Assalamualaikum...
Wah terkezut gak dengar berita semalam yang mengatakan golongan adam di Pahang
menghadapi saingan untuk mendapatkan pasangan dan pekerjaan..?
Saingan versus warga asing pulak tuh..! Owhh.. ni kes berat nih.. 

Nisbah wanita pun di katakan lebih rendahh di Pahang. Bagus juga macam tu,
harapnya kurang lah wanita yang jadi mangsa polilgami di sebabkan kekurangan
nisbah wanita tu sendiri ;P



Apapun ikuti ulasan lanjut dari Utusan Malaysia :

Lelaki Pahang hadapi saingan cari pasangan pekerjaan

KUANTAN 20 Jun - Golongan lelaki di Pahang kini berhadapan saingan dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan dan pasangan hidup berdasarkan penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.
Dalam banci yang dilakukan pada tahun lepas itu, nisbah lelaki tempatan berbanding lelaki warga asing di Pahang adalah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, bilangan warga asing memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan sekali gus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan.

Katanya, ia ditambah pula dengan bilangan lelaki dalam umur perkahwinan iaitu 20 hingga 34 tahun di negeri itu ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.

"Bancian yang dijalankan tahun lepas juga menunjukkan lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100 iaitu satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100. Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang," katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.
Menurut Aminah, sekiranya nisbah bilangan jantina tidak seimbang, ia boleh menimbulkan masalah kekurangan bilangan penduduk antara jantina dalam kumpulan umur perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.
"Senario ini mungkin berlaku selepas penghijrahan keluar wanita muda dari negeri ini dan ia menyebabkan golongan lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan dan boleh menyumbang kepada isu kahwin lewat," katanya.
Beliau berharap Dasar Keluarga Negara dapat membantu kerajaan negeri mengambil kira perspektif keluarga dalam setiap perancangan dan pembangunan negeri.

"Perkara itu termasuk mengkaji semula dasar dan peraturan yang tidak mesra keluarga di tempat kerja di samping memberi khidmat sokongan keluarga yang lebih komprehensif bagi membantu golongan produktif itu membina kehidupan lebih stabil," ujarnya.

5 sweet comments:

mohamad effazuan said...

sy org kuantan.. ptt la sy pon blom bertemu jodoh lg.. haha

*∽ IZAN ∽* said...

Re Affa :
tu dia.. timbul dah orang pahang! hehehe. Yg tak bertemu tu yg dok pahang... yg dah berhijrah tu dah rambang mata dah tak tau nak pilih mana satuu he he he

MrS. F!zA said...

bunyi mcm virus je kan..hihihih.. kelakar plk komen mohamad tu..hikhik

eelobor said...

hijrah ramai2 ke KL, masih byk peluang terbuka kut. persaingan sihat cuma nak kena poket tebal jer. hahahhahaha

Sharinginfoz said...

sengit betul saingan