Assalamualaikum...

Ahaaa. .baru sempat nak update gambar-gambar Konvo Adik ipar aku,
IDIE yang baru selesai menamatkan degree baru-baru ni.
Idie ambik Jurusan Mechanical Engineering.

Majlis berlangsung di 
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM,
Sidang 2, 29hb Okt 2011, Jam 2:00 ptg
Di sampaikan oleh
Tunku Mahkota Johor
dengan kadar kepantasa 10 orang seminit uhuhuhuh


Ni bunga yang kitaorg pilih untuk IDIE.


Double Mak Yong, Aku & Ijah.
Di sebab kan budak2 tak leh masuk dewan, 
so yang ikut masuk dewan ketika Majlis Abang & Ijad.
Mak mak kena jaga anak memasing ngaahahaha.
Kitaorg pun melepak kat Masjid dekat ngan dewan tu.
Seb baik gak ada tempat nak melepakk huhu


Selesai majlis.. IDIE bergambar dengan semua adik beradik.
Ijah, Idie, Ijad & Abang (Icham).
Along plak dah nak gerak pagi ni.. tapi malangnya
kilang (stor) Along kena pecah masuk terus kansel..
Adik Abang yg bongsu si Iwan pulak di jadualkan berlayar.. 
so tak dapat jugak attend Konvo Idie uhuhuh

Ahaa.. anak-anak sedara tak lepas peluang
'ambik berkat' he he


Idie & Family Ijad


Idie & Family Ijah


Idie & family kami


Sekalung Tahniah untuk Idie.. semoga terus beroleh kejayaan
di dunia dan akhirat.. aminnnnnnn!


Opss.. tak lupa 'gambar perasan' Mak Yong ngahahhaha.
Baik punya posing Danish & Dania tuh uhuhuhu.
Maklum je lahh.. Grad kat negara matahari terbit mana ada 
majlis Konvo berhari-hari naik pentas ambik scroll 
dari Sultan ke bagai..
Jubah Konvo+ Topi pun tak de.. 
padahal masa kecik2 berangan nak ambik degree
sebab nak pakai topi tu kann.. huhuhuh

Konvo kat Jepun yang naik stage best student dlm fakulti jek..
Means cuma sorang wakil dari tiap-tiap fakulti so tak de lah
majlis konvo berhari-hari macam kat Mesia nih uhuhu.
Habis majlis kat hall, balik bilik kuliah baru 
prof bagi scroll sorang-sorang.. sadis sadiss..uhuhuhuhu

Al-kisah

5 sweet comments:

Cho Zila said...

tahniah idie... teringat kat sepupu akak nama idie... best tak bestnyer gi konvoni ialah seronok tengok anak2 muda yang berjaya dan tengok muka ibu bapa yang tersenyum bangga dan meriahnyer suasana tapi yang tak best memangler sebab ramai sangat manusia tak selesa kena tunggu kat luar kalau tak dapat masuk.. kalau dapat masuk lak boring nyer lama ngat... macam2 ragam... ooo dulu belajar kat jepun ker!!! bestnyer...

yatie chomeyl said...

bukan takat degree, grad master n PhD kat jepun ni pun gitu gak kak izan kan huhuuu...sadis2x

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

tahniah!! memang memorable ler kalau time konvo2 cam ni kan...nak2 pulak kalau first degree...semua ahli keluarga datang dari kampung sama2 nmeraikan..

psssttt ayu masa konvo master lagi best!! baru kawen masa tu so, kehadiran suami terchenta sangatlah bermakna..:)

maszmadi said...

tahniah idie.....
lepas ni giliran anak2 sedara idie lak yerk..

ambrynaa said...

Ko pun 'grad' jugak rupanya izan..ekkekek..
Masa majlis grad aku dulu, bdak2 Master dari negara lain, depa pakai jubah ngan topi jugak. Maybe jubah diorg masa degree kut. Lepas abis majlis, depa buat jugak baling2 topi tu...sonok jer tgk.
Aku dapat jugak naik pentas izan. bila majlis selesai la..huhuhu... semua amik scroll atas pentas lepas tu sambil pulangkan student id.