Baru lepas lunchh.. burrrppppp! Opsssss...! Hehehhehe.
Semalam sehari suntuk kat luar - siap sampai RAUB attend wedding lagi so hari ni duk umah diam-diam rehatkan badan.
Air tangan aku hari ni :
1. Ayam asak lemak
2. Udang LAUT goreng
3. Kailan tumis belacan
4. Sup sayur ayam
5. cili potong berkicap utk (gantikan ayam masak lemak cili padi)
Kitaorang sejak akhir-akhir ni memang fanatik betul makan udang.. sejak pekena Mee Udang kat Penang yg RM80/kilo. Lagi-lagi lepas balik Melaka pekena udang LAUT goreng RM8/ekor Hajah Ramlah. Balik kampung Johor last week pun sempat kitaorg singgah Pasar Borong Selangor pagi tu cari Udang laut... masa tu yang ada udang kertas RM22/kg. 2 Kilo kitaorg angkut balik Johor. Masaknya senang je - Goreng samada buh kunyit/garam or salut dgn tepung serba guna. Bau harum masakan mmg menyengattt lepas tu makan ratahhh je cecah sos or cili potong berkicapp. Perrrghhhhhhhhhhhhh! memang saikou (best) gilerrr lahh!!
Untuk hari ni, Udang LAUT ni Abang beli kat Pasar Malam Putrajaya last Friday. Sekilo RM45! Tapi besar saiz super XXL!! Memang puas hati gilerrr meratahhh!! Untuk menerangkan lagi saiz udang ni aku buh duit 50 sen lagi kat sebelah huhuhu! Berbaloi la beli goreng sendiri compare makan kat Melaka tu 2 ekor dah RM16! huhuhu

Ni Udang yg di masak masa pre-celebrate dinner anniversarry ari tuhh

Hujung minggu yg sibuk
Citer pasal last week sebenarnya schedule asal kitaorg nak balik Pahang sebab ada 2 event. Wedding org kuat block & Majlis bercukur baby Fahim. Tapi sebab dapat berita Pak cik aku, Wak Hamid ( Abang ipar Emak) masuk ICU kat Hospital Sultanah Aminah so terus kitaorg tukar plan balik Johor. Pagi nak balik tu kitaorg beli Udang kat Pasar Borong. Sampai kampung dah petang terus goreng Udang 1 round. mala goreng lagi utk 2nd round. Esoknya pagi-pagi dah bertolak ke JB. Pulaknya adik my SIL wedding. So singgah rumah kenduri kat Skudai. Sampai tengahari kebetulan ada Group Homestay dari Okinawa, Japan seramai 250 org kokosei (student high school ) & 30 org sensei (teachers). Tak pasal2 aku diminta oleh mertua Abang aku (Mak pengantin) utk bagi ucapan kata alu-aluan kpd para tetamu homestay dari Jepun tu...huhuhuh! Aku pun secara bidan terjun bagi gak la ucapan sepatah dua kata kat depa! Sambil explain in general adat budaya perkahwinan org Melayu kat Mesia ni...
Lepas lunch kitaorg terus la gi HSA ziarah Wak Hamid. Ketika kitaorg sampai Wak Hamid masih kat ICU tak sedarkan diri. Sebenarnya dah hampir seminggu Wak masuk ICU. Sejam gak kitaorg lepak kat HSA sambil temankan Wak As ( wife Wak Hamid) dan anak2 nya yg setia menunggu. Doa kami semoga Wak Hamid diberikan kekuatan dan segera sembuh. Lepas habis waktu melawat jam 2:30ptg kitaorg singgah Masjid Sultan Abu Bakar. Lepas solat dan mandikan Danish dan Dania kitaorg menuju ke Dangar Bay. Almaklum bukan selalu sampai ke sini. Lepak2 kat Restoran Periuk Belanga sambil pekena ABC petang-petangg. Yang special ABC Jagung.. tapi manis gilakk! Fuhh!


Habis ambik angin terus balik umahh.. Keesokan paginya dapat berita Wak Hamid dah meninggal dunia! Innalillahiwainnalillahirajiunn... Al-Fatihah. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pagi-pagi kami dah bersiap ke Pasir Gudang, rumah Wak As untuk ziarah jenazah.. Jarak kampung aku ke Pasir Gudang kira-kira 2 jam setengah jugakkk jauhnya. Lewat nak masuk Asar baru kami bertolak balik. Sepatutnya petang tu dah balik KL tapi disebabkan permergian yg tak diduga ni makanya tak sempat aku nak berkejar balik ke KL pada hari yang sama. Petang tu hujan lebatt.. sampai Kota Tinggi pun dah pukul 6 lebih. Sepanjang perjalan dari KT ke Air tawar je ada 3 accident kitaorg jumpa! Masa sampai KT teringat kelmarin Abah ada sebut teringin nak buat bakar2 kat rumah. Makanya disebabkan petang tu dah tak sempat bekejar balik KL aku terus buat plan malam tu buat bakar2 sket kat umah sementelaah semua ada kecuali Daya kat Penang. So petang tu juga singgah kota beli segala barang termasuk la tempat bakar, arang etc yg tak pernah ada kat rumah and semua barang basah yg nak dibakar sekali. So malamnya berjalan lah acara bakar-bakar.. puas aku suh Abang Nuar balik cepat dari skudai semata2 nak suh depa join gak acara ni..huhuhuhu. Abah sengihhh manjang le hajat tertunaii... heheheheheh

Esoknya pagi2 limun kitaoragn dah bertolak dari Johor dengan niat nak masuk kerja Half day..last-last tak sempat pun nak berkejar ke ofis... tak dek makna! huuhuh. Anyway 4 hari cuti letih badan duk dalam keta ulang alik kehulu ke hilirr. Letih wehh!

5 sweet comments:

rudy bluehikari said...

Izan, abunai abunai...udang banyak2 boleh tapi kena imbang dgn exercise. ehehehe...asid uric and kolestrol wooo....

bythe way, mana ko beli baju danish aiman dgn suit tu..so charming..aku tgh carik utk si hiro. mahal x?

Farah N.R. said...

Wow! Sgt melecun itu udangs Nyum nyum sedap nye

umeboshi said...

hamboi, zan!! udang besau2 gitu. ciknoora tak berani le nak mkn seafood selalu. la ni, selalu mkn 'iwak' jek. eheh.. err, penat nye ek dok drive jauh2 gitu. tetiap hari!! uhhh!
(al-fatihah buat arwah wak hamid)

farah amoi said...

wahhh...pack tul xtvt izan yea...
camne uncle? dah okeh ?

wahhh..aku jeles tgk udang tuh
siap letak syiling 5osen lagi
maknanye memang besar bagak ler udang tuh...
aku pon dah terliur niiiiiii!
adoiii...nak ckit !

wahh...salute bab kasi kata aluan kat student jepun tuh..
ingat lagi ke nak cakap..
pasti ingat kan
izan lama ke kat jepun...

huhuuu
izan keje kilang ke?
memnag kilang jepun ke????




hhehehe
lawak tgk danish yg kaki berbalut
sapai berbalut tuh
esok nye nak tido pon nak balut jugak biar petang tuh dah leh berlarian..
hehehhe
dak-dak la ni camtu lerrr
panjang akal


best nye tgk izan & family g jenjalan ke melaka
kami p last 2 year...time ujan ..ngan jem mengilooo
dah la anak-anak x berapa sihat
jd...holiday kami tuh x berapa berbaloi le
dah ler cuma dpt bilik mahal bangat kat holiday inn tuh !!1

IZAN said...

Tu Rudy..
he he sekali sekala tgh gian.. dah jemu karang stop ler. huhuhu. Yang butik mmg mahal gilerrr.. nak yg berpatutan leh cari kat USJ

To Farah NR..
Tapi tak leh lawan Tarabagani tabehoudai lagi! uwaaaaaaa!

To cik Ume,
apa nak buat, hujan emas dinegeri orang hujan batu negeri sendiri.. jauh2 pun kalau dah rindu tahan je lahh..hhhehhhe

To Farah,
Mak aiii.. ni dah macam balas dendam punya komen nih! wakakakakkaakka.. ha ah la kerja kilang gakk. samerla kiter! huhuhuh. Saje letak 50sen nak kasi jeless hahahahahhah! Tu lah budak2 ni ada je akal dia request tah hapa2 lahhh..