NOTE : Untuk kompilasi resepi sweet@omoide, layari 

Semalam aku bekerja 21 jam! Gara-gara problem network intermitten kat Ofis.. Nak dekat kul 5:30 pagi baru aku bergerak balik.. Sampai rumah dah nak pukul 6:oo pagi. Abang pun tak tidur masa aku sampai. Lepak kat depan TV menunggu aku balik (kott!). Thanks Abang. Sian Abang kena take care budak2 semalaman walaupun ada bibik Danish & Dania still tidur ngan kitaorg. Tak leh berengang lagi :p. Tu pun Abang kata diorang tidur kul 1 pagi!

Sampai rumah kepala aku rasa senoneng je tak tidur semalaman. Kira finger print masuk kerja kul 8:30a.m, kul 5:30a.m keesokan paginya je baru finger out keluar! 21 jam!!! Dah lama tak buat kerja2 camnih. Kebetulan plak Director dari Japan datang tgh buat Management Audit 3 hari, nak tak nak kena settle jugak sebelum matahari menjelma keesokan hari! Kot yer pun time ni la nak problemm! dushhh!!! My lady bos lagi ganazzz.. balik saing aku pagi kul 5:30 tu jap lagi kul 8:00 pagi dah tercegat kat ofis sampai petangg audit punya pasall!!! Iskk iskk iskk

Anyway..
Kira semalam terus cuti laa ganti tidurr.. Pagi tu sempat gak bangun hantar Danish pergi school since Abang kena attend training so kena keluar awal pagi. Lepas hantar Danish sambung ZZZzzzzZZzzzZZ...

Nak dekat Zuhur baru aku terjaga.. aduhaiii letihnya badannn...
Bangun aku turun bawah duduk kat tangga. Tengok Danish yg dah balik skool dan Dania main depan TV. Lama aku perati.. tiba-tiba
Ehh...!! Mama ada kat rumahh..? Mama cuti hari nii....????!!
Danish dengan muka bersinar-sinar menegur aku.
Dania pun terus berpaling.. apa lagi 2-2 terus la berkejar terkam aku!!!

Moralnya since aku pun dah 2 malam tak masak..
Kelmarin ader Farewell Dinner bos Jepun kat Restoran Tasik
Semalam of course la sbb aku tak balikk!
So hari ni aku pun ingat nak masak best2 skett laa..
Maklum la dah ada orang rindu air tangan aku.. heheheheh

So resepi yang aku pilih :
Tomyam Seafood (Pok Tek)
Siakap sweet sour

kacang tumis telur

Untuk Tomyam, aku tuliskan resepinya di bawah ni sebab aku ada buat improvement skett
untuk memperbaiki rasa dan warnanya. Boleh cuba yer!


Tomyam Seafood (Pok Tek)
Bahan-Bahan

Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

TIPS:
Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Berani cuba?


So petang tu dgn cuaca sejuk2 lepas hujan aku sambut Abang dengan hidangan Bee Hoon Tomyam panas-panas.... he he he !

Lepas makan kitaorng semua 'turun padang' (depan rumah je) teman Danish main layang2!!



Sambil buat activity tengok ikan.. memang ada ikan pun I tell you!!! hu! hu!

5 sweet comments:

Ciklinn said...

mak aii sedapnyer tomyam tu... teruja tgokk... huhhu TQ share resepi leh try buat....

eh dlm longkang tu ada ikan apa yerk?

Aiza Azril said...

hmmmm sedapppnya! my favorite tu....:)

*∽ IZAN ∽* said...

To Ciklin & Aiza..
Sila-sila.. jangan memalu cober hehe. Izan pun kalau tak memo terus kekadang takut loperrr.. almaklummm dah anak 2, urat dah putusss he he

Aleyn said...

Bleh masukkan dalam collection resepi nih...

Seronoknyer tengok Danish main layang2...time Aina ari tuh beli masa vacationing kat Terengganu...balik terus simpan dalam bilik..sampai lani tak kuar2...

Luvvvvv said...

salam.. tumpang print resipi tomyam pok tek ye...