Salam
Hari ni seawal pagi dah bertolak dari rumah. Danish dan Dania masih lena di ulit mimpi. Malam tadi tidur lewat gara-gara Danish ikut Abang main badminton malam dan Dania plak ikut aku gi makan kat kedai.. saje bawak Dania jalan sebab tak dapat ikut papanye. Lepas tu dua-dua tidur lewat hu hu hu..

So pagi ni kul 8:00 pagi dah keluar rumah  lambat-lambat karang takut ada orang keriau. Breakfast roti canai kat kedai mamak terus pergi Alamanda. Semalam dah booking ticket untuk tengok Iron Man 2 consider retreat utk Mothers Day sekaligus hu hu hu. Abang punya idea jugak ajak date hari ni . Ma kasehhh Abangggg... muah muahhhh!

Seawal kul 9:00 pagi dah sampai kat Alamanda. Movie start pukul 10:15 pagi. Ronda-ronda, posing-posing gediks, lepak2 sambil tunggu waktu tayangan. Ada pulak tournament geng2 telekom hari nih so lepak kejap tengok orang main bowling.

Kul 10:10 terus masuk panggung. Iron Man 2 the movie berlangsung lebih kurang selama 2 jam. Memang best jalan ceritanya. Pelakon utama Robert Downey. Cam biasa la ada unsur-unsur citer komik, action dan jugak komedi yang menghiburkan. Pukul 12:30 citer abes. Kitaorang rate 4 bintang.. okey la Abang rate 4 aku rate 4.5 he he. Memang berbaloilah untuk di tonton!

 Lepas tengok movie singgah gi Watson. Nak usha kosmetik Simply Sity kononnya. Sampai Watson aku pun tanya la promoter tu pasal product ni. Ada 2 main series : C Bright , New Age + Acne solution.

Sebelum ni aku pengguna setia Loreal d' Paris. 6 tahun gak le pakai memang serasi ngan kulit aku.. tapi sejak2 ada kesedaran pasal kaitan Loreal ngan Israel 2 tahun lepas aku nekad  tukar product.. Tapi sampai la ni tak jumpa lagi yg sesuwai. Since Simply Siti plak nampak sungguh menarikkk terseru gak nak cuba. Atas faktor umur dah menjangkau ke angka 30+ maka adik promoter tu sarankan aku cuba set NEW AGE  sbb set ni mengandungi kolagen yang membantu memperbaiki kesan kedut & elastik kulit. Tapi masa aku guna Loreal pernah gak aku cuba set REVITALIFT untuk kulit 30+, konsep lebih kurang cuma bila pakai aku rasa kulit jadi 'berat' dan mcm berminyak sbb terover moist. So nak amek NEW AGE series takut jadi benda yang sama. Tapi bak kata adik promoter. "Product lain-lain kak". Nak ikutkan hati nak je aku try C Bright punya set last-last promoter tu suh aku amek trial set dulu tengok sesuai tak pakai New Age series. So penyudahnya aku sambar lah trial set RM 39.90.


NEW AGE Trial Set = RM39.90 (Moisture wash + Simply 5 Cream + 7s Intensive dual serum + Porch ).

Buat masa ni ada promotion percuma CD Dato' Siti yg dimuatkan dengan lagu Dariku kini untukmu khas buat pengguna set penjagaan wajah Simply Siti tapi sehingga stok masih ada yer. Di tambah pulak formulasi dan di buat di Korea. Sebut pasal Korea, aku pernah ke Seoul masa graduation vacation tahun 2001 dulu. Kalau Malay Lady di katakan Ayu, Japanese Lady Comel... Korean Lady pulak stailnya Anggun. Ketika aku berada di sana memang aku dapati perempuan-perempuan korea memang sangat menjaga kecantikan. Dari segi paras rupa dan penampilan. Berkunjung ke Spa setiap hujung minggu tu boleh di katakan perkara biasa bagi mereka. Di tambah pulak product korea ni di katakan sesuwai dengan kulit orang asia termasuk Malaysia. Jadi mungkin sesuwai juga untuk kita.. Yang pasti produk Simply Siti ni product orang melayu kita dan suci. Wallahualam...

Lepas dapat apa yang di cari, Abang ajak lunch  kat Nasi Beryani Gam Putrajaya. First time aku makan kat sinih.Dengarnya pernah restoran ni dikenakan tax sebab sales yg memberansangkan!

Konsep layan diri. Pergi kat kaunter dah pilih lauk apa nak. Aku & Abang order Nasi Beriani ayam kampung + Acar Buah + Jus Durian Belanda.

Nas Beriani Ayam Kampung = RM15 / plate + Acar buah = RM 4 / cup

Jus Durian Belanda RM4 / cup

 Jemput makan ! Nyum nyum!


Ada stage untuk band lagi. Maklum la nasi beriani ni biasa orang makan time kenduri... di iringi oleh kugiran gituuu

Lepas makan cari buah tangan utk Danish & Dania terus balik rumah..

*****************************************************************

Ni plak dating session last month. 3rd week of April, tengah sibuk-sibuk @ tensen kat ofis  tetiba dapat call dari Abang setelah 6 kali missed call  " Jom gi tengok wayang weekend nih" .. ajak Abang. Terus hilang aku punyer stresssss... wahahahhaha. Lega terus kepalaaa...... release releaseee..... hari tu jugak buat e-payment reservation ha ha. 

Time tu gi tengok movie Shutter Island. Movie start lambat sket kul 1:00pm. So pagi tu sempat la buat breakfast kat rumah. Kul 10 lebih baru gerak gi Alamanda Putrajaya. Tu pun nak keluar ikut pintu belakang. Nak bawak both kids pun hari tu baru lepas bawak gi tengok Alice in wonderland. So tunggu ada cerita sesuwai plak next time yer hu hu

Rojak Buah ~ Peberet Abang


Sampai sana sempat melepak tengok orang main bowling. Sendiri nak main pun tak laratt.. pergi pun jsut nak releks je. Sambil2 tengok bowling sempat order rojak buah +  murtabak dari cafe nyummm nyummm!
 Hampir jam 1:00 ptg  masuk panggung. Shutter Island filem yang di bintangi oleh Leonardo de caprio. Movie ni ber genre ala-ala penyiasatan. Memula ingatkan action movie kui kui. Rupanya berkaitan tentang pesakit scyzoprenia yang di tempatkan  di sebuah pulau. Kesimpulannye letih gak le tengok cerita ni. Kena concentrate dengar dialog dan script dia. Letih nak fikir jalan cerita ha ha ha. Investigation movie la katakann.. last-lastt dia punya ending memang rasa.. "Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..kena tipu idop-idop kita ni rupernya" ha ha. Apa pun aku bagi rate 3 dr 5 bintang. hu hu.




 Lepas tengok Movie Abang ajak makan kat Johnny's. Best gak sekali sekala makan steamboat kat kedai. Selalu kalau nak makan memang aku buat sendiri kat rumah je hu hu. Lepas makan singgah Big Apple Donut. Beli Donut bawak balik.. sekian dating ngan Abang bulan nihh he he.

Terima kasih sekali lagi kat Abang..muah muahhhh! Memang happy sangat sekali sekala habiskan masa berdua dengan Abang... hu hu.

5 sweet comments:

Name: Kak Wah said...

Syoknye dating. Penutupnye pulak ngan donut. hehehe.. haii ramainye teruja ngan donut skang nih eh.

Gieyana said...

bestnyer..tpt yg kosing posing sorg2 tue kalau wat photoshoot mesti best n malatops! suka tgk korang mkn steamboat tue gak..ishhh bila la ku boleh terjah nie..

IZAN said...

Re Wah : Sekali sekala datingg hu hu. tu lah mmg tengah hantu makan donut nihh.. camno tak naik badann .. adehhh

IZAN said...

Re : Giayana
Tu la pasall.. sebenarnya masa date last month dah posing kat situ. Tapi amek pakai HP. Sedor2 kena delete dgn teruna bujang ku.. adoiii...

seb baik pepagi tak ramai orangg .. leh la posing dua tiga kali.. kui kui kui.

Weh kalau dah terhingin terjah jeee.. he he

A N E M ' s said...

eh..sy tgk td simplysiti yg new age punye rm19.90 je kat watson..kalo c bright 36.92 je,,