Assalamualaikum..
*Amaran : Entry ini mungkin boleh menyebabkan
korang loya tekak. Jadi sekiranya terasa ada simptom
loya tu berlaku cepat2 la tekan butang x kat atas tu okeh huhu ;)*
Selamat berhujung minggu semua.
Tetiba teringat kat CHESS Set yang pernah Abang hadiahkan
untuk aku sekembalinya dari outstation ke India beberapa tahun
yang lepas. Istimewanya CHESS set ini setiap buahnya di perbuat
daripada marble. India memang terkenal dengan hasil Marblenya
yang marrrbellesss dan berkualiti tinggi seperti yang terkandung dalam
bahan binaan Taj Mahal.
Dan beralaskan baldu untuk menyimpan buah Catur..
Kenapa CHESS ni begitu istimewa dalam hidup aku..?
Semuanya bermula ketika aku darjah 3, 25 tahun yang lepas.
Teringat aku waktu itu Abang kandung aku selalu main Chess
dengan jiran depan rumah. Bila aku ajak Abang aku main
katanya Aku tak pandai main jadi dia tak pernah nak
layan ajakan aku uhuhuhu. Sadis sungguh waktu tu!
Memang betul pun aku tak pandai main waktu itu.. tapi dalam diam
aku belajar macamana nak main Chess tu dari gerakan2
Abang aku bermain dengan jiran depan rumah tu.
Bila aku dah hafal beberapa step, barulah aku ajak semula
Abang aku main. Bila Abang aku tengok aku 'macam' dah pandai main
barulah dia setuju nak main Chess dengan aku. Bermula dari saat itu
Abang aku mula mengajar aku step2 bermain Chess....
Suatu hari, dalam darjah 5 ketika di perpustakaan sekolah rendah,
tiba-tiba ada seorang guru bertanya sesiapa yang pandai main Catur ?
Aku terus angkat tangan sebab aku memang tahu bermain Catur
tapi tidak le terror pun huhu. Dan Cikgu pilih beberapa orang pelajar untuk
buat assessment bermain Catur bagi mewakili sekolah dan aku terpilih!
Waktu tu aku bermain untuk MSSD Kota Tinggi dan entah
macamana boleh pulak aku menang Naib Johan seterusnya terpilih
untuk mewakili Daerah Kota Tinggi ke peringat negeri iaitu MSSJ huhu.
Bila naik sekolah menengah, aku dapat tempat di sebuah asrama di Kuantan.
Di situ kebetulan, Juara Catur bertahan, seorang akak Form 5 yang
satu dorm dengan aku tau aku pernah wakil Catur ke peringkat MSSJ.
Minggu orientation, syarat untuk mendapatkan tandatangan 'Senior'
tu ialah dengan berlawan Catur dengan dia..!
Aku tak hingat apa keputusan perlawanan pertama aku dengan dia,
tapi bertitik tolak dari situ, 'Senior' tu lah yang membuka jalan
membawa aku ke Kelab Catur di sekolah dan di asrama.
Untuk rekod, di asrama... aku pegang semua throphy
'Juara Perseorangan Perempuan' dari aku Form 1 sampai aku Form 5
kecuali masa Form 1 sbb akak Senior tu mintak aku tukar hadiah
& title Juara demi memberi dia jalan untuk menyandang gelaran tu
di akhir tahun Form 5 nyer uhuhuhu.
Masa perlawanan tu aku seri dengan dia tapi secara keseluruhan aku
menang 6 perlawanan dan seri 2 perlawanan menjadikan mata keseluruhan
meletakkan aku sebagai Juara.
Dan demi mengingatkan segala jasa2 dia kepada aku
akhirnya aku setuju untuk men'down grade' kan
kemenangan aku pada dia.. lagi pun aku masih form 1 dan
aku masih ada banyak peluang lain katanya uhuhuhuhuhu.
Di sekolah pencapaian terbaik aku ialah Naib Johan peringkat Negeri Pahang
dan mewakili Pahang ke peringkat MSSM. Nak ikutkan salah seorang wakil
Malaysia pada waktu tu, Khairunnisa Wahiduddin ada dalam team kitaorang jugak
tapi malangnya pasukan kami tumbang di peringkat MSSM.
Ketika Form 5 aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Pahang ke MSSM
dan waktu itu aku tolak gara-gara SPM yang hanya tinggal sebulan dua
dari tarikh perlawanan... bagi aku pada waktu tu
tak ada perkara yang lebih penting dari SPM..
Masa aku buat persediaan ke Jepun di bawah rancangan RPKJ pun
pernah sekali mewakili UM dalam Pesta Sukan Matrikulasi Universiti2 Malaysia
bertempat di UIA. Giler nostalgia bila ingat balik cerita2 nih...
Walaupun aku berjaya punggut 7 mata dari 8 perlawanan pada waktu
tu, pasukan kami tetap gagal untuk merangkul sebarang tempat terbaik..
Tahun berikutnya aku dah pun berangkat ke Jepun..
Dan perlawanan di UIA itulah perlawanan terakhir yang aku masuk...
Bila jejak bumi Jepun, lansung tak de orang main Catur kat sana
sebab diaorang ada Catur diaorang sendiri di kenali sebagai
'SHOGI'. Pernah rakan sekuliah Jepun aku ajar aku main Shogi tu
walaupun setelah habis di ajar, aku dapat kalah kan dia 3 pusingan !
Punya la dia hangin sebab dia baru ajar dan aku pun baru
belajar tapi dia pulak yang kalah.. ngahahahaha!
Apapun di bumi Jepun lah skill main Catur aku terus terkuburr...
Sampai la aku habis belajar dan bekerja.. lansung tak sentuh dah
papan & buah catur.. dan segala mala skill aku betul-betul berkarat sudahhh..
Sekarang ni kalau ada orang ajak main, aku pun segan kalo ada yg tahu
kisah silam aku sebab la ni aku percaya aku boleh di tewaskan
dengan mudahnya semudah petik jari!
Maklumlah banyak urat dah putus, sel2 otak dah tak
saling berhubung ngahahahahahaha!
Sebenarnya yang mengingatkan aku pasal2 nostalgia zaman sekolah ni
ialah selepas balik Mesyuarat PIBG semalam kat Sekolah Danish.
Balik tu terus aku cari set Catur aku kat rumah.
Tiba-tiba terasa nak ajar Danish uhuhuhu.
2 tahun lepas pun rasanya pernah ajar tapi Danish kecik sangat
lansung tak lekat kat kepala dia.. penyudah nya habis buah2 Catur
tu hilang macam tu je kannn..
Kali ni bila ajar senang pulak dia ingat Step2 buah catur tuh
cumanya tak ada skill lagi nak serang or nak menang ehehehe.
Kiranya ni lah kali pertama aku betul2 main Catur dengan Danish
dan dia sendiri yang fikir gerakan yang boleh di buat
dengan buah Caturnya.
Masa aku tengah giat bermain Catur dulu paling tak boleh lupa,
setiap kali nak perlawanan mesti aku sakit perut ala terkucil dan berdebar2.
Letih melayan perasaan tu apatah lagi letih nak fikir dan susun strategi
untuk menang ehehehehehe.
Yang best lagi bila aku tahu, Bos Jepun yang pernah hire aku
kerja dulu pernah cerita, *beberapa tahun kemudian* yang antara faktor
dia pilih aku sebab rekod main Catur yang aku ada.. ahahahaha.
Ada jugak maknanya ekkk...
Apapun aku percaya korang pun ada cerita masing2 zaman sekolah
bab2 ko-kurikulum ni kan. Aku pun bab2 sukan outdoor memang ala2 kaki bangku sket.
Paling2 pun wakil rumah sukan kat sekolah jek uuhuhuhuh.
Moralnya bila dah jadi Mak Bapak dan hantar anak ke sekolah
kadang2 banyak terimbau balik kenangan2 zaman sekolah dulu....
Sungguh sentimentel sekali ehehehehe
P/S: Seriously teringat kat member2 seangkatan dan se'team' main Catur
dulu.. apa khabar agaknya diaorang sekarang..???
Al-kisahhhh