Assalamualaikum...
Alhamdulillahh... sedar tak sedar kandungan dah pun
mencecah 33 minggu. Minggu terakhir 7 bulan... bermaksud
aku dah pun berada di trimester ke-3.
Last check up baby 7 bulan masa baby masuk 30 minggu
hari tu, berat baby pun dah cecah 1.48 kg.
Naik double dari check up 6 bulan.
Berat aku pun naik 3 Kg uhuhuhuhu.
Masa check up tu kedudukan baby kepalanya di atas.
Hopefully baby sempat pusing by 36 weeks.. aminnn
Perkembangan bayi pada 33 minggu :
Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.
Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.
Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.
Aku pulak, perut dah terasa tegang sangat. Kaki pun dah mula sembap..
jalan laju-laju pun tak boleh dahh.. nak jalan jauh pun dah cepat penat.
Kekerapan ke toilet ada 4 kali sejam kott.. isk isk isk.
Tidur pun lebih selesa tidur mengereng dari tidur telentang di sebabkan
perut yang dah makin penuh dan beratt. Nak angkat barang berat2 of course
la tak larat dahh.. silap angkat kang terasa urat tarik sampai ke pangkal rahim.
Paling lemah kalau barang2 bersepah atas lantaii.. nak memungut tuh
aduhaiiiiiii.... memang biasa suh budak2 ni la kemas sendiri mainan derang
yg duk bersepah atas lantaii.. tak larat mama nak turun bangun nak oiii...!
Barang baby dah standby sikit-sikit.
Last weekend dah mula selongkar dan cuci lampin, barut
dan sarung bantal/tilam baby.
Lepas preggy mate ku bersalin last week aku pulak yang makin
berdedar-debar tunggu kelahiran kali ni huhuhu.
Sekarang ni sedang mula survey nak ambil produk apa masa bersalin nanti.
Last pantang aku guna Leesa Formula + D N Hans. So far OK.
Suka tunggu herba dia. Ambik D N Hans tu sebab kalau baby kena
kuning pun still boleh makan sebab tak panas macam jamu. So biasanya
lepas bersalin dari hari pertama tu terus aku ambil D N Hans.. dan kalau
baby OK baru makan kapsul2 dari produk Leesa Formula huhu.
Lagi satu di sebabkan berpantang kali ni tak balik kampung,
tengah survey2 jugak nak dapatkan khidmat urut & rawatan bersalin
kat sini. Tapi semua nya boleh tahannn regaa.. 3-4 kali ganda dari
charge bidan kat kampung uhuhu. Pada masa yang sama tengah
usha2 pembantu time pantang... Memang lah Emak boleh datang
dan tolong jaga tapi kesian jugak kat Emak.. Emak sendiri pun tak berapa
larat dah nak wat kerja berat-berat.
Nak ambik maid tapi buat masa ni belum
nampak jalan lagi.. semuanya ada je aral melintang.. huhuhu.
Adik aku yg hire maid pun sampai dah habis pantang
maid tak sampai2 jugakk.. isk isk isk.
Aku pun masih survey2 lagi ni... semoga di beri jalan
dan di permudahkan segala urusann.. aminnnn
2 sweet comments:
tak lame lagi dah izan kan...mcm terase2 jek baru tau ko preggy hihihi....ye laaa kdg2 mmg tak rase.....
amecam dup dap tak ....wakakaakakak..... terbayang2 terus aku dok beranak dayyan ari tu he he hehe...
ape2pun semoga ko dipermudahkan segala urusan okey.....
eh dh 33mggu..dh dekat sgt dh tu..kwn sy mggu terakhir nk bersalin baby punya kepala belah atas lg..dia pon igt kena operate dh..tp kuasa Allah baby leh pusing dan keluar secara normal jgk akhirnya kak..hihi
Post a Comment