Assalamualaikum...

Minggu lepas adalah hari sukan sekolah Danish. 1st time tahun ni Danish masuk penyertaan itupun acara sukaneka. Since  Papa masih outstation Mama pergilah beri sokongan dengan ditemankan oleh Mak Long dan askar2 sebatalion...

Pagi tu hantar Danish dulu... Danish dah  nak merajuk bila mama nak balik... takut sangat Mama balik lepas tu tak datang tengok dia beraksi huhu. Lepas hantar Danish balik rumah siap2kan adik2nya baru lah ajak Mak Long ikut pulak.
Mujur bila datang balik turn Danish beraksi belum sampai...

Kelas Danish antara yg masuk final acara sukaneka Tahap 1. Sempat ambik video Danish kemain eh... akhirnya keputusan team aka kelas Danish dapat pingat Gangsa. Ok la tu kan Tahniah! Moga tahun depan masul final lagi hokey.

Lepas cuci mata tengok aksi sukan dan terjah bazaar jualan kami pun pulang... tengahari Danish request nak makan KFC. Sampai2 dah agak lewat nasi pun dah habis penyudahnya order snack plate belaka.  Dania macam biasa dgn wedges feveret. Kenyang makan main kat playground jap lepas tu terus gerak ke Klinik Pergigian Nurul. Mama ada appointment nak service gigi ari ni... tak risau bawak budak2 ke sini sebab ada banyak mainan dlm bilik berekon yg selesa dan ada TV utk ditonton.

Sejam juga rawatan sedar2 Abang kata dah touch down kat KLIA dr Frankfurt...! Eh janji pukul 6 tetengok kul 4 sah sampaii... habis rosak plan nak suprise kat  balai ketibaan tetengok Mama yg suprise sebab Papa dah balik rumah dulu! Wahahaa

Apapun syukur sangat2 Abang dah selamat kembali ke tanah airr.
Al kisahhh

2 sweet comments:

eelobor said...

errr....konpius jap masa mula2 baca tadi. sbb entri sblm nie kata abg dah balik dari frankfurt

Nad MamaZN said...

tahniah abg danish! :)