Baru-baru ni buat gathering dgn member2 kamcing maser further ke Japan dulu. Setahun sekali. Masing-masing tinggal hubby, tinggal anak.. tinggal ofis & ambik cuti untuk berkumpul. Aku suka sangat gambar2 ni sebab semuanya mengembalikan nostalgia kami masa zaman-zaman student 7 tahun lalu. Bila tiba cuti semester begitulah kami. Tinggal rumah, tinggal 'sekolah', tinggal baito*part time* untuk berkumpul dan pergi bercuti bersama. Naik densya *train*, pergi karaoke.. makan & bergebang. Kalau masa student dulu memang sampai bermalam berhari2 kat mana2 rumah.


Alhamdulillah, walaupun kini masing2 sudah pun berkeluarga & bekerjaya.. persahabatan yang terjalin dari ketika kami mula bertemu di Ambang Asuhan Jepun 10 tahun yang lalu masih tersimpul rapi! Sesungguhnyer keindahan zaman itu takkan berulang. Terima kasih kaliannn.. Kalian sungguh istemewa..!!



 

































100,000 KM...!!!!!!!!!!!!!! Itulah angka speedo meter kereta ketika kami dalam perjalanan dari Jengka ke kampung halaman di Johor Aidilfitri yang lalu. 100,000KM!.. jauh juga dah kami berjalan rupanyer. Pada usia 2 tahun 10 bulan, dah banyak jasa-jasa kereta ni pada kami. Mana taknya, alangkan dari rumah aku ke Johor almost 400km sehala.. pergi balik dah 800KM.

Itu baru cakap pasal meter, lom cakap pasal $$$ minyak & tolnyerr..ngeh ngehhh ngehhh.
kalau raya balik dari pahang ke johor pun almost 400KM juga sehala.. balik pahang dlm 200km sehala. Pergi kerja pun 20-30km gak sehala.. hari hari lagi! Masa aku pregnant, dah hujung2 bila perut dah cecah stereng keter, Abang hantar & ambik gi kerja. Route nyer Puchong -> Shah Alam -> Puchong -> Serdang.. balik Serdang -> Puchong -> Shah Alam -> Puchong.. sehari nak dekat 200km + 2 jam perjalanan pergi kerja dan 2 jam lagi perjalanan balik kerja. Seminggu je nak cecah 1000KM. Raser baru service keter tetiba tengok mileage, aikk dah nak kena gi hantar service lagii...?! Tu blom campur jalan-jalan shopping mopping hujung minggu..! Patut la belum 3 tahun dah cecah 6 angka! Wahahahahah

Emm.. buat kereta kesayanganku, terima kasih banyak2 atas jasa2mu kepada kami
selama ini. Kami masih mengharapkan khidmat dan jasa baktimu...!
Hari ni hari pertama aku naik kerja semula selepas 60 hari cuti berpantang...
raser sekejapppppppppppppp sangat 60 ari tu ekkk... pejam celik pejam celik
sedar2 dah naik kerja.. iskk iskk iskkk

Masa mengandung Dania kali ni aku dah sematkan dalam hati,
InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak fully beast feedingkan Dania. Kebetulan,
masa aku pregnant ada lah kawan yang sedang fully bf kat babynyer yg dah masuk 8 bulan
dok kasik petua dan tips, procedure and etc pasal BF ni.. atas kesedaran yang
sering dia berikan, maka aku pun belajarlah sikit-sikit pasal breast feeding.

Terima kasih banyak2lah aku ucapkan pada ex-ofice mate aku yg sorang ni.
Bukan lah aku tak tau langsung pasal beast feeding tapi pengetahuan
aku tentang macamana nak fully BF utk ibu2 yang bekerja tersangatlah ceteknya.

Maka atas sebab tu jugak lepas aku lahirkan Danish dulu lepas naik kerja sempat bertahan 2 minggu jekkk.. makin kurang Danish menyusu waktu kerja, bila aku balik lambat sket kat rumah dah ader org terus bancuhkan susu formula bila Danish berkeriau penyudahnya susu aku pun makin lama makin keringgg dan wassalammmm....

Hari ni hari pertama aku bekerja bermaksud kali pertama jugak aku akan
pump bf untuk aku simpan dan berikan pada pengasuh masa aku
keluar bekerja nanti.. suspen jugak, excited pun aderr.. camne nak handle jadual pump susu time kerja kalau tengah2 sibuk nanti.. Tapi kalau nak seribu daya kannn.. masa aku dlm maternity leave pun aku dah start buat stock susu yg aku simpankan dalam freezer. Tapi sebab 3 hari sebelum masuk kerja aku dah start hantar Dania ke rumah baby sitter maka stok susu beku yang dah aku sediakan pun makin berkurangannn so lepas ni aku kena ganbaru lebih sket utk buat stok bebanyakk
Alhamdulillah.. untuk hari pertama ni aku dapatlah pump 3 kali.. pagi, tengahari dan lepas waktu kerja sekali lagi. lebih kurang 4 oz sekali pump so 3 kali pump dapatlah lebih kurang 13 oz...

Alhamdulillah.. syukrann. Barangkali ini akan jadi 'standard' aku dimasa akan datang..setakat ni aku masih dapat fully Bf Dania. Cuma ada campur sekejap masa Dania kena prolonged jaundice masa dalam hari. Habis satu tin kecil dan jaundice nyer kurang aku pon stop FM dan start BF balik. Semoga aku dapat konsisten dan tak mudah patah semangat untuk meneruskan niat murni ku ini.... mudah-mudahan.. aminnn. Untuk Dania tersayang, mama akan cuba berikan yang terbaik untukmu sayanggg...!

Betul lah kater orang, patah tumbuh hilang berganti... walopon tak sama dengan yang asal.
Dulu masa Danish pecahkan tutup nabe (periuk seramik) kesayangan aku tu ingatkan lamer la
aku 'mogok' buat steambot... rupernyer tersangatlah tidakkkk! *sila refer entry sebelum ni - Tamat riwayat*
Last saturday ofis mate aku datang beraya ke rumah dan adelah yang request nak makan steamboat. Dah dari tahun lepas di requestnyerr.. dari aku buat open house tahun dulu, sampai mengandung 9 bulan dah bersalin.. sampai dah pecah dah pun tutup periuknyer...heheheheh. Tu pun aku dah pesan awal-awal.. kalo aku gi cari ader, ade la rezeki diaorang nak rasa steamboat kat umah aku

Last-last aku carik jugak la nabe baru ditanahairku ini....jumpa kat Giant.
Mase tu aku gi shopping kat Mydin Subang. Malas keluar parking aku
menapak jek dari Mydin ke Giant (hubby kerja & budak2 anto pengasuh). Seb baik ader 10 1/2 inc nyer size. Boleh la tuuu malas nak pikir banyak aku pun sambar satu, esok bebudak ni nak datang umah dah. Rege kat situ tulis Rm12.99. Mase aku bayar, 'tingg..' RM9.99 rege nyer keluar kat mesin cashier. RM9.99 jekkk..? aku ngan senang hatinyer pun bayar lerrr..
Make nyerrr, perkenalkan.. mulai ari ni nilah nabe baruku.. bak kater ofismate aku "... tak feel la kak?" ye larrr tuuuu... nak buat cemanerr, rupernyer aku dan nabe tak dapat nak dipisahkann..muahhehehehhehe
Lagi 2 ari nak balik kampung pahang sambut raya. Aku masih jadi penunggu setia kat rumah ngan Danish n Dania sbb masih dalam maternity leave. Hari ni abang kater balik lambat sket sebab nak cari sandal raya kat Mines -on the way balik kerja. Aku pun ok jek sebab dah berempat ni kalau nak berangkut semua nak keluar mau sejam dua bersiap tak berbaloi nak kuar shopping hari kerja lepas kerja...


Lebih kurang nak dekat kul 10 baru abang sampai rumah. Mase tu aku tengah duduk kat sofa sambil berkemas bag balik kampung 4 beranak utk menyambut Aidilfitri nanti. Maklumlah, lusa kitaorang nak bertolak dah. Tinggal esok je kat sini. Aku tanya papa, jumpa ke sandal raya yang dicari nyer tuh..? Papa geleng kepala.. dah puas ronda satu Mines pun tak jumpa yang berkenan katernyerrr.. lorrrr.. aku pun ikut geleng kepala.. cerewet jugak papa ni cari barang getus aku.


Dah agak lamer abang sampai rumah,tengah aku berkemas-kemas tu abang keluar rumah balik masuk ke kereta. Masuk ke rumah balik tetiba papa menghulurkan aku satu bag plastik keras empat segi lebarrr.. aku bacer logo GINTELL kat plastik tu tapi dengan konpiusnyer menyambut beg plastik yang papa hulurkan
"..Nah, hadiah harijadi. Tahun ni bagi awal sikitlahhh..tak sempat nak bungkus-bungkus dahh.." ujar papa sambil tersenyumm. Tahun ni hari jadi aku jatuh tepat-tepat pada 1 syawal yang bakal dirai oleh seluruh umat islam pada 13 oktober nanti

Dengar hadiah harijadi aku pun sambutlah bungkusan tu dengan girang gembira.. sekali tengok-tengok barang didalamnyer- eSLIM advance.. tali pinggang utk massage n langsingkan badan.Sekali lagi aku terlopongggg….terror btolll papa nih. Camnerrr leh terpikiaq nak beli benda alah nih ..? hebat hebattt…..Ooooo jadi inilah sandal yang dicari tak jumpa tu yerrrr..pandii pandaiii.. lagiiiiiiiiiii hebattt!

Buat Abang, terima kasih banyak2 sangat atas pemberian ini. Seronokk memang tak terkata lahhh tapi dalam pada tu, rasa macam tercabar jugak nih camner nak ‘turunkan’ mana-mana bahagian yang ‘degil’ lepas lahirkan Dania kali nih.. muahahhehehehe. Bukan senang tau berpantang time bulan posa – time tengok orang berbuka posa apatah lagi masuk hari rayaa… elok dari pantang makan jadi pantang nampakkk.. semua nak cuit, semua nak jamah pas tu mula la nak menambahh!! Rapuh nyer imannn… arrgghhhhhhhhhhhhh…!!!!

Tapi sebab Abang yang belikan bendaalah ni, InsyaAllah lah aku akan cuba manfaatkan sebaik yang mungkin.... tapi ambek mase la sket kottttt.. tunggu la yerr cik abang sayanggg…muaahhhhh!!! heheheheh

Hari ni masuk hari ke-14 aku berpantang kat kampung halaman.
Baby masih jaundice dan 2 hari sekali masih kena berulang alik ke klinik desa berdekatan untuk cek darah bagi mengetahui tahap jaundice baby. Doa aku dan hubby semoga baby cepat2 sembuh.. aminnnn

Macam biasa kalau berpantang, emak lah yang akan tolong jaga dan menyiapkan keperluan aku dan baby. Begitu besar pengorbanan emak, dari saat aku dilahirkan sehingga pula aku yang melahirkan, emak masih juga setia menabur khidmat dan pengorbanan demi anak-anak walaupun umur emak sudah lebih dari separuh abad. Tak lupa juga Abang yang sentiasa membantu tatkala berada disisi...

Aku ingin membuat catatan ini sebagai warisan amalan berpantang yang pernah aku lalui semoga menjadi pedoman kepada aku suatu hari nanti.. itupun kalau blog ni masih wujud di alam maya ni.

Beginilah jadual rutin aku sepanjang 2 minggu berpantang.
Pagi :-
7:30 pagi : Emak dah jerangkan rebusan air daun-daun herba untuk mandian.
Begitu juga tungku herba. Emak akan stimkan sekali.
Aku pula get ready susukan baby atau pum susu supaya emak boleh berikan
pada baby ketika aku sedang mandi/berurut.
7:45 pagi : Aku dah bersiap-siap untuk mandi. Di mulai dengan bertangas. Caranya mudah
sahaja. Periuk yang mengandungi air rebusan daun-daun herba yang terdiri dari
daun sirih, daun jambu batu, daun pandan & daun serai wangi itu akan diletakkan
dibawah kerusi yang beronggga dan kemudian ditutupkan dengan kain...
Aku akan duduk bertangas selama lebih kurang 10-15 minit sehingga keluar peluh.
8:00 pagi : Selesai bertangas, air rebusan tadi akan dicurahkan ke dalam besen dan
dicampurkan dengan air pai sehingga suam-suam sedap untuk mandi dan aku
mula mandi membersihkan badan. Memang terasa segar mandi dengan air hangat pagi-pagi.
8:20 pagi : Bertungku. Selesai mandi, keringkan badan dan mula bertungku.
Biasanya mengambil 5-10 minit sahaja untuk bertungku di kawasan perut sehingga panas tungku tu hilang. Termasuk juga dibelakang bahu sebab kekadang bila pam susu, sakit-sakit urat belakang bahu aku tuh. Tungku aku gunakan produk leesa formula. Berkhasiat dan senang
didapati.
8:30 pagi : Berurut. Biasanya aku akan mula berurut setelah sampai ke kampung pada hari ke- 5 atau ke-6.Kali ni aku start berurut pada hari ke-6.
Seperti biasa, amalan berurut oleh bidan sebelaha rumah akan dilakukan selama 7 hari berturut-turut. Kemudian pada hari ke-36, akan dilakukan 'Selapan' iaitu urutan untuk sengkak rahim. Urutan biasanya akan mengambil masa 40-45 minit. Selesai berurut, bidan akan pakai kan sekali bengkung, param & pilis siap!
9:15 pagi : Selesai berurut dan berbekung baru lah aku boleh bersarapan. Menunya mudah sahaja. Susu anmum atau horlick/milo panas dan roti putih!
Mak bidan pula akan mandikan dan siapkan baby pulak.

Tengahari :-
12:30 thgari : Seawal jam dua belas emak dah bising suruh aku makan. Nasi, lauk dan air suam siap berhidang atas meja ! Dan kalau emak yang cedukkan nasi, aku tengok nasi nyer macam nak terkeluar dari pinggan. Bila aku tanya kenapa, mak kata ".. biar tak habis, tinggal jangan bertambah.. " dan selalunyer kalau aku makan licin nasi tu tak tinggal sebutir pun termasuk lauk dan kuahnyer sekali.. heheheh
Menu berpantang aku pun mudah aje. Ada orang berpantang dengan makanan yang kering-kering.. lain pulak dengan aku. Menu yang paling glamer ialah ikan haruan/selar kuning masak senggang (rebus kuning), sayur bening(rebus) - sawi, lobak putih & tempe atau cencaru bakar.

Petang :-
4:30 petang : Emak dah mula jerang air mandian dan stimkan tungku herba diatas dapur.
Siap-siapkan baju baby untuk mandi petang & susukan baby.
5:15 petang : Aku mula bertangas dan mandi petang.
5:45 petang : Bertungku diperut dan belakang bahu
5:50 petang : Berbekung dan pakai apa yang patut dipakai. Biasa pilis nak tidur baru pakai hehe 6:20 petang : Makan malam. Mak akan suruh makan sebelum maghrib. Malam kalau terasa lapar, minum susu/horlick/milo panas & roti atau biskut.

Pantang larang ketika berpantang
1. Sentiasa berstokin - untuk elak masuk angin
2. Kalau nak tidur bantal kena tinggikan supaya tak tidur rata. Dengan erti kata lain aku akan tindan 3-4 biji bantal. Sebabnya supaya darah putih tak naik ke kepala. Aku pun tak berapa paham tapi ikuttt je lahhh. Kalau pakai pilis tu mak bidan kata untuk elak darah putih naik yang boleh menyebabkan rabun.
3. Jalan kena hati-hati jangan sampai ibu jari tersadung pada apa-apa atau objek lain. Kata orang urat rahim tu terletak pada ibu jadi.
4. Elakkan makan sayur & buah yang sejuk atau berangin - kacang, kobis, tembikai etc
5. Elakkan makan ikan yang bisa atau gatal
Hari ni berlaku sesuatu yang agak menyayat hari bagi aku..
Begini ceriternyer

Petang semalam Family Along, Ijah & Iwan (ipar duai ku) datang bertandang ke rumah. Mulanyer kitaorang plan nak jumpa kat IOI Puchong ke sebab depa lepak kat Playland Jusco tu tapi disebabkan semalam kitaorang pun keluar cari barang yang mana akhirnyer tak jumpa, so sedar-sedar dah petang dan terus ajak Along & family kerumah je.

Sambil-sambil cari `barang` yg tak jumpa tu kitaorang pun shopping sekali barang dapur so malam ni bleh la masak-masak sket makan reramai. Rupa-rupa bila Along datang dia dah beli barang-barang untuk buat steamboat. Along pulak meng`konsider` keadaan aku yang dah sarat menunggu hari so yang paling senang buat steamboat je lah. Sampai-sampai rumah terus Along mintak izin nak buat macam rumah sendiri dan aku di larang membantu..sabor je la hehehehhe. Sayur mayur dan seafood semua depa siang dan kuah steamboart depa bancuh sendiri.. aku tolong buat air dan keluarkan pinggan nak makan je la jawabnyerrr..

Seawal pukul 8:00mlm steamboat dah ready untuk dimakan... rancak le bersembang kalau dah duduk mengadap steamboat. Macam-macam cerita lah keluar...Yang budak-budak macam biasalah... riuh rendah main. Habis semua mainan dan basikal dikeluarkan... Lebih kurang pukul 10:00mlm Along & family pun mintak izin mengundur diri yang mana di iringi dengan air mata berlinangan oleh Danish... Sedih sangat sebab tak puas main dengan sepupu sepapatnyer tuhh... ciannnnnn..

Pagi esoknyerrr macam biasalah... bangun pagi sambil kemas-kemas buat sarapan. Habis sarapan baru lah aku nak basuh periuk steamboat yg guna malam semalam. Al-kisah periuk ni kira periuk kesayangan aku jugak lahh.. disebabkan kekerapan aku buat steamboat dan yang seangkatan dengan nyer (sukiyaki, kimchi nabe etc) masa aku belajar dulu so aku beli khas periuk ni untuk bawa balik ke Malaysia selepas tamat pengajian.

Balik Malaysia aku masih rajin buat steamboat yang mana kemudiannyer Along & family pun dah rajin buat begitu jugak kalau aku balik Johor. Teringat dulu mak pun berkenan dan pernah cakap, tinggal je la periuk tu kat kampungg.. aku dengan ala-ala kedekutnyer (sebab sayangg) tak ler bagi periuk tu kat orang lain hatta mak sendiri tapi aku belikan Mak set steamboat lain utk simpan kat Johor. Dan periuk tu pulak walaupun berkali dah aku gunakan masih aku simpan rapi dalam kotak siap dengan kertas pembalut dan alas nyer lengkap satu settt macam aku baru beli 6 tahun lepassss..




So pagi tadi masa aku basuh periuk tu Danish tengah habiskan sarapan sambil main (di baca : Panjat kerusi, duduk.. makan sesuap pas tu lompat turun dari kerusi dan main lepas tu panjat balik kerusi.. makan sesuap pas tu lompat balik dan main). Tengah aku basuh periuk steamboat tetiba aku dengar bunyi `pranggggggggggggg...!!!!!`. Aku dah suspen. Dari dapur aku sempat menjeling ke dining area dan ternampak serpihan seramikk.. Aku dah menjerit pada hubby sambil pergi tengok keadaan sebenar... " Papa...!!! tengok periuk steamboat mama...!!!!"
Hubby yang memang tau macamana aku sayangkan periuk tu pun terkejut dan separuh menjerit jugak ".. oh tidakkkk..!!! Sambil menjeling pada aku.. ....

Arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. aku macam tak percaya je tutup periuk kesayangan aku tu dah berkecaii.. kalau penutupnyer dah pecah, macamana nak guna periuknyer dah! ye tak..?? Ni Danish punyer kerja la nii....... aku suspek dia ambik dah jatuhkan atas lantai. Cantekkk jerrr penutup tu landing danberkecaiii. Danish pulak buat muka tak bersalah jekk.. tensennyerrrrrr tensennnyerrrrrrrrrrr..!!!!!!!!!!

Nak carik kat maner set ni, mana ader jual kat sini... tak kan nak kirim kat memember kat Jepun, siapa nak bawak or hantar ke sini.. mau pecah tengah jalan. Malaysia punyer patern lain aaa.. .. maka feel dia pun lainnnnnn.. tensen makcikkk............
arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
Semalam hari Ahad. Tapi aku gi gak ofis sebab ader kerja nak settle - Relayout network structure kat NMM building tuh. Di sebabkan due delivery pun dah dekat, so nak tak nak aku buat gak schedule shutdown network minggu ni jugak takut minggu depan tak sempat pulak. Walaupun dah sarat2 menunggu hari, kalau boleh malas lah nak tinggal kerja kat ofis-mate yg lain sepanjang maternity leave aku nanti. Dah la ada staff yang baru resign last month. So manpower pun kurang jadi kerja aku ape yg bleh settle, sedaya upaya aku settlekan le sendiri.

So disebabkan lately aku dah tak drive pergi kerja, semalam Abang la hantarkan aku pergi kerja. Pagi-pagi dah bangun dan bersiap-siap. Pukul 8 lebih kitaorang dah keluar dari rumah. Masa tu Danish pun belum bangun tidur lagi. Angkut jek terus masuk dalam kereta. Tak terkuit sikit pun dek lena tidur. Tapi barang-barang, baju & susu semua dah pack siap-siap so nanti kalau dia bangun, singgah la mana-mana port dan mandikan.

Sampai Shah alam dalam kul 8:45am. Lamer tak breakfast kat Maisya sek 19 tuh. Kalau dulu masa zaman bercinta, dating hujung minggu rajin gak lepak breakfast kat situ.. hehehhe.
So aku pun ajak la Abang sarapan kat situ sementara tunggu vendor sampai. Janji pun dalam pukul 9:30am. Sampai Maisya, Danish pun terjaga... so dengan muka baru bangun tidur terus pakai sandal dan join aku & Abang sarapp.. takmalu... hehehehheeh

Abang yang tak berapa sihat dek penangann gastrik semalam ambik bubur & milo panas.. aku plak cam biasa roti kosong 2 pinggan & teh tarikk!! hehehe. Sambal cecah kat kedai ni sedapp walopon mahal skettt.. tak kisahla kan. Tengah-tengah makan, tetiba muka Danish yg tengah duduk dalam baby chair berkerut..
"..belakkk.." adunyer sambil manarik kaki dan mencangkung dalam baby chair tuhh..
Lorrrr.. bahyer ni, komen aku ngan abang.... maklumlah diaper dari malam tadi, kot nyer bleh tembus ni kalau 'tambah muatan'.. heheheh. So lepas habis sarap terus la aku ke ofis. Seluar Danish macam dah 'bocor' sket. Dalam kereta aku suh Danish berdiri je takut kena kat seat keta. sambil-sambil tu kami usik-usik Danish yg berdiri antara 2 seat depan tu.
Aku : ' Ieee.. Danish berak busukkk...!'
Danish : '... Tak... tak busyukkk laaaa..."
Abang : '...Iyerrr.. Danish berak busukkk.. iieeeee...' Sambil gelak-gelak.
Danish : ' Takk... tak busyukkkkk laaaaa...' Balas Danish mempertahankan diri. Pas tu buat muka..
Aku : ' yelah yelahh.. tak busukkk..' *Takut melalak pulak kang*
Sampai Ofis terus aku bawak Danish pergi bilik air kat surau (ada singki besar) dan mandikan terus. Ingatkan berakkk.. buka diaper dia rupanya tak pun.. cehhhh, buat suspen jekkk. Lepas mandi dan pakaikan baju, aku serahkan Danish pada Abang. Danish salam dan cium tangan aku dan aku pun salam & cium tangan Abang. Pas tu Abang pun balik dengan Danish.

Vendor pun dah sampai dan aku pun terus start buat kerja. Dalam pada tu aku SMS abang bagitau, tadi Danish tak berak punnn... gimik je lebih. Patut la tak mengaku busuk.
Lepas tu Abang yang waktu tu dah sampai ofis membalas,
' Ha..ahh.. nak sampai ofis tadi Danish mengadu kat Abang -"Papa... belakk, busyukkkk.."' Rupernya on the way gi ofis abang tu baru dia 'membuang'... so terpaksalah Abang settlekan kat ofis Abang plak kekekek. Pandai pun mengaku kalau 'membuang' tu busukk.. heheheheh.

Sebenarnya lately aku & Abang tanoshi *seronok* sangat sebab dah boleh berbalas sembang dengan Danish yang dah mencecah 2 tahun 4 bulan. Seronok bila Danish paham apa yg kitaorang cakap dan kitaorang pun paham apa yang Danish cakap... pendek kater memang seronok melayan celoteh Danishhh ! (^-^)/

Sekarang ni tengah hangat Movie Transformers kat pawagam.

Aku yang mula-mula tak berapa berminat pun terpanggil jugak la nak tengok movie ni. Bebudak ofis aku pon rata-rata dah pergi tengok. Siap ada department buat konvoi pi tengok movie ni sekali dengan bos dia..!

Kebetulan start this month (july), company aku dengan baik hatinyer 'memansuhkan' hari bekerja pada sabtu minggu pertama... so since sabtu minggu pertama tu dah termasuk dalam package menghantar Danish ke rumah pengasuhnyer, maka aku dengan berbesar hatinyer
mengambil peluang keemasan ini untuk 'berdating' ngan hubby gi tengok movie... he he he

So last weekend tercapailah hasrat kami nak gi tengok movie. Tu pun masa nak buat online booking tiket 2 seat dah sold out, tinggal satu seat jek. Nak tak nak terpaksalah ke kaunter 2 hari sebelum tayangan, beli tiket awal sebab kalau beli on the spot takut beratur panjang plakk. maklum le ceriter tengah hangat dipasaran.. Ni kali kedua gi tengok movie sejak aku & hubby disatukan. Yang 1st dulu gi tengok masa 3rd anniversarry. Tu pun amek cuti. Selalu kalau nak tengok movie pun kitaorang layan DVD kat rumah je. Kesian kan? Kalau sesiapa yang hantar anak gi taska tu hujung minggu kalau nak ber'dating' laki bini bleh la hantar anak ke taska sebab taska memang bukak every week end...

Masa nak gi tengok tu seb baik la dah beli tiket awal-awal. Memang betul jangkaan aku, lane yang beratur nak beli tiket tu aku rasa panjangggnyer ada la 40-50 orang satu lane! Perrrghhh..! Masuk panggung memang ramai la couple yang bawak anak-anak kecil. Wah, memang biasa ke senario cam ni yekk? Aku yang jarang pergi panggung lepas kahwin apatah lagi nak bawak Danish sekali memang rasa kagum la kepada couple-couple yg 'berani' bawak anak-anak depa masuk panggung. Ye laaa.. tak meragam ke nanti? tak melalak ke..? budak-budak la katerkan. Kalau aku bawak Danish la kan, ramalan aku - mesti dia akan berlari panjat tangga turun tangga tempat penonton lalu kat ruang antara kerusi tu ..... tawaf saner sini ala marathon dan paling mengerikan kalau dia naik atas stage kat depan..! iskk iskk iskkk.. osoroshiii!!! tak terimaginela kat kepala aku ni camne la kalau bawak Danish masuk panggung. So penyelesaian terbaik memang KIV kat rumah pengasuh je lahh.. heheheheh

So kesimpulan aku tengok movie 2 jam setengah ni memang best sangattt..! aku bukan ler peminat kartun ke robot-robot ni tapi sebab jalan cerita dia memang best aku bagi gak rate 5 bintang! Sebab - ada humor sense, menghiburkan sampai penonton dalam panggung pun bleh tergelak..! Ada technology impact *masa keter2 tu transform jadi robot*. Quite impressive walaupun aku tau yang kiter sebagai penonton ni ditipu bulat-bulat dek CGI tu tapi movie maner yang tak menipu kann.. Jalan cerita yang menarik dan sound effect yang sentiasa
menimbulkan rasa suspen penonton sampai baby dalam perut ni pon buat main active kicking..!

So sesiapa yang belum tengok lagi transformer, sila-silalah ke pawagam yang berdekatan. It's worth for your money guys...!



Dulu
Kalau nak makan suruhbaca doa Danish akan angkat tangan *mcm baca doa*.
Lepas tu aku or hubby yang akan bacakan doa sambil Danish tergedik-gedik badan dia dengar irama doa dibacakan. Dan bila habis baca doa Danish akan sambut
'Aminnnnnnn....!' sambil raup tangan dia kat muka.

Sekarang
Kalau nak makan, bila aku suruh baca doa Danish pun angkat tangan *macam baca doa*
dan mulutnya akan berbunyi lebih kurang begini

Danish : 'Bismillah nirohman nirrohim.. amin' sambil raup tangan kat muka

dan lebih kerapnyer berbunyi begini

Danish : 'Bismillah nirohman nirrohim.. pandtai!!! ' sambil tergedik-gedik sengih

Saborr je laaaa... mis-use vocab btoll!
Di suatu malam
Mama ambil tuala sangkut kat leher nak gi mandi

Mama : 'Danish tengok TV tau.. mama nak mandi yehh'
Danish : 'Mama.... belak...!' sambil pegang diaper dia
Mama : 'Alamak.. Danish berak ke?
Danish : 'Danish belak...!' balas Danish sambil angguk-angguk kepala
Mama : 'Jom lah mandi dengan mama sekali yerrr'

Danish cepat jalan menuju ke toilet then bukak seluar dia & masuk dalam toilet. Mama ikut masuk ke toilet & buka baju Danish takut basah tersiram air. Danish dah buka pili air sendiri nak main air. Mama bukak diaper dia nak basuh berak. Bila diaper terbuka

Mama : 'Aikk.... tak berak punnn. Tipu yerrrr..!'
Danish buat dek jer dah seronok main airrr.. Cehh, bertuah punya anak. Baek punyer taktik nak main air, gerutu mama dalam hati.



ABC

123 in BM & English nampak macam Danish dah lulus..
Sekarang selalu nyanyikan lagu ABC kat Danish pulak
Semalam on the way nak pergi shopping, dalam kereta Danish
berdiri kat tengah-tengah antara 2 seat pemandu dan penumpang kat depan.
Sambil tengok diri sendiri kat cermin pandang belakang Danish menyanyi

Danish : "A B C D E F G... R S T U Da wa wa wa X Y Jek (Z) . Pandtai..! "

Aku dengan abang tergelak dengar Danish sebut W tu... dah lah ABC nyer bace melompat jauh. Tak tinggal ayat puji diri sendirinyer tuhhh!... wakakkaakak

Alkisah semalam gi shopping baju baby. Bersalin kali ni kebetulan serentak dengan kakak ipar aku kat kampung. Pulaknyer Kakak ipar memang duk ngan mak & abah so bersalin kali ni rasernyer dia pun berpantang sekali ngan aku nanti.. Dulu masa Danish baru lahir, kebanyakan baju new born aku tak beli.. ada la sehelai dua jek buat sambut baby sebab kakak ipar aku yg supply baju-baju baby yang dah sedia ada. Bak kata kakak ipar aku

" Tak yah beli baju new born, baby cepat besar. Pakai je yang dah ada ni.."

so kebanyakan baju Danish aku beli semua 6-12 months. Kali ni sebab serentak so aku konsider kakak ipar aku mesti nak pakai baju2 baby tu lagi pun dia dah anak ke-4 takkan nak beli baru jadi takpelah, aku jelah gi beli. Lagipun barang2 lain tak ade ape nak beli pon sebab Danish punya ada dan masih elok lagi.. hehehe

So semalam pi meronda sampai ke KL... scan baby kali ni doktor kate 'tak nampak'. Resultnye, aku dengan confident & excitednyer beli baju almost warna pink...!hohohoho

Aku cakap kat hubby,

"maap la yeh, kali ni mama nak beli pinkkkk je semuaaaa..dah boring la asyik beli kaler biruuuuu. "

Beli punya beli punya beli, bila sampai rumah aku susun2 baju baby tu sambil nak bukak tag harganyer
Hubby : "Ni semua warna pink ni. Kalau baby keluar ada 'bird' macamana ? "

Aku : "Takpe. Kalau baby keluar ada 'bird' mama bungkus buat hadiah je la baju-baju ni" hohohoo!


Sambil-sambil aku bukak tag harga baju-baju tu Danish pun datang menyibuk... dia capai sepasang baju baby sambil sengih-sengih . Selalunyer kalau belikan dia baju baru tunjuk kat Danish, dia dah sibuk2 tanggal seluar nak pakai dan bila kita pakaikan sambil puji-puji memang meleret-leretlah sengih Danish sambil terpusing-pusing mengayakan baju baru tu..tapi kali ni

Hubby : "Eh, ni bukan baju Danish la.. ni baju baby.."

Danish terus jugak nak pegang baju baby

Mama : "Ha ah la. Ni baju baju baby Danish" Ujar aku lembut
Apa lagi Danish terus cemik dan mula menangis..!

Danish : "Danish unye.... Danish unye..!" *Danish punyer......Danish punyer*

Lorrrr.... baby blom keluar dah pandai jeles ni camnerrr..? ohok!

Salam Aidilfitri yang pernah dihantar ke Utusan Malaysia tahun 2000.
Tak sangka masih ada lagi dalam arkib Utusan Malaysia. Natsukashiii....
Ni kali kedua dah aku pregnant tapi sebelum ni aku rase aku tak de la mengidam apa ke cuma teringin makan sesuatu tu pon yg biasa-biasa dan mudah dicari. Tapi pregnant kali ni entah apsal aku teringin sangat nak makan betik muda tumis yg dibuat lauk.

Citernyer camni. Sekitar tahun lepas ada la sorang ofis-mate aku ni bawak bekal lauk betik muda yang ditumis pedas masakan mak dia. Seumur hidup aku tak pernah lagi la aku rasa masakan ni.. so itu kali pertama la aku merasa betik muda tumis pedas tuhhdan rasanye memang sedapplah...

Bila start pregnant ni, masa trimester pertama aku suka sangat makan makanan yang berkuah contohnyer segala jenis mee yg berkuah: mee laksa, mee kari, mee sup etc or bubur nasi ke. Then kalau lunch kat kantin tu takde menu yang aku suka ni, nasi pun jadilah. Buh je dalam mangkuk pas tu buh la kuah tomyam ke kalau tak de kuah sup sayur pon aku balunnn jekk.. janji berkuahh. Lepas tu pantang la nampak jagung rebusss..pendek kata kalau ada pasar malam tu memang aku sanggup singgah or kirim hubby beli jagung rebus yg tongkol tu.. dan satu lagi siput sedut masak lemak cili padi. Selama ni biasanya kalau nak makan beli je kat kedai/pasar malam. Kalau tak pun adalah orang masakkan (family). Tapi gara-gara teringin punya pasal, mengandung kali ni lah first time aku try masak siput sedut tu sendiri..wakkakakaka. Seb baik jadikkk..


Masuk trimester ke-2, aku suka sangat makan hash brown Mc Donald. Time ni pulak Mc Donald dah start buka pukul 4 pagi utk sarapan pagi di Mc Donald tu. Aku pon pantang le keluar iklan kat TV, esok pagi memang aku gi cari la. Kebetulan ada satu branch kat seksyen 22 Hicom baru buka yg ada drive thru. Memang rajin la aku menyinggah semata-mata nak beli hash brown tu makan panas-panasss sambil drive pegi office pagi-pagi..nikmatnyerrr tak terhingga..!

Dan satu lagi, aku teringat & teringin sangat nak makan betik muda tumis tuh . Memula bila aku teringin, aku tanya la ofis-mate aku camne nak buatt.. balik rumah aku try buat macam resepi yang dibagi tu tapi entah apa yang tak cukup.. aku sendiri makan pun tak habisss...
Balik Johor aku citer kat Mak, minta Mak tolong masakkan. Tapi sebelum ni pon aku tak pernah rasa Mak buat masakan tu. Tapi demi permintaan anak tersayang, Mak buatkan jugak. Rasanyer
boleh tahan sedappp.. tapi mitame dia tak sama macam yang mak ofis-mate aku buatkan. Dan lepas makan tu aku masih teringat2 jugak kat betik muda tumis ofis -mate aku nih.

Bulan lepas aku banyak berulang alik ke kampung menguruskan majlis perkahwinan adik ipar aku. Arwah Mak & Ayah mertua aku dah tak ada so kamilah adik beradik yang bertungkus lumus membuat persediaan kenduri kahwin ni. Kat kampung Pahang, ada sorang mak sedara yang memang terror la bab masak memasak nih.. kebetulan masa hari nak kenduri kawin tu, mak sedara aku ni (biar aku bahasakan dia sebagai Mak Uda) ada masak betik muda tumis tuh... family kakak ipar aku memang dah sedia maklum pasal aku teringin nak sangat nak betik muda tumis tu. Kebetulan masa Mak Uda masak tu aku tak sampai kampung lagi. Jadi bila selesai majlis kenduri aku pun request pada Mak Uda utk masakkan betik muda tumis tuh siap aku minta diaorang racik-racik betik muda tu macam Mak ofis-mate aku buat sebab kalau Mak Uda buat biasanyer dia hiris segi-segi je. Aku siap ugut Mak uda, kalau tak buatkan aku angkut dia bawak balik KL sekali masak kat rumah aku jekk.. hehehehhehe. Tu gurau-gurau aje laa kan.

So Mak Uda masakkan... hasilnya memang sedap tapi nanka.. aku still rasa tak puas dan masih teringat-ingat jugak kat betik muda tumis yang Mak ofis mate aku pernah masak dulu...tak boleh jadi ni, ofis-mate aku pon dah tunggu hari, bulan depan entah bila-bila nak bersalin jugak. So esoknyer sampai je ofis terus la aku request kat dia minta tolong sangat Mak dia masakkan betik muda tumis tu untuk aku.. aku takut tak sempat kang ofis mate aku tu dah pergi berpantang lepas tu tak sempat naik kerja aku pulak bersalin. Karang meleleh la air liur baby aku kangggg..

So hari tu jugak Mak ofis-mate aku carikkan betik muda utk dimasakk... masa tu baru terlintas dihati aku agaknyer ni la yang orang kata 'mengidam'.. aku pon tak pernah teringin nak makan sesuatu yang sekuat dan si'particular' kali ni.. isk isk isk! Esoknya aku bawak nasi putih dan sedikit lauk pauk belen makan malam sebelumnyerr. Ofis-mate aku pulak bawakkan betik muda tumis yang aku mengidam sangat-sangat tu.. bila masuk ke tekak lauk betik muda tumis tu baruuuu lah lega & puas rasanya. Inilah dia yang aku teringin sangattt... satu tupperware aku makan sorang siap bawak balik rumah buat lauk malam dan aku tunjukkan pada hubby, itulah dia betik muda tumis yang aku mengidam....hubby pun setuju memang lain sket dari yang pernah orang lain masakkan utk aku..heheheeh.

Lepas dari hari tu baru la hilang rasa 'teringat' dan 'teringin' nak makan betik muda tumis..lega rasa hati. Untuk ofis-mate aku ni, terima kasih yang tidak terhingga le aku ucapkann....
Dari kecil aku ajar Danish kalau nak makan kena duduk..kalau nak minum pun kena duduk terutamanye kalau minum pakai cawan or mug. Kalau dia berdiri aku akan suruh dia duduk dulu baru aku suap nasi macam tu jugak kalau nak minum air walaupon kalau time dia tengah lasak bermain, tak dan nak duduk aku suap jekk kalau tidak banyak la dia punya posing tak nak duduk tuu..

Malam semalam abang demam & Danish pun tak berapa nak sihat.. aku masakkan bubur nasi pagi tu sebelum pergi kerja sebab abang MC. Malamnyer pun aku anak beranak dinner dgn bubur nasi tu jugak. Rebus telur masin, buat sambal tumis utk bubur, goreng ikan bilis, ikan masin & bawang goreng. Aku pun berselera kalau sekali sekala makan bubur nasik kat rumah...

Danish macam biasalah aku suap. Kalau aku rajin nak kemas & salin baju Danish baru la aku bagi dia pegang sudu sendiri nak makan.. kalau dah penat-penat tu aku suapkan aje dia makan supaya tak ler jenuh nak berkemas lepas Danish habis makan..

Scene 1:Danish duduk kat kerusi dia kat meja makan. Aku pun duduk
kat kerusi sebelah.Sambil aku nak suapkan Danish bubur, aku tiup-tiup sikit bubur tu bagi sejuk.Entah apa yang aku nak capai, aku berdiri sambil nak suap Danish. Tiba-tiba Danish geleng kepala. Dia tarik baju aku dan tunjuk kat kerusi yang aku duduk tadi

Danish : "... maa, duduk..."

Aku terdiam seribu bahasa dan jeling kat abang....nak tergelak pun ada.Bila aku duduk dan suap baru la Danish nak nganga mulut. Aikk mama dia pulak kena sound. Pandai sangattt budak ni gerutu hati aku...wakakakkaak.
13 Oct 06'

Tahun ni burfday aku jatuh pada hari kerja dibulan ramadhan. Bulan puasa ni biasalahh, bila bunyi loceng semua orang berkejar-kejar tapau makanan dan berkejar-kejar pulak balik rumah.. dari start nak finger print attendance balik, beli makanan kat kantin & bergerak kat jalan raya.. jemm belakaa...Anyway, sampai rumah mesti lagi 5-10 minit nak buka puasa. Serba kelam kabuttt...

Hari ni pon macam tu rutinnyer, sampai-sampai rumah, hidang lauk-pauk & azan pun berkumandanggg.. so kami pun berbuka seperti biasa. Selesai makan, kami duduk berehat kejap dekat sofa sebelum naik solat... tiba-tiba Abang bersuara

Abang : ' eh alamak... terlupa abang ada panaskan lauk dalam microwave tadi. cuba tengok'

Aku : 'Laa.. ye ke. Camne boleh terlupa nih.. '

Segera aku bangkit dan buka pintu microwave kat sebelah meja makan.
Perut dah kenyang lepas berbuka, kesian la juadah yg tertinggal ni terkotang-kating
nanti fikir aku.

Bila aku buka je, bukan pinggan lauk yg aku nampak tapi kotak empat segi
panjanggg atas plate microwave tuh.. Dan bila aku buka kotak tu, ada seutas rantai tangan didalamnyerrrr..aku dah tersenyum mengerling pada Abang. Pandai sangat buat suspenn...

Terharu & tersentuh sungguh sanubari aku.. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan
Abang. Sayanggg Abang..uhuk!





Flash back memory masa company Annual Dinner on 27 Jan awal tahun ari tuhh..
Tahun ni sedar tak sedar dah 5 tahun aku kerja kat Nitto ni.
So Dinner kali ni kira aku naik stage la terima Long Service Award - 5 Years.
Masa ni alhamdulillah aku pon dah preggy 8+ weeks.











Jam dah menunjukkan pukul 11:00 malam. Itu la waktu 'standard' aku anakberanak masuk tidur. Kadang2 kalau kalau ader citer best kat TVtelajak jugak sampai pukul 12:00 malam. Danish selagi aku & abang tak masuk tidur, jangan harap la dia pon nak tergolek tidur... puas la gosok2 mata dah kecik mengantuk pon selagi lampu tak padam, selagi tu la dia ligat bermain.So melewati jam 11 aku dan abang pun berangkat masuk bilik.. Danish macam biasalah, selagi aderunsur-unsur cahaya dia akan bermain dan melompat2 pulak atas katil..kalau tak dia meround satu bilik usik itu usik ini, kekadang dia tolak bakul baju kotor pusing sana sini.Bila suis lampu dimatikan baru la dia panjat katil dan mula baring...tapi cahaya dari lampu jalan tetap samar2 menerobos masuk kedalam bilik. Malam ni aku bobokkan Danishtidur, sambil menepuk lembut peha Danish aku nyanyikan lagu2 selawat nabi.. tiba-tiba Danish tepuk tangan 'pap'!sambil mulutnya mula mengira

'Pap' - wan (one)
'Pap' -tu (two)
'pap' - tee (three)
'Pap' - for (four)
'pap' - faif (five)
'pap' - sik (six)
'pap' - eit (eight)
'pap' - nain (nine)
'pap' - ten ...!!!

aku pon sambut
Mama : Pandaiii..!
Danish : pandtai...!! sambil tergelak tepuk tangan

Dah boleh bilang 1 - 10 in english tapi nomo seven tertinggal.. huhu!
aku & abang tergelak sambil memuji2 Danish, pandainyerr..!!

Scene keesokan malamnyer :
Macam semalam jugak... bila nak tidur, Danish ikut angin dia. Kekadang terus panjat tidur meniarap atas dada papa then papa gosok2kan belakang badan dia sampai tertidur. Kekadang nak tidur baring je sebelah aku. Kalau Danish baring sebelah aku, kalau tak nyanyi selawat nabi aku nyanyikan lagu twinkle2 star sambil naikkan tangan dan kembang kuncupkan menghala cahaya yg samar2 masuk disebalik langsir.
Malam ni Danish yang nyanyi sendiri sambil kembang kuncupkan tangan dia.. melodi dah betul dah macam lagu twinkle2 star tapi sebutannyer yg aku tak berapa nak dapat tangkap.. melelong2 liriknyerr..he he he















28hb February 2007 anniversarry perkahwinan ku yang ke-3. Selalunyer dekat2 anniversarry kitaorang akan gi vacation. Tahun ni pon dah diadvancedkan sebulan. hujung january ari tu aku anak beranak pergi bercuti ke sarawak beserta geng2 dept aku yang lain. Kitaorang anggap percutian tu kira family day aka anniversarry sekali .. heheheh. Tu la first time aku bawak Danish naik belon. Dalam belon Danish cam biasa lah tak dok diammm.. melasakkk jek kerjaa.. sabor je la. Tapi percutian 3D2N tu memang aku raser terlalu singkat dan memang tak puas.. seronok & hopefully itsuka mata ikeru ne..


Anyway, jatuh tarikh 28hb Feb tu aku dan abang dah berjanji utk mengambil cuti tahun. Danish kitaorang hantar ke rumah baby sitter macam biasa.. dah lama rasernyer tak gi dating ngan abang futari kiri... so hari ni kitaorang bercadang pergi tengok wayangg.. aku pon raser hisashiburi giler tengok movie kat wayang. Rasernyer last masa aku pregnantkan Danish.. lepas tu tak de dah...So pepagi kami keluar gi sarapan kat kedai mamak kat kawasan perumahan dan terus menuju ke 1 Utama. Sampai2 terus gi GSC beli tiket movie. Kami pilih cerita Ghost Rider tayangan dalam pukul 11:30 pagi sampai pukul 1:30 lebih kurang... nikmatnyer makan caramel pop corn & pepsi sambil tengok movie ngan Abang... lepas habis tengok wayang kami ronda2 sambil window shopping. Sempat masuk butik ADIDAS.. birtday Danish pon just around the corner. Since kitaorang tinggal Danish hari ni.. abang pun sambar sepasang sandal ADIDAS sebagai birthday present Danish nanti.

Perut berkeroncong.. kami ronda2 nak pilih tempat makan. Masa tu dah nak pukul 3 ptg dah. Terjumpa pulak satu Japanese restaurant, Shogun - style buffet tabehoudai. Abang serahkan kat aku utk buat pilihan dan aku pon terus ajak abang masuk restoran ni. Bila kami masuk datang seorang pelayan menerangkan kepada kami, buffet lunch sampai 3:30 sahaja.. manakala dinner start 6:30 - 10:00malam. Dia bimbang takut tidak berbaloi kalau kami makan waktu itu sebab masa yg tinggal cuma 40minit sebelum pukul 3:30ptg. Akhirnya kami pon keluar semula dan sepakat utk datang waktu dinner nanti. So kitaorang masuk ke Restoran Burger king & lunch kat situ jek. Selesai makan kami ke ke GSC semula & beli satu lagi tiket movie - NORBIT. Cerita ni lawak sikit. Ade je adegan yg membuatkan penonton ketawa dlm panggung. Terhibur betul menonton. So lebih kurang 2 jam jugak ceritanyerrrr.. habis tengok NORBIT kami ke Jusco pulak. Lupe pulak aku tengah preggy almost 8 weeks dah waktu ni he he... Abang belikan 2 helai maternity blaus yang aku pilih sendiri. Terima kasih banyak2 abang..! Bertambah koleksi baju maternity aku.. seronokkkknyerrr..!

Lepas maghrib kami kembali semula ke restaurant Jepun tadi..

sambil aku menelefon pengasuh Danish memberitahunya
lambat ambik Danish hari ni.. cian Danish. Kat Shogun macam macam pilihan makanan ada.... memang best sangat-sangat.. sebut apa je bentuk japanese food semua ada..! Sushi, sashimi, soba, udon, nabe, okonomiyaki, sukiyaki pendek kata semua ader lah!. Aku lak tak leh nampak salmon... mula la napsu makan aku meluap-luap! heheheh.. so cam biasa, aku pon terus ambik beberapa ketul sushi & sahismi, chawa-mushi & misho shiru n ngap!. Selain makanan jepun, masakan pedas pun tetap ade.. udang galah & ketam masak sambal, etc. Abang terus order teppanyaki kat kaunter. Lepas tu setiap meja akan dihidangkan dengan oyster bakarr fuhhhh!!!Aku dan Abang pon makannnnnnnn la kenyanggg sekenyang kenyanggnyerrr burrpppp!! opss..!! lepas makan hari pon dah malam so kitaorang pun terussss balik rumah & ambil Danishhh.

Seronok sangat dating futari kiri dengan abang hari ni.. teringat masa zaman-zaman bercinta dulu.. cheeewah! Doaku semoga mahligai perkahwinan yang kami bina ini akan sentiasa dilindungi & dirahmati olehNya. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang kami kecapi ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. aminnnnnnnnnnnnnnnn.
Hobi Danish sekarang ni main bola. Siap aku belikan
jaring bola mini untuk dia. Kalau dia kicking the ball tu
boleh tahan jugak la gaya dia. Ala yok yok o gituu..hehehe
Teringat satu hari yg Danish demam, muntah2
teruk sampai aku amek cuti bawak gi Sunway Medical Centre ngan hubby.
Balik tu singgah hypermarket beli susu Danish dan ternampak pulak
ball breeze tu kat kaunter bayar. Sempat hubby sambar satu.
Malam tu punya 'sihat' Danish kicking the ball. Hubby buat goal guna betis,
asal gol jer siap buat 'give me five' kat hubby.. seronotnya aku tengok
Danish masa tu. Habis lencun baju dek berpeluh-peluh main bola kat depan TV.
Hilang terus semua penyakit kalau nampak bola... sabor je la.

Scene 1:
Kat kampung. Ada berapa buah orange dalam mangkuk buah atas tikar.
Bila Danish nampak buah orange tu dia tunjuk sambil mulut mungil nyer menyebut
Danish : "...ball.."
Pas tu dia tunduk ambik buah orange sebiji dari dalam mangkuk buah tu.
Danish keluarkan dan letak atas tikar. Kejap lagi dia nak kick buah orange
yg dipanggilnya 'ball' tuh..!
Aku punya menjerittt...!
Aku : "Eii.. itu buah la, bukan ball.....!!!" sambil nak menahan gelak,
lantas mencapai buah orange yang hampir nak di sepaknyerr. Hubby tengok
geleng kepala sambil tersenyum dari jauh

Scene 2:
Baru sampai rumah dengan seplastik buah langsat lalu aku letakkan atas
cofee table dekat dengan meja makan
Kejap lagi Danish datang sambil belek-belek buah langsat dalam plastik tu
Danish : "... ball.." mulut mungil nyer bersuara
Aku & hubby perati je akal Danish seterusnya
Danish capai sebiji buah langsat lalu di letak kan diatas lantai
Baru je dia nak kick buah langsat tu hubby terus capai. Dah agak dah..
Hubby : ".. Ya Allah. Ni makanan la, bukannya ball..." ujar hubby pada Danish

Moralnye. Danish ni pantang nampak benda bulat. Semua dipanggil nyer bola. Yang tak larat tu ade ke patut dia nak kick buah tu macam dia kick bola... sabor je la.
Danish Danishh...!

Baru balik dari Kuching, Sarawak. Percutian 3D2N bersama geng2 ofis. Sebelum balik sempat aku tapau laksa sarawak di sebuah cafeteria di Waterfront, Kuching. Aku tapau 2. satu Abang sempat makan di Airport dan satu lagi selamat sampai ke rumah. Sampai je kat rumah aku terus ambik periuk panaskan kuah laksa
tu.. lepas tu aku & abang makan rojak pasembor yang sempat dibeli dalam perjalanan balik ke rumah tadi. Lepas maghrib, dek keletihan aku tertidur atas sofa. Bila masa je aku terjaga lebih kurang sejam kemudian, muka Abang dah tenjengol depan aku...

"...Ayang, sorry.... Abang terbuang kuah laksa sarawak tu la.."
ujar Abang kepadaku.

Aku yang baru terjaga terpinga-pinga mendengar keluhan abang.

"..hah..?! Abang buang kuah laksa sarawak tu? La.. Ayang panaskan tadi, kenapa Abang buang..?" Ujarku separuh merajuk.

"Abang tengok kuahnyer macam dah berbuih-buih, so abang let go je lah. Malas nak cium bau busuk. Sekali Abang tuang je dalam singki terus naik bau dia harum semerbakk. Alamak, kuah laksa sarawak rupanyaa...." jelas Abang

"..aaaa... Abang utang laksa sarawak satu..!" balasku

Pagi tu sebelum pergi kerja Abang bisik ke telinga aku
".. dah jangan pikir-pikir pasal laksa sarawak lagi ye. Malam ni kita pergi
makan laksa sarawak kat Laksa Shack"
pujuk Abang.

Malam tu lepas maghrib, aku, Abang dan Danish bertolak ke Jusco Balakong yang baru
dibuka. Abang order Curry Laksa dan aku order Laksa Sarawak lah..! Tak pasal2 kena pau
makan Laksa RM9.90 sepinggan padahal aku beli Laksa tu kat Water Front baru RM3.00 sepinggan(biasa) & RM4.50(special) he he he. Nasib baik masa aku tapau
tu sempat aku melantak semangkuk kat cafe tu.

Anyway, ma kaseh banyak-banyak Abang... (^-^)/
Kembalinya Bonda Mertua yang amat dikasihi ke rahmatullah
Allahyarhamah Hamidah Bt Mat Jadi pada 1 Januari 2007 (1956-2007)
- Al-fatihah -



Biar aku bahasakan Mak Mertuaku sebagai MAK dan Emak kandungku sebagai EMAK...
Segala-galanya berlaku begitu pantas. Kami sekeluarga tidak pernah menyangka bahawa
cuti sekolah dan Aidiladha kali ini adalah yang terakhir kami raikan bersama Mak (mertua) tersayang. Mak semasa hayatnya seorang yang sihat, cergas dan tidak pernah mengidap sebarang penyakit berat. Beliau seorang yang aktif bergiat dalam GPW (Gabungan Pergerakan Wanita) UMNO. Sejak arwah ayah (mertua) meninggal dunia pada Jun 2003, Mak yang dari mula sudah menjinakkan diri dengan persatuan semakin bergiat
cergas dan kami merestui tindakan Mak memandangkan Mak hanya tingal seorang dirumah kerana adik2 yang lain tinggal di asrama/kampus. Sedikit sebanyak masa terluang Mak dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan mungkin kerana itu jugalah Mak dilantik menjadi pengerusi GPW Jengka 22 dan ketua blok wanita.
Selain menguruskan hal-hal kebajikan blok dan aktiviti2 GPW, Mak juga ada menjalankan projek menjahit kain telekung bersulam bersama rakan karib. Sebab itulah kadangkala sukar menelefon Mak pada waktu siang kerana kadang kala Mak sendiri sibuk dengan tugas-tugas hariannya.

Selain bergiat aktif dalam UMNO, Mak juga pernah mendapat beberapa anugerah kerana kecemerlangan beliau mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang walaupun bukan dari keluarga berada dan yang terakhir yang diterimanya adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, Parlimen Kuala Krau iaitu Anugerah Ibu/bapa tunggal pendidikan keluarga cemerlang ketika majlis Rahmat Ramadhan bulan ramadhan yang lepas. Mak yang ku kenal ialah seorang wanita yang cukup sederhana, tabah, tidak pernah merungut dengan segala kesulitan yang dihadapi, lemah lembut tapi tegas dalam mendidik anak, penyayang serta sukakan aktiviti-aktiviti kebajikan.

The begining of the story...
Cuti sekolah kali ini kebetulan Abang ditugaskan outstation ke luar negara, Slovakia dari 5hb - 13hb Dec. Jadi kesempatan ini segera abang ambil untuk mengajak mak dan Iwan (adik ipar bongsu) tinggal dirumah kami menemankan aku dan Danish sepanjang
ketiadaan Abang. Iwan turut mengajak sepupunya, Naim ke rumah. Di tambah pula Idie (adik ipar no.5) cuti semester, maka mereka semua berkumpul dirumah. Sepanjang berada dirumah Mak memang sentiasa nampak cergas dan ceria bermain dengan cucu lelaki tunggalnya. Petang-petang Mak akan lepak di luar, bawa Danish ke taman atau
bersiar menaiki motor keliling kawasan perumahan. Malamnya selepas makan malam menjadi kebiasaan kami menonton TV atau bermain daun terup *yg tidak berunsur judi ya tuan puan* selepas makan malam... mak jugak tak kurang hebat bermain
kerana bak kata Mak
" mak memang ajar anak2 mak main benda-benda macam ni supaya diorang tak pergi merayap ke rumah orang.."
Biasanya kami akan main dengan penuh riang dan mak pun tak kurang hebatnyer...
Kadangkala Ijad (adik ipar no.3) pun datang dan join main. Yang paling kelakar, pernah masa aku nak kena kerja malam sebelum keluar tu aku tengok ade orang pakai topi kledar sambil main daun terup..! rupanya tu denda untuk orang yang kalah!

Hujung minggu aku dan Ijad sempat bawa Mak, Iwan, Idie & Naim ke karnival sure heboh di Stadium Shah Alam dan sempat juga bawak Mak berjumpa Mawi,
celebriti yg pernah diminati Mak di booth Mamee. Malam sebelumnya Ijad sempat bawa mak bersiar-siar makan ikan bakar tepi laut kat tanjung harapan,
Klang. Balik dari karnival aku bawak mak ke rumah Along. Kami tidur semalam. Esoknya aku balik dengan Idie manakala Along hantar mak balik ke Jengka sebab mak ada mesyuarat tahunan GPW di Genting pada 13hb & 14hb Dec tu iaitu hari Abang pulang ke tanah air. Itupun pada awalnya aku dan abang sibuk menegah Mak supaya jangan pergi
meeting tu, tapi mak beriya-iya nak pergi juga meeting tu, meeting akhir (tahun) katanya.

Selesai meeting, Along ambil Mak di genting sempah. Kebetulan Along dapat tender supply goodies untuk event, jadi Mak, Iwan, Idie, bibik & Along bergotong royong menyiapkan goodies dirumah Along. Untuk sementara waktu mak lepak di rumah Along, menghabiskan masa bersama cucu-cucu perempuannya yang seramai 4 orang disana. Sampailah 21hb,
kitaorang pergi ke rumah Along untuk ambil mak kerana 23hb ni ada kenduri kahwin anak sedara mak di Skudai, Johor.

Hari Jumaat 22hb tu aku baru dapat bonus. Jadi malamnya aku belanja semua yang ada dirumah makan Ikan bakar di Yankies Hutt, Bangi. Sedap betul makan malam tu, mana tak nya, Ikan Siakap bakar seekor RM30++..! Tempat ni dah berapa kali aku pergi, memang mendamaikan..konsep ala-ala resort. Hari Sabtu pagi kami bertolak ke Skudai. Pada masa yang sama, Ijah (adik ipar no.4) baru habis diploma di Kelantan jadi
kami berpecah, Along pergi jemput Ijah di Kelantan dan aku bawa Mak ke Skudai, Johor.

23hb kami selamat sampai ke Skudai walaupun ketika itu Johor banjir teruk. Puaslah Mak berjumpa dan bergurau senda dengan sanak saudara dimajlis perkahwinan anak saudaranya disana. Selepas Pengantin bersanding, sibuk mereka ajak Mak turut serta
makan di meja pengantin walaupun ketika itu Mak dah menyuap nasi di meja tetamu. Keadaan waktu tu memang cukup meriah. Mak dikenali mereka sebagai 'Mak Induk' kerana dulu Mak rajin mengikut kakak2nya menjaga anak-anak saudara ketika mereka kacil.. jadi hubungan mereka memang cukup akrab. Semalaman tidur dirumah Kakak Mak, esok paginya
kami bertolak ke Kota Tinggi, kampung halamanku. Ketika itu jalan JB- Kota tinggi
terputus kerana banjir jadi kami ikut jalan kulai dan singgah kerumah baru kakak, K.Ana di Kulai. Di sana adik beradik aku yang lain sudah berkumpul, K.Ana, Dayah dari Penang & family Abg Nuar dari Skudai sudah menunggu. Selepas minum kami
konvoi 3 kereta balik ke Kota Tinggi.

Lewat tengahari kami sampai ke rumah tapi kebetulan bekalan elektrik terputus kerana kerja2 pemulihan dek banjir. sesampainya dirumah kami dihidangkan makanan tengahari yang di masak oleh Emak(kandung). Antara lauk yangdihidangkan ialah siput sedut masak lemak, iaitu makanan kegemaran Mak! Kami menjamu lauk tengahari dengan penuh selera sampai bercerita dan bergurau senda. Maklumlah, Mak pun dah hampir 3 tahun tidak ke Johor sejak majlis perkahwinan aku dulu. Petangnya Mak hanya berehat dirumah sambil bersembang-sembang dengan besannya.. Mak asyik bercerita tentang makanan laut yang dibeli ketika bertandang ke Kota tinggi semasa majlis perkahwinan aku. Mak bertanya kalau ada lagi dijual waktu itu. Untuk tidak menghampakan Mak, Abg Nuar & K.Ezah sibuklah menelefon ke sana kemari nak mendapatkan makanan laut.

Esoknya sebelum tengahari Abg Nuar & K.Ezah (kakak ipar aku)
keluar ke kelong pakcik K.Ezah untuk mendapatkan makanan laut. Nasib baik diwaktu2 banjir tu kelong pakcik K.Ezah ada, jadi mereka terus ke sana. Selepas Zuhur diaorang balik dengan membawa ketam dan kupang yang entah berapa kilo banyaknya..terus ramai2 kenduri bersihkan kupang, rebus dan keluarkan isinya untuk di bawa balik. Ketam pun di kukus supaya tahan lama.. setelah selesai berkemas, kami pun bertolak pulang ke KL. Sempat kami merakamkan gambar beramai-ramai sebelum bertolak tu.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kota Tinggi untuk melihat kesan banjir.. air dah surut tapi masih ada tempat2 yang dinaiki air. Dalam pada tu sempat Mak memberi komen
"...Mak kalau Iwan, Idie semua dah habis belajar, Mak teringin nak join pasukan sukarelawan untuk mangsa2 bencana macam ni. Mak memang minat buat kerja-kerja macam ni..."
waktu tu aku hanya mengangguk-angguk mendengar celoteh Mak.

Kami meneruskan perjalanan ke KL. Dan Mak juga ada sebut nak singgah ke Ayer Hitam walaupun pada mulanya Mak dah putus asa untuk singgah sebab kami 'ter'habiskan banyak masa di Kota Tinggi melihat kesan banjir.Tapi abang tetap bawa Mak singgah di Ayer Hitam. Di sana sempatlah Mak membeli kerepek-kerepek dan pasu bunga untuk AidilAdha. Setelah dapat apa yang dihajati kami pun meneruskan perjalanan ke KL. Lebih
kurang pukul 9:00 malam kami sampai kerumah.

Keesokan harinya, selasa aku dan Abang macam biasa ke tempat kerja. Mak & Iwan duduk dirumah berehat dan bermain dengan Danish. Hari Rabu Mak minta Along ambil Mak sebab Mak nak duduk rumah Along sekejap sebelum kami semua balik kampung sempena Aidiladha. Itu pun pada mulanya kami menyarankan agar Mak balik saing kami hari Sabtu berikutnya tapi Mak berkeras untuk balik awal sebab rumah dah sebulan ditinggal, jadi mak
nak berkemas mana yg patut walaupun kami nyatakan bahawa adik2 semua ada, jadi sempat lah nak bergotong royong hari sabtu ni.

Dipendekkan cerita, Hari Khamis Mak bertolak balik kampung menaiki kereta yg dipandu oleh Ijad bersama Iwan & Ijah. Hari Jumaat tu dengarnya Mak sempat jumpa dengan bakal besannya di Jengka 12 yang hanya 15 minit dari rumah untuk menentukan tarikh pernikahan Ijad bulan Jun ni.Hari Sabtu berikutnya aku dan Along pula bertolak balik. Aku & abang sampai kekampung tengahari. Sempat kami makan tengahari bersama. Dalam menunggu ketibaan Along, Mak ingatkan pada Ijah supaya membawa balik periuk nasi yang digunakan ketika belajar sebab periuk nasi emak dah rosak. Bila Ijah telefon Along, rupanya Along terlupa nak bawa. Petang Sabtu tu Abang pula ajak Ijad ke bandar pusat. Aku dan Ijah tinggal dirumah untuk membuat persiapan apa yang patut untuk memasak. Petang tu Along sampai dengan membawa periuk nasi baru..! Mak dengan nada terkejut berkata

".. laa kenapa beli yang baru, kan Mak suruh bawak balik yg Ijah punya tu aje.." ujar Mak

Along hanya tersenyum kerana dia sendiri terlupa nak masukkan periuk nasi Ijah ke dalam kereta. Jadi on the way balik tu sempatlah Along singgah ke bandar membeli sedikit lauk pauk & periuk nasi baru untuk Mak..! Petang tu kitaorang kenduri buat sup tulang 8 kilo! Semua memang peberet ratah tulang lembu cecah sambal kicap.. Tak lama tu, Abang pun sampai dengan Ijad dari bandar pusat. Tengok-tengok apa Ijad beli..? Nah.. periuk nasi baru untuk Mak..! Sampai 2 periuk nasi baru Mak dapat petang tu..! Hampir nak terjerit Mak masa Mak terima tu memang Mak nampak gembira sangat sebab bukan
Mak yang request periuk nasi baru, dia cuma suruh Ijah bawak balik periuk yg sedia ada tak sangka pulak anak-anaknya berebut2 belikan 'hadiah' untuk dia. Wajah Mak nampak ceria sangat waktu tu.. sempat aku berseloroh

".. takpe Mak, kita senyap-senyaplah. Nanti satu tu kita bungkus balik letak reben buat hadiah kawin.."

Mak pun tersenyum mengangguk mengiakan kata2 ku.

Selepas lebih kurang sejam kemudian, datang pulak 2 orang pekerja dari kedai Elektrik membawa sebuah peti sejuk 2 pintu baru..! Itulah hadiah dari Abang dan aku untuk Mak sempena bonus kali ini walaupun bahagian aku top-upkan cuma 1/3 dari harga sebenar. Sudah lama kami menyimpan hasrat untuk menukarkan peti sejuk lama kat rumah tu. Kecil dan dah nak berkarat walaupon masih boleh digunakan tapi sudah berbelas tahun rasanya peti sejuk lama tu berjasa.

Bertambah ceria air muka Mak.

"... jangan marah, banyak Mak dapat hadiah hari ni...!" ujar Mak penuh kegembiraan.

Senang sungguh hati Mak ketika itu walaupun Mak tak pernah meminta, tapi hati ibu mana yang tak gembira menerima pemberian ikhlas anak-anaknya. Lantas Mak masuk kebilik dan keluar semula membawa alas peti sejuk yang dijahitnya sendiri.. kali ni aku pula yang terkejut. Wahh..! Siap buat alas lagi macam tau-tau aje. Rupa-rupanya abang sudah
beritahu pada Mak sebelum bertolak ke Slovakia. Tapi kata Mak, Mak tak lah mengharap sangat sebab andaiannya kalau keluar negara mesti banyak pakai duit.
Mak jahit 3 alas peti sejuk yang siap ada poket dikiri kanannya tu. Mak suruh aku pilih dan aku dengan gembiranya memilih corak kegemaranku. Satu lagi terus Mak alaskan dibahagian atas peti sejuknya dan satu lagi Mak berikan pada Along.

Malamnya selepas makan malam, Mak duduk mengadap peti sejuk barunya sambil mula mengemaskan sedikit sebanyak barang-barang basah yang banyak dibeli oleh anak-anaknya. Dan kami biarkan Mak 'melayan' peti sejuk barunya
sambil bersembang-sembang kosong. Ada yang duduk meratah sup tulang..

Esoknya Aidiladha. Subuh-subuh lagi masing-masing sudah bangkit mandi sunat.
Aku pun sibuk mengosok baju melayu abang dan Danish. Kemudian sibuk menolong Ijah dan Along menyiapkan juadah hari raya. Juadah kali ni sup tulang, nasi impit & rendang, soto & lontong..! slurrppp..!
Biasalah, kalau Along ada macam-macam yang hendak dimasaknya.. dari duluuuu lagi.
Manakala kaum lelaki pergi bersembahyang raya. Dalam pada tu sempat kami-kami yang tinggal bersarapan sekadar mengisi perut sambil menemankan Mak makan lontong. Selesai sembahyang raya, kaum lelaki balik dan kami sama-sama mengadap juadah raya sekali lagi. Selesai makan kami sekeluarga mengambil gambar beramai-ramai kemudian bersalam-salaman. Setelah tu kami bersiap-siap untuk menziarah pusara arwah ayah.

Baru sahaja kami hendak melangkah kaki keluar, Mak nampak rumah ke-dua sebelah rumah kami sudah ada orang-orang blok lelaki beraya. Kami pun tidak jadi keluar, lalu Mak menyuruh yang lelaki join sekali kumpulan itu
dan yang perempuan menghidangkan makanan. Kami lepak sebentar sementara menunggu orang datang beraya. Bila mereka datang macam biasalah kami melayan tetamu. Selesai makan tetamu pun mula beransur balik...Bila semua tetamu sudah tidak ada, tiba-tiba terus Mak baring di atas sofa sambil berkata dadanya sakit.Cepat-cepat kami berikan air dan sapulan minyak angin.. tak lama kemudian Mak mula rasa mual hendak muntah. Kelam kabut
kami carikan kain untuk di alas. 3 kali Mak muntah lantas Abang terus mengajak Mak ke poliklinik berdekatan.

Pada mulanya Mak enggan tapi Abang pujuk-pujuk juga Mak lantas Abang, Ijad, Ijah, Mak & Idie pergi menemankan Mak ke klinik. Masa tu rasanya lebih kurang pukul 11:00pagi.. yang lain-lain menunggu dirumah.

Selepas kira-kira setengah jam kemudian Abang balik memberitahu Mak terus dibawa ke Hospital Jengka menaiki ambulans. Abang balik untuk membawa kelengkapan Mak ke hospital. Aku kemaskan beg pakaian Mak dan Idie sediakan kelengkapan
lain seperti pinggan, cawan etc. Kemudian Along, Abang, Ijad & Idie terus bergegas ke hospital. Aku dan bibik menunggu dirumah menjaga budak-budak.

Kira-kira pukul 3 lebih Abang, Along & Idie balik kerumah untuk makan tengahari memandangkan tiada gerai makan yang dibuka sempena hari raya. Di kesempatan itu, aku masakkan sup sayur dan ikan goreng manakala Along buatkan bubur nasi untuk bekalan Mak. Kami bawakan juga sedikit lauk pauk lain untuk Ijad & Ijah yang masih menunggu dihospital.

Selepas Asar, kami semua bertolak balik ke Hospital melawat Mak. Kali ni semua budak-budak ikut sekali. Waktu kami melawat Mak petang tu, keadaan Mak tidaklah begitu tenat cuma Nurse kata tekanan darah Mak rendah sangat jagi Mak di berikan Moffin supaya Mak tidur dan berehat. Jadinya aku lihat Mak kejap-kejap tertidur, kejap-kejap terjaga..
macam mamai-mamai macam tu lah. Tapi dia alert apa kita cakap. Memang dia dengar.. kadang-kadang sempat dia menyampuk. Tapi disebabkan kami faham keadaan Mak macam tu disebabkan moffin tu jadi kami tak lah risau sangat.
Maghrib tu family Along & Aku balik sebab budak-budak pun dah mula merengek-rengek kepenatan bermain di taman. Baju Danish pun sempat tukar sekali sebab habis kotor. Jadi maghrib tu kami balik dan esoknya bercadang untuk datang seawal pagi sebab nak hantar sarapan untuk Ijah. Jadi sebelum balik, kami semua salam dan cium Mak. Aku pun sempat
cium pipi Mak yang sedang terlantar sambil sempat membisikkan

"... balik dulu ya Mak. Mak rehatlah. Sayang Mak.."

Malam tu selepas Isyak, Ijad kembali semula ke hospital melawat. Tapi sebelum tengah malam Ijad dah berada dirumah sebab dia tak dibenarkan menunggu di Wad perempuan pada tengah malam. Menurut Ijad, Mak sendiri pun ada menyuruhnya pulang ke rumah dulu

".... Ijad baliklah. Mak pun dah tak nak apa-apa. Ijad balik lah..." itulah kata-kata Mak dan Ijad akur dengan nasihat itu. Jadi tinggallah Ijah seorang menunggu Mak di wad

Kisah dari Ijah :
Malam tu Ijah kata dia berjaga sehingga lewat 1 pagi. Mak pun berapa kali bangun hendak minum air.. Ijah pun ada bancuhkan air Milo suam untuk Mak. Dalam terjaga terlena Mak tu pun, berapa kali Mak suruh Ijah tidur

"... Ijah tidur la Ijah. Mak bukannya nak apa-apa dah. Tidurlah..." Ujar Mak

Tapi disebabkan Ijah belum rasa mengantuk jadi Ijah terus berjaga sambil tolong-tolong
tengokkan pesakit di katil sebelah yang tidak ada sesiapa menunggu. Sampai lah lebih kurang pukul 1 pagi. Ijah tengok Mak dah terlena. Setelah agak lama lihat Mak terlena barulah Ijah akhirnya buat keputusan untuk melelapkan mata...
Tiba-tiba lebih kurang pukul 1:40 pagi Ijah dikejutkan oleh Nurse dah ketika itu Ijah lihat Mak dalam keadaan tidur tapi kata Ijah dada Mak dah tak berombak. Dengan cemas Ijah terus menelefon rumah menyuruh mereka segera datang kerana katanya Mak pengsan.

Jadi dalam pukul 1:45 abang kejutkan aku sebelum bertolak.
".. duduk rumah ya. Abang pergi hospital kejap, Mak pengsan. Jagakan budak-budak.."
pesan Abang sebelum bertolak ke hospital bersama Along, Idie & Ijad. Tinggallah aku, Iwan, Abg Iskandar(suami Along), bibik dan budak-budak dirumah. Tetapi kala itu aku sudah rasa tidak sedap hati.. mata dah tak boleh lelap semula. Selang beberapa minit, telefon berdering lagi. Ijad menyuruh Abang Iskandar membawa Iwan ke hospital.
Aku terus bergegas mengejutkan Abang Iskandar seperti yang disuruh. Sambil tu aku kejutkan bibik sambil memberitahunya yang semua orang tak ada pergi hospital kerana Nenek pengsan. Kemudian aku yang tak sedap hati terus menelefon Ijah
semula

".. Ijah, keadaan Mak macamana kat sana?.." soalku

"Sabar K.Izan, Mak dah tak ada..." Jawab Ijah sambil teresak-esak

Aku terpempan bagai tidak percaya. Sungguh aku hampir tidak percaya bahawa Mak sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini. Terus tergambar wajah-wajah ceria, senyuman dan tawa Mak pada petang kami berikan dia dengan pelbagai hadiah kelmarin, dan semua kenangan bersama Mak sepanjang cuti sekolah ni berputar bagai filem dimindaku...oh Mak...

".. Innalillahwainnalillah hi rajiun.."

Lantas terus aku beritahu pada bibik yang turun ke ruang tamu. Bibik amat terkejut dan kami berpelukan menangis teresak-esak. Kemudian terus aku teringat Emak (kandung) di Johor lantas terus menelefon kesana sambil teresak-esak
menahan kesedihan yang tak terhingga lalu aku khabarkan pada Emak tentang berita pemergian Mak..

".. dah jangan menangis macam tu, sayang Mak. Pergi sediakan apa-apa yang patut. Sediakan tilamnya, bantalnya... jangan menangis
macam tu..." pujuk Emak.

Lantas aku kuatkan semangat. Budak-budak yg tidur diruang tamu aku & bibik bawa ke atas... kemudian aku cari tilam yang elok, beserta cadar dan bantal. Kemudiannya aku cari beberapa helai kain batik lepas lalu aku letakkan kesemuanya
diruang tamu. Tak lama kemudian jiran dan saudara terdekat mula datang membantu. Habis semua barang dialih/keluarkan. Gambar yg bergantung ditanggalkan, meja tepi, TV, sofa etc.. pendek kata semua clear. Kemudian mereka buatkan kain tirai. Dalam pada tu terus aku bersiap-siap mandi dan berbaju kurung sementara menunggu jenazah tiba.
Dalam pukul 4 lebih jenazah tiba menaiki van mayat hospital. Jenazah yang sudah berselubung dengan kain putih diturunkan ke atas tilam menghadap ke arah kiblat. Bila melihat wajah Mak yang sudah terkujur kaku, bertambah hiba perasaan aku. Mana tidaknya, baru semalam bergelak ketawa dan bergurau senda kami sekeluarga dengan Mak tiba-tiba
hari ini Mak sudah terkujur kaku tidak bernyawa. Air mata mengalir bagai tidak dapat di tahan-tahan walaupun cubaku tahan.

Aku lihat mata Abang merah lantas ku peluk Abang erat sambil mengusap-usap Abang memintanya bersabar walaupun kesedihan ku sendiri tidak tertahan rasanya. Adik beradik yang lain seorang demi seorang mula mandi dan membersihkan diri kemudian kami mula
duduk mengelilingi jenazah sambil mula membacakan surah Yasin. Berulang-ulang. Sekali sekala kami buka kain yang menutupi wajah Mak. Kami usap-usap rambut mak dan kami cium dahi sejuk Mak. Tidak dapat aku nak mengambarkan kesedihan yang dirasai apatah lagi
oleh anak-anak kandung Mak. Namun air muka Mak nampak begitu tenang dan seolah 'tersenyum'... sesungguhnya kami meredhai
pemergian Mak. Allah lebih menyayanginya....

kawan-kawan Mak yang terdekat mula datang menziarah dah tidak kurang juga yang tidak mampu menahan air mata menerima berita pemergian Mak. Sesungguhnya mereka semua terkejut..! Selepas selesai waktu subuh semakin ramai rakan taulan dan saudara
mara yang menziarah jenazah baik yang jauh mahupun yang dekat. Tetamu datang bersilih ganti. Bacaan Yasin berterusan bersilih ganti. Yang mana rapat akan mendekati jenazah untuk melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir. Dan setiap
kali kain yang menutupi wajah Mak di selak, setiap kali itulah air mata kami mengalir.... penuh shahdu dan pilu.

Selesai subuh orang-orang yang bertanggungjawab mula sibuk membuat kelengkapan untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Bila semuanya selesai, lebih kurang pukul 10 pagi, kami kesemua adik beradik bersama orang-orang tua yang arif sama-sama memandikan jenazah dengan cara yang paling terhormat. Selesai memandikan jenazah, kami sama-sama membantu mengkafankan jenazah dah sebelum kain kafan helaian ke-7 menutupi jenazah, kesemua adik beradik bergilir menciumi wajah Mak untuk kali terkahir dan saat itulah yang paling memilukan buat kami semua...

Selesai upacara mengkafankan jenazah, kaum lelaki terus membuat sembahyang jenazah beramai-ramai. Setelah itu Jenazah diusung oleh kesemua adik beradik lelaki, Abang, Ijad Idie, Iwan dan beberapa orang lelaki dewasa yang lain ke tanah perkuburan.
Aku dan Ijah turut ikut ke tanah perkuburan. Di tanah perkuburan, Abang, Ijad, Idie dan seorang penjaga kubur masuk ke liang lahad
menyempurnakan pengebumian jenazah. Setelah selesai, Pak Imam mula membacakan talkin diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil. Lebih kurang pukul 11 lebih, jenazah Mak selamat di kebumikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Sebulan sebelum pemergiannya Mak sentiasa ditemani oleh insan-insan yang dikasihinya. Tidak ada ruang waktu pun yang dia ditinggalkan bersendirian. Dan rasanya semua keinginan Mak yang sempat terlontar dari mulutnya dapat kami tunaikan. Puas Mak duduk bersilih ganti dirumah kami dan dirumah Along, bermain bersama cucu-cucu kesayangannya. Cuti sekolah memberi peluang kepada Iwan & Idie yang tingal di asrama & kampus ke KL tinggal bersama kami. Ijad pula yang sejak setahun lepas dapat pertukaran kerja
dari Labuan ke Pelabuhan Klang rajin bertandang menghabiskan masa bersama Mak dirumah kami jika tidak duty belayar. Manakala Ijah baru sahaja menamatkan diploma dan sempat tinggal bersama Mak. Dan cuti kali inilah paling lama Mak tinggal bersama kami sebelum pergi menyahut seruan Ilahi...

Pemergian Mak sesungguhnya kehilangan besar buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi kepada Iwan yang bakal menduduki PMR tahun ini kerana dialah yang paling rapat dengan Mak. Semoga Iwan dan adik beradik yang lain sentiasa tabah menerima segala qada dan qadar dari Ilahi. Segala nasihat dan kenangan yang pernah dikongsikan selama lebih kurang 4 tahun bersama Mak akan tetap abadi di dalam ingatan. Dan yang paling penting, segala jasa dan budi pengorbanan Mak mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan lelaki yang paling aku kasihi (selain Abah & abg kandungku), sehingga menjadi seorang suami dan ayah yang hebat tidak akan aku lupakan.
Itulah pergorbanan dan jasa terbesar Mak buat diriku, yang tak mungkin dapat ku balas.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya di tempatkan dikalangan roh insan-insan yang soleh. Al-fatihah - Aminnnnn.