Aha.. 1st time nak masuk contest bergambar tahun ni. Seronok nak memeriahkan contest nih! 
Ok contest kali ni bertajuk 



yang di anjurkan oleh Ibu QisQas
sempena ulangtahun kelahiran puteri beliau 
SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010.
Contest bermula dari 28 april sehingga 28 May 2010.

Gambar yang di pertaruhkan ialah 


Nama penuh : Dania Aliesya
Tarikh Lahir  : 1st Sep 2007 
Umur : 2 tahun 8 bulan

Pesanan untuk Dania Aliesya :
Puteri ku Dania Aliesya, sehingga ke detik ini Ibu masih menyusui mu dengan sepenuh kasih sayang. Ibu masih mendakap, menciumi dan memelukmu setiap kali menyusui mu, sama seperti dulu sejak detik kamu dilahirkan ke dunia ini 2 tahun 8 bulan yang lepas. Tahukah kamu setiap kali Ramadhan acap kali Ibu tidak dapat berbuka sendiri dan terpaksa disuap kerana meladeni permintaan dan tangisanmu yang menagih susu ibu setiap kali Ibu pulang dari kerja ? Puteriku Dania, setiap titis susu ibu itu telah Ibu halalkan menjadi darah dagingmu. Semoga puteri Ibu akan terus membesar sihat & ceria dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari Ayah & Ibu. Tidak ada apa yang Ibu & Ayah harapkan selain agar Puteri permata hati, Dania Aliesya menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa pandai menghormati dan dihormati pula oleh masyarakat apabila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa mudah-mudahan perjalanan hidup mu sentiasa di berkati dan dirahmati olehNya. Ingatlah,  kasihnya Ibu membawa ke Syurga... 

4 sweet comments:

Mama Zharfan said...

nice pic, nice words...good luck!

*∽ IZAN ∽* said...

Thanks Mama zharfan..!

iBu QisQas said...

salam terjah..thanks sudi join..cute girl..pesanan yang menyentuh perasaan..
gud luck..

*∽ IZAN ∽* said...

Re IbuQisQas:
Thanks for review :)