Scenario 1 : Anda mampu mengubahnya
Hari ni attend wedding sepupu Abang kat Raub Pahang. Disebabkan Dania tak berapa sihat, so Dania tinggal ngan Bibik kat umah dan kitaorang pun pergi balik hari je. Itu pun mula2 plan Danish pun nak tinggal gak tapi sebab Danish bangun awal plak pagi ni so terpaksa lah angkut sekali huhuhu! Se awal 8:30 pagi dah bertolak, pick up Mak Teh & tukar keta kat Gombak terus gerak. Kat saner lama gak la lepak jumpa sanak saudara. Pukul 4:30 ptg baru bertolak balik KL.
Dalam kereta ni lah antara aktviti Danish.. duk belakang pakai seat belt sambil layan In Trend Mak Teh huuhuhu.. kemain khuyuk Danish membelek majalah ni yo yo je mcm reti membaca sangat!
Moralnya : Jika si kecil ini boleh menyahut seruan kerajaan, apatah lagi dewasa seperti anda..? ANDA MAMPU MENGUBAHNYA! * iklan * he he he
Scenario 2: Treatment vs Sycology
Peristiwa ni berlaku few weeks ago. Hari dah malam, bersedia untuk masuk tidur. Sambil Abang check semua lampu kat living Danish dah berkejaran kat tangga 'berlumba'. Ntah macamana tulang kering betis Danish tersadung kat tangga apalagi berkeriau le Danish menangis..!!! Tengok2 terus ada kesan lebam kat betis Danish.. yang Danish pulak menangis tak berenti-renti menahan peritt.. Kitaorg pujuk2 sambil buh minyakk tapi kejap2 meraunggg plak! Aku pun naik panik dibuatnya sakit sangat kerr..? iskk iskk iskk.. Last2 Abang keluarkan First Aid Kit Box and offer untuk balut kaki Danish. Aku pun mengiyakan sambil cakap biar Papa jadi Doktor Danish...
So bermulalah drama pendek dgn watak2 berikut:
Abang : Doktor = Buat rawatan sambil bagi explanation itu dan ini pada Danish
Aku : Jururawat = Pembantu Doktor. Tukang hulur balut, ubat & potong kain
Danish : Pesakit tenat = Saje je nak manja lebih nii... taktik je tuhhh! huhuhu
Dah balut tu baru la Danish OK sket. Mau berhenti menangisss.. Kakinya tak boleh usik atau terbengkok sket pun. Mmg sycology betull... huhuh. Malam esoknya nak tidur pun mintak balutkan mcm semalamnya jugakk.. aiyakk.. dah pergi skool dah puas main sehari suntuk tak baik lagi? duushhhh!!!
Danish soro soro (soon) nak masuk 4 tahun. Sejak ke tadika ni penggunaan bahasa Danish makin improved. Vocab pun makin bertambah. Kekadang aku ngan ABANG pun geleng kepala je dengar. Sekarang ni antara yg TOP :
Bila diberi penerangann:
" Oohhhhh.. gitu rupanya / macam tu rupanya.. apalahhhh..."
Bila diargue :
" Ehh.. Mana ada .. ( disambung dengan ayat bertentang dengan statment kiter )..."
Kalau merajuk dan dan 'tak nak kawan'..
Tak boleh kalah dalam sebarang perlumbaan.. mau menangis kalau kalah hatta panjat tangga nak naik bilik je pun siap warning ' Alaa... jangan la laju-laju nanti Danish kalah..'* dush!*

2 sweet comments:

Farah N.R. said...

Kalau kat Jepun budak besar danish ni kena tambah additional seat (tp bukan child seat yg besar tu) then baru pakai seat belt sbb seat belts saje budak bleh terkeluar bile accident. Mesia buat undang2 tak pk la.

IZAN said...

Additional seat? Buakn car seat?
Mesia ni ntah le..buat enforcement tapi tak clear kalau budak2 ni camne nak pakai seat belt tu sbb tak kena size.. iskk iskk iskk