Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
Balik kampung cuti sekolah baru2 ni Emak buat kenduri doa selamat sempena balik dari umrah. Sekaligus buat doa selamat untuk adik ku yang kini mengandung 7 bulan dan juga doa selamat untuk kami yang baru sahaja memulakan kerja2 renovation rumah. Akhirnya kami proceed plan B.


Antara Jemaah yang hadir.. orang block dan BFF emak hihih


Acara menjamu selera usai majlis bacaan tahlil dan doa selamat


Bubur Merah... terima kasih emakk.... muahh muahhhh!!


Antara kuih muih dan juga kurma dari mekah.
Cakir air zam zam tak sempat snap hihihi


Gambar bawah, keadaan rumah yang masih 'suci' sehari sebelum kerja2 renovation bermula.


Perbincangan terakhir petang sebelum kerja2 ubah suai bermula..


Gambar garaj kereta yg masih suci hihih.. petang sebelum kejadian jugak 


Gambar keadaan rumah setelah renovation seminggu berjalan. 
Sekelip mata je laman rumah sebelah penuh dengan barang2 binaan uhuhu


Baru naik tiang dapur. 
Tak sabar Mama nak pasang Kitchen Cabinet.. dah 10 tahun kahwin sewa dan beli rumah 
belum pun sekali merasa pakai KC.. sadis jek ehh hihihihi


Habis di kembur garaj kereta semua huhuhu. Balik rumah memang budak2 especially Dhiya and Delisha kena berkurung dalam rumah bahaya pulak kalau jatuh dalam lubang2 yg dah di korek.


Nak masuk rumah pun lintas papan je. Keta mama pun kemain jauh nun parking.
Papa seriau nak parking situ sbb 'jambatan' nipis katanya.
Mmg Mama mintak contractor yg buatkan supaya boleh parking kat
seberang jalan sebab kalau parking tepi jalan makin sempit plak jalan 
dengan baru pasir pun dah terkeluar huhu.


ALkisah.. moga segala urusan berjalan lancar seperti yang dirancanggg... aminnn

3 sweet comments:

Cho Zila said...

suka akak kalau tengok kenduri kat kampung izan.. memang nampak meriah jer.. suka tengok kejiranan di sana... Alhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan...
syioknyer dia dah ada rumah untuk direnovasikan.. nanti semuanya jadi lebih mudah dan cantik...

nad said...

bubur merah tu masa saya preknen nayli 7bulan dulu pun ada gak mil buatkan.. moga urusan reno dipermudahkan.. tumpang hepi sayan tgk akak n famili :)

lieyalatif said...

eh bubur merah tu mmg pemes tuk org johor...wajib buat kalo ade kenduri kesyukuran kan...

wahh besar umah ko izan pas siap reno nanti...puas laa budak2 ni nanti....ape2 pun moga semua berjalan lancar ....

betul tu beb, tgh reno tu berabuk...jaga2 budak tu tau jgn bagi main kat luar selalu sgt..takleh elok abuk2 tuh....