Assalamualaikum..
Dalam blur-blur plan sempena cuti sekolah tak sangka aktivity
berCAMPING di Bagan Lalang menjadi pilihan dan kenyataan!
Punya lah last minit punya planning walaupun start berangan dah 2-3 bulan lepas!
Mana taknya, esok nak pergi, malam ni baru sibuk beli Khemah bagai! ha ha!
Apapun, percutian Ad-Hoc kali ni secara jujurnya aku rasakan yang terBAEK
selepas berumah tangga meskipun bukan menginap di hotel 5 bintang dgn dinner
room service! Macamana nak cakap ekk... suasana bercamping tu sendiri,
duk tepi pantai, dengan di buai angin laut, desiran bunyi ombak... langit biru..
fuhh......Memang yang TERBAEK! dan InsyaAllah akan jadi acara tahunan
lepas nihh! Ehehehehe

Sebenarnya aku pun gemarkan aktiviti lasak bercamping nih. Kali terakhir
zaman sekolah masa kem bina insan Form 5 & ketika
kem latihan Kadet Laut. Lepas habis sekolah pernah sekali aku
join program Rakan Muda Rekreasi bercamping 3 malam 2 hari sebelum
melanjutkan pelajaran. Lepas further study tak merasa dahh..
kat Jepun kalau join Club2 rekreasi kat U macam ni barang kali banyak
di hiasi dengan acara 'minum-minum' pada malam hari..
itu menyebabkan aku memilih untuk buat part time je mengisi masa lapang
sambil kumpul duit pergi jenjalan ngan geng2 dari join
kelab kat U.. uhuhuhu. Dan Camping kali ni adalah yang ke sekian kalinya
setelah 16 tahunn!!!

Okeh... Jom zoom gambar......!! 


Mula cari tapak pasang khemah

Terima kasih inovasi sekarang. Pasang khemah semudah 123.
Bentang khemah, pasang tiang, pacak besi kat pasir. Siap!

Awning khemah terakhir. Abang berangan lagi nak wat
layang-layang uhuhuhu

Okeh.. final touch. Danish tak sabar2 nak masuk dah.

Dah siap 3 lot banglo & 1 mini lot banglo ehehehehe. Lunch time!

Jemput-jemput makan! Bak kata anak sedara ku fahim,
'Dalam perut ada frog!' *lapor* ekekekeke

Memang bestt melepak tepi pantai nihh..

Dah kenyang.. test khemah.

Teserlah keceriaan budak2 ni first time bercamping ehehehehe


Relax babeh...!!

Menikmati panorama sea view... angin laut..
desiran ombak.. langit biru... memang terBAEK!


Petang angin dah mula kuat.. air laut pasang. Senget2
khemah biru kami di terjah angin laut.. eheheh

Kawasan kejiranan.. meriah dengan puluhan khemah lain.

Okeh... air dah mula pasangg.. jom terjun laut! 


Danish & achik main ombak & surf board. Dania duk main lompat2 dalam air.
tapi kaki tak mo jejak pasir.. geli! sabor je laaa

Dah puas mandi laut.. dah salin baju.. lepak dalam khemah
ambik angin petang... Toilet & bilik mandi service 24 jam
kat sini.. memang bagus.

Aha.. ni malam sebelum pergi. Esok nak pergi baru nak cari khemah!
ha ha. Ni test pasang depan rumah.. takut tak cukup barang kang
sampai tepi laut tak leh pasang, silap2 tidur bawah pokok uhuhuhu!

Malam acara ber BBQ.. sempoiii.......

Danish & Dania pun sibuk nak tolong prepare dinner

BBQ quarter chicken.. kalah ayam kenny rogers nih. ekekekeke

Ini antara menu yg aku tertunggu-tunggu! MAGGI! Ahahahaha!
Best woo... buh cili, pecah telur.. makan tepi pantai malam-malam.. ha ha!

Malam tu tidur Danish & Dania ok laa.. bleh tidurr.. anak sedara ku Fahim yg baru 2 tahun
plak nangis-nangis ajak balik rumah! ha ha. Last2 terpaksa di lenakan dalam kereta.
Danish & Dania senang lelapp.. tapi jap lagi kul 1 pagi start dah terjaga,
suh garu la, suh kipas laa.. gatal la ehehehhe. Nyamuk tak de la sangatt..
cuma bila menjelang malam, angin bertiup dari darat ke lautt.. jadi kurang berangin
berbanding siangg.. So moralnya next time kena stanby barang cam kat bawah
nihh... tu pun seb baik ada jual kat sana. RM10 & RM5 setiap satu uhuhuhu.
Lagi satu krim gatal di gigit serangga jangan lupa..! nama pun camping aha!



Lebih adventures lagi.. dalam pukul 4 pagi angin bertiup kencang balik..
angin dari arah lauttt.. air laut mula nak pasangg.. fuhhh.. memang
meriah ngan bunyi khemah yang di tiup anginnn lauttt tuhh..!
kelepek kelepek kelepekkk..! Abang pun gi check keadaan khemah
 cukup kuat ke tak sebab khemah sampai bergoyang di tiup 
angin yg agak kencang. Dalam pada tu suspen jugak...
maklumla pacak tiang dah tengahari.. saf belakang semua dah penuh..
dapat saf depan skettt.. takut air pasang kalu, 
bangun pagi buka zip khemah ombak terjah masuk terus ha ha..!
Tak lama lepas angin kuat tu pulak hujan mula turun!!!!
Ahaaa.. dah lama tak duk dalam khemah.. tak hingat plak 
khemah patutnya kalis air ke takk.. suspennnn ha ha!

Jeng jeng jenggg... apa yg berlaku kepada nasib
kitaorg yg berkhemah di tepi laut tuhh..?
Jeng jeng jenggggggggg.............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TO BE CONTINUE PART 2 !!! He he he

9 sweet comments:

Hanis MY said...

halaaa..tgh eksaited tetiba to be cont la pulak takpe2 sabar menanti, syok eh camping, hanis tak pernah camping selama hidup di muka bumi ni haha ayat tak menahan

*∽ IZAN ∽* said...

Ha ha.. memang suspenn.. sendiri pun dah lama tak bercamping, first time pergi sinun tak tau apa nak espect! tunggu dan lihatt.. dan redahh je... ha ha

tiefazatie said...

wah..ebstnya sis...ble la ifa nk wat gini gak..hihi

btw..sihat sis?maaf lama xdtg nie..

Aleyn said...

Trill mengalahkan citer Blair Witch ni....ada bunyi budak lari2 kat luar khemah tak tgh malam??...ekekek..

ambrynaa said...

Camping ramai2 mmg best kan? Kalau 1 family sabishi kamo...x sabor tunggu part 2 ni izan! Hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Tiefa:
Ma kasehhh.. sihat2 je.. bleh je tiefa nak ke sana bila2.. di buka 24 jam sehari! eheheh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn:
tak de dengar budak2 berlari malam..
kot lari pun tak dengar kot sebab lari atas pasirr.. he he.

Tepi pantai gelapp.. nampak lampu2 dari gold coast je.. nak terang gi khemah masing2, ada lampu baru nampak he he

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ambrynaa:

Tu laa.. ramai2 seronok. kalau family sendiri mmg sabishiii kott..

he he.. tungguuuuuuuuuuuuuu!!

wahida said...

ala, bersambung ke? huhu..

bestnya camping cenggitu kan...anak2 mesti enjoy...
ada bbq sekali tu..best dan happening...