Assalamualaikum...

Setahun berlalu sudah...! Alhamdulilah baby Delisha 
membesar dengan sihat dan ceria.
Sementelah itu cukup 18hb Mac genap1 tahun penyusuan esklusif baby Delisha.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini Delisha masih lagi full breastfeed.


Sebagai catatan... hasil EBM pada 19hb Mar sehari selepas hari jadi Delisha.
18hb Mar tak sempat snap sebab balik tu nak prepare Delisha punya bufday celebration
just a mini one among Abang Kakak dia je hihi


Alhamdulillah... 8 Oz per session. Syukur... 
2 session sehari 8x2  = 16 Oz memang cukup2 utk Delisha punya
dos siang.. balik kerja mmg terus direct bf je.
Sejak dah tak ada maid memang mama sempat pump 2 kali sehari jek huk hukkk!!...
by right sebelum ni 3 kali, pagi + tengahari + petang (otw balik kerja)
*6 bulan pertama dulu lagi gigih 4 kali sehari pagi + tengahari + petang + malam sblm tidur*
tapi lately pagi mmg super busy tak sempat dah nak pump.
Pepagi nak prepare breakfast abang kakak termasuk bubur nasi Delisha.
Memang pump sebelum tengahari dan otw balik kerja.
Ini adalah minimum session yg Mama kena retain utk terus memastikan misi 
full bf baby berjalan lancar. No more excuse!!! huhuh


Untuk rekod hasil EBM pada hari jadi Delisha 18hb Mar.
EBM pada suhu peti.. nampak lapisan lemak yg terapung beku.


Haaa.. ni hasil EBM 3 hari berturut2... 
17hb (dah frozen pun), 18hb suhu peti semalaman, 19hb hasil sepanjang hari kejadian 


Boleh nampak tekstur EBM yg berbeza pada setiap botol hihi


Ini adalah dos harian Delisha yang mama bekalkan ke taska.
4 bekas x 4 Oz = 16 Oz  dan bubur nasi 2 kali makan (Tengahari & petang),
fresh cooked everyday!

Actually setiap hari Isnin mama akan bagi extra frozen EBM dan bubuh stiker merah  kat atas penutup 
sebagai tanda susu spare just in case kalau Delisha consume EBM lebih dos dari biasa. 
so kalau mama dapat balik storage bottle bertanda sticker tu means mama tau ebm spare dah digunakan. Kalau tak every Friday Mama akan still recall EBM Spare utk dihantar pulang.. dan hari Isnin akan kasi 1 bottle EBM Spare yang baru dan bersticker juga... gitew

So macamana pengalaman kawan2 di luar sana ..?
Sememangnya menggunakan Handsfree + Double breast pump telah menjadikan impian Mama satu kenyataan!! Kalau sebelum ni rata2 anak2 Mama hanya full BF 6 bulan pertama (dan continue BF + FM thereafter), kali ni Mama dah berjaya untuk full BF baby sehinggan setahun!!

Sememangnya ianya satu kejayaan yang amat berharga buat Mama!!!

Kalau nak dapatkan double breast pump handsfree yang telah membantu misi mama
menjadi satu kejayaan, layari
kidsbranded.blogspot.com
untuk promosi "'Handsfree + double breast pump" terkini
yang sangat berbaloi2 okeyy!!!

2 sweet comments:

nad said...

tahniah kak!
still meriah :)

tu delisha makin bambam je hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

alhamdullillah..
rezeki delisha..
seronok tgk kwn2 yg bjaya BF ni..
tumpang gembira..