Gambar ni di uploadkan oleh salah seorang rakan ke FB baru-baru ini.. gambar yang pernah aku selitkan didalam sebuah diari dan hilang ketika bag baju aku 'dicuri' di hentian bas Larkin, JB sekembalinya dari Kem Motivasi pemegang biasiswa Telekom, Bukit Beruang Melaka tahun 1994 .. tu dah 13 tahun yang lepas.. Dan sejak itu jugakk.. nilah kali pertama aku tengok balik gambar nih!! Nostalgia sungguhh!! huhuhuhuh!Gambar Pasukan Kadet Laut Bersatu Malaysia, PKBM-L ni di ambil tahun pada 1994 untuk dimuatkan didalam majalah sekolah. Ketika itu, cuma ada 4 buah sekolah di Malaysia ni yang ada Pasukan Kadet Laut terdiri dari pelajar perempuan, yang selebihnya terdiri dari pelajar lelaki dan salah sebuah sekolah tu ialah sekolah aku... huhuhuh.
Dari mula nak masuk jadi anggota kadet ni pun kira tough jugak sebab ada saring ujian kecerdasan (fizikal).. kalau lulus baru akan terpilih.

2 tahun jadi ahli Kadet Laut memang satu pengalaman yang sangat berharga. Pernah berpeluang mengikuti kem selama 2 minggu kat Wilayah Markas Laut, TLDM Tanjung Gelang Kuantan termasuk mengikuti perbarisan bersama-sama dengan anggota Tentera Laut di Raja Malaysia. Duduk di berek TLDM, makan ala TLDM, latihan kawat dan survivor ala TLDM dan dah tentu jugak segala jenis denda ala TLDM jugak! (bumping, starjump etc..) huhuhuhu. Yang tak akan dilupakan *walaupun tak ada gambar* ialah turut berpeluang belayar bersama-sama anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia menaiki KD Musytari ke Laut China Selatan Ini gambar yang diambil ketika selesai latihan menembak menggunakan Rifle M-16 di lapang sasar. Masih aku ingat, ketika latihan menembak.. 1 kelopak mengandungi 20 butir peluru..
satu sessi tembakan terdiri dari 8 orang kadet yang meniarap atas rumput kat lapang sasar tu bermakna satu tembakan akan dengar 8 das bunyi tembakan dari rakan kadet yang lain...
Aku berpeluang menembak 4 kelopak! Bermakna... Credit CtAnna

1 kelopak = 20 peluru
1 das tembakan = 8 bunyi das peluru
= 20 x 8 bunyi das peluru

4 kelopak = 160 x 4
= 640 bunyi das tembakan

Lepas latihan tu memang telinga aku 'weng' 2-3 hari.. berdengung2 dengan bunyi das tembakan... bunyi dengung tu tak ubah macam bunyi flight yang nak berlepas dari airport! Aku ingat telinga aku lepas tu dah pekak dahhh.. seb baik lepas seminggu 2 tu dah OK dahh... huhuhuh... Dan malam tu jugak kaw-kaw kitaorang kena denda sebab kantoi ada orang jumpa kelonsong peluru kosong kat berek... sape punye keja laa tuuu adoiii yaiiiii memang tahap putus urat aaa kena denda time tuh! huhuhuhu

8 sweet comments:

Ambry dan Zalina said...

perghhh..segak betul..ko belakang sekali no 2 dari kiri kan? :)

☆ lieya latif ☆ said...

wah rajinnye izan join bende2 nie..lieya dulu paling lemah bab2 kawad ni...takut itam pun yeak...kikikikiki....lagi pun lieya ni dulu lembik....tu yg join badan beruniform yg kurang kawad2 nie....hiks....

alamak, beg baju ilang...takutnye lieya dengar...abis ilang baju tak pasal2...

IZAN said...

Re :
Segakk..? hua hua huaaa.. Seb baik uniform kena pulang. Kalau tak memang aku simpan kat almari cermin. heheeh. ha ahh betul betul tu.. pandai nko carii. Tapi dulu lagi chubby kan..? hahahahah.

IZAN said...

Re :
BUkan lembik lieya... ayuuu kot Lieya dari dulu..lemah lembut sopan santun gituu ehehhe.

Cosmedecorte said...

Fuiyo! Sugoi na. Omoi mo yoranakatta!!
Gagah! hehehe

ibu 2AZ said...

tp best gak gambo2 lamer nih wat kite teringat balik kan..ina dulu pun join PBSM..dulu tk suke je ase..lelame biler dah join xtivit mmg best dibuatnye..bnyk bende kite tahu..hehe

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

aktif yer dulu2....saya kalau bab2 kawad ni malas nak join...tak suka ganas2...


p/s: suka tgk balik gambar2 lama..macam2 kenangan kita akan ingat..

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

amboi izan, lasak jugak orangnya yer.. saya memang tak gemar aktiviti2 cenggini.. lemah semangat la katanya..

saya pun suka, sejak wujud fb, saya dapat jumpa ramai kawan2 lama saya yang hampir 19 tahun tak jumpa.. seronok rasa hati ni..