Assalamualaikum....
Ahaa.. JJCM sempena Hari Raya Haji hari tu.
Dah alang2 berkumpul, apa lagi cari aktiviti JJCM laa.
Ahaaa... Kota Tinggi ni memang glamer dengan Belangkas..
siapa tak tau rupa belangkas lebih kurang macam dalam
gambar kat bawah ni.. ada sebuah Restoran sekitar Teluk Sengat
yang jual masakan Belangkas ni.. masak cili padi or masak pedas..
memang hingga menjilat jari lahh!!!
Boleh tengok rupa masakan belangkas kat SINI
Asal-asal plan nak gi Jojo Rakit.. ingatkat Jojo rakit ni macam Bujung FireFly gak konsepnya..
ada restoran terapung kat sungai bakau kannn... rupa2 bila dah sampaii.. tu diaaa..
jauh kat laut nuuu... cek punya cek rupanya Jojo Rakit ni ialah Kelung untung aktiviti memancingg!
Lerrr.. al kisah. tu la pakai terjah je kann. Dah sampai tepi Jeti baru call... baru tau isk isk isk.
tak de restoran kat sini melainkan untuk pelanggan2 chalet yg menginap untuk aktiviti memancing uhuhuh.
So aktiviti JJCM di teruskan ke Teluk Sengattt...
Cam biasa lah lepak kat restoran teri laut tu kann.
Orang yg datang jangan citer laa.. ramaii wehhhhh
Budak kenittt yang pantang di suappp...! nganga je kerja dia!
Antara order ... rojakkk petis gak nye namanya. Abah yg gi cariii
Mee Bandung. Menu yang glamer ROJAK KETAM kat sini pun dah habis daaaaa... uhuhuh
Mee Goreng Udang... ? hari ni dek orang yg tak putus2 datang
tukang kedai cakap dapur sampai Jammed..! lain order lain yg sampaii..
memang kira naseb je laa uhuhuh
Di keheningan senja yg sedang berlabuhh..
Menu dah sampaiii... makan timeee
Makan time..
Permandangan memang cantek petang2 ni... lepas makan terus balik rumahh..
malam semua pengsannn.. tak yah masak dah yahoo!! eheheh
2 sweet comments:
Assalamualaikum izan..
salam kenal.. jalan2 nampak belangkas tadi.. telok sengat kat ne? nak terjah gak camni.. teringin mak buyong tengok belangkas tu..
Salammm. Re Jassnani : ma kaseh singgah blog hamba. Jass duduk mana ni ? Teluk sengat tu kat sekitar Kota Tinggi Johor. Kalau dari Kota tinggi menghala ke Desaru, simpang ke Teluk Sengat kira2 15km dari Kota Tinggi di sebelah kanan... selepas Felda Air Tawar 1 dan sebelum Felda Air Tawar 2 ;)
Post a Comment