Assalamualaikum...

Sungguh pantas masa berlalu, tahun ni Danish dah masuk 9 tahunn. Danish sebenarnya awal2 lagi dah request suh mama hantar ke Disney Junior bufday celebration tu... bila cek2 rupa2nya kalau nak submit kena 2 bulan awalll so tak sempatt..sorry Danish. Tahun depan kita cuba lagi eh hihihih

Tahun ni Bufday Danish jatuh hari kerja aka sekolah... Mama awal2 dah ajak Papa nak makan Sakae Sushi kat IOI malam ni... tekak teringin nak makan sushiii.  malangnya lepas maghrib dalam bersiap2 tu dapat pulak on call.. Mama standby minggu ni. settle satu kes, sempat celebrate kejap tak dan keluar dapat satu lagi urgent on call so terpaksalah mama settle kan dulu on call. penyudahnya sedar2 dah pukul 9..! Huwaaaaa kompem tak sempat nak gi IOI dahh.. kot sampai pun kedai dah nak tutup agaknya... tu la bajet lagi nak jalan jejauh dah tau tgh standby kann.. so penyudahnya dinner dekat2 rumah.
Hari ni hari special Danish so makan kat tempat special sket... 
mana lagi kalau bukan kat Pasta Express yg best dan dekat ngan umah tuu hihhi.
Okay jom layan gambarrrr



Bufday boy 9 years old.
Tahniah Danishh..! moga terus berjaya dan cemerlang dunia akhirat.
Semoga sentiasa diberikan perlindungan oleh yang Maha Esa... aminnnn.
Mama Papa Dania Dhiya Delisha sayang kamu okehhh


kek tahun ni tema padang bola hihihi.   


Ha ha Dania terpaksa guard Delisha sebab beberapa kali Delisha cuba
jadi raksaksan nak musnahkan padang bola hihihi


Bufday boy tiup lilin


Dania tolong potong kek


Dan tahun ni .. jeng jeng jengg....!
Papa belikan helikopter remote untuk Danishh.. kemain suka Danish..!.
nampak sangat riak kegembiraan terpancarrr kat muka dia..
mama tak sempat nak snap cecantik sbb sudden je Papa keluar bagi hadiah hihihi
kemain Danish siap peluk2 kotak hadiah ! tak dan nak balut2 dah hihih


Siap peluk papa lagii tuu.. kemain happy sesangat gitew!
berkali2 cakap terima kasih papa terima kasih Mama hihih
sebenarnya dah lama tak belikan remote toys pada Danish setelah remote car
ke-6 dia rosakk.. rasanya setahun lepas ke 2 tahun lepas.. ganaz no pakainya beli kejap je
hancusss. lepas tu cakap kat Danish 
yg ke-6 tu last belikan.. kalau tak jaga elok2 lepas ni kena kumpul duit and beli sendiri kalau nak hihihi


Okay... acara doa selamat.. dah excited sangat dapat hadiah nyaris
terskip doa selamat hihihi


4 kali celebrate bufday setahun .. semua lain2 bulann.. kenyang la kome semua tumpang 'saham'
bufday boy aka girl ehhh!


Dhiya and Delisha pun ada


tak tunggu dah terus bukak hadiahhh


okayy pukul 9 settle handle On call terus keluar gi dinner.
Perut dah lapar... nak masak kompem tak sempattt


Appetizer


Menu Papa 


Menu Mama


Danish Fish and Chip kegemaran.. sama dengan Dania.


sempat lagi main susun2 potato fries tuu


Dania & Dhiya kat kids table... Dhiya kids menu gak cam biasa


Delisha ngan mama.. hongeh garlic bread hihihi



Balik rumah sambung main remote heli.
Danish sebuah dan Dania sebuaahh.. amboiiii



The next morning,
dalam pada bersiap nak gi sekolah sempat lagi tu main remote control lepas breakfast.
Hari Rabu.. koko ada aktiviti beruniform
Danish masuk Kadet Remaja


Dania pun test skill


Both heli.. yg oren Dania, yg Biru Danish


Okeyyy.. Happy Buday Danishh..
jaga hadiah ni elok2 ya...
tunggu weekend ni kita main kat padang depan rumahh..
nak main kat garaj pun under reno bahaya pulakk...


Al-kisahhh

2 sweet comments:

nad said...

hepi bday danish!
dah 9thn dh..
jadi abg yg baek utk adik2 n anak yg dgr kata pada mama n papa k!

Hani Rahman said...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...