Assalamualaikum...

Ahaa... minggu ni menjelajah kat kedai baru.. dah 6 bulan 
kerja sini baru first time masuk kedai ni. Padahal sebelum ni dah berapa kali dah 
lalu depan kedai tapi tak terpanggil pulak nak cuba.

Sebenarnya sejak preggy ni tengahari especially, tekak sangat tidak lalu
nak makan Nasi lauk campur.. uhuhuhuu. Perut dah la cepat lapar
dan cepat pulak mintak di isi..Sadis betul nak layan 
tekak & perut yang tak sehaluan ni.. isk isk isk.

So tengahari menjajo la aku cari kedai2 yang ada hidang sup sup, mee mee,
bihun ke.. pasta pun tak pe asal bukan nasi campur.
Kalau gi kedai nasi campur aku ambil mangkuk sup, isi nasi ,
lepas tu buh sup pebuh2 jadi macam nasi bubur sudahh.. uhuhuhu.

Moralnya tengah2 selera macam ni tu yg dapat seru nak masuk 
kedai ni.. nama kedai nya
Mumbo Jumbo terletak di StreetMall, Cyberjaya.
Rupanya banyak menunya yang menawan kalbu!
Hasil 2 kali terjahan ni lah yang pernah aku & kawan2 cuba.

 Menu dia yang tampak menyelerakan..!! Slurrpp.......!!

1st day terjah aku cuba Chicken Pesto Pasta yg kaler hijau tuh. Sedapp!!
Kawan2 ku pula cuba Bolognese Spagethi & Mozarella cheese lamb pasta.


Hari ke-2 aku cuba Prawn Olio Spagethi..!!
Ni sebenarnya yg aku tunggu nak makan sangat..! 
Presentation memang luluss..! Tapi rasanya..  pada aku kurang rasa 
bawang putih tumis masin tuh uhuhuhuhu


Ada jugak menu Chicken Chop! Very nice..!
Ayamnya tak tebal, di goreng crispy.. sos dia pun sedap!
Harga sangat berpatutan, dalam RM 12 ~ RM14 termasuk
fresh juice pilihan ~ Watermelon juice, apple juice, carrot juice or lime crush!
Lime crush dia memang bestt.. manis masamm.. hmmmm sedapp!
Dan yang best sekali tak de service & gov tax charge.! uhuhu

Setakat ni baru tu je menu yg dah di cuba.
Dalam kepala ada 3 lagi menu nak cuba, fish & Chip &
sandwich dia.. nampak fressh je tengok org lain order..! uhuhuhu

8 sweet comments:

Hanis MY said...

yummy! sy suka pasta bestnya kakkk...

eelobor said...

huhuhu....jauhnya nak pegi. pernah sekali jer sampai cyberjaya. itupun sebab nak cari lokasi nasi arab

*∽ IZAN ∽* said...

Re Hanis :
Kat Mesia tu susah nak jumpa pasta/spagethi yg sedapp..! makan la puas2 kat sane yerrr.. takut kat sini karang gigit jari jekk uhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor:
Ehehehehe.. Eelobor duduk area KL ek..? tu laa..cyber ni kalau sebut mesti orang ingat nasi Arab jek.. ehehehhe

Aleyn said...

Aku yg nak masuk 3 tahun kat Cyber pun tak pernah masuk lg....jom sekali ngan aku lak..

deqlis said...

nyum nyum...deqlis pun suka menu2x pilihan yg bakal dicuba izan tue

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn:
Cantekkk.. jom next week! ehehehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Deqlis:
Tu la pasall.. tengok mat2 saleh ni masuk dok pakat order sandwichh.. geram la plakk.. tapi nak order takut tak kenyang.. maklum le perut orang melayu ha ha