Assalamualaikum...

Hari ni ambil cuti dgn En Hubby menguruskan passport untuk
aku dan anak-anak. 2 minggu lepas pergi kat Putrajaya bleh plak
tertinggal surat beranak budak2 ni.. terus batal projek buat passport
dan di tukar dengan projek bersuka ria cuti sekolah.

Hari ni kitaorang ke JPN Puchong yang terletak di Puchong Utama.
Rupanya baru tau kat situ ada
Jabatan Imegresen sekali so boleh jugak nak buat urusan buat passport
bagai. Bagus baguss.. dekat sket dengan rumah uhuhuhu.


Sampai nak dekat kul 10 pagi. Pergi2 tu terus naik tingkat satu
ambik gambar passport aku & budak2. Aku punya passport dah lama
expired. Danish dan Dania lak first time nak buat.

Pergi ambik gambar 4 keping RM12, 3 minit siap! Express sungguh!
Tambah RM1 derang bleh tolong isi kan borang siap-siap.
Siap cuci gambar dan isi borang, turun balik tingkat bawah.
Pergi kaunter 10 buat pengesahan borang dan dokumen dan
dapat nombor giliran sekali. Dalam setengah jam nama
dah di panggil, terus pergi kaunter dan settlekan pendaftaran maklumat.
Tak lama tu dia panggil untuk buat bayaran.

Untuk orang dewasa :
RM 100 = 2 tahun
RM 300 = 5 tahun

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun :
RM 100 = 2 tahun
RM 150 = 5 tahun

Untuk aku buat 2 tahun je, Danish & Dania buat untuk 5 tahun sekaligus.
Lepas buat bayaran, dapat resit dan tunggu 1 jam
untuk collect passport..! Senang & mudah je urusan! uuhhuh

Keluar-keluar ofis JPN Danis dah sibuk tanya
"Mama kita nak naik Aeroplane ke Mama..? Dania
nak naik Aeroplane..!"
Isk isk iskk.. bukan hari ni la sayanggg....

Lepas settle buat passport gi service kereta. Dah kena wat major
service rupanya... isk isk isk. Lunch kat Mc D Puchong Gateway
sambil budak2 ni tambah koleksi toys Kung Fu Panda 2.
Lepas tu gi Jusco Equine cari cable PS2 Danish yg putus..
dan cari firewire cable utk transfer video.
Si Dania on the nak gi Jusco Taman Equine tu sibuk tanya lagi
"Mama kita nak pergi Airport ke Mama..?"
Aduhaii.. sabor la anak2 ku... 2 minggu lagi okehh...!

Petang dah sampai rumah dan balik
keletihann.. uuhuhuh

P/S: Dari petang tadi tak leh access blogger. BAD REQUEST.
Tengok FB member pun update status cakap blog tak leh update.
Malam try access pun sama gak.. tengok memember ada je
yg update blog 2 hours before.. heran bin ajaibb..
Rupa2nya bila try access dari IE biasa baru bolehh..
Dari Google Chrome keluar error "Bad Request" isk is kisk.

7 sweet comments:

ina_syuk said...

lama tak jenguk sini..rindu nak bace2..hehehe..
ade fb ke izan? leh nak add..

azura samsuddin said...

zura pun tahun depan nak wat pasport gak utk pestaim bg kami ber 3 he3 org lain dah byk kali renew kami baru nak wat ... utk zura n hubby pun nak wat 2 thn jer n utk aina 5thn terus sbb murah, thax izan bg share info

yatie chomeyl said...

nak gi mana Kak Izan? nihon ka?

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ina :
Tu laaaaa. Ina pun lama tak update blog. Tak tau apa jadi dah kat 3 beradik tuhh uhuhuhuhu. Busy ekk..?

*∽ IZAN ∽* said...

Re Azura :
Eheheh.. tak pe better late than neverr eheheheheh. Memula budak2 tu nak watkan 2 tahun gak.. tapi pikir2 tambah RM50 valid terus sampai 5 tahunn.. sekali harung je lahh.. walopon tak tau lagi nak guna ke tak lepas nih ahahahha

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie:
Nihon jauh sangat... gi dekat2 jee.. ehehehhe. Gi Bandung shopping raya. ahahahaha

Aleyn said...

Weh..x tau pun kat Puchong ada JPN....

Plan nak go Oversea utk 10th Anniversary....insyaAllah...dah kasik hint kat hubby...ahaks...

Happy Shopping..!!!