Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. Ahaaaa.. Akhirnya berjaya jugak merasmikan pemanggang ajaib ku hihihi. Sebenarnya beli masa dlm pantang lagi. Tunggu2 tak sampai2 rupanya lupa nal redeem. Akhirnya minggu lepas baru sampai... Maka hasilnya
...percubaan pertama...Taraaaaaaaaaa!!!

Assalamualaikum....

Delisha dah pun 3 bulan Alhamdulillahhh..
makin sihatt.. makin bam bam bammmm.. gerammmm!!

Looking at these pictures..
All I can say the feeling was just awesome..
priceless and speechless!!!




 




Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya hujan rahmat gugur juga semalamm..
Hanya ucapan kesyukuran pada yg ESA.. barulah pagi ni 
nampak/bau udara lebih segar walaupun nampak masih berjerebu.
Bacaan IPU juga sudah menurunn.. so Danish & Dania sekolah macam biasa hari ni.
Pagi tadi pun dah nampak orang berjogging kat padang depan rumahh.


Mask N95 yg dibekalkan di ofis semalam.. terima kasih kerana menitik beratkan kesihatan pekerja..



So pagi ni suh Danish yg pakai mask N95 ni sebab balik sekolah semalam Danish batuk2.
Malam memang suh dia lepak kat bilik je sambil pasang ionizer.
*tetiba baca kat blog sekolah semalam, sessi persekolahan petang seperti biasa*


Air tangan En Suami dinner semalam. Terlupa sangat2 semalam En Suami puasa ganti
tahun lepas sbb warded. Balik kerja  tu dah kelam kabut ambik Danish 
dari sekolah dalam hujan. Masa sessi persekolahan ada SMS cikgu kalau2 jerebu makin teruk 
nak parent pick up anak. Tapi since dah hantar, Cikgu kata tengok kedaan hari ni je lah camne.
Balik2 dari sekolah tu pun Danish dah terbatuk2 duk kerah dia terus mandi  sbb takut terkena hujan.
Nasib baik cikgu dah pesan siap2 hujan tu berasid dan tercemar so Danish pun tunggu kat hall
sekolah  ja. Lepas mandi suh Danish rehat  je dalam bilik. 
Turun2 bawah nak masak tengok2 En Suami dah 
siap masak dek kelaparann..! Owhh maafkan Dinda ya kanda huhuhuhu.
kekanda saya masak sup sayur dan daging black pepper... eh sedapp pulakkk!!!


 Ahaaa... dapat 2 parcel sekaligus hari ni... satu Shawl dari Ambrynaa Shawl
Cantik packaging dia, material pun sedappp dipakai. Kalau ada yg berminat boleh layari 



Assalamualaikum....

Jerebu jerebu jerebuu... masih belum berkuranggg.
Hari ni pagi2 pun busy sebelum gi kerja.. almaklum
ada 4 orang kat rumah tuu.. sekolah pun 2-2 cuti kan.
Kalau hari sekolah 2 orang kul 7:30 dah dihantar ke sekolah
tinggal Dhiya & Delisha je.

si Dhiya dari malam tadi merengekk.. makin manja kakak kecit sorang ni.
Pagi2 pun nak berdukunggg je kerjanya.. letak je nangiss.
Asal bukak pintu nak keluar pun nangis nak ikut..
jerebu la dik... bahaya duk luar ni. Mama nak keluar masuk letak 
barang dalam keta pun jenuh nak mujuk si Dhiya ni.

Sebelum keluar rumah Papa call suh ON kan ionizer & Plasma function kat
aircond bilik. So panggil bibik plak bagi briefing utk ON/OFF kan ionizer funtion ni.
Papa suh biarkan je terpasang dengan pintu bilik dibuka utk circulatekan udara
dalam rumah uhuhuu.
Tengok je la bill letrik bulan ni berapa yerr... bulan lepas je dah RM200++ ohok!!

Gitu gini gitu gini nak mengepump susu kat rumah pun tak sempatt !!
Selalu Mama pump EBM time bersiap @ make up. ala make up sesempoi lebih kurang je punnn.
Hari ni tu pun tak sempatt dahhh..   start enjin keta baru plug Medela FS sambil panaskan enjin.. 
tu pun jenuh nak kuar rumah nyorok2 dari Dhiya kalo tak kompem meraunggg...ayoyoo!


Medela Freestyle ~ Pump On The Go, Pump with Stylo ~ 
Ahahaha.. slogan dipagi berjerebu giteww..  bolehhhh ? kikikikii
*sila abaikan shawl yg agak failed di pakai itew*
Tengok dari luar macam tak ada apa2 berlaku je kann..
tak tau kat dalam tu 'production' tengah jalan hihihihi


Ni keadaan Jerebu sebelum sampai ke ofis. Masih kelabu asappppp je dari jauhhh .......


Ni dah sampai parking keta.. ngam2 je ngan tempoh pump 
Pump EBM biasa dalam 15 - 20 min setiap sessi.
Kadang2 kalau nak cepat less then 15 min je pump.
Ni pun sempat lagi singgah beli nasi lemak kat gerai tepi jalan sambil turunkan
tingkap keta & mintak ngan akak yg meniaga tu..
" Akak.. maaf ya, saya ni tengah pump susu, boleh ke Akak tolong hantarkan ke keta "
Owhh.. seb baik akak tu sporting.. boleh sajerr.. maklum laa
ada 2 orang assistant kat gerainya tu.

* Perlu diingatkan wat kerja 2 in 1 sambil memandu mendedahkan anda pada risiko2 dijalan raya.
Jadi sila pastikan cara pemanduan anda2 betul2 selamat okeh*


Biasa pagi Mama pump sekali sebelum gi kerja terus simpan kat rumah. 
Sekali after lunch hour... sekali after office hour then  sekali sebelum tidur.
Kalau nak lagi gigih tengah malam sambil baby menyusu tu pump sekali sebab time baby 
menyusu kekadang susu leh mengalir dr sebelah satu lagi kan huhu.
Sebab tu kalau tak terus pump time baby terjaga nak menyusu, 
 pepaginya tu camna2 pun kena pump gak sekali.


ok.. sessi pump dari rumah sampai ofis pagi ni...
Hari ni saje Mama pakai kuning ikut theme kaler medela hihihihi.
Sebenarnya sebab baru jumpa shawl kaler kuning.. baju dah lama beli tak pakai2 huhu


Alhamdulilah... dapat  almost 9 Oz sekali pump.
So masuk2 office terus simpan dalam freezer.


Ini plak 2nd session lepas lunch.



Nampak production kiri dan kanan berbeza hihihihi. Memang sokmo yg kanan lagi produktif.
Kalau tengok yg botol kanan tu dah sampai bottle neck dah EBM nya, penuh!! 
Kekadang kalau terleka memang sedar2 susu dah melimpah ! uhuhuhuh


Hari ni terlupa nak bawak botol spare. Selalu 4 botol cukup sebab 1st session kat umah, 2nd & 3rd session
kat office. So hari ni ada satu lagi session pumping ni kena ada 2 botol free lagi.
Nasib baik EBM Storage Bag sentiasa ada spare
kat poket bag so transfer terus EBM ke storage bag tu.
2nd session hari ni dapat dalam 10 Oz Alhamdulillah.


Last but not least, sibuk je tuan tanah pun nak interframe kannn.. dah la kaler silau ari ni..
kat toilet pun jadik. sebenornya snap gambor nak hantar kat member yg jual shawl.
Maklum la Mama tak expert sangat pakai shawl ni.. anak tudung pun ngelat pakai
anak tudung awning sbb takut shawl tak muncung hahaha!
Memang jenuh kena 'tuisyen' dek memember kaki shawl kikikiki
kalau korang nak carik shawl terkini dan cantik2 boleh layari 


Dan kalau korang nak cari 
Electric Double Breast Pump
yang
Mobile,  Handsfree & Rechargeable
yg membolehkan korang 
Pump on the go, pump in stylo ~ 
boleh layari link di bawah okeh! 



Assalamualaikum...

Negara sedang dilanda masalah jerebu sejak beberapa hari lalu sehingga
sekolah2 di Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan ditutup hari ini.

Ini adalah keadaan Jerebu dirumah, view dari bilik tingkat atas..


Hari ni Danish & Dania cuti duduk kat rumah je.. aku gi kerja macam biasa...
view jerebu dari tingkat 5 office... bangunan HQ LHDN kat sebelahh masih kelihatann 


Tapi area Domain Cyberjaya nampak samar2 je huhu


View dari depan... kaburrrr walaupun waktu ini dah pun tengahari.


Tapi masih nampak bangunan HP lagi sebelah...


So semalam lepas lunch kat umah Papa ajak keluar cari kasut sekolah Danish sambil melarikan diri dari Jerebu. Masa nak keluar Dhiya masih tidur.. so Dhiya & Delisha tinggal kat umah ke. Tu pun suh bibik bawak derang lepak kat dalam bilik pasang aircond kalau keadaan amat tak menyelesakan
dalam rumah tuu


Papa ajak ronda2 One Utama.. lama tak lepak sini kannn.. Sampai2 ada roadshow keta.. gi cuci2 mata jappp.. Danish siap queue nak main racing car game.


 Pastu ronda2 la.. baru pusing 2-3 round Danish dah mengeluh 
'lapar....!' aikkk.. bukan ke baru lunch makan nasi kat umah tadikk??? isk isk iskk.
Last2 Papa bawak gi makan kat Burger King. Dania plak nak makan Donut so tapau la 
set Donut Mini Big Apple kat sebelah Burger King ni. 
Best jugak envinronment dalam Burger King ni.. tengok Danish buat macam rumah sendiri je melepak 
kat sofa uhuhuhu


Lepas makan.. Mama plak teringin nak makan desert sejuk2 wat basah tekakk..
apaagi cari Frutti Tutti plakk.. amboi kan selera masing2,
sorang nak itu, sorang nak ini hujung2 bulan ni huhuhuhuhu


Tutti Frutti ni plak dekatt dengan STARSHIP GALACTICA.
Dah pulakk meroyan la 2 beradik ni pujukkkk nak naikkk ayoyoooo...!!
Last2 Papa dengan baik hatinya kasi green light... amboiiiiiii!
Dah la stokin tak bawakkk... Dania plak pakai dress mcm tak sesuai je kan 
nak gi main tempat camtuuu.
Bleh plak dia nampak anak arab kat dalam tu pun pakai dresss..
habis la dok pujuk2 Mamanya cakap budak tu boleh jeeeewww....cessssssssss 


Last2 kasik la jugak 2 beradik ni bergumbira dalam tu.
terbang RM50 sekali masuk 2 beradik ni termasuk stoking RM4 sepasang huhu.
Suka ati korang laaa dalam tuuu, main la puas2.....  
Mama & Papa gi dating ehhh babaiii...!! 


Habis ronda2 pick up budak2 ni terus balik umahhhh... sekianlah
hujung minggu dimusim jerebu huhu

Assalamualaikum...

Ahaa.. malam tadi singgah ke Tesco Extra Bandar Bukit Puchong.
Sambil1 shopping barang dapur nampak ada brochure 
TESCO ONLINE SHOPPING 
diagihkan.. wahh menarik nih!!!!
Rasanya TESCO ialah hypermarket pertama yg menawarkan pembelian secara online
dan dihantar terus kerumah.


Untuk keterangan lanjut boleh layari

http://eshop.tesco.com.my/

So apalagi kawan2.. boleh cuba shopping barang dapur secara online pulak lepas ni yek!


Assalamulaikum...

Wordless Wednesday...
RED DAY on one fine Wednesday incidently hihihihi


Dah balik baru perasan laa.. awat semer tema unipon merah hari ni hihihih

Assalamualaikum...

Sabtu lepas baru sahaja menghadiri Majlis Malam ALEPS
bersempena dengan sambutan Jubli Perak penubuhan ALEPS ke 25.

Yang paling teruja, pengasas Dasar Pandang Ke Timur
turut hadir iaitu tokoh negarawan yang sentiasa saya hormati,
TUN MAHATHIR MOHAMED.

Sneak Peek sikit gambar dengan Ayahanda Tun yg dikasihi.


Majlis bermula jam 8 malam, 15th June  di PWTC.
Dengan gigihnya naik ERL & LRT pergi PWTC.
Balik baru kekanda saya datang jemput..
nak drive masuk KL memang tak berani...kekanda pulak
tak berapa sihat sebab diarhea huhuhu.


Sejambak mawar di meja VVIP


Aturcara majlis


Nama dapat kat Meja 12 tapi ada senior mintak tukar..
so masuk la meja No. 10.. sempai *senior* je ramai huhu


 Nasib baik ada geng ladies jugak hihihi


Menu Malam ni ~  Masakan China


Antara yg rajin di snap huhu





Seterusnya ucapan oleh yg di alu2kan.. Tun Mahathir.
Sentiasa ada intipati yg bernas dalam ucapan beliauu

Antara yg disampaikan

" Pisang Emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati....."

Renung-renungkan dan selamat beramalll.......


Acara tandatangan momento sempena sambutan 25 tahun ALEPS


Seterusnya bergambar dengan penerima2 kerusi roda
custom made yg di hasilkan oleh ADF (ALEPS Dream Factory).
Istimewanya kerusi2 roda ini di buat mengikut ukuran penerima.
Kalau ada diantara saudara mara atau kenalan kalian
yg memerlukan boleh hubungi saya ya.


Seterusnya persembahan 'gazal Jepun' oleh senior Hafiz


 Di ikuti dengan persembahan kebudayaan Jepun


Selesai Majlis, acara yg di nanti2kan .. upacara bergambar bersama Ayahanda Tun!


"Ganbare ALEPS!"
Dapat jugak bersalam dan bergambar bersama Tun Mahathir like like like!


Bergambar bersama2 VVIP & Exco ALEPS


  Bergambar bersama Tun Mahathir & Isteri, Tun Siti Hasmah.
Sweet je diaorang ni kannnn, suker sangattt!!!!


Jumpa member2 satu batch


dan bergambar bersama sempai2 ladiess...


 Majlis usai jam 10:30 malamm...
Moga Tun terus diberikan kesihatan dan dipanjangkan usiaaa.
Tahniah & terima kasih kepada semua AJK yg menjayakan majlis hari ini