Blogging from UPM while waiting hubby fetch up :
Yatto shiken ga owatta! Sukkirishita kanji. Rainen mata ikkyu ganbaranakucha! Ashta ha hari raya da yo!



*********************************************************************
Fact :
Setelah 7 tahun meninggalkan negara matahari terbit
tetiba company nak certificate JLPT nih ?? Haahhh..???!!
Dulu sebab JLPT ni tak pernah ada kepentingan dalam hidup
maka aku tak le rajin nak ambik. Last pun JLPT 3 masa kat AAJ-UM 12 tahun lepas.
Memula ada gak la argue tanpa JLPT tu pun dah byk sumbangseh yang kutaburkan
secara percuma dgn skill yang ada. Cuma bila elaun bahasa baru nak diperkenalkan
tiba-tiba certificate ni jadi penting pulak utk evaluation (?!)
At the end my Japanese MD kasik satu ayat killer:
'日本語能力試験を受けなさい。2年しかチャンスをあげないから!'
*sila lah ambik JLPT exam tu, saya bagi peluang 2 tahun je*
Maka secara langsung terus jadi arahan mandatori.... Arrghhhh!!!
Disebabkan dah 7 tahunn berlalu maka tahun ni aku cuma
berani nak amek JLPT 2 je.. bersama 2 orang taiko2
japanese speaker lain yg buku pun dah tak tau kat mane.
Jenuh wehh nak refresh semua kanji2 yg dah nak berkarat dalam otak nihh...
Dan sebenarnya nak bukak buku dgn schedule yg full ari-ari sbg isteri, ibu & kuli company tersangat tahap dewa la mencabarrrnyerrr!
Aku dan solid study 3 ari je sblm exam...
tu pun ambik cuti pi library Tun Uda nunn.. nak exam pun pencil box
Danish kena pau rasa jadik cam student plakk.. kwang kwangg kwanggg!
Anyway, kalau ada rezeki tahun depan pulak aku seat for JLPT1..
ada yg nak join takk?? huhuhuhu! ohokkk!!


Anyway atas permintaan, aku update usefull URL for JLPT
http://www.jlsm.org
http://nihongodecarenavi.jp/en/index.html
http://www.jlptstudy.com/

Exam fee is RM60

Happy burfday to my dearest honey! Doa aku dan anak2 semoga Abang dipanjangkan umur, murah rezeki, terpelihara kesihatan dan lebih penting lagi semoga kebahagiaan yg menaungi kita sekeluarga berkekalan ke akhir hayat... "Cantik bunga!.." suara abang teruja di hujung gagang jam 10pagi tadi. "Dah sampai?!" aku lebih teruja lalu serangkap lagu hari lahir ku dendangkan utk Abang. Itulah kiriman bunga dan coklat ke ofis Abang suprise dari aku dan anak2 dihari istimewa ini. "what a lovely gift. Terima kasih banyak2. Suka sangat! Sayang A****, muachh" itu lah sms ringkas dr Abang yg aku terima. Semoga kasih terus berpanjangan. WE LOVE YOU SO MUCH TOO ABANG/PAPA! -Aku, Danish & Dania-

Sarapan pagi hujung minggu..
Abang suka sangat 'order' lempeng cicah sambal bilis
Aku plak selalu ada problem dgn sukatan tepung vs air
Selalu loper. So kali ni aku catatkan resepinya dlm blog nih


Lempeng Tradisi
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa

Bancuh ke semua bahan. Kalau nak cantik kisar adunan
guna blender. hu hu!
Sapu minyak atas kuali leper.. tuang 2 senduk utk satu keping
lempeng. Bila nampak masak terbalik kan dan biar seketika hingga cantik. Siap!

Aku selalu akan prepare sambal ikan bilis, timun potong &
telur scrambler + thousand island dressing. Buat lempeng roll ! hu hu hu!

Memang best kalau dapat keluar DATE dgn Abang...
Almaklum keluar pun dah malam
My 'double D' pulak ada 2 orang baby sitter boleh jaga kat umah
Futari kiri nante... iinaaaa

************************************************

Fact :
Sebenarnyer...
TV yg digunakan utk Danish main game tu dah tak clear.
Gambar dia bergegar...TV tu pun dah 5 tahun umurnyer
Tiba-tiba petang tadi Abang dengan penuh ihsan ajak aku gi cari TV baru
sebab kesian tengok Danish layan TV yg dah bergegar tu
Takut rosak plak mata nanti
Baru je beli PS2, la ni nak pi cari TV pulak.? iskk iskk
Lepas maghrib keluar..
Kalau Abang yg propose biasala mesti gi area2 ofis Abang - The Mines
Gi cari TV and dinner kat Mc D
Futari kiri...
Balik dengan sebijik TV baru...
Itulah dia kasih seorang ayah.. hu ! hu ! hu! Ohok!

Resepi campak-campak dari dapurku.
Menu lunch hujung minggu bersama Sup sayur cendawan, sambal bilik & Kerisi goreng.

Nama resepi :
Dengan sesuka hatinyer menamakan -
Norizane Ginger Black Pepper Chicken.


Bahan-Bahan
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu lada
2 sudu black pepper sos
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
garam secukup rasa

Cara-cara
Ayam gaul dengan serbuk kunyit, garam & black pepper sos
Goreng hingga masak. Tak perlu garing

Kuah
Kisar 1 biji bawang besar bersama bawang putih.
Hiris halia halus panjang2, bawang besar dan cili merah.
Tumbuk lada hitam.
Tumiskan kesemua bahan diatas hingga naik bau.
Sempurnakan rasa dengan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, sedikit
kiub ayam & garam secukup rasa.
Masukkan ayam yg telah digoreng dan sedia untuk dihidang!



Scene 3
Baru hapdet kisah Danish dgn lagu baru 1-2-3 tu petang tadi
Malam balik kerja sampai dah maghrib.
Abang dah ada kat rumah sebab schedule main badminton kensel
Masuk rumah Dania macam biasa la terus terkam aku nak BF.
Danish yang tgh main game kat bilik game bawah terus la excited
report daily 'result' sambil nak tunjuk skill
Danish nyanyi lagu 1-2-3 sayang-sayang *aku tun tak tau tajuknyer* tu..
tapi dah jadi versi baru.. begini bunyinyer

Satu satu Danish sayang mama
Dua dua Danish sayang papa
Tiga tiga Danish sayang adik Dania

Empat empat Danish sayang Achik *pak sedara Danish yg lepak kat umah cuti sem ni*
Satu dua tiga empat sayang semuaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
WaaAaAaa.. semua orang tepuk tangan kat Danish
Aku dah excited dah dengar sebab Danish pandai tambah lirik sendiri
Danish pun kembang kempis hidung kena puji dek semua orang

Jap lagi Danish nyanyi lagi
Satu satu Danish sayang mama
Dua dua Danish sayang papa
Tiga tiga Danish sayang adik Dania

Empat empat Danish sayang Achik
Kali ni Danish tak habiskan lagu tu
Aku tanya.. Lepas tu..?
Danish sengih-sengih sambil jari dia tunjuk LIMA
Aku tanya.. Lima..? siapa lagi..?
Bibik! Jawab Danish tersipu-sipu malu
Haa.. Danish sayang bibikkkk jugak rupernyerr!

Bibik kat dapur pun tersenyum2 dengar 'lagu baru' Danish
Masuk hari ni dah 4 hari 'Bibik' duk kat umah aku.
Aku kira masih dalam probation period. So far penerimaan Danish
dan Dania sangat baik. Malam pertama sampai waktu makan
Danish dah tanya aku 'Bibik tak makan ke mama?'.
Dania yang penakut orang tu pun boleh ngam jugak ngan bibik.
Doa aku semoga kami dikurniakan seorang pembantu rumah yang benar2
ikhlas dan bertanggung jawab.
Biar apa pun risikonya, aku hanya mengharapkan yang terbaik dan bertawakkal
kepadaNya.

Jangan marahh.. Dania sekarang dah pandai 'buat' Abang (Danish).
Dah jadik agak 'defensive' sket sebab selalu kena buli ngan Abang.
Dania dah pandai cubit orang kalau marah atau orang buat dia

Scene 1 :
Malam tadi dlm bilik game.
Aku membaca.. Danish main Game
Dania datang main (dibaca sbg mengacau)
Tiba-tiba cubit aku sambil mulutnyer
Dania : 'OO' dibaca sebagai *haaa.. rasakan*
Aku : Adoi!!! *mengaduh*
Dania tersengih kegumbiraan dgn reaksi aku
Dania :'OOooOo' Cubit Dania lagi
Aku mengaduh dan buat2 nangis
Danish : Ala.. sini (Sambil peluk kepala aku ke dadanya dan usap2)
Siapa buat mama ?
Aku : Dania buat
Danish : Dania, jangan buat mama.. nanti Danish marahh! Sambil terus pujuk aku konon2 suruh diam
Huhuhuhuhu! Danish dah pandai pujuk orang..

Scene 2 :
Lagu baru yg Danish suka nyanyi sambil mengayakan dengan tangan
'Satu satu Danish sayang Mama' Tunjuk satu jari then tunjuk tgn Danish ke aku
'Dua dua Danish sayang Papa' Tunjuk 2 jari then unjuk tangan Danish ke Abang
'Tiga tiga Danish sayang Dania' Tunjuk 2 jari then unjuk tangan Danish ke Dania
'Satu Dua Tiga sayangggg semuanyaaaaa'Tunjuk 1-2-3 jari and 2-2 belah tangan dari hati Danish ke semuaaa.. lepas tu kalau nyanyi depan aku terus la peluk sayang aku..
Terharuu.. hu! hu! hu!

Acara : Majlis Berkhatan, Berkhatam & Akikah
Lokasi : Kota Tinggi, Johor
Tarikh : 23hb Nov 2008 (Ahad)
Yang dirai :Mohd Faiq Naqiuddin(Khatan&Khatam)
Nurul Afiqah(Khatam)
Nurin Auni(Akikah)
Anak-anak kepada Abang aku.
Organizer : Mak (Nenek) & Mak Ngah (K.Ezah my SIL)
Runner : Abang Nuar (Kapten), K.Ana, Dayah, Abang & orang2 blok
Semua adik beradik balik kampung termasuk lah Mak Usu yang dok Penang.







Aku : Supporter belakang tabir
Task : Buat pelamin (volunteer), sponsor&DADIH
maker & buat2 sibuk layan kenduri
Pelamin ni truly handmade ni... pasang sendiri ngan bantuan Abang.
Amacam leh jadik Mak Andam tak hu! hu!
Sebenarnye ni simplified pelamin yang aku buat masa wedding my BIL last year

Last night aku & Abang buat julung2 kali nyer pergi menghadiri concert Montessori Skool Danish!
Meaning Danish pun buat julung2 kalinyer buat persembahan atas pentas. Danish masuk persembahan 'Old Mc Donald' and act sebagai the little duck.
Aku & Abang memang excited abes nak tengok Danish beraksi on stage.
Masa Danish keluar pentas.. aku tengok Danish tercari-cari mama & papa dia.
Bila nampak mama & papa dia depan stage baru la leh senyumm!
Teringat aku masa kecik2 dulu kalau buat persembahan pun aku mesti tercari2 mak & abah diantara crowd yg ramai tu.Tapi since nowdays semua orang pun dah ada camera * HP yg canggih manggeh apa lagi semua parent yg anak dia ada atas pentas memang beratur kat bawah pentas ambik gambar/video termasuk aku! kekekekkeke.



Masih ingat lagi dulu mak pernah berpesan..
'Kalau nak suruh Mak datang, Izan kena naik pentas ambik hadiah baru Mak pergi'
Itulah syarat Mak.. dan itulah antara sebab kenapa aku nak dapat nombor 1-3 peksa penggal akhir tahun..

Zaman tu dah berlalu.. aku bisik pada Abang, tak sangka hari ni kita pulak sebagai parent yg pergi tengok anak naik pentas buat persembahan hu! hu!


Baru katam tengok Drama ni - Wonderful Life
Hero : Sorimachi Takashi
Heroin : Hasegawa Kyoko
Curi2 tengok time drive pergi/balik kerja..
*危ないなぁぁとちゃんとわってるけど。。。*
Dah 3 bulan.. dah 4 drama hu! hu!
My comment ? 4 star- The very enjoyful+ funny + poyo + 感動 but happy ending!

****************************************************************************
Synopsis

Kirishima is the most famous baseball player in Japan.
However, an unfortunate injury forces him to retire. His family abandons him, and all that's left is a vacant coaching position at a local baseball team for young boys. This club is on the verge of being disbanded—so far, they have never won a single game. Will Kirishima be able to help the club?

Through the television screen, popular baseball player Kirishima tells the kids, "dreams come true." His baseball techniques are so fantastic that he is called the "miracle man." But in reality, Kirishima is an arrogant and selfish flirt who spends money like there's no tomorrow.

Mizuki is a girl who wants to become a lawyer. Her brother plays on Kirishima's team, but can't stand the sight of Kirishima. She hates men who fool around, and especially those who deceive children. Will Mizuki and Kirishima be able to come to a mutual understanding?
For detail
http://www.jdorama.com/drama_814.htm

*****************************************************************************

Drama theme song -
Besttt lagu ni.. layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

キミはともだち(朋友) (Kimiwa Tomodachi - Hirai Ken)
作詞:平井堅 作曲:平井堅 編曲:松浦晃久

君が笑った 僕もつられて笑った
映し鏡みたいだ 君はぼくのともだち
君が怒った 僕も負けずに怒った
子供のけんかみたいだ 君はぼくのともだち
僕がさびしいときは あとすこしつきあって
うまく話を聞いてくれないか
君の声だけが こころを軽くする
ただあいづちを打ってくれるだけで
はなれていてもずっと
胸の中にいるよ

君が泣いてた 僕も泣きそうになった
だけどこらえて笑った 元気出せよと笑った
君がさびしいときは いつだって飛んでくよ
うまくことばがみつからないけれど
僕の声が君のこころを癒すなら
だだあいづちを打つだけでもいいかい?

さびしいときは あとすこしつきあって
うまく話を聞いてくれないか
君の声だけが こころを軽くする
ただあいづちを打ってくれるだけで
君がいないと 僕は本当に困る
つまりそういうことだ きみはぼくのともだち


Alkisah satu hari di Aidilfitri yang lalu..
Hujung minggu macam biasalah, kalau tak ada orang berjanji nak datang kitaorang la keluar beraya ke rumah sahabat handai...
Petang tu kami beraya di sekitar Balakong hingga ke Sungai Ramal Kajang nuu.. Lepas beraya kitaorang nak pergi Mid Valley sebab nak cari shoyu (Soy sauce) & Periuk letrik untuk buat Sukiyaki kat Jusco. Dalam perjalanan, kat luar mendung dan hujan renyai2.. apalagi Danish & Dania yng dah letih & kekenyangan pun lena diulit intan la dalam keta.

Bila Danish & Dania 2-2 tidur serentak aku aaa yang suspen sebab dah la baby carrier bag tertinggal kat umah, stoller satu je ada kat bonet keta so sapa nak angkat anak2 ku yang lena ni... Danish 14kg, Dania 10kg, tak ringan nih!!
Dalam keta memang aku mengomel2 ngan Abang, cam na nak shopping ni dua-dua tidurr.. letih aaa nak dukung. Nak kejut kesian plak baru je terlena...
Pikior punya pikior punya pikior sampai la ke Mid Valley. Lepas ambik parking ticket kat P1 pusing gak la 2-3 round carik parking kosong last2 jumpa satu parking kosong dekat dengan Car wash kat situ. Dalam kekusutan aku dok pikior pasal camno nak dukung anakku yang lena ni turun kereta mata aku terpaku pada sebuah stoller yg disandarkan kat tiang betul2 kat sebelah(belakang) keta aku..
'Hah.. ada stollerrr!!!'
SubhanAllah.. masa tu aku rasa, seolah2 memang Allah berikan aku penyelesaian diatas apa yang sedang runsing aku fikirkan.

Lepas discuss ngan Abang aku pun turun la tanya kat orang2 yg kerja kat Car Wash tu..
Aku tanya berapa lama dah stroller tu tersadai kat situ.
Kata mereka dah 2 hari.
Kesimpulannya, kalau baru tersadai ada kemungkinan la tuannyer akan kembali semula ambil tapi sebab dah 2 hari.. so kemungkinan tuannya nak ambik balik *kalau pun masih diperlukan* dalam masa terdekat mungkin agak sedikit tipis la..
Stroller tu pun aku tengok pun dah agak 'berusia'. So kalau ikut brand barang ni aku buat rambang assumption InsyaAllah kalau dtg ke Mid Valley ni dgn stoller tu mungkin pemiliknya malay la kot. Kalau ce ya nun alif biasa mesti pakai Graco ke combi ke Mc larren.. so tanpa syak wasangka *sebenarnya dah terdesak hu! hu!* aku pun mintak la izin dr pekerja Car Wash(wakil) aku cakap aku nak pinjam sekejap sebab anak2 aku tidur.. kalau tuanya datang katakan aku akan pulang setelah selesai menggunakannyer.

So aku ambil la stoller tu dan ku alas dengan tilam Dania.. So Danish & Dania pun lena la sambung tidur dalam stroller2 tu..

Moralnye, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat diberikan hidayah disaat aku membuntukannya. Kepada hamba Allah empunya stroller tu aku ucapkan ribuan terima kasih dan semoga beliau dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya selalu.. Aminnn


Hari ni 11th 11 Secret Recipe buat annual promo on buy 1 free 1 at 11 outlet start at 11am. Kitaorang kat ofis pun pakat tong2 beli - buy 1 free 1. Nasib baik ada cable baekk punya kat SR SACC tu. Adik ofis mate aku kerja kat situ.. hu! hu!



Tu dia punya ramai orang queue nak beli..dengar nye seawal kul 10 pagi pun dah 2 kali ganda ni orang queue. Nasib baik la disebabkan ada cable cantekkk sampai2 je terus aku dapat apa yg kitaorg book - macadamia white choc & Classic cheese. Kaching !... RM73.50 hu hu. Department sebelah pulak beli Blueberry cheese & Choclate Indulgence. Moralnyer berpesta makan cake la kitaorang hari ni.. semalam baru ada special delivery from vendor Choclate cheese cake...plak
Lepas 'pesta makan cake SR' dengan aku2 sekali pening2 lalat....ZzxxZzZZzZzzz
Over dose makan cake! wakakakakkaak


Dania Aliesya dah pun 1 tahun 2 bulan
Dah cekap berjalan walopon kekadang pandang mcm tak center je berdiri (hu! hu!)
Sangat manja dan menghiburkan dengan telatah 'girlish' nyerrr.
Masih suka dan sangat suka main ba-ba chak. Tak kira la kat mana, tepi tangga, bawah meja, tepi kerusi.. tau tau dia dah sengih2 sebut 'taaaaaaa...'( chakkk)
jap lagi nyorok lagi muka dia... jengah balik 'taaaaaaaaaaa...'.

Senang citer Dania mmg melekat ngan aku & Danish pulak mmg melekat ngan papanyer.
Manja sangat dengan aku (dan jugak papanyer especially kalau nampak papanyer nak gi jalan) sebab...? Masih breast feeding....
Pendek kata pantang nampak muka aku je cepat je mulut mungilnyer
'Nakk..nak...!'
Kalau balik kerja sampai rumah tu kalau aku tak ambil dukung & BF terus memang melalak sakan. Moral of the story - kalau aku yg ambik dia dari rumah baby sitter memang jawabnyer aku drive sambil breast feedingkan Dania! Boleh gitu?



Last 2 weeks Danish tak sihat, muntah2 sampai lembik. Aku pun sampai terpaksa balik
awal sbb baby sitter Danish pun dah naik panik tengok Danish muntah2. Hari tu hari Rabu. Petang tu aku dan Abang bawak Danish pergi klinik.. Danish dah start nak demam so the next 2 days Danish MC tak gi skool.
3 hari campur 2 hari (weekend) kira dah 5 hari la Danish so happy tak yah pi skool. Hari Isnin tu bila Danish pun dah sihat pagi tu macam biasa la Abang nak hantar Danish pergi skool. Selalunya hantar depan rumah baby sitter je sbb van akan pickup Danish kat situ tapi hari tu dengar je kena pi sekolah Danish dah meraung2 menangis tak mo *Abang citer*. Disebabkan Danish tak nak naik van so Abang terus drive hantar Danish sampai skool. Sepanjang perjalanan macam2 la Abang pujuk Danish termasuk lah janji-janji manis kalau Danish nak pergi sekolah.

Petang tu Abang balik lambat. Aku pun herann.. rupa-rupa dalam diam Abang singgah the Mines. Aku tanya singgah beli apa..? Jawab Abang...
'Abang belikan Danish PS2..!'Sambil gelak
'Haaaa...??! PS2...??! Aikk angin apa belikan Danish PS2 ni..? *Aku yg terkejut*
'Abang dah janji dengan Danish pagi tadi..'
Amboiiiii... senyapp2 je berjanji dengan Danish.
'Apsal boleh terjanji ngan Danish pasal PS2 nih?'
'Abang janji, kalau Danish nak pergi sekolah elok2 Abang belikan game'Amboiiiiiiiiiiiiiii... Danish tu baru 3 tahun.. gerutu aku dlm hati.
Basically ni bukan normal practise kitaorang. Selalunya kalau ada apa2 special
nak beli tunggu birthday diaorang ke apa ke baru budget2 & beli. Ni tiba2 je
balik2 dah ada kat rumah isk isk isk

Moral of the story.. makin kamceng la bapak & anak ni kat umah. Geng aka lawan main game PS2 pulak. Aku tengok kalau main game racing car tu Danish kalo dah kalah sesuka hati je tukar game pad dgn bapak nya.. suka hati koranggg laaaa labuu....

So kat rumah Danish dah ada port baru main game. About a month before sebenarnyer Abang dah pun belikan PC game & game pad ala2 PS2 yg USB utk main kat PC. Tapi sbb PC kat rumah tu tak berapa nak power so tak berapa nak feel kot. Aku yg mmg bukan kaki game ni pun lawan ngan Danish nyaris2 nak kalah kekkekeke. The first few days dapat game baru tu memang aku le yg jenuh. Apa taknyer, Danish dok mengadap game je sampai bila aku ajak makan pun jawabnye
'Danish tak nak makan. Danish nak main game dulu..'
Sampai makan nak kena bersuap sambil dia main game sbb mata tak lepas pandang TV.
La ni bangun pagi kena pekena game dulu seround baru leh senyum pi skool. Iskk sikk iskk.

Moral yg ke-2nyer..
Mula2 dulu Danish start main game PC- tahap pandai keluarkan PC, Swith ON, login (auto login) and run game and cari sendiri mana key nak kena tekan. Main ngan keyboard biasa.
2nd start pantang nampak HP mesti digodeh cari game. Kalau main mmg sampai menonggeng2 dibuatnyer. Kalau habis bateri pandai cari charger & chargekan balik
batery HP tu.
3rd - Abang belikan game PC yg racing type sekali ngan USB game pad.
Lani sampai dah belikan PS2. Jawabnyer makin bertambah la hobby & koleksi game anak bujang ku sorang ni...anak-anak sekarang..hmmmmmmmmmmmmmm


Semalam aku attend HP Elitebook launching kat One World Hotel, Bandar Utama PJ. All this while mmg company aku adalah loyal customer to Toshiba notebook so kalau tak kerana impressive invitation from HP kitaorang pun tak kan jejak kaki kat launching ni. Memang grand banget!
Disebabkan this new model series inspired by aircraft construction so the overall
theme base on airline story. Dari invitation card sampai la ke launching etc.
Aku datang pun dgn First Class boarding pass. Sampai - check in ticket and diberikan Passport. Dalam passport tu terdapat few questions yg perlu di jawab dan perlu dapatkan cop sekuriti (ala-ala imegresen) utk setiap soalan yg dijawab betul dari booth2 yg disediakan. Masuk ke ballroom dgn entrance mcm masuk dlm flight.
Semua krew HP berpakaian ala-ala stewardess/Steward & Pilot.

Lauching greeting pun menggunakan bunga2 bahasa ala-ala dlm flight. Antara ciri-ciri hebat the NEW HP ELITEBOOK family series - anti-scratch, spill-resistant, vibration & fall resistant, Longest battery life in the world for Ultra capacity type battery which is 24 hours, data back up with RAID 1 and much more!


Habis presentation acara bersambung dgn hi-tea and booth visit.
Sebelum balik - check passport di kaunter dan dapat HP Elitebook 16GB memory stick!! Cayalah HP...!!


Raya lepas kami ( Aku & Abang ) terima Kad Raya pertama dari Danish..
hasil tangan Danish sendiri. Danish la ni baru 3 years & half..
Walopon ada salah eja sket tapi Aku dan Abang tetap berasa amat terharu dan bangga menerimanya..

Thank you so much Danish! We LUVVVV you so muchhhh tooo!!


Hari itu Abang balik lambat sebab ke Melaka menziarahi Arwah Pak Lang.
Aku tak ikut sebab Abang pergi emergency. So balik rumah aku masak apa yang ada..
hasilnyerr...

1. Chubby California Roll
2. Tuna Roll ( Makizushi )

Yang makan aku dan anak2 je lahh.. hehehehe

Gulai Asam Tempoyak Ikan Patin
Ini ialah cubaan pertama aku masak gulai asam tempoyak ikan patin
kat kampung Jengka raya lepas. Hasil nyerrr..

Resepinyer..? alamak aku dah luper. Tu lah lambat hapdet.
Nanti kalo dapat recall aku tepek kat sini yehhhh.. hu! hu!


Just for my own reference.
1. Login to Maybank2u.com
2. Go to 'Utilities' -> Request TAC
3. Go to Fund Transfer
4. Open Interbank (GIRO) Transfer
5. Select Beneficiary Bank -> AMBANK Berhad
6. Fill in info
7. Submit & save receipt!

Settle bayar car loan.



For Fund Transfer to Tabung Haji
1. Login to Maybank2u.com
2. Go to 'Utilities' -> Request TAC
3. Go to Online Bill Payment -> Open Payment
4. Select Payee Category -> Fund
5. From 'Fund' list - select Tabung Haji
6. Key-in all necessary info and submit!
Fund transfer done!
Terjaga lebih kurang pukul 6:00 pagi
Abang tidur sebelah Dania.
Danish merengek-rengekk
'Papa... papa...'
Aku baring sebelah Danish
'Ni Mama ada ni.. Danish tidur ye'
'Tak nak.. nak papa' tapi mata pejam
'Papa..? Papa sakit perut. Papa pergi toilet' jawab aku tak nak
kacau Abang tidur.
'Ala.. Danish nak Papa.. huuu' Danish masih merengek
'Papa pergi toilet.. papa sakit perut'
Tak lama tu
'Danish nak pergi toilet'
'Hah..?'
'Danish sakit perut.. Danish nak pergi toilet'
Aiiii... Papanyer sakit perut dia pun nak sakit perut jugak..tau la anak bapak
gerutu dalam hati.
Aku pun bangun dan pimpin Danish pergi toilet
Mata Danish separa celik separa pejam menahan ngantuk
Lepas settle perkara2 didlm toilet aku pimpin Danish keluar toilet
Sebaik je melangkah keluar Danish nampak papanya lena tidur berkelubung kat
sebelah Dania
terus..
'UuUUuuuWWwwaaaAAaAaAaAAAaaaaaaaAAAAaaaa..' Danish meraung memecah kesunyian subuh
Tak dapat terima kenyataan yang rupa-rupanya papanye lena tidur dgn Adik
Kah! kah! Kah!
Apa la Danish ni. tak senonoh betullll

It was my bufday on 13th Oct..


My lil sweetie Dania



On the date, I went twice to Sushi King yg kebetulan buat promo RM2 bonanza. Satu session ngan Abang dan satu session dgn warga ojosama... Memanggg puasss giller makan!


Thank you so much to Abang for the celebration & advance present and
thank you so much too to all my dearest friends.. mata ikou ne!

p/s : Acara tahunan gathering berkaraoke kat RedBox Ria SOGO..


Tahun ni acara 3 IN 1
i) Karaoke
ii) Bufday
iii) Mentekedaghah MAKAN SUSHI!! ho! ho! ho!