Assalamualaikum...
Selamat Hari Bapa kepada semua para Bapa di Malaysia
khasnya kepada Ayahanda yang di kasihi, Hj Mohamed Darom
dan juga suami tersayang, Abang@ En Sham...!
Jasa dan pengorbanan kalian tidak terbalas dan tiada galang gantinya.
Semoga segala yang kalian curahkan sentiasa mendapat
rahmat dan keberkatan dari yang Esa..! Aminnn...!!
Nak ikutkan hari ni Abang tidak berada di tanah air..
bercompany Holiday ke Medan, Indonesia.
Round-round danau toba.. macam best jekk.. huhuhu.

Anyway last Friday ada ambik cuti untuk buat passport
kami sekeluarga, tetengok ada plak aral melintang
terus tukar plan jadi 'family day dating' ha ha.
Sabtu Ahadnya dah nak balik kampung sbb Emak & Abah
balik Umrah, so Jumaat tu terus la kitaorang pergi The Garden@Mid Valley.
Tu pun sebab waktu tu dah nak tengahari, Abang just turunkan kitaorg kat Mid Valley
dan Abang terus cari Masjid berdekatan. Lepas sembahyang Jumaat baru
kitaorang pergi lunch sama-sama...


Yang best kali ni aku teringin sangat nak makan Tarabagani..!
Haa.. apakah itu tarabagani..? Aku pun tak tau la kalau ada english word nya.
Aku bahasakan giant crab je la yek. Gambarnya aku share kat bawah nih!

Yang atas : Taraba gani -Isi nya lebih tebal
Yang bawah : Zuwai gani-isinya halus panjang

Ketamnya sangat besar..! kalau korang ada tengok rancangan Deadliest Catch
kat Astro ada salah satu documentari pasal tangkap Ketam gergasi nih.
Masa kat Jepun dulu memang beberapa kali gak la dapat makan ketam nih..
Kat tempat aku dulu ada satu restoren yg package
bayar 3,900 yen ( RM100 ++) boleh makan as much as you can!
Di hidang untuk di ratah, di jadikan steam boat dan ada hidangan sushi jugakk.
Fuhh  memang terBAEK..!


Kalau nak tau saiz sebenar ketam ni mcm kat atas ni ha..!
Lagi besar dari jari kita uhuhuhuhu.
Memang best gila bila dapat ratah ketam giant ni yg di rebus..!!
Gunting je kulit ketam yg lembut tu.. tarik isinya.... cecah soy sauce & mayonis, makan!
Fuhh...! Memang tangkap leleh dia punya nikmatt...! uhuhuhu
Ketam ni sebenarnya menu exotic kat Hokkaido Jepun.
Sebuah wilayah terbesar kat utara Jepun. Masa aku melancong kat sana
pun puas aku makan Ketam ni hari-hari dalam bentuk
pelbagai menu..! Nasi buburnya, sushi nya, steamboat nya, rebus ratahnya..
memang terBAEK lah..!

TAPI! Lepas aku balik Malaysia ni aku tak tau dah nak cari kat mana
ketam ni.. tak pernah nampak. Sampai la terpandang sebuah restoran Jepun,
Hokkaido Ichiba kat The Garden Mid Valley! Masa tu kitaorg pergi
beramai2 dgn budak ofismate aku makan kat Sushi Zanmai sebelum
kitaorg pindah ofis dari Damansara ke Cyberjaya.
Sebenarnya Hokkaido Ichiba ni pun satu management dengan
Sushi Zanmai & Pasta Zanmai. Al kisahh....

Okeh punya la pgj melalut.. so kitaorn pun terjah la Hokkaido Ichiba
dengan harapan nak makan Tarabagani steamboat! Eheheheh.
Sebenarnya konon aku nak belanja Abang sempena Hari Bapa,
tapi aku plak yg beria pilih menu! Ha ha..!!

Okeh... masuk Japanese Restaurant wajib la order green tea

Appetizer... Zuwai Gani salad. RM18.
Memang fresh. Selain dari isi ketam yg melingkar tu ada isi ketam
hancur yang di gaul bersama salad tuh.. nyum nyum

Aha.. ni set Abang. Shoft shell crab set. RM36.
Di hidangkan bersama nasi jepun, Udon & chawan mushi.


Ini menu yang aku pilih.Unagi kabayaki set. RM 36.
Since aku masih dalam trimester pertama, jadi buat masa ni
memang aku elak kan makan sushi or sashimi yang guna raw fish.
Tunggu baby dah besar sket.. uhuhuhu.


Dan ini dia menu yang di tunggu-tunggu. Tarabagani nabe set. RM 48.


Tu dia beberapa potong kaki ketam taraba gani. Di hidang bersama Udon
untuk di masukkan dalam steamboatnya nanti.


Ahaaa... tu dia kaki ketam tarabagani yang sedang di rebus
dalam periuk steamboat... OO LA LAAAaaaaa..!!

Jemput makan..! Taruk serbuk lada lagi besttt...!!!

Tu dia yang di rai , Papa sedang menyuap Danish.


Ya  tu dia wajah tuan punya badan yang sibuk sangat nak makan tarabagani.!!
He he he.. senyummm melerett walaupun dapat rasa dalam kuantiti
yang tak begitu banyak. Tapi boleh la buat geli geli tekak ha ha!
Itu pun seb baik la jumpa gak kat Mesia ni. uhuhuhu.
Okeh.. total hidangan hari ni RM170 kachinnn! ehehehehe.
Sekali sekala pejam mata je uuhuhuh.

Anyway , kalau korang tau ada kat mana lagi Menu Tarabagani ni
di hidangkan kat mana2 restoran kat Malaysia ni habaq mai no!


2 beradik yang dah kekenyangan dan riang ceria dah boleh bersilat depan kedai..
isk isk isk.

Lepas makan kitaorang gi tengok Movie Kungfu Panda 2 kat GSC.

Memang best giller movie katun nihh..!
Dalam kereta memang dah berulang2 tengok DVD Kungfu Panda dah.

Episod kali ini mengisahkan asal usul Po, si Dragon Warrior.
Sebak mak cik tengok.. uhuhuhuhu. Jiwa halus nak wat camne.. ahahaha.

Lepas tengok movie dah menggelupur plak nak makan kat Mc D. Kan restoran
tu elok je duk depan panggung tu kan... siap iklan toys Kungfu Panda 2 lagi..


Lepas maghrib singgah makan kat Mc D jap. Melayankan tekak bebudak ni plakk..
Dapat la sorang satu toys.. ni pun kira salah satu aktivity cuti sekolah Danish gak la nih. uhuhuhu.

Lepas makan kat Mc D kitaorg pun bertolak balik rumah... 
malam nye nak kemas bag utk balik kampung pulak uhuhuhu.

8 sweet comments:

eelobor said...

gud idea....nanti nak cadangkan kat isteri suh dia belanja japanese food gak.... huhuuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor : mmg cadangan yg baek tu ... silap2 U gak yg kena belanja ha ha

yatie chomeyl said...

oisyikatta neeeee...btw, lawa blouse akak tu ;)

Unknown said...

huh...pelik2 mknn dia kak...
cam nk p rasa jek...hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie:
Oishikatta yo..! lama nak jumpa balik tuh .. uhuhuhu. lawa ke.. auuuwwww meowwww.. eheheheh

*∽ IZAN ∽* said...

Re eT:
Boleh gi rasa sekali sekala.. tukar selera he he

Hanis MY said...

yum yum yum lovely outing la sis! habis blaja nanti kalau rindu makanan jepun leh dtg sini...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Hanis.. sila sila.
Kot2 nanti balik rindu dendam nak cari japanese restaurant kan. So far kat Mesia ni antara yg best Sushi Zanmai. Affordable & banyak choice uhu