Kelmarin Abang oustation lagi ke seberang laut. Tempat 'biasa'. Kali ni tak lama, cuma beberapa hari. Flight lewat 1 pagi makanya masa hantar Abang ke KLIA Danish pun dah lena di ulit mimpi. Dania je yang terjaga bila kereta berenti parking. Lepas tu dapat duduk kat troli lugage sampai sudah tak nak turun.

 Lepas check in selalunya tunggu sampai Abang masuk balai berlepas. Kali ni sebab jadual flight lewat pagi maka Abang suruh kitaorang balik dulu.. makanya lepas check in Abang hantar kitaorang ke parking pulak.Bak kata aku "Ni siapa hantar siapa ni ? " he he he. Selalu kalau tak Danish , Dania la meraung bila tengok Abang  masuk ke balai berlepas. Kali ni sebab Abang hantar kitaorang sampai kereta *Danish tidur* maka tak dengar la sapa2 keriau.. hu hu hu


The next day tu dah start communicate dengan Abang. Danish & Dania gilir2 bersembang ngan Papanya thru Skype buat lepas rindu hu hu hu. Abang so far so good.. semua berjalan lancar seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Cuaca pun agak nyaman kat sana dan makan pun tak susah sebab ada orang entertaint. 


 Habis berskype ngan Abang sedar-sedar Danish dah teresak-esak sambil peluk Mamanya. 'Danish rindu papa.. Danish rindu papa sangatt...!" Berkali-kali dia ucapkan ayat yang sama. Malam tu tidur berpeluk mamam lah dua-dua.. ciann.. masing2 rindu kat papa uhuk!

The next day ber'skype' lagi ngan Abang.. sambil tengok Badminton Piala Thomas separuh akhir,  Malaysia menentang China walaupun akhirnya hanya mampu membawa 3 biji telur dan bukan Piala seperti yang di harapkan uhuk!

Perlawanan Badminton Piala Thomas kali ni hanya satu perlawanan berkesan di hati ketika peringkat suku akhir Malaysia menentang Denmark perlawanan Bergu ke-2 negara, Mohd Zakry & Thien How Hoon vs Lars Paaske & Jonas Rasmussen dengan mata 26-24.  Itulah perlawanan paling sengit dan bingit *kat rumah  sampai sakit2 tangan & nak hilang suara jerit* dalam sejarah yang pernah aku tengok! *sejarah aku bukan sejarah badminton* hu hu hu. 

Kan best kalau Malaysia lawan China pun sengit macam tu jugakk.. alangkahh!


 Anyway 2nd night Danish & Dania dapat lah hilangkan rindu dendam ngan Papanya jugak. Nasib baik la ada kemudahan teknologi tanpa perlu membazir RM. Papa citer kat bilik hotel tu siap ada 1 set desktop PC + internet and TV LCD lagiii... ..Hu hu hu.
Malam esok Abang akan pulang ke tanah air dah.. semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balikk.. 
We miss you so much Papa!

2 sweet comments:

yatie chomeyl said...

manja anak2 akak dgn papa diorang erk, siap nangis2 lg bila papa takde.

IZAN said...

Re yatie..

memangg manja sangat.. anak papa la kata kann hu hu