Assalamualaikum...
Sempena hari terakhir sebelum puasa esok,
aku dan Abang gi ber'dating' ke kedai mamak 
sebab aku terhingin nak makan Roti canai sardin huhuhu.
Budak2 tak bangun lagi.. maklum la malam tadi 
tidur lewat buat acara Yasin & tahlil arwah kecil-kecilan
kat rumah adik ipar di ikut majlis bakar2 & makan steamboat.

Sambil2 tunggu roti canai siap gi beli Harian Metro 
jap... tengok gambar front page.. alamak...!!
Biar betul detik hati aku....
Korang baca la sendiri.

Kalau berita ini benar menjadi kenyataan, tentu ada sebab kenapa ianya terjadi.
Biarlah masa yang menentukan.Buat Elia.. kalau dah jodoh tak mana..
berpisah pun boleh bertemu semula..
tapi kalau tidak.. tentu ada hikmah di sebaliknya ok...
Mungkin ada yang lebih baik lagi menanti....




KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

3 sweet comments:

eelobor said...

yer....dah banyak blog yang buat cerita pasal nie. tajuk nie pun antara yang boleh menjadi ranking yang tinggi. Mungkin belum ada jodoh mereka sekarang.

Allah ada perancangan untuk mereka berdua dan hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui.

e.l.i.z.@ said...

alaaaaaaa...link metro tu xleh bukak ar huhuuh

Unknown said...

adoi...macam2 lah...tapi selalu dengarkan zaman bertunang memang banyak dugaannya...doakan yg terbaik utk mereka..