Assalamualaikum...

Ahaa.. mesti ramai lagi yg masih mood beraya ni ehehehe.
Ni pun wat short update perjalanan balik kampung sebelum raya..

Kitaorg gerak Sabtu pagi dari rumah.. elok je kuar rumah
Abang perasan tayar keta cam tak bestt.. huhu.
Gi kedai berdekatan tetengok ada paku melekat kat tayar uhuhuhuhu.
Aku sedap je lenjan sehari sebelum nya.. tak perasan la plakk ha ha


Terus pomen tampal.. so perjalanan di teruskan...


Dania suka sangat buat pose nih.


Dalam keta tak duk diam.. sibuk nak mengetest baju raya hua hua hua


Nak kasi dia diam kena la pasang DVD Kartun. Standby la banyak-banyakk..
Yg ni je confirm leh kasi diam ni . beratus-ratus kali ulang tayang sampai nak muntah uhuhuhu


Kerusi tengah kosong di bantainye melekap atas barang2 dan
bag balik kampung kat belakang.. sabor je laa..


Seb baik perjalanan smooth je walopon gerak dah kul 9 am ++.

Keluar TOL Kulai singgah TESCO masuk balik Senai Utara,
try highway yang baru siap nih ~ Senai  - Desaru Expressway.
Tak banyak kereta lalu sini... kira terus merentas sungai Johor
dan Teluk Sengat tuh.. tak yah lalu Kota Tinggi sudah.



Wah lepas ni naik la area2 Desaru & Penawar..
Aku tengok Restoran Fast Food pun dah start buka kat sana uhuhuh.
Oh ya.. kat Bandar Mas ni ada satu kedai kerepek.
Banyak gak variasi nya. Dulu kalo nak beli kerepek on the way balik singgah Parit Raja.
Sekarang ni beli kat Bandar Mas tu jek.. uhuhu



Yang best nya.. ada la beberapa KM highway ni 2 way.. dan bukan sehala..!
La... macam jalan negeri plakk.. Abang kata ni la satu2nya highway
yang dia pernah jumpa 2 lane, 2 hala.. uhuhuhu


Seb baik nak naik bridge tu dah buat 4 lane balik.
So consider bila2 bila keta dah banyak lalu sini derang leh la tambah
lane kat part yg 2 lane 2 way tu tadi uhuhuh.


Dari Kulai kena RM 11 jugak la keluar kat Bandar Penawar.
So lepas ni ada la alternatif lain kalo tak nak harung jem..

Kul 5 petang kitaorang dah sampai.
Mak & kakak ipar ku sedang shopping di KT.

Sempat aku buatkan DORIA seperti yg di request ehehehe.
Gara-gara aku yg mengidam DORIA ni masa bulan posa dan post kat FB 
hasil air tangan pertama ha ha!
Juadah berbuka posa eheheheh


Buat satu bekas besar..


Licin..!! Ahahahaha..! okeh lain kali leh buat lagii. 
Sekian update perjalanan balik kampung sempena raya eheheh

5 sweet comments:

~izan~ said...

Doria tu apa izan? alahai tak tahu la plak..tp nmpk sedap tu... bestnyer dpt merakamkan saat2 balik kampung.yg bestnyer tgk si anak sempat lg test baju dlm keta hihi

*∽ IZAN ∽* said...

Doria tu macam Macaroni Gratin ~ cuma DORIA base guna nasi. Pas tu atas macaroni/nasi tu buh cheese sesuka hati & bakar..! nyum nyum!!. Izan first time makan pun masa zaman belajar dulu.. tetiba teringin.. terpaksala cari resepi buat sendiri uhuhuh.

sape suka cheese ni mmg terbaek lah.. eheheheh

pening tengok anak tak duk diam dalam keta.. uhuhuhu

eelobor said...

bukan modd raya pun, tapi nak cari mood untuk update entri baru & BW agak susah sket. kenapa lah dah boring main blog nie. aktif kat fb jer lah

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor : Ahaaa.. cuti raya lama tak berblogging... memang lambat la enjin nak panas balik.. uhuhuh

Nida n' Hanafi said...

Tak sabarnya nak lalu highway tu... lepas ni pun Nida senang ler nak balik kampung, dari rumah mak di Masai terus ke rumah atuk di Pengerang... yeeehhhhhaaaaaa