Assalamualaikum...
Salam Hari Rabu semuua..
Hari ni macam biasa hantar Dania pergi school @ Little Caliphs.
Sampai2 sekolah aku di beritahu Cikgu ada gambar kelas sessi 2012 
dah siap. Aku pun dengan senang hati pergi collect.
Bila gambar tu dapat kat tangan tengok ada 2 helai gambar 8R dan 4 keping gambar passport.
Dan gambar yang di letakkan dalam frame ialah...
"Dania & Cita Cita  Saya!"


Bila terpandang gambar ni entah kenapa hati Ibu ni terus terasa sebak.... touched and speechless.
Si Manja Mama yg BF hingga ke usia 3 tahun lamanya...
Jauh di sudut hati sentiasa mendoakan semoga sentiasa di permudahkan oleh Allah swt untuk kami membimbing anak-anak ke jalan yang di redhai Nya. 

Semoga kami sentiasa di berikan hidayah agar mampu memberikan yang terbaik untuk mereka. Semoga anak-anak Mama & Papa mampu mencapai kecemerlangan dan mencapai apa yang di cita-citakan oleh mereka hari ini... Aminnnnn

*Mode terharu di pagi hari uhuk uhuk uhuk*

7 sweet comments:

Gieyana said...

alaa beb..sy pon touching tgk pics nie..moga impian Dania jadi kenyataan nnt..Aminn..:)

*∽ IZAN ∽* said...

re Gieyana : Thanks. Tu la pasall.. selalu expected 6 tahun baru dapat gambar ngan baju convo & scroll tu kann.. kali ni lain plak. Memang bila terpandang gambar ni tak semena2 bergenang gak air mata Mamanya uhuhuhuhu.

Moga2 apa yg di cita2kan menjadi kenyataan.. aminnnnn

Cho Zila said...

sweetjer baca mama dia punya harapan.. moga Dania akan berjaya hendaknyer...

Lynn Hamzah said...

moga impian menjadi doktor menjadi kenyataan...amin...

Nad @ MamaZN said...

Moga impian dania tercapai..sebak plak saya huhu

mamaqari said...

Aunty doakan semoga Dania berjaya mencapai cita-cita=)

lieyalatif said...

sgt comellllll...dania bakal doktor nie...aminnnn...semoga masin mulut dan mustajab doa mama yeak dania....