Ingattt!!!! *versi upin & ipin*
NOTE: He he tukar background color.. tukar angin skett bagi kurang 'silau' kat blog nih.. :)

Dania dah 1 year and 6 months now.
Masih BF & manja.. kalau balik kerja tu kalau boleh nak ada orang sentiasa hugg dia, dukung & pangku dia jee..
Makanan kegemaran masih kekal ditempat lama -
Finger Food = nugget/buah/etc
Paling aku suka kalau dia sebut
+ Ingatttt!! *Sambil jari tunjuk warning versi Upin & Ipin*
+ No! no! no! *sambil jari tunjuk buat gaya tak boleh*
Bila kita sebut
:: Shocked face! = Dania buat muka terkejut!
:: Baby face ! = Buat muka cam baby..
+ Baby face (?)+

Sebutan Dania yg aku confuse
kalau nak = Nak! *muka ceria*
Kalau tak nak = Naaaaaaaaakkk! *panjang skett* same je cuma kalau tak nak buat muka tak suka.

Kuat minum air! Tak kirala air apaa.. pantang nampak mintak!
Bangun pagi nampak muka bibik je terus request 'Nak air!' hu! hu!

Paling dia anti kalau kita tutup pintu - tak kiralah pintu grill/gate ke
mesti menangis tak terima. Malam kalau nak nak masuk tidur tutup pintu pun bleh dia nak menangis gak? Sama kalau dah keluar rumah ajak masuk balik mesti melalak.
Kalau berjalan petang2 tolak basikal asal nak pusing ke arah rumah/balik mesti meraung jugakk..!

Bab bersih membersih mmg boleh pas kat Dania.. kalau tertumpah makanan ke cepat je dia capai tisu sendiri and lap.. *walaupun hasilnya tak de la bersih sangat* hehehehhehe

Tak sabar tunggu Dania besar.. jadi kawan mama! Luv you so much baby!

7 sweet comments:

ibu 2AZ said...

time2 cenggini geram jer dgr dorang belajo cakap kan..hhehehe

IZAN said...

To ibu2AZ..
memang pun kann.. hilang segala stress tengok gelagat diaorang nihh.. huhuhuh!

fiziskandarz said...

aaaaawww.. how adorable.. haa bagus2.. nanti dah besar lepas kemas umah mama + papa datang umah uncle pulak tulun bersihkan ok.. i'm sure i could use some help :P kak izan.. huwaaa.. my mother in law cakap skrg saya dah gummuck sket huwaaa.. tsk tsk.. :(

Farah N.R. said...

Harris pun ada basikal yg same la. Siam mali tp beli kat Kltn. Belasan ringgit je. Kat Jepun ni, brg baby sume mahal. Yg mampu beli kat sini slalu brg 2nd hand jek.

IZAN said...

To Fiziskandar :
Bole bole tak de hal. Janji tuan rumah standby masak sedap2 hehehe. Eleh tu pun kalau awak tu ingat nak balik Mesia ni.. maklum org merantau takut tak ingat plak 'jalan balik'! hahahhaha

To Farah:
Beskal tu actually nak kasi kat orang, belum sempat kasik dah kena lanyak ngan 'budak-budak' kat umahh.. hmmmmm tak kemana dah lerr uhuhuhu

Aleyn said...

Wah..dah besar dah anak dara sorang nih....dah bleh dapat adik kot...heheh...

IZAN said...

Adikkk ..??!! Ohok! Ohok!!! tersedakkk terussss.. huhuhuhu
Dania pun BF lagiii hehe