Salam..
Ahaa.. Ahad lepas di dalam hujan renyai yg syahdu, kitaorang sefamily
dah jejak Pusat Sains Negara. Tu pun setelah tengok entry Aleyn.
Dalam kul 11 dah terpacak kat sana.. tapi entry ni aku cuma nak update citer pasal Mind Game je..!

Sebenarnya dah 2 kali jumpa game ni. Mula2 kat PetroSains.*pun tak sempat buat entry lagi huhu*.
Bila jumpa lagi kat Pusat Sains ni aku pun suh Danish bertarung dengan Papanya..! Haha

1st Round....
Jom tengok camna Danish ber'tarung' dgn Papanya.


Game ni sebenarnya game menggunakan minda kita menggerakkan bola kat tengah-tengah tu.
Antara kita dengan pihak lawan.
Ada alat yang kena pasangkan kat kepala kita.
Masa First round tengok Abang steady jee.. siap sengih sengihh...!


Tengok plak si Danishh..! Siap tenunggg tajam macam nak telan bola. Tu mesti dia bayangkan macam ultraman keluarkan kuasa api  nak tolak bola tu..! HA HA HA


Zoom lagii... lagi Danish tenung bola tu sampai nak terkeluar biji mata makin dekat plak bola tu ke arah dia..!

Dan akhirnya Danish kalahhh...!!!!! Muka frustttt...!!! ha ha


Pusingan ke-2..! Kali ni aku ajar Danish cara 'bertarung' ngan Papanyaa..! ha ha


Sebenarnya Danish kena bertenanggg... kena ingat perkara-perkara yang menggembirakan dia... Suh dia ingat time dia seronok main game kat rumah... time dia makan KFC hingga menjilat jarii...! Tak kasi pun Danish tengok bola tuhh...! Kalau boleh suh dia tidurrr teruss...
Tengok tu diaaa.. siap bertafakur lagi Danishh... FOKUSS!! FOKUSSS..!!


Dan akhirnya bola Danish bergerak ke arah Papa...!! Yeaaaahhhhhhh!!!


 Tu diaa.. bola Danish makin menghampiri Papanya.. bermaksud KEMENANGAN hampir milik Danish..!!
Papa dah suspen la tuu !! he he he


Bila tengok kat graf... Gelombang alpha yang di hasilkan oleh minda Danish lebih tinggi berbanding Papa..! 


Tu dia.. keadaan semakin cemass......!! Papa cuba fighttt balikkk!!
Bola bergerak balik ke arah Danish....!


Mamanya terus bagi kata-kata semangat kat Danish.. suh dia ingat keseronokan dia main
remote control car diaaa...!! ha ha ha. Sukalah tuu.. siap gelak gelakk


Dan akhirnyaa... DANISH MENANGGGG......!!!
Yeaaahaaaaaaaaaa......!!
Ohh terrorrrrrrr aaaa  anak mama nihh...! HE HE HE..!!
Lupa plak nak suh Danish bid apa kalau menanggg :P

Komen Papa setelah SERI 1-1 sama...
"Mana boleh lawan budak-budak. Budak-budak memang aaa tak de MASALAHH"
Peace of mind...!!
HA HA HA...!!!

Anyway.. aku pernah gak belajar pasal minda dan kaitannya dengan gelombang aplha ni. Pernah amalkan masa zaman2 nak amek SPM dulu. Seingat aku minda manusia menghasilkan gelombang alpha 15 minit sebelum tidur dan 15 selepas bangun tidur. Jika di gunakan sebaiknya mampu menguatkan daya ingatan.. 
Jadi dulu nak tidur rajin gak baca nota2 penting dan bila bangun pagi cuba ingat sedikit sebanyak perkara yg di ulangkaji hari sebelumnya. wallahualam.

Tapi tu dulu laa.. sekarang kalau di suruh buka buku..
5 minit mata dah TERpejamm... ha ha

4 sweet comments:

Unknown said...

xpenah sampai lagi kt sana...huhu

Aleyn said...

Kat bahagian mana ni Zan?...aku tak nampak plak game ni ari tuh...yg kat dalam kids Discovery tu yer? oh..lenkali nak g Petrosains la plak...nak try Mind Power over Aina...semenjak 2 menjak dia pandai moody kat Mama ni....huhu

Anyway...as usual..HB click2...kay

*∽ IZAN ∽* said...

Re ET; tengah ada pameran Dinasour ni.. gi la jengah. mesti budak2 suka

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn :
ada kat sudut pengenalan teknologi komputer tu tak silapp.. aku pun Papanya yang perasan dulu