Assalamualaikum....

Ahaa... hari ni update pasal makan2 sempena bufday aku hari tu.
Lama mengidam nak makan kat Sushi Zanmai.
akhirnya jejak jugak hari Sabtu lepas kebetulan jatuh pada hari jadi aku uhuhuhu


Sushi Zanmai macam biasa, walopon sampai dah pukul 2:30 ptg tetappppp kena beratur panjang jugak.
Kitaorg pergi kat Branch The Garden, Mid Valley.
Jarang-jarang aku sampai sini tak yah beraturr.. hisk hiskk hiskkk!


Sementara menunggu queue, Danish & Dania main kat area 'Moow Yogurst Ice cream' depan Sushi Zanmai tu. Ada pulak replika lembu emas siap keluar bunyi lembu lagik kikikiki


Akhirnya turn pun sampaii.. masing2 dah kelaparannn.. Kalau Danish ni masuk Jap Rest yang ada sushi atas conveyour tu memang tak yah offer laa.. dia lagi laju pilih benda nak di makan nye. Order air tak sampai lagi
dia dah berapa pinggan dah abis . Bagus anak Mama ni semua pandai makan makanan Jepun.. senang Mama nak cari gengg gi makan nanti *LOL*


Ni antara yg menjadi habuan dan sempat di snappp.. of course la Cik Salmonn.. my always peberettt!


Chawan Mushi.. ahaa.. ni untuk baby Dhiya. Teringat Danish masa umur 8 bulan suap chawan Mushi balik
terus kena macam alergy... Dhiya ni dah nak masuk 10 bulan.. so far ok, makan la apapunn.. memang
tadah mulut je dia.. tak de pulak ke na alergy lagi dia.


Tamago nigiri sushi... ahaa.. ni peberettt si Daniaaa


NI tak tau apa ke namanyaaa.. pakai ngap jekkk


Ni salmon + mayonis + apa ntah

Ni satu lagi peveret aku.. Ika sushi (Sushi sotong putih).. 
tapi nampaknya Ika sushi kat Sushi King lagi sedapp laah uhuhuh


Ahaa.. ni menu Abang...


Dan ini menu aku... Salmon don.. dengan nasi dia panas2 makan ngan salmon ala sashimi dan telur ikan tu... memang sungguh marbelessssssssssssssssssss ohohohoho!!!


Air cam biasa.. aku kalo gi Jap rest mesti orfer Green tea kannn... budak2 je tak reti nak minum green tea lagi.. mesti nak order jus.. apa kelassssss


Dania riang ria melantakkk


Baby Dhiya tunggu orang suap Chawan Mushi.. suap la apa punn.. memang tadah mulut je
minah sorang ni kikikiki


Setelah kekenyangannnn


Papa sibuk suh amek gambar style gini.. nak wat profile pic uhuhuhuh


Lepas perut dah kenyang terus bertolak ke rumah Mimi . Ada sambutan bufday putera & puterinya hari ni.
Kebetulan kannn sama plak bufday date ngan aku kekekekekee


Ahaaa.. ni gambar bufday girl (Emily) & Bufday boy (Farhan) yg di raikan hari ni.. sweet je derangg niii


Ahaa.. Mak pengantinnnn tengah potong kek. Sedap sangat kek dia ni..  Dania dah ralit main mmg aku
sorang tukang perabis kek Dania & Kek sendiri.. tumpang makan kek bufday kat umah orang boleh? ekkekekek

Dania wakil ambikkan kek... mashmallow cheese cakee.. nyum nyumm sehingga menjilat jarii!


Yang special siap ada maskot A&W datang umah nkoooo.. Danish & Dania excited la nak bergambar ngan maskott.. tengok si Dhiyaa.. nangess takottt! akakakakak



Acara bersama maskot A&W.. siap ada chicky dance.
Dania paling seronok main siap dapat hadiah lagikk

Mak eh pakat berposing dengan member2 blogger, Lieya & Mimi.






Last but not least bergambar bersama Mimi & Lieya & the ganggg.. tapi tak cukup corum sorang.. tengah busy kejar anak kikikiki


Anyway terima kasih Mimi kerana sudi mengajak kami sekeluarga ke Majlis Bufday Emily & Farhan ;)
Assalamualaikum semuaa...!

Selamat berhujung minggu..! wallaaa.. apa aktiviti korang hari ni yekk ?
Aku semalam pun gi attend 2 kenduri, majlis Akikah & Kenduri kesyukuran.
Sedap2 menu, nasi beriani, kambing golekkk.. cendol.. nasi beriani bagaii.. mmg 
marvellousss.

Hari ni plak ada plan nak melawat baby @ anak sedara yang baru lahir.
Tapi Papa ada aktiviti gotong royong kat kawasan kejiranan pagi ni
so sementelah tu aku kat umah masak & temankan Danish & Dania buat revision jek uhuhu.


Menu pagi ni ~ Egg Sandwich.. nak buh resepi dalam blog masakanku kekekekekeke.
Hari ni Danish subuh2 dah bangun cari TAB nak sambung tengok movie Cars 2 dia malam semalamm..
Danish tak sihat semalam.. demam.. Dania plak merengek sakit gigi.. adoyaiiii
Dah ambik ubat for bothh. Cepat2 lah baik semua yerrr..

Ni selit sket gambar2 semalam :

gambar kat Majlis Akiqah x-school mate


Gambar dalam keta.. blur2 jekk.. iskk.



Nasi minyak & kambing golekk.. ada cendol & kerepek dari 
Acheh tak sempat snappp


Kambing golek & sarada. Sedap nkoo.. lembut isinya.
Dhiya pun tumpang sekaki suapkan sarada. Dhiya memang pantang 
nampak orang makan sekarangg.. mula la mulut dia terkumat kamit pastu tangann
sibuk je nak mencapaiii uhuhuh


Terkulat2 muka masamm ekkekekeke.
Gambar bawak ni gambar Mak pengantin..
aku cakap no.2 dah settle akikah leh la tambah lagi sorang akakakkka.
Saje cari 'member' fantastic 4 club kekekekeke




 Sempat gambar sekeping je kat umah X-Cikgu ku kat Saujana Villa.
Cantek sangat umah Cikgu aku nihh... semi-D 3 tingkatt.. ada tempat lepak ,
cofee table atas bukit kat ingkat 2. tak sempat aku nak snap sebab kat sini
tetiba Dania nanges2 sakit gigi.. isk isk iskkkk
Laun pun best2, nasi beriani, nasi daganggg.. desert yg macam2.. nyummm!


Sensei ku yg comel berada di tengahh tu. Terima aksih pada yang menjemput hari ni ;)
Anyway selamat berhujung minggu semua..!!!

Assalamualaikum semuaaaa..
Selamat berhujung minggu dan bergolek2 bersama keluarga terchentaa.
Pejam celik pejam celik tak sedar hari ni dah 13hb Oktober 2012 ?
Bermakna bertambah lagi setahun usia ku..
Alhamdulillah.. bersyukur pada yang Esa diatas segala kurniaan
dan nikmat yang di berikanya sehingga ke hari ini.

Malam tadi, biasalah malam hujung minggu semua bermalas-malasan
depan TV. Tidur pun tidur lambatt.. tapi sbb Dhiya dah ngantuk, 
kul 11 lebih tu aku dah naik bilik tidurkan Dhiya.

Sedar-sedar Danish masuk bilik sambil bawak Tab
yang tengah menyanyikan video Happy Bufday dari Youtube!
Aku tengok jam.. 'Eh. dah pukul 12 rupanya!"
Aku terkejut tengok Danish masuk bilik sambil menatang Tab tu macam 
orang bawak dulang makan.. atasnya ada 'video' Cake Bufday!


Nak tau ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku sebaik je nampak TAB tuh ?h
"Astagfirullahalazim!" Ahahahahaha..! Berderau darah aku sebab terkejut beb!
Memang terkejut sangatt! ekekekekkeke.
Sebelum ni Danish yg dok request nak iPad la PSP la kalau dapat
result cemerlang time examm..
Aku & Abang pakat letak syarat.. kalau nak kena make sure
semua paper dapat Band 6 !
 *Bukan murah Yangg.. so nak dapat pun kompem la tak senanggg uhuhuh*

Kebetulan semalam balik sekolah Danish bagitau dia dapat satu lagi Paper Band 6 ~ Paper Bahasa Arab!
Aku mmg terkejut dengar Bahasa Arab dia dapat Band 6 sbb pada malam revision, Papanya yg
jadi person in charge. Di sebabkan aku & Abang pun mmg tak berapa mahir Bahasa Arab
penyudahnya Danish kena wat revision sendiri uhuhuhu.
Dah la pada malam kejadian tu aku duk tidurkan Dhiyaa.. tunggu2 
dah pukul 11 tak naik2 lagi Abang & Danish wat revision.. sungguh la 'RAJIN'nyaa kannn..
selalunya maximum 10:30 mlm dah habis buat revision dan naik atas tidur dah.
bila aku turun bawah tengok laaaaaaaaa.... 2-2 dah ZZZzzzzzZZzzZzZzzZzzZz! Ahahahaa
Nak tergelak pun ada tengok 2 beranak tu.. sorang tertidur ngan buku atas badan kekekeeke.
Memang Paper tu la paling aku risau ni.. Bahasa Arabb.
Tapi bila semalam Danish bagi tau dapat jugak Band 6 dengan aku pun terkejut..
dengan Abang pun terkejutt.. memang separuh menjerit bila dengar . EHehhehee

So malam tadi bila Danish tetiba bawak Tab masuk bila.. aku pulak yang TERKEJUT..!
Ehhh.. Danish ni baru dapat result 2 paperrr.. tak kan dah belikan TAB kott..?
Memang blurrr sekejappp! Rupanya TAB tu hadiah bufday Abang belikan untuk Mamanya uhuhuhu!
Memang sangat sangat sangattt TERKEJUT okehh!!! ahahahahahhaa

Bila aku tanya Danish.. siapa punya TAB tu..?
Danish kata 'Mama punya..'
Owh ok .. .. tapi dalam hati apa pasal Danish yang 
macam tak nak lepassss je dari tangan ??  ekekekek

Anyway.. Terima kasih sangat-sangat pada Abang atas suprise present 
yang sangat-sangat tidak di sangka ni..
Mama sangat sangat sangatt TERHARU okehhh!!!
Sayanggggg Abangggg sangat sangattt..!!!muahhhhhh!!!
*Kalau tak dapat Tab ni pun memang sayang sokmo tauuu *wink*
Syukur Ya Allah atas segala kurniaanmu!

P/S: Peyut ni teringin sangat nak makan Sushi Zanmai! 
Assalamualaikum...

Sedar2 dah pagi Khamissss.. esok Jumaat dah weekend balik uhuhuhu.
Danish baru je selesai menjalani  Penilaian Sumatif 2012 minggu lepas.
Sepanjang tahun ni baru kali ni aku tau ada exam kat sekolahnya.
Kalau tak dari awal tahun tak tau bile ke exam or ujian di jalankan uhuhuh
sebab dalam sistem KSSR ni Cikgu akan memantau pencapaian murid secara berterusan
dari semasa ke semasa dan mengikut kebolehan murid secara individu.

Selasa lepas ambik Danish balik sekolah, 
masuk masuk kereta je dengan excited nya Danish terus bagitau
"Mama...! Danish dapat BAND 6 ..!!! "
bukan main bercahaya lagi mata Danish!!
Aku pun turut terujaaaa bila dengar. Danish cepat2 keluarkan 
kertas exam yang dia baru dapat  ~ Paper Matematik.
Kat atas kertas tu tertera "Band 6" & Good.

Wallaaaa... terus berbunga-bunga hati Mamanya..!
Terus aku usap2 & kucup dahi  Danish *walopon masam berpeluh2 main lari.. errkkk!*
"Excellent !! Mama so proud of you Danish!!"
ujar aku memberi pujian.

Aku pun masih tak paham sangat pasal penilaian Band Band ni...
yang aku tahu untuk dapat Band 6 selain faham apa yang di pelajari kena
jugak beradab MITHALI..! Ahhhaaaa... yang tu aku risau sikitt.
Maklum la kan.. Danish ni kan kuat mainn.. kalau kat umah dah leka main tu 
kadang di panggil pun sampai tak dengarrr.
Tak tau kat sekolah macamana dia.
Apapun ini pengalaman pertama bagi aku dengan sistem KSSR ni.
Maklumlaa dah berpuluh tahun terbiasa dengan sistem pendidikan 
pemarkahan berperatus. Bila masuk sistem band ni mmg 
tersangatlah blurrrr nyerrr...


Tapi bila akhir tahun dapat result macam ni Alhamdulillah.. lega sikit
sebab selama ni memang tak tau nak pantau pencapaian dia macamana huhuhu.
Apapun TAHNIAH Danish atas pencapaian subjek favourite dia, Matetematik.

Secara ringkas nya penilaian Band berdasarkan kerangka di bawah :


Apapun paper lain masih belum dapat lagi.. aku pun tak tau la result keseluruhannya macamana nanti. 
Moga-moga tak lari jauh kalau tak dapat result sama pun.
Paling merisaukan Paper Bahasa Arab sebab Mama & Papanya pun tak berapa paham nak mengajar kat rumah uhuhuhuhu.

Mengimbas kali minggu sepanjang penilain berjalan.. Lukisan pun suruh Danish test sekali buat kat rumah. Dah la bila di tanya apa nak kena prepare pun dia asyik kata tak tauu jee.. tu laa sokmo lupa 
apa Cikgu pesan.. grrrrrrr. Terpaksalah tepon Mak kawannya tanyaa.. seb baik ada geng bas sekolah ..
eh silap .. geng tunggu anak kat bus stop sekolah ekekekekek



Cikgu dah bagi siap2 tajuk untuk di pilih.. akhirnya aku pilihkan tajuk Buah-buahan menggunakan 
water colour & teknik capan Jari means cop pakai Jari uhuhuhu.
Dah la last minit.. jenuh la cari water color & peralatan bagaiii.
Dania macam biasa... nampak abang nya ada 'gadjet' baru pun sibuk nak tumpang sekali.. last2
Dania punya yang siap dulu! ahahahahah


Ahaa.. ni kasi Danish masa buat revision subjek apa ntahh.. macam2 peelnya. Lain di suruh buat
lain yg di buatnya. Siap buat 'Warrior Mask'! akakakakakak.
Sukahati lah Danish.. janji tetap buat revisionnn!




Yang bestnya masa hari bawak balik result paper tu
terus cakap kat Mamanya
"Danish dapat Band 6 Danish nak pergi LLEGOLAND tau!"
wahhhhhh... pandai plak request!

Lepas tu malam semalam tetiba tukar request 
"Mama.. Danish tak jadi lah. LEGOLAND tu nombor 3,
Danish nak PSP nombor 1 "

Abis tu nombor 2 tu nak apa? Pasal apa LEGOLAND
jatuh ke nombor 3 ?

"Nombor 2 tu Danish nak I-Pad !"
Kohok kohok kohok!!!

Wah wah wahh.. pandainya. Ingat PSP/IPad tu murah ke Yanggg
Aku cakap PSP tu kena ada seribu ringgit baru boleh beli.
IPad lagi mahall.. kalau nak jugak 
kena semua Paper dapat Band 6.. ada  BRAN ??
eheheheheheh

Apapun Mama & Papa sentiasa doakan yang terbaek untuk Danish, Dania & Dhiya.
Semoga anak-anak Mama & Papa terus membesar dengan cemerlang dunia akhiratt.. aminnn!


Assalamualaikum....

Salam hari Khamis semuaaa.. ada sehari lagi seblum cuti hujung minggu.. 
masa untuk bergolek2 kekekekeke

Minggu ni Danish exam..  Danish Darjah 1 dan tertakluk pada kurikulum baru KSSR.
Aku pun masih confius2 lagi sistem baru KSSR ni... tak tau bila examnyaa.. bila ujiannyaa..
semuanya akan di lakukan secara bersahaja oleh cikgu.. naturally gitew..
Mid year lepas bila pergi tengok pencapaian setengah tahun pun memang tak ada sistem nombor dalam kelas.. semuanya akan berdasarkan band.. dan Cikgu akan sentiasa pantau dari masa ke semasa..
jadi parent sendiri tak tau nak pantau macamanaa.. Danish ok ke dalam kelas.. tertinggal kee.. kat depan kee.. boleh catch up keee..? uhuhuhu

Anyway untuk akhir tahun ni ada jugak exam yang di panggil 'Pentaksiran Sumatif 2012'.
So Cikgu bagi Jadual tu pun bukan exam sepanjang hari ... berselang2.. 1st class exam then continue
belajar macam biasa... nanti lepas rehat exam lagi satu subjek & continue lagi belajar macam biasa.
Jadi kat rumah just support mana yang boleh untuk Danish buat revision sedikit sebanyak...


Ahaaa... Dhiya macam biasa... dia ni PANTANG NAMPAK BUKU ATAU KERTAS!! 
memang laju je dia manjat nak mencapaiii!!!  Mana Abang & Kakak dia bukak buku
memang dia pun laju tuju kan situuu! Mainan2 terus campak tepii.. susah sungguh nak di control nyerr!


Tengok gelagat Dhiya kaco Abang & Kakak belajarr...


Kalau tak sampai cepat je nak angkat kaki manjat meja! hahaha


Kakak Dania suka la tu mengacahhh lagi si Dhiya nak berebut! 2x5 jekkkk


Ni di waktu yang tenang sikitt.. tapi tengok laaa.. Abang capai buku je cepat je bukan kenit tu 
menempelll kat tepiiii hehehe


Tengok2 Mamanya tu nak kaco Abangg...  dok pikir takut kena marah kew...?


Siap bertentang mata dengan Abang..!! HEP!! Jangan kaco Abang!!!!


Tapi tak kira...! nak jugakkkk!!!!!! akkakakakak


Last but not leasttt.. satu lagi scene STUNT Dhiyaa.. budak pantang nampak buku kannn..
 adoiiii seb baik Mama sempat 'rescue'!!
 *dan sempat plak amek gambar! akakaakak*
Kalau tak kompem nko terjun ke lantai lagi la Dik oiiii!!

Dhiya Dhiyaa.. asyik budak jantung Mama dup dap dup dapp je tauu.. 
tu yg malas nak buh Dhiya dalam Walkerrr tuu.. 
seingatnya dulu Danish & Dania tak de la sampai buat aksi stunt terjun walker kikikiki.
Tapi agaknya sbb design walker tu kot..? lain ke ekkk..
Maklum la.. walker mmg tak di turunkan.. tiap2 orang naik walker baruu...
sebab tak tahan lama.. habis pakai bibik buh kat tepi rumah.. buruk macam tu sajee.
last2 kena la beli baru tiap kali dapat baby uhuhuhu


Anyway kepada Danish.. Mama & Papa doakan yang terbaik semoga dapat buat dengan cemerlang
exam kali ini okeh..! Good Luck sayangg!!

Assalamualaikum semua...!
Wahh.. sekejap je kan dah masuk bulan Oktober... lagi 3 bulan je
habis dah sessi 2012 ni ha. Bila aku tengok balik entry blog 2011/2012
ehhh suku je utk tahun 2012 ? akakakakaka
banyak sungguh entry tertunggak ekekekekkee

Anyway.. aahhaaaa.. baru hari ni berkesempatan nak share
berita gembira untuk kami sekeluarga...
Jeng jeng jengg!!!! Alaaa.. tengok gambar thumbnails pun sure dah taukan ekekekkee.
TAPI ini bukan pregnancy test result Dhiya tauu! 
Ini pregnancy test result untuk ADIK DHIYA..!! hehehe !!!


Alhamdulillahh syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Memang target nak 4 oranggg.. 2 orang kompem tak cukupp..
3 orangg.. ok ok... tapi alahaii.. macam masih tak cukup 'meriah' kannn
Adik beradik aku 4 orang, adik beradik Abang 6 oranggg 
ahaaa.. so kalau ada 4 orang tu rasa ngam2 la 'huru hara'nya kan ekekekekek
Sementelah umur aku pun dah atas border 'selamat'.. nak masuk 35 dah tahun ni 
so kena mengejar due cecepat sket uhuhuhu.
Dengan +ve nya pregnancy test tu bermakna.. 
aku bakal menjadi ahli kelab 'Fantastic Four' lah ehehehehe


Ni result check up and scan terakhir baby. Masa ni dah pun masuk 12 minggu! Baby dah 6cm masa ni.
Means aku dah pun selamat mengakhiri Trimester pertama dan nak masuk Trimester ke-2 pun.

Alhamdulillah.. trimester pertama aku lalui dengan lancar.. tak de loya2 macam jugak sebelum2ni.. 
kerja macam biasa.. cuma sama macam masa pregnantkan Dhiya, CEPAT LAPAR 
dan terpaksa mengunyah selalu! Errkk SAMA SIMPTOM ? Jantina pun sama kah? Jeng jeng jenggg!!
Owh kita tunggu dan lihat yekkkk
Lepas tu kurang selera nak makan nasi.. kena cari mee or apa-apa yang berkuah...
Kalau tak di layankan bunyi perut ni memang cepat la sakit kepala.. so 2 jam sekali memang 
kena makan somethingg.. Doktor pun pesann, tu tindak balas hormon orang mengandung.
So kalau boleh banyakkan ambil buah-buahan untuk alas perut 
dan kurangkan  pengambilan karbohidrat sbb kena kerap makan  takut
over KG plak nanti .....gitewwwww

Pregnant kali ni nampaknya jarak agak dekat jugalah dengan Dhiya walaupun bila baby baru 
lahir nanti akan beza 2 tahun persekolahan.... 2011 vs 2013. 
Sebenarnya plan asal hujung2 tahun sikit.. tapi bila pasang niat
Allah SWT makbulkan on the spot! Alhamdulillahh! Syukurrr!!!!
Orang kata rezeki jangan di tolakk


Sebagai langkah persediaan kali ni aku ambil pregnancy set dari Shaklee
untuk support baby InsyaAllah.
Cuma satu je masalah.. tablet shaklee ni besar2.. mmg senang tersekat kat anak tekak..
jadi terpaksa la aku gilir2 dos yg nak di ambi. kalau tak memang kembung
perut minum air nak telan semua dos sekali harung!

Dhiya  pulak masih breast feeding walaupun dah campur. 
Doktor pun kata tak ada masalah, boleh teruskan.
Bibik pun masih dalam kontrak bila baby baru lahir nanti. Memang kena 'jaga' betul2 
Bibik ni.. Alhamdulillah so far Bibik sekarang ni sangat2 membantu. Pandai 
jaga rumah.. pandai jaga budakk.. nampak dia sayang sangat kat Dhiya..
Dhiya pulak jenis tak banyak ragam walaupun dah nak dapat 'adik'.
Happy sokmo orang kata  kih kih kih.
Cuma makin lasak sekaranggg.. semua nak di panjat! aku balik kerja dah pandai
berkejar ke pintu grill berdiri kat situ sambil sengih2 tunggu Mamanyaa..
eeiii comeyyy dgn keletahnya gerammm sangatt! hik hik

Apapun doakan lah semoga semuanya berjalan lancar kali ni yek.
Aku pun sentiasa berdoa semoga di permudahkan segala urusan
mengandung, melahirkan & membesarkan zuriat kami ini.. InsyaAllahhh
Aminnnnnnnnnnnnn!!!

Assalamualaikumm...

Bajet 2013 telah pun diumunkan oleh Dr Seri Najib.
Pasti ramai yang gembira dengan pengumuman Bajet 2013
terutamanya kepada penjawat awam yang bakal 
memperoleh 1.5 bulan BONUS!!
Walla masyukkkk tuhhh!!

Meh kita perati ringkasan intipati Bajet 2013.
Mungkin kita adalah antara yang mendapat secara langung..
atau mungkin juga cuma dapat sipi sipi uhuhuhu.
Apa pun yang penting adalah nikmat keamanan yang 
kita peroleh di negara kita sehingga ke hari ini.


Bagi aku pulak.. antara manfaat yang bakal dinikmati secara langsung ialah
pengurangan 1 peratus cukai pendapatan individu seperti yang tertera dibawah.
So siapa2 yang terkena tu boleh la tengok jadual di bawah dan kiralah sendiri.

Ini bermakna untuk tahun 2013 nanti potongan cukai hanya bermula kepada
golongan yang mempunyai RM5000 pendapatan bercukai 
(pendapatan setelah di tolak semua rebet dan potongan yang berkaitan)


At least laa.. yang lain2 tu mmg tak merasa walaupun agak kecewa sebab duti eksais
kereta langsung tidak di sentuh.. letih weh beli keta biasa-biasa tapi terpaksa
bayar pinjaman bulanan tinggi gara-gara terpaksa cover interest & duti eksasais ni.

Harap tahun depan kita akan dengar sesuatu yang positif pulak pasal harga kereta kat Malaysia ni kan!