Assalamualaikummm...!
Ahaaa.. akhirnyaa... tamat sudah tempoh berpantang 44 hari ku!!
Hoyeh hoyehh!!
*Mode tanduk naik bergulung2 ala kambing gurun*
Dengan itu aku mengistiharkan MERDEKA kepada diriku sendiri!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! *Gaya T.A.R*
So sempena penutup berpantang kali ni
aku wat entry kenangan sebagai rujukan di masa akan datang.
Aha.. since kali ni berpantang kat rumah sendiri
dek Danish & Dania yg dah bersekolah makanya satu bilik
telah di 'adjust' untuk aku berpantang.
Bilik ni asal2 nya ala bilik entertainment derang.
Ada PS2 & komputer ukt derang layan DVD or main game..
tapi kali ni di adjustkan
untuk kegunaan Mamanya berpantang hehe.
Bila zoom out.. sofa & TV table dah di angkut keluar.
Sudah bertukar menjadi......
Kat sinilah sebulan ++ tempat Mama membelai dan memanjakan diri
Tempat letak CD/DVD dah jadi tempat letak ubatan &
kelengkapan Mama he he.
Entry berpantang sebelum ni citer pasal service Mak Bidan
di awal tempoh berpantang. Kali ni update entry rutin harian
selama berpantang tanpa kehadiran Bidan.
*EDISI BERPANTANG DI KAMPUNG: KLIK SINI*
PAGI
8:00 pagi : Makan segala mala ubat yang di bekalkan dek
Hospital termasuk yang aku beli. (D'N Hans Gold,
Vitamin B Complex, Iron Tablet, Asid Folic & Asid Ascorbic)
Tak lupa Pati ikan Haruan Polleney. Memang standby limau.
Habis teguk sebotol terus ngap limau seulas uhuhuhu.
8:30 pagi : Bersarapan Air Milo cecah Biskut Munchys.
9:00 pagi : Mandikan Baby Dhiya dan layan sampai dia tidur.
Bibik rebus air mandian herba dan stimkan
tungku herba kat periuk letrik.
9:30 pagi : Aku start bertangas selama 20-30 min. Di ikuti lulur
dan mandi serta menyental badan dengan air rebusan herba.
Selesai mandi terus bertungku dengan tungku herba selama
kira-kira 10-15 minit. Best je melayan perasaan sensorang kekekkee.
Masa tengah panas-panas tu tungku kat perut sehingga atas ari-ari.
Bila dah mula-mula suam tuam kan kat kelopak mata
Masa tengah panas-panas tu tungku kat perut sehingga atas ari-ari.
Bila dah mula-mula suam tuam kan kat kelopak mata
dan kening. Segar rasa.. dah hujung2 tu kadang buat pijak nkat tapak kaki
since badan pun dah bersih baru lepas mandi. Memang berpeluh2 jugak muka
bila bertungku ni. Memang hampir setiap hari layan tungku herba ni.
Best dan menyegarkan badann...
10:30 pagi : Siap bertungku baru lah mula menyapu apa2 krim yang patut.
Losyen halia, krim Selulit (Leesa Formula), Minyak panas serai wangi..
Tapi paling best kalau dapat sapu Losyen Pati Halia plus Limau
brand Keraton tu satu badann..! Baunya sedappp.. panassss yg best!
Asalnya dah habis 1 tiub, aku try Lotion Mustajab extra Hot. Lepas pakai
tu rasa seram sejuk plakk.. lepas tu baru start panas... terus tukar balik ke
Keraton punya Losyen Halia.
Kat Dahi pun aku sapu jugak losyen ni. Kalau rasa macam pening tak cukup
tidur sebab berjaga malam dek menyusu baby ke terus sapu losyen ni kat
kepala jugak.. lega rasa huhu.
11:00 pagi : Siap sapu krim satu badan baru lah pakai bengkung. Aha.. sebelum
pakai bengkung, sapu dengan Limau nipis & kapur dulu kat perut. Petua untuk cepat kecutkan
peranakan dan melicinkan kulit. Agak panas.. kulit mungkin akan naik gatal-gatal..
tapi hasilnya selepas 3-4 minggu memang memuaskan..! Tahan tak tahan je lah.
Siap berbengkung baru sapu minyak serai wangi or minyak panas kat kaki
dan pakai stokin. Then... sarung selipar ala ala crocs. Aku memang akan berselipar
dalam rumah sepanjang berpantang. Selipar jenis getah ringan nih. Tujuannya supaya
1) Melindungi IBU JARI dari tersadung yg boleh mengakibatkan bentan.
2) Memudahkan ke toilet tanpa perlu buka stokin ;)
Sejam lebih jugak la proses memanjakan diri masa berpantang nih huhu.
Mujur Baby ada orang tengok2kan.. so boleh la layan diri sendiri kejap uhuhu.
11:30 pagi : Danish balik sekolah Agama. Layan dia makan & bersiap ke sekolah petang.
12:30 tghari : Lunch time. Ahaa.. sepanjang tempoh berpantang ni memang
kalau aku layan menu rebus-rebus je seperti yang di ajar oleh Emak.
Ada sesetengah orang akan makan kering2.. tapi berbeza pulak dengan aku.
Bak kata Emak, untuk elakkan sembelit dan banyakkan susu.
Antaranya :
Menu WAJIB minggu pertama. HARUAN masak singgang.
Singgang Haruan + tempe masak air
Singgang Haruan + Sawi masak air
Singgang Ikan Tengiri
Singgang Ikan Merah + lobak putih.
Singgang Ikan Siakap + lobak putih
Masuk minggu ke-3 baru start makan Cencaru Bakar.
Ada orang kata gatall.. tapi so far OK je.. luka luaran pun dah baik.
memang menu berpantang aku dari dulu huhu
Tak lupa ikan bilis goreng + lada hitam.
Masa awal2 aku pun tak makan lada hitam sbb
baby jaundice. Doktor pun asyik remind
"Jangan makan lada hitam, halia & jamu" sbb panas (?)
Last but not least..
Asam rebus selar kuning. Ni baru masak semalam eheheheh.
Lepas / sebelum makan kena manten nak makan
segala macam ubatan/jamu plak uhuhu. Tablet prawan tu dah sebulan
baru start makan. Tablet haruan & manjakani mmg makan dari awal.
Pada masa yg sama kena jaga baby.. mujur ada bibik tolong
wat kerja2 rumah. Moralnya memang busy orang dalam pantang nih ..
schedule sentiasa penuh ! uhuhuhuhu.
So utk petang pun aku akan ulang proses yang sama.
Cuma petang biasanya tak buat la bertangas.
Start kul 5 petang biasanya dah start mandikan Baby.
Siap aku pulak start mandi + bertungku.
Sapu sana sini, berbengkung dan ready untuk makan malam.
Cuma pesan Emak.. Makan malam sebelum maghrib.
Maghrib tu make sure kita sentiasa ada dengan baby.
Malam kalau lapar bancuh Milo & cecah Biskut!!!
Last but not least, teman baik sepanjang proses berpantang.
Confirm hari-hari bermanja ngan dia ni..
sapa lagi kalau bukan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
My beloved digital weight scale.. wahahahhahahah.
Alhamdulillah.. kali ni berjaya menurunkan berat ke berat badan
sebelum pregnant. TAPI! Berat tu bukan lah berat ideal aku..
bermaksud aku tak de la semakin kurus pun uhuk! uhuk!
patutnya kena turun lagi 5 Kg baru la leh kembali ke
berat sebelum kawen.... ekekekeke.
Takpelahh... tu citer 7-8 tahun lepas.
Redhakan jelahh... Askar pun dah 3... *ayat sedapkan hati sob! sob!*
at least dapat balik berat sblm pregnant pun dah kira syukurrr!
Dan sebagai panduan, tepek gak kat
sini petua & amalan berpantang
DO & DON'T SEMASA BERPANTANG
*********************************************************
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Al-kisah...
Macamana pula pengalaman korang berpantang..? *wink*
7 sweet comments:
I Follow !
dah cukup 100 hari ke...:-
kena cukupkan yea,coz badan tu kena jaga,nak slim dan sihat kan kan!
dah habis pantang yerk... baguih... memang dah kuruihlerni kalau gigih cam gitu... bestnyer...
saya tak leh nak komen la sbb x de pengalaman berpantang.... huhuhu
selamat merdeka!
heheh :)
bestnyer Izan..dh merdeka..cepat ms berlalu kan..complete masakan ko..:)
Bestnya la ada org tengokkan anak time berpantang. Saya hari ni hari ke 44, memang kelaut pantang kali ni. Tak sempat nak manjakan diri, dpt rasa sihat pun alhamdulillah.
Assalammualaikum....saya mencari minyak panas keraton kat perak tmpt tinggal saya xder...kat mna saya lh dapatkan lagi ea losyen tu bebulan dah cari niey......tolong info ye sis.....
Post a Comment