Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja kepada mereka2 yg dah masuk Ofis hari ni...
selamat meneruskan cuti kepada mereka2 yg masih jalan-jalan makan angin
sempena cuti panjang CNY ni.

Aku cuti standard je. Sabtu - Selasa. Danish & Dania pun follow cuti 
sekolah standard... tak de tambah2 cuti so hari ni dah meneruskan rutin macam biasa.
Malam tadi baru sampai dari kampung uhuhuhu.

Ahaa.. .. minggu lepas akhirnya baru la dapat 'permit' Disable parking ni uhuhuhu.
Kelebihan Disable Parking ni ialah tak yah menapak parking jejauh,
park je kat DP area betul2 depan lobi Ofis. Masuk Lobby, skrin tag terus masuk lif
dan  kat 1st FLoor tu la cubicle aku... dekat banget! uhuhuhu


 Sebelum ni kalo pregnant je hantar salinan copy cover buku check up kat security terus leh parking kat DP.
Tapi preggy kali ni dah strict sket. Kena ada referall letter dari Doktor baru bleh apply Disable Parking ni tu 
yang prengnant kali ni lemauuu jekkk nak apply. Dah masuk 8 bulan baru terhegeh2 nak submit uhuhuhu. Masa amek Disable Parking pass pun staff security tu tanya bila tengok perut yg dah nak meletop nii... 
laaaaa.. naper lambat sangat apply uhuhuhuhuhuhu.

Eh apsal tak suruh Abang je hantar..? ehehehehe.
Kalo Abang yg hantar pepagi limun dah kena kuar rumah gi kerja uhuhuhuhu.
Kena follow sekali hantar  Danish & Dania gi sekolahh....
Kalo gi sendiri kul 8 lebih baru kuar rumah uhuhuhuhu. Lagipun ofis
pun tak jauh dari rumah.. tak jammed, tak yah turun highway pun so buat masa ni
masih 'larat' lagi nak drive sendiri walopon
Abang dah berkali2 offer nak hantar eehehhee *ketegaq sungguh*


Masa 32 weeks ari tu call Hospital Putrajaya untuk booking bersalin under
  FPP (Full Payment Patient).
Di sebabkan dah 3 kali bersalin kat HP tanpa masalah dan berpuas hati dengan service 
para Doktor & Jururawat kat HP maka kali ni pun bajet nak bersalin kat HP lagi.
Lagipun Hospital Putrajaya la Hospital paling dekat ngan rumah dan kompem tak lalu jalan jammed.
Tapi recently Wad  bersalin kat HP ni selalu full kan so easily preggy mommy yang nak bersalin
akan di transfer ke Hospital Serdang or HKL kalau wad penuh maka kali ni kononnya
nak booking under FPP la plakkk sebagai jaminan.

TAPI call call keciwa lagikkk... dulu tak silap Max 34~36 minggu masih bleh booking under FPP
la ni staff HP cakap Doktor terima booking 25 minggu kebawah je la pulak....
Aku kata tak de stated dalam website punnn.... tapi tu laa..
Doktor yg advise macam tu sebab nak control Wad utk FPP yg dah di khaskan 
kat 5th Floor tu katernya.. isk isk iskkkkkkkkk


Akhirnya Abang sarankan aku untuk register samaada kat An-Nur atau Az-Zahra Bangi.
Hmmmmm.... nampaknya terpaksa tukar Plan B.
Atas recommendation dari pengalaman kawan2 akhirnya aku call Az-Zahra
untuk appoitment esok InsyaAllah.

Sebenarnya dari mula lagi bila aku nak register under FPP @ HP which require
deposit RM3000 Abang terus sarankan dah alang-alang macam tu baik
 bersalin kat An-Nur or Az-Zahra je kan...

Tapi aku memang keteqag nak jugak booking kat Hospital Putrajaya.
Maklumlah dari anak sulung dah biasa bersalin kat sini... dah tau environmentnya.. 
dah tau apa nak expect so tak la aku risau kan, lagi pun aku percaya Hospital Putrajaya antara
Hospital semi-goverment terbaik di Malaysia dan mempunyai infrasruktur dan
 fasiliti lengkap serta Doktor berpengalaman berdasarkan pengalaman diri sendiri.
Paling aku ngeri statement Hospital Swasta yg mudah men-caesar...
mintak di jauhkannnnn...... tapi kalau tetiba nak bersalin kat HP wad penuuh nak
kena transfer plak pun haru jugakk kann...

So register jugak nama untuk bersalin kat HP under normal procedure dan  pada
masa yang sama  register jugak kat Az-Zahra as back up plan. Utk register kat HP
just bawak surat reference dari Doktor yg check up tiap2 bulan dan register di 
Klinik  Obstetrik & Ginekologi HP. Macam biasa lepas register nama dalam sistem,
Staff Nurse akan bagi pesanan penaja
"OK.. boleh continue check up kat Klinik sedia ada macam biasa.
Nanti kalau dah ada tanda2 nak bersalin 
terus je ke Wad Bersalin ya" ahahahaa.. I Loikee...!!
 So normally aku bleh continue check up kat Klinik macam biasa. Sementelah
Minum Air gula pun dah ada result dan injection kancing gigi pun dah buat.
Tak payah nak ambik2 time sleep ke half day ke gi appointment monthly check up kan
sebab Klinik An-Nisa yang aku selalu buat check up sangat flexible.
Doktor perempuannya Pukul 8 pagi dah ada kat Klinik sampai kul 10 malam..
Sabtu Ahad pun ada.. so monthly check up aku selalunya tak kacau waktu kerja Aku & Abangg...
kan senang macam tu kannnn.
Tapi kali ni sebab nak register jugak under Az-zahra kena jugak la
gi check up appointment kul 10 esok... sah sah la Abang kena halfday  huhu.


Apa pun hanya masa yang akan menentukan... semoga
di permudahkan segala urusan bersalin kali ini.. InsyaAllah.... 
Aminnnnnnnnn

P/S : Tinggal 35 hari jek...? waaaaaaaa..... excited bercampur nervous.
Doakan yang terbaik ye kawan kawann... aminnnnn

3 sweet comments:

nad said...

Saya doakan yg baik2 aje utk kakak saya sorg ni :)

Cik Puan Mimi said...

kejap je masa berlalukan. rasa masa besday f & e kat rumah haritu baru je izan mengandung. ni alih2 dah nak bersalin jek. apapun semoga selamat semuanya. tak kisah la bersalin kat mana2. janji selamat. harap2 dapat boy kalini plak.

ambrynaa said...

Semoga semuanya akan selamat izan. Amiinnn