Cerita balik cuti Raya Haji arituhh.. Kalau masih ingat previously aku pernah buat entry masa Raya Puasa pasal Dania yang suka sangat main 'anak ayam' bila balik kampung...
So balik raya haji hari tu, pagi-pagi raya (kitaorang sampai kampung malam raya) tu bangun je Dania dah merengek nak tengok 'chicken' kat belakang rumah Atukk... dia masih ingat ada satu reban untuk anak-anak ayam yang di sangkut kat tepi dinding stor belakang. So bangun pagi je dah tarik tangan aku ajak tengok 'chicken' kat tepi tu.. Sayang nyer bila aku bawak ke tepi rumah dah tentu lah anak ayam tu dah tak de! Mak kata dah besar dan dah ada yang di sembelih pun!
Makanyer neneknyer pun pi lah reban ayam belakang rumah pulak, ambik 2 ekor anak ayam. Kalau dulu anak ayam nyer kecik sket, duk puk dalam 'bakul' yang rendah je tapi disebabkan kali ni anak ayamnyer saiz besar sket, dah pandai keluar bakul maka nenek pun letak la dalam 'bakul' yang panjang sket supaya anak ayam tu tak melompat keluar. Dania punya la exited tengok anak ayam tu 'cip cap cip cap..!'. Tak cukup dia tengok, mintak nak pegang anak ayam tu sebab dia nak ambik tak sampai, bakul nyer tinggi...
Makanya aku pun ambikkan sekor anak ayam letak kat riba dia.. dah la pagi tu dah cantik-cantik pakai baju kurungg. Dania memang excited abes la dapat pegang anak ayam tu... suker sangat dia tiru bunyi anak ayam tu.. "cippp cippp cippp!". Dia usap2 kepala anak ayam tu.. siap nak di ciummnyerrr!
Jap lagi tengah dok syookkk Dania main anak ayam tu.... sedar-sedarrrr..
'preettttt...!' *bunyi sengaja dibesarkan*
Haaaa... anak ayam tu dah 'melepasssss' kat pangku Daniaa... meaning kat baju kurung raya Daniaa...!!!!!!!!!!!!
Aiyakkkkkkkkkkkkkkkkk.....!!!!
Aku pun terus la panggil bibik mintak tolong bersihkannn.
Yang kelakar nyer Dania pun terus mencemikkkk buat muka gelii....
'Eeeeeeiiiieeeee................!!'
Lepas tu terus la salin baju dan tak nak dah main anak ayam tuhhh hu hu!
****************************************
Keesokan paginya, macam biasa bangun pagi je cari aku terus la nak BF...
Sambil dia BF tu aku tanya la
Aku : Dania lapar tak ..?
Dania : Geleng kepala (tak ...)
Aku : Dania nak makan mee tak..?
Dania : Geleng kepala (tak nak)
Aku : Dania nak tengok chicken ...?
Dania : Terus angguk kepalaaa..
Tapi jap lagi terus geleng kepala jugakkkk..! (Aiiikk..? tak nak jugak?? Heran!!)
Dania : 'Uchukkkk...! Uchukkkkk!!! ( Busukkkk!) sambil jarinya kibas kat hidung dengan mulut muncunggg!
Ha ha haaa.... tau pulakkkkk trauma kena berak ngan anak ayam semalam...!!!! Lepas tu memang kalau aku offer nak main chicken tak memang dia tak nakkkk dahh... siap cakap 'uchukkkk!!!'.
Padahal kalau tak bangun tidur celik mata je terus tarik aku gi belakang rumah nak tengok anak ayam!!!
Ni gambar 2 hari selepas tragedi Dania di' berak ' anak ayam... dah nak main dah ngan anak ayam tuuu.. tapi kalau suh peganggg mati-mati dia tak nakk... 'uchukkkk!' katernyerr sambil kibas tangan kat hidungg! Paling-paling pun dia buat-buat kasi makan ayam jee.. tau pulak serik anak dara sorang nih! ha ha ha!
Anak-anak ku tengah dilanda demam Upin & Ipin! Last month Abang dengan murah hatinya belikan DVD Geng the Movie ORIGINAL untuk Danish & Dania..! Almaklum, beli yang pirate pun kejap je calar dek asyik ulang tayang sampai aku pun naik mabuk tengok... Anyway demi menyokong Filem Animasi Tempatan *chewahh!* Abang pun sanggup beli DVD ORI - yang gambar je jauhhhh lebih terang, berkualiti & lebih tahan lasak di samping Misi lainAbang - memberi peluang pada diri sendiri (Abang) untuk menonton TV sebab kalau tak TV pun 2 beradik tu yang konker tengok PHDC or Astro Ceria! Sejak demam tengok Upin & Ipin, Dania sekarang ni suka sangat tiru aksi Opet dalam Geng the Movie tuh! Muka Opet menyinga!!! Kang tetiba Dania suka sergah kita sambil menyinga macam Opet! Siap dengan sound Grrrrrr....!!!!!!!!!!!!!!! Hahahahah! Kekadang aku tengah masak kat dapur pun sempat lagi dia sergah mamanye sambil 'gggrrrrrr...!!!' saborr je lahh.. hahahahha. Gambar macam kat bawah ni dah berapa kali aku nak ambik tak berjaya.. susah betul! Kalau dah melayan Citer Upin & Ipin, dah macam2 style dah aku tengok! Kejap elok duduk, kejap tergolek, kejap menonggengg.. kejap dah terbaring.. pas tu ntah berapa kali rewind tah! huhuhuh! Aku pun dah naik pening dan tahap dah nak hafal dah skripnyerrr...huhuhu!
Balik kerja semalam, since kelmarin balik kerja aku dah singgah kedai beli bahan2 utk nak masak hari ni maka hari ni balik terus ke rumah tak singgah mana2. Sampai rumah je Danish tanya
Danish : Mama tak beli apa-apa ke hari ni ?
Aku : Ha ah laa.. hari ni mama tak sempat beli la. Kenapa ? Danish nak apa-apa ke?
Danish : Danish nak ayam gorengggg!!!!
Dania pulak nampak muka aku je macam biasa dah merengek nak 'nenen'... Masuk rumah aku tengok Laptop kat coffe table tengah terpasang dengan citer Upin & Ipin..
'Patut la teringat nak makan Ayam Gorengg.. Ipin la ni' bisik hati
Sambil Dania nenen terus aku dial HP Abang. Bila connected, on speaker pas terus HP tu pada Danish
Danish : Helo Papa... Papa kat mana? Papa work balik lambat ee'...
Abang : Helo... Danish. Ha ah.. Danish kat mana tu? Pergi taman ke?
Danish : Tak.. Danish kat rumah je
Abang : Danish kat rumah dengan mama ke?
Danish : Ha.. Papa Danish nak ayam goreng
dengan sebutan laju malu-malu kucing..
Abang : Apa..? tak dengar
Danish : Danish nak ayam gorenggg...!
ujar Danish lagi
Aku : Danish nak Ayam gorenggg... al maklum la tengah tengok Upin & Ipin! sampuk aku menerangkan.

Lalu balik tu Abang pun singgah pasaraya berdekatan belikan ayam. Abang kata beli drumet Ayamas 850gram dah RM14++. Lantas Abang beli kepak ayam segar, 5 baru berharga RM5.50!Balik tu terus potong 2 kepak ayam jadi mini drumet. Satu perap sos BBQ dan satu lagi guna tepung segera Adabi. Abang goreng Ayam dan aku plak masak mee kuah.. huhuhuh
Pukul 8:30pm dah siap masak. Simple je juadah hari ni. Aku dah berapa hari teringin nak makan mee berkuah cuaca sejuk2 cam nih.. huhuhuhu. Hasilllnyerr....Sambil makan tetap layan Upin & Ipin gakk... kalau takdalam bilik, kat PC depan TV luar. Pandai dah On PC, cari file Upin & Ipin (yg Abang download) and runkan kat Windows Media Player. Siap boleh fast foward atau buat slow motion sendiri lagi padahal tu PC Japanese version (yang bos aku sedekah dulu)! Pas tu pakat ketawa berdekah2 2 beradik tu depan PC...! Memang sah dah demam Upin & Ipin anak aku dua orang nih!!!! huhuhuh
******************************************************************************
P/S: Kami akan bertolak ke Johor esok. Kami mengucapkan
selamat menyambut Aidil Adha kepada semua pembaca budiman sekelian!
Selamat balik kampung, pandu cermat jiwa selamat !

Last Saturday hari ambil report card Danish sekaligus dibuat upacara Hari Anugerah Cemerlang kat Tadika Danish. Kira-kira pukul 9 ++ kitaorang dah sampai kat Tadika Danish. Danish baru berumur 4 tahun dan kami hantar Danish ke Tadika supaya Danish boleh develop social-friendship skill since kalau duk rumah ada Bibik & Dania je. Rakan sekelas Danish pun tak ramai.. cuma 5 orang. Baru-baru ni Danish ada exam... dah keputusan examnye Alhamdulillah Danish masih mengekalkan prestasi seperti Mid-year exam hari tu.. 100% untuk semua paper sekaligus mengekalkan kedudukan No.1 dalam kelas cuma kali ni berkongsi kedudukan dengan sorang lagi class-matenya, Farah. Teringat masa mula2 tengok result Danish mid year dulu kitaorang pernah tanya cikgu dia, Danish buat sendiri ke exam tu ? *Tak sangka punya pasall...sungguh kurang asemm kui kui kui*. So Ambik result kali ni beriya-iya Cikgu dia suh tengok kertas peksa Danish.. tak ada padam2.. semua buat sendiri dengan confidentnyerr.. kater cik gu Danish ekekekek. Anyway Congrate sayanggg...!

Ni antara persembahan yang Danish masuk...
Nyanyian dan Fashion Show He he he... Bab Fashion Show tu yang tak berapa nak 'FASHION show' pun si Danish gara-gara ada mis-communication... tanya cikgu katernya pakai je baju apa-apa.. biasa2 pun tak perr... so kitaorang pun pakaikan kemeja je laa... ruper2 nak kena naik pentasss... saborr je laa... wakakakakakak!

Antara persembahan yang mendapat sorakan gemuruh.. tarian Hindi lagu 'chori choria' tu..huhuhu! Acara kemuncak, majlis penyampaian Hadiah..


Tu dia senyuman lebar Danish lepas ambil hadiah..!

Lepas usai acara kami di jamu dengan juadah tengahari - Nasi Minyak berlaukkan ayam masak merah, kari daging dan popadom berserta Air Asam boi & buahan... Perut pun dah kenyang, lepas acara terus balik rumah sebab Danish pun dah tak sabar-sabar nak buka hadiahhh!
Hadiah berupa Math workbook, Buku bergambar, Buku cerita & stationary set. Balik rumah terus excited nak buat 'homework' baru!!!

Anyway, tahniah Mama dan Papa ucapkan buat permata hati tersayang, Danish Aiman. Semoga kejayaan akan terus mengiringi perjalanan hidup Danish Aiman.. aminnnnnnnnnnnn.......

Haaa.. ni sebenarnye citer sebelum raya.. tapi pas tu tak jumpa lak gambar save kat manerr (saborrr je laaaa......) so la ni baru nak hapdet.. kui kui kui!Anyway kalau ada yg masih ingat, bloggers Yatie chomely pernah anjurkan contest dan antara hadiah grand prizenyer - Yukata for kids! Walaupun tak menang tapi sebab sukerrr sangat dengan Yukata yg di offer dek Yatie, aku pun turut kirim kat Yatie untuk belikan yukata tu. Dan dengan murah hatinya Yatie pun telah sudi tolong belikan Yukata tu masa Yatie balik raya ke Malaysia syawal lepas... Yukata yang aku order utk Danish & Dania seperti di bawah....Aku kirim 2 set Yukata, satu untuk Danish & satu untuk Dania.. sengaja ambil saiz besar sikit biar boleh pakai lama. Few weeks later Yatie kirimkan both Yukata to office... thank you so much dear!

Balik rumah bila tunjuk je 'baju baru' kat both Danish & Dania... terus dua-dua excited nak pakaiii!!
Danish : 'Woww..! baju apa ni Mama? Baju baru ke..? cantikkknyerrrrrrrrrr!!"
Danish lagi la over excitedd! Memang terus pakaikan to both kiddies. Cantik sangat bajunyer, material yang sangat bagus dan berkualiti dan aku suka sangat cutting yukata ni berbeza dengan yang pernah aku beli dulu.. Memang berbaloi sangat kirim kat Yatie hari tuh!Both kiddies pulak nyaris-nyaris tak nak bukakkk baju ni..! Aku sarungkan je baju ni kat luar. Since diaorang pun dah pakai baju tidur kat dalam so kejap2 berpeluh tu aku suh la bukak.. (takut pakai lelamer kang berpeluh masam plakkk baju baruuu huhuh). Tapi baru nak sidai kat kerusi kejap2 merengek nak pakai balik.. posing satu rumah.. Senang citer nyaris-nyaris nak buat tidur terusss! saborr je laa

Anyway, to Yatie Chomely, terima kasih banyak-banyak, susah-susah je surveykan sampai 2-3 kali saiz baju tu hari tu. K.Izan memang puas hati sangat-sangat dengan materialnyaaa... hontou ni arigatou ne!!!

First time baru perasan dah ada jual packed onigiri kat Mesia nih!
Kalau kat Japanese Restaurant tu memang la ada kan ala-carte onigiri tapi yang dah packed and ready to eat Onigiri ni (atau nama manjanyer 'nasi kepal').. memang first time aku jumpa lahh...! Kat mana..? kat mana lagi kalau bukan kat Jusco! Atau lebih tepat lagi Jusco Bukit Tingi, Klang. Huhuhu
Anyway teringat zaman2 belajar dulu... Apartment aku tu dekat je ngan 'sekolah'. Kira berbasikal seberang jalan terus masuk pintu gate sekolah. Depan apartment aku tu pulak ada sebuah karaoke box (baru tau naper dulu leh jadi 'antu' karaoke. Dah la depan umah... hari biasa rate cuma 200 yen/hour. Kalau tengahari tak ada kelas sempat lagi melayan karaoke ngan classmate sementara menunggu kelas petang!) dan sebelahnyer ada 24 hours convenient store - Lawson. Memang aku akan lalu untuk pergi kelas. So almost every morning ni lah sarapan aku, singgah beli kat Lawson. Biasa aku beli sandwich atau onigiri bersama Cafe-ore!(Cafe au lait) . Suka sangat makan onigiri sebab ianya simple, sempoi, mobile dan yang paling penting mengenyangkan!Nanka hisashiburi naa makan onigiri nihh.. huhuh.
Anyway kat Jusco ada 4 perasa. Unagi, tuna mayo, salmon mayo & tak ingat lagi satu. Harga RM2.50 satu.... so sesaper yang teringin tu bleh la gi terjah Jusco.. he he he. Dari segi rasa aku bagi 3.5 out of 5.0 star (^o^;)/
Gambar ni di uploadkan oleh salah seorang rakan ke FB baru-baru ini.. gambar yang pernah aku selitkan didalam sebuah diari dan hilang ketika bag baju aku 'dicuri' di hentian bas Larkin, JB sekembalinya dari Kem Motivasi pemegang biasiswa Telekom, Bukit Beruang Melaka tahun 1994 .. tu dah 13 tahun yang lepas.. Dan sejak itu jugakk.. nilah kali pertama aku tengok balik gambar nih!! Nostalgia sungguhh!! huhuhuhuh!Gambar Pasukan Kadet Laut Bersatu Malaysia, PKBM-L ni di ambil tahun pada 1994 untuk dimuatkan didalam majalah sekolah. Ketika itu, cuma ada 4 buah sekolah di Malaysia ni yang ada Pasukan Kadet Laut terdiri dari pelajar perempuan, yang selebihnya terdiri dari pelajar lelaki dan salah sebuah sekolah tu ialah sekolah aku... huhuhuh.
Dari mula nak masuk jadi anggota kadet ni pun kira tough jugak sebab ada saring ujian kecerdasan (fizikal).. kalau lulus baru akan terpilih.

2 tahun jadi ahli Kadet Laut memang satu pengalaman yang sangat berharga. Pernah berpeluang mengikuti kem selama 2 minggu kat Wilayah Markas Laut, TLDM Tanjung Gelang Kuantan termasuk mengikuti perbarisan bersama-sama dengan anggota Tentera Laut di Raja Malaysia. Duduk di berek TLDM, makan ala TLDM, latihan kawat dan survivor ala TLDM dan dah tentu jugak segala jenis denda ala TLDM jugak! (bumping, starjump etc..) huhuhuhu. Yang tak akan dilupakan *walaupun tak ada gambar* ialah turut berpeluang belayar bersama-sama anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia menaiki KD Musytari ke Laut China Selatan Ini gambar yang diambil ketika selesai latihan menembak menggunakan Rifle M-16 di lapang sasar. Masih aku ingat, ketika latihan menembak.. 1 kelopak mengandungi 20 butir peluru..
satu sessi tembakan terdiri dari 8 orang kadet yang meniarap atas rumput kat lapang sasar tu bermakna satu tembakan akan dengar 8 das bunyi tembakan dari rakan kadet yang lain...
Aku berpeluang menembak 4 kelopak! Bermakna... Credit CtAnna

1 kelopak = 20 peluru
1 das tembakan = 8 bunyi das peluru
= 20 x 8 bunyi das peluru

4 kelopak = 160 x 4
= 640 bunyi das tembakan

Lepas latihan tu memang telinga aku 'weng' 2-3 hari.. berdengung2 dengan bunyi das tembakan... bunyi dengung tu tak ubah macam bunyi flight yang nak berlepas dari airport! Aku ingat telinga aku lepas tu dah pekak dahhh.. seb baik lepas seminggu 2 tu dah OK dahh... huhuhuh... Dan malam tu jugak kaw-kaw kitaorang kena denda sebab kantoi ada orang jumpa kelonsong peluru kosong kat berek... sape punye keja laa tuuu adoiii yaiiiii memang tahap putus urat aaa kena denda time tuh! huhuhuhu
Week end datang lagi... weekend ni ada annual dinner kat company aku. So hari Sabtu sebelum gi dinner tu sempat la masakkan 3 lauk utk Abang & kids untuk makan malam since tengahari tu Abang pun ada lunch kat Futsal game anjuran companynyer. Moralnya lauk aku masak tu ada balance utk bring foward ke lunch Ahad just aku tambah masak sayur & goreng2 sket. So malamnya lauk dah habis and kitaorang dinner dengan menu yang super simple...
Hotdog & burger.. hehehe. Tu diaaa... Danish tunjuk sign 'Goooodddd!.....'. Habis sebiji tu dia makan sorangg!

Chicken special burger ~ Untuk papa... he he

Double chicken burger ~ Untuk Danish...
Tapi Danish komenn :
Mulut Danish kecik la mama.. tak muat... *kekekek!*
Tuna Chiken black paper hotdog untuk mamanyer... yummy yummy! he he!

Basic chicken hotdog
Double chiken cheese burger.. sooo yummmyyy!!
Dania..? Tak nak makan burger/hotdog.... tengah tak berapa sihatt.. selsema and batuk. Cuma selera nak makan Duo coco crunch dengan corn soya milk...
Cian Daniaa.. makan ubat biar cepat baik yer sayangg....
Result Si Comel Berbaju Raya Contest dah keluar dan antara 2 photo yang dipertaruhkan both untuk Danish & Dania, gambar Danish terpilih sebagai pemenang
Alhamdulillahhh!!!

Terima kasih banyak-banyak pada Ibu Ammar kerana menganjurkan contest ni and nasib baik TOP TEN pun turut menerima hadiah yang superrr sweetttttttttttttttttttttttt.. berupaaaa hand made Wristlettttt sumbangan ToteBoutiqe. *wink!* Suker suker sukerrrrrrr!!!
Aku rasa pertandingan ni memang sangat sengittt almaklum lepas raya semua mommies yang hantar penyertaan memang cute-cute sangat baby & kids masing-masingggg...
Pemenang TOP 3 pun memang cute terbabassslaaa ha ha! Anyway congrate to alll!!

Untuk keputusan penuh boleh layari ..

P/S: Rupe-ruper gambar kat atas tu teruna Cik Puan Mimi ... Tahniah yekk ! Sama-samala kita mengayakan wristlett baru nanti.. gambar anak yang bertanding, mak nyer pulak yang bergaya.. hahahaahah!
Weekend datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......................................!!! Yeaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyy!!
Dan yang paling penting weekend yang aku leh lepak satu family kat umahhhhh huhuhuhuh!
Setelah 2 weekends berturut aku kerjaaa.. so weekend ni memang nak lepak puas2 dengan En Hubby & both Danish & Dania! Besttttttttttttttt sangatttttt.........!!!
Ahad pagi.. bangun2 siap-siap terus masak sarapan. Hari ni buat Nasi goreng jekk.. malam tadi keluar 'date' tengok movie ngan Abang.. pagi ni lak budak2 belum nak bangun lagi so kitaorang dua orang je lah breakfast sambil layan movie kat Mini entertainment room kat bawahh...
Nak dekat kul 9 baru la Danish & Dania bangunnn.. terus mandi2 dan breakfast jugakk.. Bila diaorang bangun terus la di konker nyer bilik bawah tu.. buat main gameee... iskk iskk iskkk...
Puas main game layan budak2 ni main kat luarrr since cuaca pun tak panas sangat... Aku rasa seronokkk sangattt kalau dapat habiskan masa dengan diaorang nihh... Tengok tu Dania dalam pada tengah main tu leh dia nampak seekor anak katakkkk... kecikkk je kataknyerrrr.. boleh dia kejar katak tu pas tu selamba je nak cuit cuittt.. moralnya Dania ni compare dengan Danish memang berani sikitttt.. kalau nampak serangga ke bukan dia lari.. lagi dikejar nyer ade laaaa..
Kalau Danish.. errrr.. takut lipasss.. cam mamanyerr...hohohoho!Tengahari, setelah sekian lamaaa.. aku masak Ayam masak kariii! Almaklum sejak kempen no cholesthroll dulu nu masak berasaskan santan dah tak berapa muncul kat umah akuu.. So ahad tu masak sempoi2 jugak, Ayam masak kari, pucuk paku tumis cili, sayur campur... tak lupa sambal belacan & popadom!!
Kelab Komuniti Cyberjaya
Hari ni Abang janji nak bawak budak-budak pergi mandi pool kat Kelab Komuniti Cyberjaya. First time pun nak gi mandi pool kat situuu... pernah datang sebelum ni masa ada carnivall. Lepas zuhur suruh budak2 ni tidur supaya boleh jalan petang. So petang tu lepas asar terus bertolak ke Cyberjaya.. hujan gerimissss. Dalam kereta sibuk Danish tanya..
Danish : Macamana ni mama.. hujan laa
Abang : Danish doalah pada Allah supaya tak hujan
Aku pun ajar la doa kat Danish lebih kurang berbunyi
Danish : Ya Allahh.. kau hentikanlah hujan di Cyberjaya supaya saya boleh mandi kolam.. Aminnnnnnnnnnnnn.....! *he he*
Hujan masih merintik.. aku pun suruh Danish berdoa lagiii.. 2-3 kali jugak la Danish berdoa dalam perjalanan tuh..
Alhamdulillah sampai Cyberjaya keadaan cuaca mengizinkan untuk Danish & Dania mandi.. Bayaran untuk kanak2 cuma RM2 seorang. Bukan main excited both kiddies. Dania pulak belum pakai pelampung dah nak terjun kolam.. nyaris2 nak lemasss.. Bibik la 'kedebusssss!!' terjun dalam kolam selamatkan Dania.. iskk iskk iskk. Sebenarnya tak dalam sangat kolam tu tapi ntah cam ne Dania cam tak leh nak berdiri.. seb baik tak apa-apa terus pakaikan pelampunggg ! huhuhuh

Puas mandi kolam salinkan baju bagi diaorang main kat playground sebelah kejapp... tak lama hujan pun mula nak merintik lagii... terus la balik rumahhh... jam pun dah tunjuk pukul 6...
Rabbit Park
Haaa.. on the way nak masuk taman PP, recently aku perasan ada satu Rabbit Park baru siapp.. tak la besar sangat and dah terlanjur lalu tu kitaorang pun singgah le bawak Danish & Dania.. mesti excited terbabasss punyaa.. hahahahhaha Masuk je ke area tepi kandang ( ke?) Arnab tu memang betul pun Danish & Dania dah tak senang duduk! Aku lak terus la bayar RM3/head untuk masuk ke kawasan dalam kandang arnab tu.. Exciteddd giller Danish & Dania dapat main & pegang arnab-arnab tuhh.. siap ada jual dedak Arnab RM1 sebungkusss.. ramai gak kanak2 lain kat dalam tu..



Dalam pada tengah main tu siap terserempak dengan ex-baby sitter Danish & Dania dulu. Diaorg pun datang nak beli baka arnab kat situ bela sendiri... besttnyerrr! Dania pulakkk main arnab siap dengan dia bergolek ngan arnab tu sekalii.. selamba je duduk atas tanah merah tuuh. habis kotor bajuu...huhuh
Hari dah makin gelap nak masuk magrihb.. jenuh nak pujuk 2 beradik ni balikk.. rasanya kitaorang antara yang terakhir keluar dari situu.. seronok sesangattt! Tu pun puas pujukk ajak balik.. lain kali boleh datang lagikk yekkkk..
Sekianlah hujung minggu Danish & Dania.. Danish pun dah habis exam last week... so balik rumah pun senang hati tak de la homework lagi dahh.. hua hua huaaa...