Semalam masa meeting bos aku tunjuk kan satu E-mail..
..Di hantar oleh Mr Tanaka Hiro Mark (bukan nama sebenar)

Aku tersenyum… dalam hati
“Haii.. orang jepun pun dah  tak bangga guna nama Jepun”.


Teringat aku satu pengalaman, tahun ke-2 aku di bumi sakura. Satu petang aku menaiki Shiden (keretapi Bandar) dalam perjalanan pulang ke rumah. Waktu tu itu keretapi lengang hanya ada 3 orang dewasa termasuk aku.


Tiba di satu station, naik lah sekumpulan kanak-kanak tadika dengan uniform seragam mereka. Dahla putih-putih, muka bulat, siap bertopi memang comel-comel belaka. Aku pula bertudung dan duduk di bahagian tengah gerabak... Tiba-tiba sebahagian dari mereka datang mengerumuni aku lantas salah seorangnya bertanya *setelah di alih bahasa* 

“Awak ni orang Amerika ke ?”
“Taklah.... Saya orang Malaysia
Berkerut-kerut wajah-wajah comel tu bila aku sebut 'Malaysia'. Lalu aku terangkan lah sedikit sebanyak pasal Malaysia walaupun entah-entah tak faham pun kanak-kanak tadika tuh mendengar penjelasan aku!

Moralnya.. seolah dari kecil lagi dah terterap dalam minda diaorang
“Dalam dunia ni ada 2 bangsa. Kalau bukan orang Jepun maka orang Amerika lah!”
Tak gitu ??!


Hai..apa sangatlah yang nak di agungkan Amerika ni….. isk isk isk…


P/S: Kalau duk Jepun, foreigner ada satu Identification card yang di panggil ALIEN CARD .
Ada ke patut..??!!!!


6 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

erm pelik gak...tgk org bertudung, dieorg ingat org amerika....budak2 kot kan izan...ape pun, mesti ko kiut di mate dieorg, sebab dieorg tegur ko tanye asal dari mane heheeheheh

yatie chomeyl said...

budak2 kecik mmg sellau wta muka pelik bila tgk org bertudung kan? yatie ponn selalu dpt pndgn pelik tu dr diorg hehe

~~ciklinn~~ said...

hihihihih... dorang tau org amerika jer yerk..

tau dak linn nyer verangan nak ke obesi kan... ialah jopun... huhuhuh

linn rasa dorang sgt comell.... aritu belajar kat sana ker

IZAN said...

Re Lieya :
Kiut ehh... ha ha ha. Nko tau tak jepun ni kalau foreigner duk sana dia ada identification card yang di panggil : ALIEN CARD..?! Boleh camtuhh..? teruk betulll!!! Tak pasal2 jadi mahluk asingg.. wakakakak

IZAN said...

Re Yatie :
Kalau buat muka pelik tak pe lagii.. kalau yang buat muka takut lagi haru biruu hahahaha

IZAN said...

Re :
Tu la pasall.. asal tengok bukan jepun je orang Amerika.. budak2.. tapi apa la yg di terap kat kepala budak2 ni sampai budak2 ni ingat dlm dunia ni ada orang jepun & amerika jekk kott.. isk isk iskk

Ha ha.. dolu dolu... lama dahh kui kui kui