Assalamualaikum...

Sedar2 dah pagi Khamissss.. esok Jumaat dah weekend balik uhuhuhu.
Danish baru je selesai menjalani  Penilaian Sumatif 2012 minggu lepas.
Sepanjang tahun ni baru kali ni aku tau ada exam kat sekolahnya.
Kalau tak dari awal tahun tak tau bile ke exam or ujian di jalankan uhuhuh
sebab dalam sistem KSSR ni Cikgu akan memantau pencapaian murid secara berterusan
dari semasa ke semasa dan mengikut kebolehan murid secara individu.

Selasa lepas ambik Danish balik sekolah, 
masuk masuk kereta je dengan excited nya Danish terus bagitau
"Mama...! Danish dapat BAND 6 ..!!! "
bukan main bercahaya lagi mata Danish!!
Aku pun turut terujaaaa bila dengar. Danish cepat2 keluarkan 
kertas exam yang dia baru dapat  ~ Paper Matematik.
Kat atas kertas tu tertera "Band 6" & Good.

Wallaaaa... terus berbunga-bunga hati Mamanya..!
Terus aku usap2 & kucup dahi  Danish *walopon masam berpeluh2 main lari.. errkkk!*
"Excellent !! Mama so proud of you Danish!!"
ujar aku memberi pujian.

Aku pun masih tak paham sangat pasal penilaian Band Band ni...
yang aku tahu untuk dapat Band 6 selain faham apa yang di pelajari kena
jugak beradab MITHALI..! Ahhhaaaa... yang tu aku risau sikitt.
Maklum la kan.. Danish ni kan kuat mainn.. kalau kat umah dah leka main tu 
kadang di panggil pun sampai tak dengarrr.
Tak tau kat sekolah macamana dia.
Apapun ini pengalaman pertama bagi aku dengan sistem KSSR ni.
Maklumlaa dah berpuluh tahun terbiasa dengan sistem pendidikan 
pemarkahan berperatus. Bila masuk sistem band ni mmg 
tersangatlah blurrrr nyerrr...


Tapi bila akhir tahun dapat result macam ni Alhamdulillah.. lega sikit
sebab selama ni memang tak tau nak pantau pencapaian dia macamana huhuhu.
Apapun TAHNIAH Danish atas pencapaian subjek favourite dia, Matetematik.

Secara ringkas nya penilaian Band berdasarkan kerangka di bawah :


Apapun paper lain masih belum dapat lagi.. aku pun tak tau la result keseluruhannya macamana nanti. 
Moga-moga tak lari jauh kalau tak dapat result sama pun.
Paling merisaukan Paper Bahasa Arab sebab Mama & Papanya pun tak berapa paham nak mengajar kat rumah uhuhuhuhu.

Mengimbas kali minggu sepanjang penilain berjalan.. Lukisan pun suruh Danish test sekali buat kat rumah. Dah la bila di tanya apa nak kena prepare pun dia asyik kata tak tauu jee.. tu laa sokmo lupa 
apa Cikgu pesan.. grrrrrrr. Terpaksalah tepon Mak kawannya tanyaa.. seb baik ada geng bas sekolah ..
eh silap .. geng tunggu anak kat bus stop sekolah ekekekekek



Cikgu dah bagi siap2 tajuk untuk di pilih.. akhirnya aku pilihkan tajuk Buah-buahan menggunakan 
water colour & teknik capan Jari means cop pakai Jari uhuhuhu.
Dah la last minit.. jenuh la cari water color & peralatan bagaiii.
Dania macam biasa... nampak abang nya ada 'gadjet' baru pun sibuk nak tumpang sekali.. last2
Dania punya yang siap dulu! ahahahahah


Ahaa.. ni kasi Danish masa buat revision subjek apa ntahh.. macam2 peelnya. Lain di suruh buat
lain yg di buatnya. Siap buat 'Warrior Mask'! akakakakakak.
Sukahati lah Danish.. janji tetap buat revisionnn!




Yang bestnya masa hari bawak balik result paper tu
terus cakap kat Mamanya
"Danish dapat Band 6 Danish nak pergi LLEGOLAND tau!"
wahhhhhh... pandai plak request!

Lepas tu malam semalam tetiba tukar request 
"Mama.. Danish tak jadi lah. LEGOLAND tu nombor 3,
Danish nak PSP nombor 1 "

Abis tu nombor 2 tu nak apa? Pasal apa LEGOLAND
jatuh ke nombor 3 ?

"Nombor 2 tu Danish nak I-Pad !"
Kohok kohok kohok!!!

Wah wah wahh.. pandainya. Ingat PSP/IPad tu murah ke Yanggg
Aku cakap PSP tu kena ada seribu ringgit baru boleh beli.
IPad lagi mahall.. kalau nak jugak 
kena semua Paper dapat Band 6.. ada  BRAN ??
eheheheheheh

Apapun Mama & Papa sentiasa doakan yang terbaek untuk Danish, Dania & Dhiya.
Semoga anak-anak Mama & Papa terus membesar dengan cemerlang dunia akhiratt.. aminnn!


7 sweet comments:

Nad @ MamaZN said...

wa....congrats danish!!!

kak, nampak pink la..!
selalu nampak ijau jek =p

Lynn Hamzah said...

congrats danish...brp umur danish yer?

Zura@Iwan said...

wahhh...congrats Danish....clever dia..

pandai request plak tu..haha

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad : tu laaa.. tukar angin nii.. punya la lama nak bertukarr.. makan tahun! hihihi

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lynn : Ma kasehhh. Danish baru darjah 1 :D

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zura : Alhamdulillahh... yg pandai request tu yg tak tahan tu ehehehehehe

ambrynaa said...

band?? kenapa band ek??
beradab MITHALI yang tak tahan tuh..kekekkek