggunaan : Untuk kesan cemerlang, pada waktu pagi 30 minit sebelum sarapan, curahkan satu sachet ke dalam mulut dan minum segelas air atau jus buah-buahan. – Anda digalakkan meminum air LEBIH banyak dari biasa, untuk mendapatkan kesan yang maksimum. 

Sebelum ni pun setiap kali berpantang memang aku akan stand by
D'N ~ Hans sekotak dua dan terus makan sejak hari pertama/kedua selepas bersalin.
Kalau baby kena jaundice pun boleh continue makan sebab 
ramuan bahannya tidak panas. Moga-moga membantu ibu yang baru bersalin 
di pertengahan usia  ni agar "Kelihatan muda, rasa muda, jadi muda..." 
bak slogan nyerr he he he


Untuk mandian herba, kalau dulu berpantang kat kampung Emak akan 
carikan daun-daun untuk rebusan mandi antaranya daun serai wangi,
daun senduduk, daun sirih etc. Untuk mandi pagi petang Emak akan rebuskan 
daun2 ni dan di gunakan untuk bertangas 15 min sebelum di buat mandian.
Memang sangat menyegarkan.
Tapi kat sini manalah nak cari daun2 tu kann.. kalau nak suh derang bawak dari 
kampung confirm layu sebelum waktunya.. so kali ni aku ambil 
Rempah Mandi Mak Dara yang boleh di gunakan untuk bertangas.
Juga boleh di dapati dari 
Boleh order online.. tapi kitaorang terus beli ngan tokey kedai,
K.Roha sebab takut tak sempat kalu nak tunggu di poss ehehehhee.

Plus  Losyen pati Halia + Limau.
Bau dia memang sedappp lahh.. harummm!!! ni boleh sapu2
kat mana2 bahagian badan elak angin masuk.
Dalam leesa formula pun dah ada.. tapi top up takut
tak cukup uhuhuhuu.


Aha... model ni pun sibuk nak bergambar jugakkk.!. ehehehehe.
Sekali tengok muka Dania rasa.. dah nak jadi 'Kakak' rupannya anak dara ku ini huhu.

Last but not least.. terima kasih kepada En Hubby kerana menyeponsor 
set ibu bersalin kali ni demi memastikan
isteri tersayang kembali sihat, jelita dan bertenaga..!!! *statement tak bleh blah*
Owhh.. besar tanggung jawab dinda nih ehehehehehhe.

Anyway itu jelah sedikit sebanyak Info yang hendak di kongsikan yekkk..
AL kisahhhh
Assalamualaikum.....

Ahaa... hari ni genap 39 minggu baby dalam perut. 
so far tak de tanda-tanda lagi baby nak keluar huhu....
makanya aku pun dengan rajinnya selongkar balik beg
yang dah prepare untuk di bawa ke Hospital.

Jom zoom apa ada dalam beg.
Kuantiti adalah untuk menginap 2D1N kat spital he he
*macam gi bercuti pulak ha ha!*

Bag Baby :


1. Baju sambut baby ~ 3 pasang 
2. Sarung tangan & kaki ~ 2 pasang
3. Topi kepala baby ~ sehelai
4. Kain lampin ~ 2 helai
5. Selimut baby/kain bedung baby ~ 1 helai
6. Kain barut baby ~ 2 helai
7. Tuala baby ~ 1 helai
8. Sapu tangan ~ 2 helai
9. Wet tissue ~ 2 pek
10. Diapers ~ 7 pcs
11. Travel toilet baby ~ 1 set
12. Baby oil ~ 1 botol
13. Botol susu ~ 1 *standby just in case*
14. Breast Pump set : Ni pun standby je. Selalunya the first 2 days tu
baby harap pada colostrum ibu je*
15. Senaskah Surah Yasin

TIPS :
Seboleh2nya baju berbutang tengah lebih mudah di pakai oleh 
baby dalam hari. Maklum la baby 'halus' lagi huhu.


Bag Mama :


1. Baju tidur & Baju balik ~ 2 helai
*Biasanya kat hospital pakai baju spital jek*
2. Kain batik ~ 2 helai
3. Tudung balik ~ 1 helai
4. Pakaian dalam ~ 3 salin
5. Tuala mandi ~ 1 helai
6. Tuala muka ~ 1 helai
7. Baju sejuk ~ 1 helai
8. Stokin ~ Sepasang
9. Selipar ~ sepasang
10. Pad bersalin Madame ~ 7 keping
10. Toileteris (Pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, cotton bud, pencuci dettol)
11. Strap getah pinggang *ganti bengkung sementara untuk jaga peranakan lepas bersalin*
12. Air zam-zam/air selusuh & Kurma ( sekali untuk bertahnik)
13. Getah rambut
14. Minyak serai wangi *untuk sapu kat kaki lepas bersalin*
15. Losyen pati halia  * sapu kat dahi ganti pilis sementara*
14. Charger hand phone. 
* untuk surf internet, FB, Blog ketika
waktu senggang menanti kelahiran or selepas kelahiran*

Dokumen :
1. IC
2. Kad booking Hospital
3. Kad check up baby

Okehh.. bag Mama & Baby dah siapp..!! 

Kalau tengok Pregnancy tickers aku pun memang 
dah atas pagar je nih... ! 


Berdebar + excited... uhuhuhuhu!


Bibik pun dah sampai... Mak, Abah & Mak Long pun dah 
beli tiket hari Selasa ni datangg..!
Ramai yang temankan aku berpantang kat Puchong kali ni he he

Okeh Baby, Mama dah ready anytime je nih tauu..! uhuhuhu

 Assalamualaikumm...

Ahaa... Gambar Dania berphotoshoot gediks ala Princess 
sudah siap hehe. Ambik kat booth Smart Kids yg selalu 
leh jumpa kat shopping2 mall.

Dulu danish umur < 2 tahun pun pernah buat photoshoot kat situ.
Masa tu harga yang sama leh shoot 2-3 costume..
sekarang harga sama leh shoot untuk 1 Costume jekk! uhuhuh

Sementelah Dania asyik request baju ala2 princess lately,
terserempak je booth ni masa nak gi Dinner kat Seould Garden@IOI
ari tuh terus layan Dania Photoshoot sekali hehehehehe.

Apalagi .. bercahaya bling bling bling terus air muka Dania
kegembiraan kerana di nobatkan menjadi Princess..!! 
Ehehehehehhe
Nasib laa.. dapat anak dara cenggitu lah gaya nyer..!

Meh ku tepek sket gambar2nya..
Jom layannnnnnnnnnn.........


Olololo.. anak dara Mama sorang nihh...
dah anak dara... nampaknya gambar kat banner blog atas tu dah 
nak kena tukar sudaaa... uhuhuhuhuhu



Pandai jugak posing rupanyer ehehehehehe.
Sungguh tak ku sangka.. ngahahahaha!


Gambar ni dapat FREE laminated printed saiz 9"


Princess of the day..

Balik photoshoot tu siap tanya mana baju princess dia..?
Ehehehehe... tu baju 'sewa' sekejap la sayangg.. tak leh 
bawak balikkk ehehehehehehe

Al-kisahh...!!

P/s: Hari ni last day kerja sebelum company year end shutdown 
sempena Krismas start next week uhuhuhu. Kira aku terus 
sambung maternity je lah  ni he he. Bibik pun dah sampai Alhamdulillahh...
semalam pergi pick up kat LCCT.

"Ya Allah.. sebagaimana kau 'pertemukan' kami, serasikanlah hati kami. 
Jadikan jiwanya penyayang kepada ahli keluarga kami terutamanya anak-anak kami. 
Lindungilah kami dari segala kejahatan dan hasutan syaitan yang direjam... Aminn ya Rabbal Alamin....""

21 DIS. 2011: Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd. Nor menunjukkan wang kertas baru Malaysia yang akan dikeluarkan mulai Julai tahun depan, pada majlis pengenalan wang itu di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Wah.. bling bling blinggg!! Siap ada kaler kuning untuk Mata wang bernilai RM20.
Zaman dolu dolu kaler coklat kat...? kalau susun semua dah macam kaler pelangii ehehehhe
Assalamualaikumm...

Ahaa... dah hujung-hujung ni dapur aku kat rumah dah kurang berasapp..
bak kata Abang " Perut wife dah berlaga dengan dapur" huhuhuhuh.
Sekarang ni pun gi kerja balik kerja Abang yang ambik.. 
dah tak bagi aku drive. Kadang Abang balik kerja terus ambik
budak-budak dulu, ambik aku kat Ofis terus lajak gi makan kat kedaii..

Ahaa.. lately plak setelah semakin byk kompeni & staffnya
berhijrah ke Cyberjaya, malam-malam makin meriah 
dengan kedai-kedai makan...! Bersepah2 dah especially 
area2 DOMAIN tuh.

Dulu masa kedai2 makan (kedai nasi campur) tu start
bertambah, kalau pergi malam pun tutup.. yang buka 
cuma kedai2 mamak.. tapi sekarang ni aku rasa lebih dari 10
kedai makan/restaurant buka pada waktu malam..
antaranya
Restoran Mat Ayam Kampung, Restoran Dapur Kami,
Restoran Mak Teh (Dah tukar nama baru tapi tak hingat namanya).
Frutti Tutti, Little Penang, 'Kedai Mamak' ada 4 buah, 
Hailam Kopitiam, Restoran Arab ada 2-3 buah... dan lain2
yang aku tak ingat semuanya..  pendek kata memang meriah laa..
tu kat area DOMAIN sahaja tauuu..! Depan je dengan Ofis aku tu huhuhuh.


So kelmarin, lepas pick up aku Abang terus pusing ke Domain dan berhenti 
kat satu Restoran ARAB ~ SANA'A RESTAURANT.
Teringat tahun lepas masa mula-mula nak pindah kerja kat Cyberjaya..
sebulan dua sebelum pindah kerja Abang dengar pasal kat Cyberjaya
ada Restoran Arab best... 
So satu malam tu kitaorg pergi la test cari Restoran Arab kat Cyberjaya ni.
Banyak sebenarnya restoran Arab @ Timur tengah kat Cyberjaya nih.
Bila cari thru GPS@Garmin , SANA'A ni lah yg appear so ni lah restoran Arab 
pertama yg kitaorg jejakk.. not bad jugak makan kat situ.. sedapp!
Later on baru tau rupanya Restoran yg di maksudkan ialah 
Restoran SABA. Lepas tu baru kitaorg try gi SABA pulak uhuhuh

So kelmarin pergi lagi SANA'A ni..
Macam biasa order Kabshah Chicken & Mandi Chicken.
Kat SANA'A ni dia bagi sambal pedas dia & sup.
Kalau kat SABA dia kasi sambal & kuah sayur ala kari gitu.



Memang sedapp la kannn.. nasinya lembut, kalau masuk ke tekak
tak terasa sangkut pun walopon di makan begitu sahaja ehehheh.
Ayamnya memang kalo masuk mulut, keluar tinggal tulang je..
memang empukk sungguh!!

   
Danish yg excited


Dania pun suka sangat makan nasi Arab. 
Tak yah paksa2 suh makan memang boleh habis sepinggan..!!



Ahaa.. makanan ringan ni Abang kata, masa singgah Mart Pak Arab 
kat sebelah tu beli jajan derang, tokey kedai kasi FREE jajan Arab ni 
kat Dania.. berkenan tengok Dania.. ngahahahahah..!!


Ahaaa... semalam pulak balik kerja masuk kereta tengok ada 
jagung.. tanya mana dapat jagung ni..
Abang kata kirim kat ofis-mate yg baru balik dari Cameron Highland!!
Waaaaaaaaaaaa... bersinar-sinar terus mataa... ehehheh
Aku memang HANTU JAGUNG. Dapat pulak
jagung Cameron.. memang terBAEKKKKK lahh!!!
Abang kata saje tak nak bagitau awal takut aku tertunggu2 nanti ehehhe.
Balik terus rebus.. bakar skett.. memanggg marvellousss..!!!

Terima kasih Abang..!! muah muahhh muahhh!!
Assalamualaikumm..
Ahaa.. baru sempat nak menghadpet...
lagi dah nak maternity ni lagi busy plak nak menyettle apa-apa 
yang patut uhuhuhuhuhu.

Weekend lepas pun Alhamdulillah.... 
dapat settle kan beberapa perkara yang tertangguhhh.;
Yang paling utama ialah pemilihan 
Kindergarten untuk Dania Aliesya uhuhuhuhu

2 tahun lepas masa carikan Kindergarten untuk Danish memang
aim English Medium Islamic Kindergarten..
malangnya waktu tu tak ada kat area-area rumah aku...
so hantar ke KRISTA.

Tapi KRISTA pun alhamdullilahhh..
sangat bagus syllibusnya dan aku & Abang 
berbangga dengan pencapaian akademik Danish..
Cuma tahun ni ada 2 kindergarten Islamic English Medium 
yang dah available kat taman perumahan aku..
BBIM & Little Caliph

Dan setelah survey, kami decide untuk hantar ke
Little Caliph.. Alhamdulillahhh..!
Dania pun tampak gembira & seronok bila datang sini..
aku & Abang pun berpuas hati dengan penerangan dari 
pemilik Little Caliph. So terus register dan CONFIRM 
Dania akan bersolah kat sini tahun 2012... ;)


Okeh settle gi Register Dania, terus gi Klinik Check up Baby. Genap 38 minggu
Ahad lepas tu sambil ambik result check air gula minggu lepas gara-gara
aku naik 3 KG dalam masa 2 minggu..!! Alhamdulillah.. keputusan normal,
dan berat aku minggu ni tak berubah dari 2 minggu lepas..statik di 71kg.
pulak dahh ehehehhe. Setiap kali check up mesti Doc komen,
aktif betul baby dalam perut nih uhuhuhuhuhu.
Anggaran berat baby pun dah cecah 3.25kg uhuhuhuhuhu

So kira memang tinggal tunggu hari je lah ni..
Orang kata bila berat statik dan sembap kaki surut maksudnya
dah makin dekat nak bersalinn.. jeng jeng jeng..!! suspennnn huhuhuhu!

So apa2 nak buat minggu ni la lastt..
gagahkan jugak me'round' walaupun dengan
speed aku berjalan < 2 Km per hour ha ha.
minggu depan masuk 39 minggu 
memang dah 'atas pagar' betull uhuhuhu

Baby 38 weeks in my tummy

Settle check up.. terus gi IOI.
Gi ambik gambar Dania yg berangan jadi princess hari tu kann..
*nanti update next entry*
Lepas tu jejak SenQ. Danish bising suh buh aircond dalam bilik dia..
adoyaiii.... di sebabkan nak terima orang baru 
terpaksa lah settle kan juga permintaan Danishh..
kalo tak mau berkampung la 2 beradik tu dalam bilik
kitaorangg.. sesakk! hahahaha


Time2 camni kipas hall pun buat hal. Tau je abes waranty kann.. 
dia still pusing.. tapi max speed dia 1 jekk uhuhuhuhuhh...


Kompem dah apa nak beli..


Lepas settle beli apa yg nak gi lunchh..
Budak-budak request KFC.. tapi penuh! dan queue panjanggg.
last-last gi McD sebab ada playground uhuhuhuh.

Aku cam biasala... Prosperity Burger rembatan kali ke-3 
sebelum bersalin ngahahahhahaa!


Lepas makan & main playground,
pau Papanya naik Merry Go Round plakk.. uhuhuhu 


Aku kata layankan jelahhh.. nanti aku pantang 
takut derang pun ikut 'berpantang' kann uhuhuhuhu

Settle urusan kat IOI, singgah butik barangan baby kat Twin Baby.
Baru bukak gak kedai ni..... 3 tingkat dekat ngan Tesco Puchong tu.
Cariklah barang sket-sket sebagai persiapan terakhir uhuhuhuh


Orang lain over excited.


Top up barang baby skettt huhuhu


Singgah Giant gi beli D'N Hans. Ada kedai jual jamu2 & herba kat situ.
Hi Goat aku pun dah habiss.. top up stok baru.. termasuk la
kosmetik ku yg dah habis gakk.. top up mana2 yang patut uhuhuhu.

Selalunya memang aku ambik D'N Hans masa pantang Danish & Dania
sementelah dalam pantang tu kadang budak2 kena kuning 
nak makan jamu ke kapsul bersalin tak boleh takut panas kann..
so biasanya aku akan standby D'N Hans tu dan terus makan dari 
hari pertama sebab dia makanan kesihatan berasaskan tumbuhan
so tak panas...

Rupanya dah lama tak beli, D'N Hans pun dah berwajah baruu..
rega naik okehh! Dulu 25 sachet RM128.
Sekarang 15 sachet RM89 uhuhuhuhu.

Untuk set bersalin InsyaAllah akan pakai Leesa Formula.
Pantang Dania pun pakai Leesa Formulaa..
Suka tungku herba & teh mas cotet nya..
Tunggu Abang je belikan uhuhuhuh


Satu lagi.. ahaaa.. time pantang biasa aku akan standby
 stoking panjang paras lutut... mane lagi kalau tak kat Sox World. 
Sepasang RM19.90. Memang sedap pakai stoking penuh 
time pantang uhuhuhuhu


Gi Giant sempat rembat DURIAN. Promo Durian kampung
5 paket RM10 ahahahahhaa. Lepas tu terus balik umahhh..


Minum petanggg sambil layan TV. Durian 5 pek habiss licin ..! haha
Aku plak request cendol.. buh durian tu dalam cendol siapp..! nyumm nyumm!!!


Kenyangg terus Abang mulakan operasi tukar kipas...
Aircond kena tunggu contractor datang pasang & wiring huhu.


2 beradik yang sibuk jadi assistant..


Penyudahnya kotak tu jadi "TELUR"...


Masuk dalam "telur" untuk mengeram pastu menetasss..!! ahahahha


Danish " Mama.. tengok kitaorangg... TEAM WORK!"
hehehehehehe.. bagus baguss!!


Papa gigih pasang kipas baruuu


Okeh dah siapp... test power skett..!

Sebenarnya salah satu agenda hari ni jugak gi ambik Bibik yang patutnya
sampai kat Airport.. tapi ada problem plak kat imigresen Indon...

Nanti lah aku share kat next entryy.. since kitaorang pun tak amek ikut agen,
kira uruskan sendiri dan ambik kenalan bibik kepada kenalan.. huhuhuh

Apapun... Alhamdulillah.. dah banyak benda settle minggu ni..
Lebih bersedia untuk terima orang baru dahhh...
Baby... Mama Papa Abang & Kakak tunggu kedatangan baby tauu..!! 
Jangan nakal-nakal dan semoga semuanya berjalan lancarr... aminnn...!!!

Assalamualaikumm...

Selamat berhujung minggu semua...
Ahaa.. 2-3 hari lepas dapat surat dari Bank Rakyat
berkenaan permohonan Syer yang pernah di buat pada bulan April 2011
ketika Bank Rakyat mengisytiharkan tambahan peruntukan 
belian Saham bernilai 1 Billion RM

Masa tu ramai lah berpusu2 ke Bank Rakyat buat permohonan
termasuk lah aku.

Masa tu apply ikut berapa ada dalam simpanan ASB.
Tak banyak pun ehehehehehehe.
Ingatkan sebulan terus dapat reply dan terus transfer je dari ASB
 ke Bank Rakyat tapi tunggu punya tunggu senyap je
so ingatkan permohonan dah tak approve dah uhuhuhu.


Berdasarkan surat yang di terima baru-baru ini bertajuk :
"Tawaran Tambahan Modal Syer / Pembelian Syer Baru"
nampaknya 
permohonan aku telah di luluskan.. dan adalah sedikit peruntukan 
nilai jika aku berminat untuk membeli Syer Bank Rakyat ni.
Dividen tertinggi Bank Rakyat yang pernah di isytiharkan 
mencecah 15%..!! Sama tinggi de.ngan Dividen KPF tuhh!
Tempoh untuk membuat bayaran ialah bermula
15hb Disember sehingga 31 January 2012.

Nilai syer sedia ada tu ialah syer on the spot untuk menjadi ahli 
pada hari buat permohonan untuk tambah nilai Syer tempohari huhu.


Rupanya ada orang yg dapat surat tawaran ni lebih awal...
Diaorang ni ada yg dah apply seawal tahun 2008 lagi.
Kiranya lebihan dari batch diarorang ni yg dapat tempias
utk yang apply Bulan April tu kott.. uhuhuhu

So kepada kawan-kawan yang dah dapat surat dari Bank rakyat ni 
boleh la sama2 menabung dalm syer bank rakyat pulak yekk..
kena pulak hujung2 tahun ni .. ramai yang dapat bonus kan.

Kitaorg ni kena pandai la pusing sana sini.. 
Maklumlah nak terima orang baruu.. banyak jugak nak pakai modal 
ni uhuhuhuhuhu

Anyway, selamat menabung...!!
Assalamualaikumm....

Ahaaa... update dari kisah Bufday Papa tempohari hehe.
Eh... berkali-kali ke celebrate nih..? ngahhahahaha
Weekend ari tu Pre-celebrate kat Tony Roma's..
On the date 5hb tu (Isnin) baru sempat cari kan Kek.. 
tu pun sebab aku yg beriya2 nak drive sendiri gi kerja.
Ketegak betul Mak Yong yg dah sarat ni kannn..! uhuhuhuhu.
So balik kerja bleh la melencong gi Kedai Kek uhuhuhuh


Ahaa.. cam biasa.. mesti ada orang 'take over' takhta bufday guy ehehehehe

Happy Bufday Abang@Papa..! We Love you so muchhhh!!!

Tengok orang lain yang 'busy' dengan kek tu eheheheh


Danish dah dapat secolettt.!! eekkekekek


Lepas maghrib kitaorang gi Dinner kat Restoran Arab, SABA@ Cyberjaya.
Aku pun balik dah agak lewatt.. nak masak memang tak sempat sudahh.. huhuhu


Ni menu Abang order.. sedap gakk.. pedas-pedas gituhh.. apatah namanyaa


Sedang menjamu selera....


Mak Yong pun sibuk mentekedaghah di saat-saat akhirr ekekekek


Order 2-3 menu je.. tapi jenuh nak habis kann.. 
quantiti dia banyakkk uhuhuhuhu

Ahaaa.. bufday Abang kali ni aku tak sempat nak carikan apa-apa.
Maklumlahh... dah kena ada driver..  pergerakan aku pun dah terbatasss..
Bila tanya Abang nak apa.. Abang pun tak tau nak apa..
tak payah katernye uhuhuhuhuhu

Last-last aku yang keluar tanduk sendiri.. ngehehehehe
So last week aku ajak Abang pergi balik kedai gadget HP yang
kitaorang pergi last 2 weekss...
dan setelah  Abang di racun-racun.....
akhirnya satu kotak Smartphone di bukaa..!! 
Jeng jeng jengg...!!
Kat sini kalau 'buka seal kotak'
Once OPENED, consider SOLD uhuhuhuhu


Abang tengah test power.. Dania merengek apa ntahh...
baru bangun tidur anak dara sorang nihhh....


Zoom dekat sikittt... Danish yang tumpang sibukk gakkk


Sempat main Angry Bird kat PC sebelahhh


Ahaaa.. tu diaaa... 'toys' baru hadiah Bufday untuk Abang...!
Tengok 'jelingan maut' Danishhh! eeekekekekekek
Kompem la seminggu pertama dia je yg peganggg 


Zoom sket lagiii... lebar senyum kekanda I eheheheh.


Taraaa..... Samsung Galaxy Notes untuk suami terchenta...!!
Happy bufday yek Abangg... moga gembira dengan 
gadget baru nih.. Luv you so muchhh!!!
Muahh muahhh muahhhhh..!!!


Gandingan baru Samsung Galaxy Notes & Samsung Galaxy SII .
Memang puas hati dengan saiz screen dia kalau nak browse internet.
Both using Android. Lepas ni senang la apa2 setting aku tanya Abang je..
ngahahahaha..!! Tu sebenarnya penguat aku nak suh Abang pakai
Samsung Galaxy jugakkk hheheheheheh


Ahaaa.. ni 3 generasi SmartPhone Samsung kat umah..
Sebenarnya ada satu lagi HP Samsung lama kat umah tu..
lupa nak masukkan sekali ehehhehe. HP lipat aku beli tahun 2006..
ada lagi kat umah wat spare...

Kalau susun memang nampak makin lama makin besar skrin HP nih eheheh
Samsung Galaxy Notes (5.3 inc), Samsung Galaxy SII (4.3 inc) & 
Samsung Omnia II (3.7 inc) huhu

Seb baik S Galaxy Notes muat masuk poket seluar kerja Abangg uhuhuhu.
Kalau tak silap2 kang dapat kat aku balikk...
Al-kisahh.....