Baru balik dari Kuching, Sarawak. Percutian 3D2N bersama geng2 ofis. Sebelum balik sempat aku tapau laksa sarawak di sebuah cafeteria di Waterfront, Kuching. Aku tapau 2. satu Abang sempat makan di Airport dan satu lagi selamat sampai ke rumah. Sampai je kat rumah aku terus ambik periuk panaskan kuah laksa
tu.. lepas tu aku & abang makan rojak pasembor yang sempat dibeli dalam perjalanan balik ke rumah tadi. Lepas maghrib, dek keletihan aku tertidur atas sofa. Bila masa je aku terjaga lebih kurang sejam kemudian, muka Abang dah tenjengol depan aku...

"...Ayang, sorry.... Abang terbuang kuah laksa sarawak tu la.."
ujar Abang kepadaku.

Aku yang baru terjaga terpinga-pinga mendengar keluhan abang.

"..hah..?! Abang buang kuah laksa sarawak tu? La.. Ayang panaskan tadi, kenapa Abang buang..?" Ujarku separuh merajuk.

"Abang tengok kuahnyer macam dah berbuih-buih, so abang let go je lah. Malas nak cium bau busuk. Sekali Abang tuang je dalam singki terus naik bau dia harum semerbakk. Alamak, kuah laksa sarawak rupanyaa...." jelas Abang

"..aaaa... Abang utang laksa sarawak satu..!" balasku

Pagi tu sebelum pergi kerja Abang bisik ke telinga aku
".. dah jangan pikir-pikir pasal laksa sarawak lagi ye. Malam ni kita pergi
makan laksa sarawak kat Laksa Shack"
pujuk Abang.

Malam tu lepas maghrib, aku, Abang dan Danish bertolak ke Jusco Balakong yang baru
dibuka. Abang order Curry Laksa dan aku order Laksa Sarawak lah..! Tak pasal2 kena pau
makan Laksa RM9.90 sepinggan padahal aku beli Laksa tu kat Water Front baru RM3.00 sepinggan(biasa) & RM4.50(special) he he he. Nasib baik masa aku tapau
tu sempat aku melantak semangkuk kat cafe tu.

Anyway, ma kaseh banyak-banyak Abang... (^-^)/

3 sweet comments:

peace!! said...

sebenarnya laki ko bukan org pertama cakap mcm tuh izan , laksa sarawak ni kalau sekali imbas mungkin nampak basi tapi sebenarnya tak . kena cium bau dan rasa sikit bara tahu basi ke tak ? amacam laksa sarawak , ok ke ? ko patut rasa mee kolok beb .

ryu_hana said...

manjanye...heheh

izan said...

To Jem : Mee sarawak memanggg besttt! seb baik sempat makan.. memula ingat mee kolok & laksa sarawak sama... alamak, lain rupernyerr... lain kali la carik pulak yekkk

To ryu_hana : sekali sekalerr...ohok!