gambar hiasan . Credit : Google


Ikuti berita lanjut petikan dari akhbar Utusan Online..

Apa kaitan Sarina?











RUMAH arwah Sarina Jaafar di Taman Pauh Indah, Seberang Jaya, Pulau Pinang. –utusan/ Sazali Che Din








BUKIT MERTAJAM 19 Sept. – Ahli keluarga pengasas kosmetik Aveer, Sarina Jaafar yang ditemui mati tergantung di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, percaya kematian usahawan wanita itu berpunca daripada masalah keluarga.
Anak saudaranya, Naimah Sahid, 32, memberitahu, ibu saudaranya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Anjang sering mengadu mengalami tekanan perasaan, malah pernah cuba membunuh diri sebelum ini dengan mengelar pergelangan tangannya.

Sehubungan itu, katanya, desas-desus mengatakan kematian Sarina mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini, adalah tidak berasas.
‘‘Mereka (Sarina dan Sosilawati) memang mengenali antara satu sama lain kerana Sarina pernah mengedarkan produk keluaran syarikat milik Sosilawati beberapa tahun lalu, tetapi sekarang dia hanya menguruskan produk perniagaannya sendiri.

‘‘Arwah sering meluahkan rasa sedih dengan masalah keluarga yang dihadapinya. Dia tidak mengalami masalah dengan perniagaannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Sarina di sini hari ini.
Sarina, 45, yang juga pemilik syarikat SBJ Aveer (M) Sdn. Bhd. ditemui tergantung di bilik utama rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.
Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Naimah memberitahu, Sarina juga ada mengadu mengenai masalah keluarga yang dihadapinya ketika berhari raya di rumahnya di Padang Serai, Kedah baru-baru ini dan sempat menasihatkannya supaya bersabar.
Bagaimanapun, menurutnya, pada pukul 8.03 pagi hari kejadian, Sarina menelefonnya buat kali terakhir dan memberitahu bahawa dia sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dialaminya dan nekad untuk menggantung diri.

Malah, katanya, sepanjang perbualan telefon selama beberapa minit itu, arwah yang teresak-esak sempat berpesan supaya menjaga keempat-empat anaknya dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, Januari depan.
‘‘Masa itu saya menasihatkannya agar tidak melakukannya (menggantung diri) serta minta dia mengucap dan ingat pada Allah, tetapi dia terus memutuskan talian telefon dan apabila saya cuba menghubunginya semula, panggilan telefon tidak dijawab,” tambahnya.
Dalam pada itu, Naimah berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke kediaman Sosilawati di Gombak bersama rakan-rakannya yang bergiat dalam perniagaan yang sama sebaik sahaja mendapat berita kematian jutawan kosmetik itu menerusi media.

‘‘Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk rakannya itu dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakan lain, tetapi arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” katanya.
Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badaryah, 23, ketika ditemui berkata, keluarganya masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya.
“Ibu memang jarang bercerita mengenai masalahnya kepada anak- anak dan dia kerap mengadu masalahnya kepada sepupu kami (Naimah) kerana mereka memang akrab sejak dahulu lagi.
‘‘Apa yang diberitahu kepada saya, ibu bertindak demikian kerana masalah keluarga tetapi saya tidak pasti apa sebenarnya yang mendorongnya berbuat demikian,” katanya.
Salam Raya..
Yaaa.. minggu ni ramai yang dah mula kembali bertugas nampak nyer.. welkam back all.!! Semoga penuh ceria bila mula merenung kerja-kerja yg perlu di bereskan okeh...!

Ahaa.. baru nak hapdet kisah pagi raya kitaorang..
Tahun ni tema kaler OREN + COKLAT. OREN disaran oleh warga Johor.. COKLAT di saran oleh Abang..jadi terhasilkan tema ala duo-kaler hu hu.


Tahun ni raya pun kitaorang tak ber-kamera. Tumpang kamera my Sis & jugak Hand Phone kitaorang je laaa.. huhu. Gambar-gambar kat sini pun ada yg diedit dramatikkan saje cover kamera yg tak berapa nak clear tu ha ha. So Pagi raya kalau kat Johor macam biasa seawal pukul 8 pagi tu dah start pergi sembahyang Raya. Balik semula dalam pukul 9 lebih.. makan sket then terus la orang-orang lelaki sambung Marhaban dari rumah ke rumah habis satu blok. 
Dania pun ikut Papa dan sepupunya pergi marhaban.

Ni masa Marhaban sampai kat rumah kitaorang.. separuh masa hujan mula turun. Menu Rojak & Dadih. Dadih larisss sampai ada yang request tuan rumah keluarkan lagi hu hu. Tahun lepas 120 sampul raya habis one shot distribute kat cucu cucu yang join marhaban.. tahun ni dalam 50 sampul je habisss. moralnya ramai cucu turn balik kampung kat rumah nenek/atuk belah lagi satu kottt... huhu

Lepas selesai marhaban sambung gi sembahyang Jumaat pulak.. balik tu barulah kitaorang boleh 'Salam Raya' dan bergambar satu family... hu hu. Raya tahun ni pun tak cukup korum. Maklum la masing-masing ada giliran masing-masing so yang mana ada je.

Aha haa.. Dania ni kalau di ajak bergambarr memang ikut mood... tengok la kat gambar atas tuhh.. dia dok berguling-guling ala citer hindustan plakk.. sebenarnya Mama & bergambar ngan Papa.. Danish plak sporting nak join.. Dania tak abeh2 dok bergulingg.. redahh je laaa.. ha ha

Me and kids..

Dania ngan Triple Peace.. ha ha

Me.. auwwwwwwwwwww...!!

Daniaaa... 

Al galls in the house ha ha.. *tengok la Dania yg tak habeh2 berguling2 tuu*

Team OREN

Tiba sessi bersalaman... Tengok la gaya anak bujang aku tuhh.. siap duduk bersimpuh lagi salam Atuk.. orang lain duduk melutut..!! Ha ha ha..
Danish : Selamat Hari Raya nekk.. maaf zahir batin..
 Nenek : Selamat Hari Raya.. Sopan betul cucu nenek sorang nihh...

Dania pun bersalam jugakk ngan papa nya.. tu pun kena guide sebab dia tak reti dok diamm ha ha

Last sekali Nenek bersalam ngan Atuk.. nenek asyik tergelakk jee.. apa ntah yang di gelihatikan sangat tuhh he he

So 1st Raya tu itaorang lepak kat rumah je tunggu orang bertandang sambil dok perabih lauk raya.. ha ha. 
To be continue....!
Salam Raya....

Sejak 2-3 menjak ni asyik berulang kali tengok citer TOY STORY 1 , 2 & 3.
Asal start enjin keta je terus pasang citer kartun yang diaorang nak. Toy Story dah berapa kali katam dahh. Aku pun suka gak tengok Toy Story nihh sejak masuk panggung menonton Toy Story 3 KLIK SINI terus request kat Abang carikan  TS1 & TS2.


Topi cowboy ni pulak pernah di beli masa gi bercuti ke A Famosa Resort sempena 6th Anniversarry awal tahun hari tuh. KLIK SINI. Gambar di atas di snap depan MOF, Putrajaya masa ada festival Hot Air Balloon hari tuh.

Malam tadi bila aku turun ke dapur nak masak tengok budak-budak ni dah bertopi Koboi kat bawah. 
Aku pun terus cakap kat Dania :
Aku : Hey Cowboy (Dania).. give me five..!!!
Dania : Yeaah...!! Sambil sambut tamparan tangan aku.

Tetiba Danish mencelah :
Danish : She is CowGIRL.. not CowBOY..!!
Aku : Errrkk......!!!


Sambil tu Danish mengomel lagi :
Danish : I am Woody and She (Dania) is Jessie...!! sambil tunjuk kat diri sendiri dan adiknya.


Bila aku nak snap gambar Danish buat pose cam kat atas ni:
Aku : Eeeee.. apsal buat muka cam tuh..? 
Danish : Cowboy mestilah amek gambar (posing) macam nih!..!!
Ha ha ha...!! 


Bila aku zoom sket kat muka Danish baru la dia nak senyumm..
Budak-budak ni memang cepat terima pengaruh.. tengok citer ultraman jadi ultraman.. tengok citer Super Hero nak jadi super Hero jugakk.. tengok citer koboi pun nak jadi koboi jugakk...! isk isk iskkk
 Salam..
Nampaknya semua masih dalam mood Raya lagi.. ada separuh dah kerja.. ada yang masih sambung coti.. bestttnyerrr...!

Aku dah start naik kerja, Hari Malaysia semalam... berattttt je rasa nak start enjinn keta... dah lebih seminggu tak bawak ketaa.. hu hu.

Ni pun tengah nak 'panas enjin' berblogging balikk.. hu hu. So sempena raya di di mulakan dengan Ceritera Aidilfitri 10. Hari Rabu sebelum raya tu kitaorang dah gerak balik ke Johor lepas sahur. Siap sahur terus kemas-kemas dan punggah barang dalam keta.. Lepas Subuh dalam kul 6:30 pagi tu kitaorang dah gerak dahh.. hari masih gelapp.. jalan pun lenggangggg lagiii... bestttttttt jee.

Ntah hapa yang di angkutnyaa.. sokmo sipi-sipi je space yang tinggal.. tak kira la bonet besar/kecik mana pun.. ha ha ha

Pilot utk perjalanan balik kampunggg 

Jalan lenggangg... cuaca sejukk.. hujan tengah jalan.. tengah dok bersembang-sembang tu 
sedar-sedar co-pilot dah lenaaa di ulitt intann.. opsss!!
HA HA HA...!!
*gambar di candid oleh Pilot.. sempat lagi amek gambar haku tengah drive tuh..! saborr je laaaa*


 Danish dan Dania.. perjalanan kali ni lebih 'tenang'... dulu selalu berebut monitor satu kat tengahh.. kejap sorang meraung monitor senget sana.. kejap sorang meraung tak nampakk.. kejap sorang nak duk tengahh.. macam-macamm..!!

Kali ni bagi sorang satuu.. duk diam sampai kampungg... Mama papanya pun peaceeeeeeeeeefulllllllllllllll... tu yang co-pilot bleh lenaaa baekkkkk punyer tuhh.. he he he.

Kitaorang sampai kira-kira lepas zuhur gak le campur berenti kat R&R duk suap budak2 ni makan.. etc..Lega perjalanan lancar kali ni hu hu
Hari ini Berita TV3 memaparkan perkembangan terkini tentang siasatan bahan bukti kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati . Lebih banyak bahan bukti telah berjaya di temui di lokasi kejadian termasuk senjata pembunuhan, harta peribadi milik Datuk Sosilawati serta 3 yang lain.. 

Ini dia wajah suspek utama pembunuhan kejam, seorang peguam bergelar Datuk. 
Dah la peguamm.. tau undang-undang.. lagi mau bunuh orangg.. 
Dah la semua mangsa tu ada keluarga.. ada anak bini... di bunuh ketika umat Islam menyambut Aidilfitiri..
tak tau aku nak kata apaa... manusia kalau hati yang merah tu dah sama kaler ngan kaler rambut cam ni la jadinya...!

Sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juaa..
Keseluruhan kes melibatkan wang berjumlah RM7.1 juta RM... 

Antara bahan bukti yang di temui.. zink yang di gunakan untuk membakar mayat..
Dah la di pukul dan di cederakan dengan objek tajam sehingga mati.. mayatnya pula di bakarrr menjadi abu..! Memang kejammm.. kejammm...!! 


Antara suspek yang di bawa untuk mencari bahan bukti...
Diaorang ni semua sepatutnya kalau sebelum kena hukuman gantung tu kasi lima enam puluh sebatan di khalayak ramai dulu cukup cukupp..! baru tau rasa camna mangsa2 yang diaorang seksa sebelum mati...

Tulang-tulang yang di temui di percayai menjadi salah satu bukti penting kes pembunuhan.

Dengan ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengihstiharkan kes selesai dan semua suspek akan di dakwa minggu depan termasuk beberapa kes 'laporan kehilangan' yang di pandang 'sepi' sebelum ini.

NOTA LUTUT :

1. Wahai semua rakyat Malaysia, jangan lupa untuk sama-sama saksikan pengakhiran kes ini. Jangan sekarang je hangat-hangat tahi ayam.. janji berdegar-degar. Esok lusa tengok-tengok tak kemana pun kes ni dok buat rayuan sana sini. Maklumla.. suspek pun 'peguam'. Kita tengok sehebat mana institusi kehakiman negara mengadili kes bila tertuduh sendiri seorang 'peguam'. Wait and see........

2. Bila apa-apa kes melibatkan bangsa Melayu.. cepat2 keluar statement jangan timbulkan isu perkauman. Iyelah.. jangan la kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mujurlah orang Melayu kita ni cepat mengalah.. banyak bersabar. Tak terus buat lagu canang kat You Tube. Harap-harap bangsa lain pun macam tu jugak.. Fikir rasional. Jangan bila ada secubit kes terkena bangsa diaorang terus 'riuh' satu duniaa dan cepat pula nak naikkan sentimen..!

Berita penuh :


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
sumber : Berita Harian


Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan


KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.
Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu. 
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya. 

Takziah kepada semua keluarga mangsa. Tak sangka Mangsa menjadi mangsa bunuh kejam terhadap peguam yang di lantiknya sendiri...



6 September 2010 


Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. 

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta. 

8 September 
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. 

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos. 

9 September 

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan. 

10 September 

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. 

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu. 

11 September 

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. 

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.



Salam..
Ketika umat Islam riang gembira meraikan hari Lebaran.. keluarga Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, PA, Peguam dan pemandunya dibayangi mimpi ngeri dan tragedi apabila akhbar tempatan melaporkan mereka di percayai telah mati dibunuh dan mayatnya telah di bakar serta abunya di buangkan ke laut di Pantai Morib, Selangor. Jika benarlah berita yang tersiar tersebut, aku turut berasa simpati pada keluarga mangsa dan berasa betapa semakin hari semakin bertambah manusia-manusia berhati binatang di muka bumi ini... Astaghfirullahalazimm... Semoga mereka2 yg terlibat dalam kes ini akan menerima balasan yang setimpal dunia dan akhirat..!


Sumber : Utusan Online


KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Salam
Di hari yang mulia ini , saya dan keluarga juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri...!!

Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki... halalkan la segala yang TERterjah, TERkomen, TERbaca, TERgelak dan 1001 TER lagi yekk..!!

Semoga Aifilfitri kalian tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnyaaa.. aminnnnnnnnnnnnnnn

 Danish Aiman 

Dania Aliesya..
Esok Raya dahh.. yeaaaayy..!! Gembira nak menyambut lebaran bersama keluarga tercinta.. tapi sedih gak nak tinggalkan Ramadhan yang penuh barakah...

Anyway di hari terakhir sebelum Syawal ni nak tepek sisipan "Salam Aidilfitri di Perantauan" yang pernah di siarkan dan masih tersimpan dlm arkib Utusan Online walaupun bertarikh 10 tahun lepas..!! hu hu

cuba cari aku yang mana..? 

Seingat aku tahun Aidilfitri 1999 aku balik beraya ke tanahair. Masa tu kiriman 'Salam Perantau' dari student U aku keluar kat Paper dalam flight malangnya waktu tu aku tak ambil pun naskah Paper tu.. terpandang tapi tak buka. Bila dah touch down kat airport baru aku dapat tau rupanya waktu tu wajah2 kitaorang terpapar kat paper semalam yg di supplykan waktu tu. Sampai kampung jenuh gi rumah jiran tanya ada beli tak surat khabar semalam gara-gara nak tengok muka sendiri keluar kat paperr.. tapi tak jumpa sampai sudahh..!! Ha ha.. kesian betull..

Aidilfitri tahun 2000 aku sendiri yang hantar 'Salam Perantau' ke Utusan Malaysia melalui E-mail.. dan akhirnya di paparkan dalam Utusan Online..!! Ha ha ha.. sepanjang 4 tahun berada di perantauan final year tu la baru dapat menatap wajah sendiri kat ruangan tuh wakakakka. Selalunya senior aku yang hantar dan keluar kat paper@hardcopy tapi mana la nak dapat paper Malaysia kat sana so time bila ntah publish nyer aku pun tak tau. Tambah pulak dulu mana la glamer lagi blog2 bagai ni nak publish gambar sendiri online.. so masa keluar kat Utusan Online tu memang sengih sampai ke telingaaa aaa.. ha ha ha.

Nampaknya tak silap juga tindakan aju waktu tu.. sampai hari ni kalau google masih ada lagi link ke arkib tuh hu hu hu.
Boleh gak usha2 buat kenangannn.. KLIK SINI



Salam..
Pagi ni nak bertolak balik Johor dah. Tahun ni turn kitaorang beraya kat Johor pulak.
Aku dah start bercuti mulai hari ni sehingga Rabu minggu depan.
Hari Raya ke-4 nanti baru naik ke Pahang sampai Raya ke-7. Raya ke-8, Khamis dah start naik kerja dahh.. hu hu.

So since malam semalam dah start packing barang.. so malam tadi just cek balik sket2 apa lagi ada tertinggal. Pastu rasa okeh dah.. Danish pun dah tidur so demi memenuhi masa lapang kitaorang pun prepare la sampul raya siap-siapp.. hu hu


Sampul-sampul yang menanti 'tugas'. Biasanya lain patern/corak lain amount dan lain pula kategori penerima.
Aku & Abang je lah yang paham 'value' setiap patern sampul dan target penerimanyer he he. Tahun ni anak sedara aku bertambah lagi sorang menjadikan jumlah keseluruhan 12 orang dah..!! ha ha.

Dania yang sibuk volunteer nak masukkan duit dalam sampul raya. 

 Konon-konon tolong lipat la tuu....

Sebahagian dari yang dah siap di isi..

Dania pegang sampai 2-3 sampul... muka confident abesss..
sengih pun sampai ke telinga.. macam la itu 'sampul raya' untuk dia....! Perasann..! ha ha

Okeh korangg... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Maaf Zahir dan Batin..
Hati-hati di jalan raya..
Pandu cermat jiwa selamatt.. 

Jumpa lagi nanti yekk...!


Iklan Raya TV3 edisi 2010 mencetuskan pelbagai reaksi dan emosi di kalangan umat Islam ni negara ini. Walaupun Iklan tersebut telah pun di banned dan penyiarannya telah di hentikan di kaca TV DAN
TV3 telah pun mengeluarkan kenyataan mohon maaf tapi sebenarnya NASI TELAH PUN MENJADI BUBUR.

Teknologi cyber terlalu canggih untuk di kekang. Walaupun tidak lagi  tersiar di kaca TV tetapi iklan tersebut
telah tersebar dengan begitu pantas di Youtube, Facebook, blog, rantaian E-mail dan sebagainya. Mail box aku sendiri pun ntah berapa kali foward mail pasal iklan ni masuk.. dan macam-macam pula terjemahannya..!


Ada entry video ni dari Youtube telah di tarik balik oleh pemilik asal seperti tertera.. tapi tak semudah itu untuk 'membersih'kan semua entry video iklan tersebut dari alam maya. Satu website hilang berpuluh ratus lagi yang lain sedia queue dalam carian Google untuk di terjah..!

Pengajarannya.. lain kali kalau ada apa sahaja yang berkaitan agama kita biarlah 'air tangan' kita sendiri yang mencorakkannya. Tak perlu la nak di subkan pada pihak lain. Jangan la kabur sangat dengan RM RM dan RM...! Kalau dah jadi macam ni sah-sahlah anggota penerbit/pengarah dari golongan bukan muslim sebab tu jadi carca marba dan huru hara macam nih..!! First time aku tengok pun TERNGANGAAAAAA.....!!! NGAAAAAAAAAAAAA...?????? Sengalllnyerrrr......1 Malaysia la sangat sampai bab-bab agama pun nak di lanyak ikut suka..? 

TAPI kalau sebenarnya penerbit dan pengarah memang dari muslim kita sendiri.. aku pun tak tau nak kata apaa.. aku pun tak leh nak imagine apa yang di fikir kat kepalanya.....????

Nota Kaki : Masih HAIRAN macamana iklan ni boleh 'terlepas' untuk di tayangkan... ?????