Assalamualaikum...

Isnin lepas, akhirnya termeterai jugak MOU Pembantu Rumah antara
Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Aku antara orang yang tertunggu-tunggu
tentang butiran yang terkandung dalam MOU yang baru saje di meterai
baru-baru ini. Adakah sinar kepada para majikan yang sering terdedah
kepada kerugian dek kes pembantu rumah lari...
Malangnya tidak ada satu artikel pun yang aku jumpa ada semua butiran ni...
Jadi dari apa yang aku rumuskan dari beberapa sumber, maka ini lah sedikit sebanyak
butiran MOU yang di meterai baru-baru ini :


1. Bayaran Agen lebih rendah, tidak melebihi RM 4,600 berbanding
mencecah RM6,000 ~ RM8,000 sekarang.

2. Tempoh ganti rugi pengantian Pembantu rumah lari di panjangkan
dari 3 bulan kepada 6 bulan tanpa tambahan kos.

3.  Majikan berhak mendapatkan kembali wang pendahuluan sekiranya
pembantu rumah melarikan diri, tidak cekap atau pembantu rumah gagal pemeriksaan perubatan.

4. Gaji berasaskan kuasa pasaran melalui bank dengan cuti rehatsehari seminggu.
    *dengarnya rate sekarang RM600*

5. Pembantu rumah berhak memegang passport sendiri.

Kerajaan Indonesia akan mula menghantar pembantu rumah 
dari Indonesia 2 minggu dari tarikh MOU ini di tandatangani.

Sumber lain:

4 sweet comments:

Aleyn said...

Hmmm....dgr ari tu kata nak letak tangga gaji sekali dlm MOU tu....tak jadik lak...

Anyway...hope u find a better maid this time....the one that sticks n loyal to her employer..

All the best!!

Ija Zambry said...

aduhhh yang pegang pasport sendirik tu TAK SETUJU!!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn:
Thankss.. hopefully la berjumpa yang terbaikk.. niat di hati nak naik gak tembok belakang umah uhuhuhu.

Tangga gaji tu aku dengar dalam RM600 gitu..

Tapi Passport tu aku still rasa majikan kena peganggg... itu je yg bleh reduce possibility dia lari..
Lagipun dalam kes dera ni tak da pun kes majikan Melayu dera amah... ada kajian yg di buat oleh pihak negara derang sendiri. Wallahualamm

*∽ IZAN ∽* said...

RE K.Ija:
Betul!! Saya pun TAK SETUJU! dia berhakkk.. tapi rasanya majikan bleh berundingg utk pegang passport.