Assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik cuti sekolah dah nak pun berakhir. Hari ni cuti ambik buku teks sekolah Dania pulak. Semalam cuti bawak Danish dan Dania pergi main ice skating kat Sunway Pyramid. Minggu lepas datang sini derang duk main kat playground sebelah ice skating tu jadinya asyik memujuk je nak pergi uhuuuu.
Memang minggu lepas Dania pun rajin la prektis main roller blade. Lepas hantar Dhiya and Delisha ke rumah baby sitter (maklum la bawah umur) teruslah kami bruch (breakfast + lunch) dan bertolak ke Sunway Pyramid. Sampai2 dalam pukul 12 tengahari jugak... queue beratur beli tiket pun dah panjang.
For info, during school holidays kids entry fee RM25, adult RM30 per entry. Tu sekali dgn kasut utk ice skating.
Aku sempat lagi jejak Daiso sambil abang queue beli tiket utk beli sarung tangan uhuhuhu
Lepas ready tiket and derang buat cleaning terus la masuk dalam tempat skating tu. Aku last main ice skating kat Jepun masa zaman belajar 12 tahun lepas. Seriously dah lupa langsung skill nak berskating uhuhuhuhu. Memang pegang tiang tak lepas2 weh wahahaha.


Danish & Dania pulak 1st time nak ber'ice skating. Amazingly.... lancar je derang meluncurrr!! Wahahahaha kagum jap aku tengok. Jatuh tu tak yah citer la tapi budak2 kan... jatuh, bangun terus meluncur balik dengan girangnyer. Memang rasa berbaloi la bawak budak2 ni sbb pandai gak derang main walopon tak la boleh terpusing2 mcm atlit olimpik tu kennnn hehe

2 jam lebih jugak budak2 ni meluncur sampai merah2 melecet kaki walaupun pakai stoking. Abang pun asah skill... aku jela yg lebih byk jalan pegang tiang... tak pun dipimpin Abang. Tak sanggup plak nak ambik risiko buat show tergolek ala bollywood kat situ ken kikiki



Sebelum balik, lepak2 minum kopi kat The Loaf. Aku yg sememangnya hantu kacang ni mmg tak boleh tengok kacang2 menggunung mcm Mixed Nuts dia  ni. Mmg gerammm je tengok. Kacangnya dimakan2 pun tak luak punya la banyak.
Dah kenyang teruslah balik umahhh... sekiannn la sessi meluncur kali ini hihi


Assalamualaikum....

Ahaaa ada lagi kenyg kerja hari ni?
Aku dah masuk cuti shutdown. Abang pun ambik cuti ari ni nak menunaikan hajat anak bujang dan anak dara...

Dalam pada tak de maid ni gigih jugak nak gi makan2 kat luar. Maklum la kalo bertiga  ok lagi... kalo ber-4 dengan si kenit2 2 orang tu mmg kelam kabut sket dibuatnya uhuhu

Minggu lepas dinner company En Husband pun mama tak dapat ikut gara2 malam tak de baby sitter. Kebetulan malam tu Abang boleh plak dapat hadiah pakaian terbaik kategori lelaki dengan tema #color blocking# hohoho. Sporting tak sporting kan laki ku itew hehehe.
So dengan hadiah kemenangan itu Abang belanja la kitaorg dinner kat luar keesokan malamnya. Makan nasi Arab.. kemain suka la budak2 ni kan. Mmg menu feveret tuuu

Malam esoknya plak aku ajak dinner kat luar jugak. Tekak nak makan japanese food plak.. ronda2 kat Shaftbury tutup plak padahal baru pukul 8++ mlm last2 baru perasan ada pizza hut kat situ so terjah pizza hut.
Budak2 ni ajak la makan apa pun...ON jee... pizza hut ada promo menu ada udang kan... mmg licin kena ratah ngan depa ni hihi.
Seb baik 2 kenit pun behaveeee... aman la nak makan hihihi.
Sekian bila angin pus2 gantung kuali dah datangg bila bibik tak dek ni... tak tapau makan kat luar je la  uhuuu

Assalamualaikumm...

Ahaaaa cuti2 sekolah ni baru perasan rupa2 ada BE timbulll.. 
lama tu BE tenggelammm lemassss ke dasar laut kat blog aku ni uhuhuhuh.
Baru kini dia timbulll.. apapun syukur Alhamdulillah walopon nilainyer secoettt jee.
Jadi la kan buat geli geli hihihii


 Assalamualaikum...

Cuti-cuti sekolah dimusim tengkujuh... 
Memang mencabar jugak kali ni. 
Bibik balik kampung bercuti sebulann...
Kitaorg pulak balik dari bercuti hari tu bergilir2 'tumbang' uhuhuh.
Aku dah la balik2 semenanjung hari Ahad malam tu esoknya terus ada training 5 hari back to back 
kat ofis. Even public Holiday Selangor hari Rabu 11 dec tu pun training jalan macam biasa...
gi klinik doctor detect demam 38.5 deg tapi gigih gak gi training cam biasa...
maklum laa... peluang macam ni bukan selalu adaa... sekali diberi peluang memang 
rugi nak dilepaskan walaupun badan rasa macam nak rebah sangat2 tapi tetap di gagahkan jugakk
uhuhuh. Abang pulak terkena food poisoninggg uhuuuu. mujur la ada jiran yang sanggup 
jadi baby sit budak2 ni sementara


Seminggu selepasnya pulakk boleh Danish kena lelahh..
pukul 3 pagi hantar pergi neb ke klinik.
Aku terjaga kul 2 pagi tengok dia dah duduk dengan mata terpejam tak boleh
tidur katanya... nafas pun berbunyiiiii... tengok dia nak bernafas pun macam payahh terus
aku kejut Abang suh bawak dia gi Klinik.
Last Danish kena lelah masa dia umur 2 tahunnn ++ kecik2 dulu uhuhuh


Lepas sehari  Dania pulak boleh terkena infection kat pipi sebelah gusi dalam.
Macamana plak bleh terkena infection ni kannn...dah bengkak sebelah muka Dania...
musim2 hujan ni kemain semua virus nak tunjuk 'hero' memasinggg.
Abang pulak demam selsemaa... Dhiya pun selsema belum kebahh... Delisha yg selalu steady 
kali ni berjangkit jugak dengan Dhiya selsemanya dek asyik kena cium dek Dhiya je uhuhuh


Memang lepak betul 2-3 minggu ni... baru tau langit tinggi ke rendah yek tak de helper kat rumah dengan askar 4 orang yg tak sihat ni...uhuhu.
2nd week tu memang tinggal aku je bertahan tu pun sebab dah demam dulu seminggu sebelumnya.
Dapur pun dah start on off on off kejap berasap kejappp tapau je uhuhuhu.

Minggu ni Alhamdulillah semua dah kebahhhhh... 
Memang betul2 dugaan cuti sekolah tanpa helper ni uhuhuhu

Assalamualaikum...
Alhamdulillah usai sudah majlis graduasi Dania dari The Little Caliphs.
Majlis berlansung awal bulan lepas.
Mama dan Papa dan Abg Danish menghadirkan diri 
ke majlis tersebut. 
Majlis tahun ni hanya ibu bapa pelajar 6 tahun yang di jemput hadir.
Majlis gabungan dari 2 branch The Little Caliphs.


Menunggu majlis bermula


Ucapan oleh founder of program TLC, Puan Hajah Sabariah


Majlis di serikan dengan persembahan dari pelajar2 dari ke-2 branch TLC.
Persembahan pertama


Next short drama.... 


Part Dania



Persembahan dari pelajar2 branch satu lagi


Acara kemuncak, Majlis graduasi.


Dania yang nampak ke'nerveous'annya..
Dah besar anak Mama.. dah grad dah pun huhu


Next turn Dania.. Cikgu pengiring pimpin tangan sampai naik tangga


Dania Aliesya


Alhamdulillahh... tahniah Dania. Semoga segala 
ilmu yang dipelajari di TLC akan memberi manfaat didunia dan akhiratt...
semoga terus membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa yaa sayanggg.


Kesemua pelajar  tahun 6 dari TLC Taman PP.


Dania dengan best fren dia, Arissa.


Dania dan Abang


Kami dan Dania


Dania bergambar kenangan dengan guru kelas, Teacher Ida


Dania dan pengetua sekolah.. Teacher Yan


Kami dan Pengetua sekolah...


Danish yang sibuk nak pakai 'jubah' jugakkk


Sempat bergambar dengan Founder of program TLC.


Last but not least, ada jugak booth jualan makanannn.. tak menahan tengok cheese cake ni kannn.
rembat setiap perisa uhuhuhu. Memang cair di mulut gitewwwww


Sekian usai sudah majlis Konvokesyen Dania.
Tahun depan Dania akan masuk Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama pula.

Semoga terus membesar menjadi Khalifah yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirattt..
aminnnnnn
Assalamualaikumm...

Ahaaa.. kali ni nak berkongsi keindahan alam semulajadi 
kurniaan yang ESA yang terdapat di BROGA HILL!


Ekspedisi kal ini dianjurkan oleh Kelab Ekspedisi company En Suami.
Setelah tertangguh plan pertama atas faktor cuaca, akhirnya 2 minggu kemudian 
kami berjaya juga melaksanakan misi ini.

Pada pagi yg tersebut seawal jam 5 pagi aku dan Abang dan bertolak dari rumah.
Jam 5:45 dah berkumpul di Masjid area Semenyih... 


Selepas solat subuh kami meneruskan perjalanan ke Broga Hill.


Cuaca masih gelapp.... sampai di area parking bawah pokok kelapa sawit dengan bayaran RM2 per entry.


Toilet kat sini pulak RM1 per entry.. mahal giler siotttt.
Ok.. apa lagi terus meneruskan perjalanan mendaki!!! Konon2 nak tengok matahari terbit dari puncak bukit Broga kannn.


Seawal jam 6:30 pagi kami dah mula mendaki.. tu pun dah kategori agak lewat sebenarnya...
sakan standby lampu kepala macam org wat gi menoreh tu kann..tapi tak dan 
guna sebab cahaya fajar dah mula kelihatan masa mendaki tu hehehehhe


Dalam 7:10 pagi jugak baru sampai ke Puncak pertama Bukit Broga..!
Pukul 7 tu memang dah terangg la wehhh!! hihihi


Antara tracking yg mencabarr.. agak curam dan licinnnn nak sampai ke atas nu

Yehhhaaa akhirnya sampai sudah ke Puncak Bukit Broga...!!
Dah lama tak buat aktiviti lasak macam ni


Tu dia menyaksikan keindahan alam semesta ketika Matahari sedang naikk dari 
puncak Bukit Broga... SubhanAllah Maha Suci Allah!


Sempat lagi cari line update FB dari puncak bukit Broga hik hik hik!


Seronok dah sampai atass


Ahli Kelab bergambar beramai2 di puncak Bukit Broga yang pertama



Presiden Kelab sempat lagi nak pasang khemah kononnya




Sempat feeling2 pre-10th anniversarry


Ok Tak habis lagi yaa...
ada 3 puncak Bukit Broga yang perlu di daki sebenarnyaaa 


Meneruskan perjalanan ke Puncak seterusnya..!
Hijauuuuuuu... saujana mata memandangggg


Sampai di puncak Bukit Broga ke-2...
Tengah lepak2 atas tu tetiba segerombolan kabusss datang menerpaa... memang
terus hilang permandangan sekejappp.
Masa ni ada ahli kelab yg terkena histeria huhuhuhuhu


Dan aku & Abang meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Broga ke-3...
yang lebih mencabar sebab lagi tinggii!


Nampak tak celah batu besar yang korang kena daki nak lepas ke atas tuu...
batu besar tu wehh.. kompem licinnn. yang ada tali je utk korang berpaut utk lepas batu tu uhuhu


Yeszaa akhirnya berjayaa...!!!


Permandangan yang amat indahhhh......


Menghayati erti kedamaiann...
Sempat la amek gambar feelin feeling berdua dengan kekanda' bulan madu di awan biru' gitew hihihih


bersama Cinta hati jauh di awan biruuuuu


Sebagai bukti kami dah sampai ke Puncak Broga Hill yang terletak 400m dari 
aras laut. Yess!!


2 jam jugak lepas kat atas tuu..
Satu lagi gambar beramai2 sebelum bertolak balik.


Antara cabaran menurun bukit


Macam biasa turun lebih sekejap dari mendaki 


Nampak tak parking rate RM2.00


ada jugak orang jugal souveniour utk kenangan.



Dah balik baru nampak signboard hahahaha.
Nampak tu naik sampai atas jarak nya 1.7KM jugakkk
Maklumla masa nak mendaki bawah gelap gelita kan hihi

Ok.. sekianlah perjalanan kami mendaki dan menawan puncak Broga Hill.
Memang bagus untuk kesihatan mental dan fizikall..!
Korang test la sekali jejak sana hihihi.
Dok tercari2 kat mana Dr Sheikh Muzafar and Dr Halina amek gambra pre-wedding dulu ekk..
tak jumpa pulak buai nyer hihihi