Assalamualaikum...

Sabtu lepas sebelum pergi ke Pulau Redang sempat gi Az Zahra check up baby 2 bulan.
Tu pun dah terlajak 2 minggu isk isk iskkkkk
Sekali harung update check up 1 mon back to backk *macam drama bersiri la plak*


Ni masa check up sebulan Mama masih dalam pantanggggg.
Baby pun kerja pejam mata jaaa.. asal amek gambar mesti tidur tidur dan tidur hihihihi


Kat kaunter menunggu. Rupanya kat Az Zahra ni hari Sabtu kaunter
klinik kanak2 pendaftaran 9-11 pagi.. kitaorg sampai dah kul 11++ seb baik
dia terima utk register jumpa Doktor gak. Sebenarnya
Mama pun ada follow up check up sebulan ngan Doc Mashita
ingatkan Doc sama utk baby rupanya lain lainn...


Kat Az Zahra ni ada 2 orang Doctor Kanak2.. seorang Doc Nik Rose
*yg cek baby Delisha masa lepas lahir* dan sorang lagi Doctor lelaki..
so hari Sabtu ni Doc lelaki je yg buka Klinik. Doc Nik Rose hari Ahad
so kiraorang proceed je ngan Doktor yg ada


Baby Delisha keriau time kena cucuk uhuhuhuhu. Cian anak Mama...


Kat dalam klinik ni Doc & Parent sama2 berdiri masa check & explain 
keadaan baby. First time gak le aku attend environment macam ni huhuhu.
Ada kerusi utk parent tapi jauh sket dari katil baby check up tu,
tu yg parent pun ikut berdiri macam Doc jugak hihihi

Ada ruang bermain utk kanak2 di satu sudut lain dalam bilik Doctor jugakk.

Check up Delisha Adliena 2 Months


Ok.. sabtu lepas plak check up utk 2 bulan.. baru nampak gambar celik mata giteww
Rambut Delisha dah tumbuh dengan jayanya.. tapi cacak cacakk!!!


Check up ngan Doktor yg sama gak sementelah gi check up hari Sabtu kannn.
Agak detail jugak ngan Doctor ni.. macam2 kitaorg tanya.. dan macam2 jugak
info yg dikongsikann.. siap citer pasal penjaga baby *bibik* ihihihi.


Time check up ni baby Delisha ken ruam susu kat pipi dia...
siannn baby Mama uhuhuhu. Dok bagi jugak ubat sapu dan 
liquid mandi khas.
Tengok Delisha 2 bulan ++ kemain dah meniarapp..
memang keras dah lehernya tuuu kalo time mandi kat sinki pun
time di tiarapkan mata tak kelip2 angkat kepala tengok org yg mandikan dia hihihi


Sekali timbang tu dia... 2 bulan ++ berat dah 7.2 kg!! pecah rekod gak ni...
Bila compare ngan Dhiya masa cucuk 5 bulan baru cecah berat 7.2kg.
Baby Delisha ni mmg lagi kuat minum susu... tambah plak production EBM pun
dah berganda sekarang ni huhuhuh


Jeng jeng jengg... masa untuk di cucukkk....


Tu diaa....uwaaaaaaaaaaaa!!!! tapi kejapp jek tak dan pakai 
diaper balik dah benti nanges.. kuat anak mama ni hihihihi


Lepas settle jumpa pakar... jumpa Customer plak yg nak self pick up Medela FS *Alhamdulillah*


Sambil menunggu tu sempat lagi BF baby dengan bantuan nursing wrappp.
Memang menyusu baby zaman sekarang ni jauh lebih mudah dan efisien.
Gud luck jugak untuk mommy2 di luar sana yg gigih full BF walaupun 
bekerjayaaaa. Semoga  usaha kita sama2 sentiasa dipermudahkan olehNya.... aminnnnnnnnnnnnn


Assalamualaikum...

Naik kerja kali ni tengok cafe dah bertukar ke caterer baruu..
Hmm... the first 2-3 days tu nampak macam kelam kabut je..
queue pun panjang gilerr..! masih tak mampu nak organize staff yg datang utk lunchh 
lagi kot sampai nak tengok lauk nasi campur pun payah dek queue yg panjang..
penyudahnya kaki melangkah ke San Francisco kat sebelah Cafe..
gara2 give up dan queue panjang.


Asal2 nak try Nelo Spagethi. (Spagethi darah sotong kaler hitam hua hua huaa) .. 
rupanya promo dah habiss...
so try apa yg ada je.. not bad jugakk.

Adakah selepas ni mood makan di luar akan mekar semula..?
jeng jeng jenggggggg!!
Assalamualaikummmm

Mode baru balik Pulau Redang.. masih kepenatannn.
Layan dulu aksi kakak Dhiya  yg suka sangat buat muka Duck Face.
Geramm Mama tengok tawww.. macam nak cubit2 je muncung mulut tuuu hihi



P/S: payah nak candid gambar versi Duck face ni tapi dapat jugak akhirnya hihihi


Assalamualaikum...
Sneak peek. Kami masih berada di Pulau Redang untuk pakej snorkeling sampai muntah hihihi. Kali terakhir pergi snorkeling tahun 2010 di Pulau Tioman sempena family day company Abang. Sehingga update seterusnya...  daaa! ;)
Assalamualaikum..

Sejak permbukaan Shaftsbury Square di Cyberjaya makin bertambah lah 
port makan luar kalau boring makan kat cafe.
So Khamis lepas sementelah Chatime buat promo 50% for 2nd purchase
kitaorg kuar la gi lunch kat Shaftsbury ni.

Team mate ajak makan nak KIRAKU Japanese Restaurant yg terletak 
di aras 3 Shaftsbury Square.


Antara 'DAILY SPECIAL' menu yang di tawarkan pada hari kitaorg pergi tu.


Bila masuk dalam rasa suasananya agak 'kokyu' or berprestij la..
ramai gak yg tengah lunch waktu tu tapi entah kenapa terasa 'bising' plak dalam tu huhuh


Belek2 buku menu bleh tahan jugak reganya..! Last2 decide dan cuba Bento Set dari Daily Special menu


Ini dia 'Special Bento' yg kitaorg order. 2-2 order set yg sama. Komen 
ok jugak laaa rasanya. Miso Soup dia sedappp.. aku bayangkan macam miso soup tu di masak ngan periuk belanga trasional jepun atas arang sebab ada rasa macam 'terbakar' sket tapi sedapp!


Ni Salmon Sushi... semua habis di makan sekelip mata sementelah teammate ku kena balik ada meeting huhuhu. Desert dapat Honewdew dgn anggur 2 biji. Tapi anggur dia sedap okehh.. manis dan lembut gitu. 
Selalunya kalau gi jap res pencuci mulut dia bagi buah tembikai potong je kann


So sebelum balik sempat singgah Chatime sempena ThirstTea PROMO 50%.
Apply Members card sbb nak dapat 50% disc punya pasal hihi.
OK member card ni RM10 ya tapi dapat regular drink FREE 1 !


So ini dia sambaran berjemaah dari teammate. Amekauuuu !!


Ni tuan tanah punyaa... Matcha Latte FREE sbb buat membership + Cocoa Smoothie Oreo.
Mode TAMAK okehh! hihihih

Balik-balik lepas lunch macam biasa pump susu.
Alhamdulillah dapat 10 Oz sekali pumpp.. syukur rezeki untuk Baby hari ni ;)


OK tu je entry makan2 utk kali ni ;)


Assalamualaikum...

Catatan pantas dan ringkas sebelum tidur...

Baru je sampai rumah jam 1:00 pagi tadi ni. Alkisah Mama dah start standby minggu ni setelah bercuti maternity 2 bulan. Malam tadi masa kat Klinik bawa Dhiya utk suntikan imunisasi 18 bulan dapat call dari team mate. So settle urusan di klinik terus balik rumah dan cuba online utk cek kes yg baru di terima.

Try try masuk internet asyik tak boleh je.. Memang sejak 2-3 minggu kebelakangan ni streamyx asyik problem je.*masih guna Streamyx yawwww*. Connection intermitten. Kejap Ok kejap tak. Kena plak malam tadi tak boleh lansung grrrrrrr!! Jauh di sudut hati berkata.. Propaganda nak suh upgrade ke Unifi ke nih ? Huhu.

Anyway Call office mate tanya severity case... URGENT!  Nampaknya nak tak nak kena pergi office gak memalam ni huhu. Sempat nenenkan Delisha dulu dan sampaikan amanat pada Papa pasal susu EBM utk Delisha. Maklumlah Bibik pun dah 'off shift' ya malam. Mama je yg standby on call 24 hours x 7 days/week hohoho.


Sampai ofis dalam kul 10:30 malam gak. Lepas godeh itu ini akhirnya kul 12:30 ++ tgh malam gak baru settle. Nak balik sempat 'plug in' dulu my Medela FS dan terus start enjinn. Alhamdulillah sambil2 drive sampai rumah dapat gak pump 7.5 oz ++ walaupun dah direct BF baby beberapa kali lepas balik kerja.


Itulah sedikit sebanyak perjalanan hidup Mama sebagai pembantu keluarga pada Papa demi membesarkan anak-anak tersayang. Kalau citer pasal standby on call ni masa kerja kat tempat lama kat Shah Alam nuuu, Papa pun pernah temankan Mama drive gi ofis bila dapat on call pukul satu pagi huhu. Untungla sekarang ni ofis dah dekat sikit dengan rumah....

Semoga anak2 bila dah besar nanti hargai pengorbanan Papa Mama besarkan kamu2 semua ya. Yang lebih penting bagi Mama dan Papa ialah agar anak2 membesar menjadi insan yg berguna dan cemerlang dunia akhirat... sekadar coretan untuk renungan anak2 satu hari nanti.. Aminnnn
 Assalamualaikummmm...

Alhamdulillah.. usai sudah Majlis Aqiqah baby Delisha pada minggu pertama cuti sekolah baru2 ni.
Majlis berlangsung di rumah nenek dikampung.


Ni dia pengantin cilikk.. head band pun ntah kemana.. 
bibik boleh pulak lupa nak bawakk balik kampung walau pun aku dah ingatkan isk isk isk. 
Seb baik Delisha dah tumbuh rambut hihihih.
Tapi almaklum je la anak pun dah makin ramaii.. bibik pun dah tak menang tangan nak mengemas 
pelbagaiii. so dengan rela hati dimaafkan uhuhuhu


Buai pun bajet buat dan hias sendiri. Hasil tangan Mama dengan di bantu jiran 
sebelah aka teman sepermainan masa kecil2 dahulu.
Dah la sampai2 kampung Sabtu malam tu Papa warded kat KPJ Puteri JB 
subuh esoknya gara2 batu karang,
so agak kelam kabut jugak la preparation kenduri dari side Mama sendiri kali ni.
Mujurlah Mak Long, Mak Ngah, Pak Ngah & Nenek
cekap menguruskan majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancarr..
sangat2 berterima kasih pada semua...! muah muahhhhhh!!



ok goodies bag untuk tetamu yg datang kali ni.
Mak dah pesan awal2 jangan bagi yg bukan2.... set sudu garpu kecik la,
kipas laa... bagi barang yg boleh digunakann.



So kitaorg pun decide bagi botol air dan isi jajan dalam tu 

  
Tak lupa sapu tangan yg dah siap di bungkus dalam kotak yg comelll


Dah siap goodies bag bersusun utk di bagi2


Lebih kurang pukul 3 petang majlis bermula. Emak buat sekali Majlis Tahlil
ringkas untuk Arwah Atuk/Nenek/Abah termasuk Ibu/Ayah mertua.


 Pengantin kecik plak lepak2 kat dapur sambil layan mata sambil tunggu 'turn' ditemankan 
oleh Kakak Dania & Kakak Auni.


 Bila turn sampai Mama keluar pangku 'Pengantin'. Seb baik dah standby pump susu buh dalam botol siap2..
kalo tak jenuh nek menyelak kalo baby nak menyusu bila dah depan orang ramai2 kat majlis tu kan.


Rupanya betul Delisha bila terjaga je sibuk cari nenen.
Seb baik standby Plan B hihihi


Bacaan Doa untuk baby dari ketua Majlis. Semoga Delisha Adliena membesar jadi anak 
yang soleh dan cemerlang dunia akhirat ya.


Seterusnya bacaan Marhaban untuk baby diikuti sessi beramah mesra dengan tetamu majlis.
Mula2 cakap  kat Johor bawah program Sakinah tak payah dah nak cukur rambut baby so tak standby apa..tapi tetiba nak jugak air bedak sejuk buat sapu2 kepala baby 
so adhoc jugak keluarkan apa yang ada hihihi.
Lagipun sebab berpantang sendiri kali ni dan lambat nak balik kampung
dek menunggu cuti sekolah, jadi Delisha dan bercukur sendiri oleh Papa.


Akhir sekali beramah mesra dengan Nenek tersayanggg


Lencun rambut Delisha kena sapu air bedak hihihi


Bergambar dengan antara orang kuat Majlis. Al maklum camera DSLR hantar service.. 
ambik gambar ngan camera HP pun buat syarat je huhu.


Sessi buffet bermulaaa. Menu yg tak sempat di snap, 
Soto Ayam + Begedil, Rojak Petis, Bihun, Air mata kucinggg dan 
kuih muih serta pencuci mulut.
Daging Kambing Aqiqah dan nasi himpit sebagai ole2 untuk di bawa pulang.


Jemput makan semuaaa. Tak habis tak boleh balik tauuuu!! Tu la dia pesanan tuan rumah hihihi


Para tetamu sedang mengamu selera


Antara desert yg besttt...kek/puding roti


Kuih Muih


Kek ala pavlova.. yg ni 4 buku keluarkan licinn!! 
Memang sangat sedapp okehhh. Air tangan jiran sepermainan ku dulu tu laaa huhu


Delisha lena dalam buaiii.. kat luar pun masa majlis berlansung hujann
sejukk2 gituuuu


Papa sempat join kat hujung2 majlis je.
Apapun Alhamdulillah Majlis dah selamat berlansung dengan jayanyaa.



 Buat Puteri Mama Delisha Adliena, kehadiranmu menceriakan dan melengkapkan lagi keluarga kita.
Semoga terus membesar dengan sihat dan ceria, menjadi anak yang soleh serta cemerlang 
dunia dan akhiratttt ya sayanggg... aminnnnnnnnnnnnnnnn!!







Assalamualaikumm...


Kepada penggemar Chatime.. jom terjah..!! 

credit : Freebies

Chatime Matcha Thirstdays Promotion

Thirstea members get to enjoy second drink at 50% off
with any purchase from Chatime Matcha series
on every Thursday in the month of June
Chatime Matcha Series range are
Uji Matcha Milk Tea, Matcha Tea Latte and Matcha Red Bean Smoothie
Terms and Conditions 
  • Applicable for Thirstea Members ONLY
  • Thirstea Card MUST be presented to be entitled for this offer
  • Valid on EVERY THURSDAY of June (6th, 13th, 20th and 27th)
  • Not applicable for delivery services
  • Excluding Chatime Queensbay Mall & Gurney Plaza

Aku pun memang tengah kemaruk 
minum bubble/pearl tea ni.
Pantang nampak mesti nak terjahh walaupun ada 
dengar desus desan kata pearl tea ni jelly pearl tu 
tak elok untuk kesihatan kannn uhuhuhu.

P/S: Kalau kat Cyberjaya ni ada satu branch Chatime di Shaftsbury Square.
Malam tadi pun baru sambar Chatime Pearl Tea kat Tesco Extra Puchong hohoho