Assalamualaikummm
Ahhhaaa post pasal makan lagii hihihihi.
Ahad lepas JJCM ke Restoran Baser yang terletak di Bandar Puteri Puchong.
Restoran Baser asalnya di Kota Tinggi kira cawangan 
pertama di luar Johor kat Puchong ni lah.

Menu yang special sangat kat sini Nasi Beriani, Nasi Ayam,
Mee Bandung dan juga kerabu mangga.
Hari kitaorg pergi tu order Nasi Beriani dan aku teringin sangat
makan Mee Bandung. Pernah juga buka posa makan nasi beriani kat sini.
Kalau rindu2 nak makan menu Johor leh la gi sini hihi


Danish & Dania memang suka. Derang memang hantu makan nasi arab.. 
so nasi beriani pun lebih kurang je kan cuma lagi berempah kan.
Mee Bandung Abang komen bau udang kering kuatt.. tapi aku suka rasa 'kacang' dia nyummmm

Air yang di order Jus Tembikai & Jus Asam Boi.. masam kaww jus asam boi diaa..
aku siap suh add air gula ahahhahah

Masa datang tak putus jugak customer walaupun dah pukul 2 petangg..
lain kali boleh singgah sini lagi try menu lain pulakkkkk

Ok nak tengok detail menu boleh layari

Blog Restoran Baser 



3 sweet comments:

Norma NML said...

Izan..tunjuk makanan hujan2 mcm ni...terus perut akak jd lapar..;-)

Nad MamaZN said...

mi bandung....!
saya terliur dah ni ;)

Mona Lea said...

kat belah mana ye retoren ni