Assalamualaikum...
Wah wah wahh.. dah ada artis yang mula menceburkan diri 
menyertai Rejimen Askar Wataniah! Termasuk Dato' Siti plak  tuh!
Nampak lembut je Dato Siti tapi tak sangka suka juga aktiviti 
yang boleh di katakan lasak macam ni.
Apapun ianya tetap sesuatu yang baik.. semoga ramai belia dan remaja
di luar sana terutamanya peminat2 mereka ni pun aka turut berminat 
untuk menceburkan diri dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan berkebajikan 
seperti  ini nanti yekk!

Sumber :Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.
“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.

“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.



Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju.

“Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara.

Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia.

“Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya.

“Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda.

“Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw.

“Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan,” katanya.

Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan.

5 sweet comments:

Ansof86 said...

wow.... bagus juga nie... artis menjadi askar... lepas nie ramai yang akan terikut2.. alhamdulillah.. berkhidmat untuk negara

http://annscape.blogspot.com/

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ann:
Betul tu.. asyik gi concert je.. lepas ni jadi askar wataniah plakk.. uhuhuhu

eelobor said...

masih ingat lagi sekitar tahun 97 dulu, masa kat itm arau kecoh student sana katanya nama dato ti terpilih untuk mengikuti kursus DPIM (lebih kurang cam perladangan). masa tuh dia dah artis....huhuhu, maunya dok berkebun kat tengah padang time2 panas terik. last2...tahun tuh cuma bekas kumpulan feminin jer yang mendaftar masuk sebagai pelajar.

p/s: biasalah senior masa tuh suka tengok kat list pelajar2 baru nak daftar... huhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
kalau tak ada can Eelobor ngorat Tok Ti dulu ehehehehe

Hanis MY said...

wow bagusla, jd contoh gitu... adeh nk tergelak baca komen en eelobor tu ha ah stuju sgt dgn jawapan akak hehe...