Assalamualaikum....

Selamat berhujung mingguuu... 
Waa minggu ni antara hujung minggu yg mengujakan sebab baru rasmi gajet baruuu!!
Baru dilancarkan Rabu lepas... En Suami tag kat FB... tengok2 promo baek punya kalau 
sign up package baru. Sementelah contract 2 tahun lepas ngan Maxis masa sign up 
Samsung Galaxy II pun dah nak habis apa lagiii tak lepas peluang laa grab 
Samsung Galaxy Notes 3 terbaru!!!


2 kali jengah Maxis center Alamanda Putrajaya.
1st visit katanya system slow/down tak boleh nak register...
tak lama *bila sampai rumah* dapat call dari Maxis center kata sistem dah ok
pergi plak lagi sekali uhuhuhu.


Mujur kali ni process berjalan lancar. Call Maxis center gak stok Notes 3 kaler putih kat
Maxis center mana yg masih available... Sunway & Garden habis dah katanya tinggal 
yang kaler hitam je. By right kalau tengok kat 
gsmarena Samsung Galaxy Notes 3 ni ada 3 variant colour 
Hitam, Putih & Pink


Tapi malangnya kat Malaysia buat masa ni cuma ada Hitam & Putih sahaja...
so sebab nak kaler putih jugak pergilah ke
ke Alamanda sekali lagiii... Terima kasih Papa kerana sanggup melayani
isterimu ini... muahhhhhh


Dapat HP on the spot. Sebenarnya kalau ikut promo, 800 MOC ( Maxis One Club)
yang subscribe plan baru talk More RM78 + Data plan 3GB RM68 akan dapat 
FREE Galaxy Gear ! Tapi lepas launching Galaxy Gear October nanti baru 
tau sapa yg terpilih sbb Maxis yg akan call sape2 yg memenuhi criteria.
Aku plak masuk hari ke-4 baru gi kann...
 rasanya hari pertama lagi  dah licin dah 800 MOC tu uhuhuh

Anyway, lepas COD barang di Shah Alam singgah ke Alam Central beli casing.
Jumpa kaler purplerr... panas2 baru sangat sampai hari ni..
kaler purple ni sgt gojes dimata I...! hihihi


Sebenarnya masa sampai2 bila bukak kotakkk.....alamakkkkkk...!!!
suspen tgk kepala cable microUSB 3.0 yg totally different dgn existing microUSB 2.0 yg berlambak2 kat umah ni dari koleksi zaman tok kaduk NorKiah dan nenek moyang SamSeng. 
Rupa port pun lebih panjang....Baca2 balik rupanya '..with backwards compatibility microUSB 2.0'
 Bila acu cable lama rupanya boleh connect kat port tu sebelah bahagian.... fuhh nasibbb baik. 
Kalo tidak senang hati la Papa konker cable charging sensorang..... mana aci hehehehe



Lagi satu yg jatuh chenta sangat ngan Galaxy Notes 3 ni sebab boleh 
view dual windows serentakk..! Rupa2nya dari Notes 2 lagi dah bolehh...
memang besttttt sangatt part ni. Bleh layan FB & baca blogg serentak gitew hew hew heww...!!
Suker sangatt okehhh!!!


Pagi ni terus 'basuh' Wristlet & wallet purple sedia ada...
terus 'baru' balikk.. maklum nak terima sedara baru kan hihihi


Complete la my purple collection...
biasa gi kerja mmg bawak wrislet ni jekkk...tak bawak hand bag bagaii..
maklum la nak bawak beg komputer pastu bag of honour 'the medela tote bag'
*beg memproses dan menyimpan titisan emas susu ibu* lagi kann..
jenuh la kalo nak tambah ngan hangbag lagii.. so bawak wristlet je.. comeyy je gitew hihih.

Apapun semangat baruu nak gi kerja esokk! yoshhh!!! 

Assalamualaikum...

Wah sedar2 dah masuk hujung September. Sungguh pantas masa berlalu...
Hujung minggu kami penuh gak aktiviti..
Pagi Ahad pepagi dah jejak Taman Tasik Cyber...
breakfast piknik tepi tasik sambil beriadah keluarkan peluh.


Bawak bola & raket badminton...
puaslah budak2 ni main bola dan lagi best main playground..
Berapa kali pun jejak memang tak jemu2 budak2 ni kann...
sentiasa rasa teruja hihihihi


Puas berfootball, bercombat, berplayground and so on terus gerak balik. Dapat COD confirmation so 
kena siap2 balik utk kejar schedule.

Balik sempat masak, lunch di rumah and keluar COD di Kerinci. Since dah tak de schedule lain,
lepas COD terus gerak ke Shah Alam.. first time nak jejak ke Perpustakaan Tun Uda 
yang baru terletak di Seksyen 13 tu... tak pernah jejak lagi hihihi

Sejam lebih gak lepak sini.. sempat la Danish & Dania kata beberapa buah buku cerita and Danish 
update dalam buku Nilam sekolah.  Sebenarnya macam2 aktiviti ada kat sini... HP habis bateri pulak so tak dapat la nak snap banyak uhuhuhuh. Yang pasti mmg best library ni. Sangat selesa... ruang2 untuk kanak2,
remaja & dewasa.
Seronok tengok student2 yg buat study group siap bersofa bagaiii... feel like at home gitewww... untung 
betul budak2 sekarang kannn


Lepak punya lepak sedar2 perut dah berkeroncong. Ajak Papa singgah pekena
Mee Ketam kat Seksyen 7.
Pernah baca entry kat blog Lieya.. lama dahhh.. ntah betul ntah tidakk.. tapi bila google ni la page yg 
keluar atas sekali so terus terjah sini hihihi


Sampai2 kedai penuh!! Kitaorg order Mee Kari Ketam dan Mee Kari Udang Galah.
Udang galah RM90/kg aka RM9/100g...

Memang sedappp... kurang pedas so budak2 pun bleh makan kot.. 
kitaorang ? memang licin kuah pun tak tinggal! hihih

Alhamdulillah perut dah kenyangg.. terus la balik..
esok dah nak sekolahhhh... dan kerja macam biasa heheeh
Assalamualaikumm..

Salam pagi Jumaat. Ahaa.. bebaru ni dapat omiyage (ole ole)
dari ofis mate yg dibawa oleh suaminya yg baru balik dari Jepun.
KitKat Maccha (Green tea) flavour! wahhhh!!!!!
terujaa makkkk! 
Izan memang sangat suka makan Kit Kat. Kalau kat umah beli sebungkus
ada 5-6 pack 2 bar tu kejap je licin

Tetiba dapat lak yg Maccha Flavour ni kannn... 
bukak2 tengok isinya kaler hijau! 
*tak sempat snap sbb dah excited nak makan*
Sedappppppppppppppppppppp sangat okehhh!!!!


Tetiba bff kat Perodua nu update... dia pun baru dapat omiyage (ole ole)
dari Jepun... KitKat siap ada perasa kabocha (Labu) lagiii .. .waaaaaa!!!


 Tengok isisnya pun kaler kuning ~ Labu...! Mesti sedap kannn!!!
I Loikee Labu!!!!!!
*kredit gambar oleh Ambrynaa*


Nanti nak kirim gak kat member2 yg gi Jepun KitKat pelbagai perisa ni..
kat Malaysia ni so far jumpa yg original flavour je... ke ada yg lainn??



Ahaaa.. sempat nyelittt...
Ni Ayam kampung bawak balik fresh dari kampunggg.
Grillkan dalam pemanggang ajaib je. Jagung pun bawak dari kampung..
Danish request Nasi Goreng Planta... so combine kan dgn grill ayam kampung hihihi.

Nak tau.. sejak buatkan nasi goreng planta tu HARI HARI Danish request nasi goreng Planta
untuk breakfastt.. ayoyoyoo! takut jemu la plakkk... tapi buatkan jugakk..
lepas 3 hari breakfast nasi goreng planta akhirnya hari ni baru buatkan Mee Goreng Mamak
untuk breakfast walaopon jenuh pujuk suh rasa hihih.

Untuk rekod Danish sebenarnya sebelum ni hari2 breakfast 
Nasi Lemakk... hari hari okehh!! Tapi sejak En Suami 
request nak breakfast kat rumah pagi.. dah masuk 2 minggu dah 
masak breakfast setiap pagi.. Alhamdulillahhh ;)



Assalamualaikumm..
Happy belated Hari Malaysia. Doaku agar Malaysia terus dilimpahkan kemakmuran dah rahmat dariNya. 
Ada kawan ofismate berbangsa Cina yg berpuasa 40 hari mengikut kepercayaan mereka sempena Hari Malaysia agar Malaysia sentiasa aman sejahtera katanya ;)



Cuti Hari Malaysia kami sekeluarga mengambil peluang pulang ke kampung menziarahi orang tua. Emak tak berapa sihat.... sakit2 lutut..  Dah jumpa pakar tulang dan dah ambik injection serta supplement. Kesian emak... harap2 Emak cepat sembuh seperti sediakala..... aminnn

Hari Ahad cuaca mendung dan hujan sepanjang hari.. petang Abang ajak ambik angin ronda2. Singgah n lepak kat Teluk Sengat cari rojak ketam... tapi dah habis uhuk!! last2 layan jelah apa yg ada... Emak tak larat nak ikut rehat kat umah je huhu. Tapaukan Mee bandung je kat Emak huhu


Hari Malaysia tu sempat jugak melawat Pusara Arwah Atuk... rindu kat Atuk bila teringat... doa kami semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh yg Maha Esa.... aminn
Jam 3 petang jugak bertolak balik. Jam 11 malam baru sampai gara2 jem kat PLUS highway selepas Pedas Linggi. Singgah toilet hentian sebelah pun queue panjang sampai 20-30 orang!
Kalo cuti ph camni tak sah PLUS kalo tak jem kann.. letih sungguh !




Assalamualaikum....

Sekali sekala bila datang mood nak ber'shawl...
Kalau pakai pon gi office.. kalau berjalan keluar ngan askar2 ku yg comel tu rasanya
tak sanggup nak melilit2... uhuhuhuh


Baru2 ni 2 layer shawl dari Ambrynaa Shawl sampai..
so melaram la wat gi office. Snap kasi kat tuan butik 
terus di upload ke FB nya.. uhuhuhu

Sedap pakai shawl ni.. kain sejuk dan ringan tapi jatuh terletakk.

Lagi koleksi lain dari Ambrynaa Shawl :



Kalau nak usha koleksi lain boleh layari :


 Assalamualaikum...

Aha.. hari Merdeka 31 Aug yg lepas emergency balik kampung Pahang melawat makcik saudara yg
dimasukkan ke wad Hospital Temerloh setelah hilang selera makan dan muntah2 teruk. Pagi2 lagi Pak Lang dah sampai rumah untuk car pool balik kampung. Budak2 termasuk Fahim tinggal dengan bibik kat rumah.. jadi taska jap rumah tu hihihi.

So kami2 ni meneruskan perjalanan.. ye la Hospital gomen sekarang budak2 bawah 12 tahun dah tak dibenarkan naik ke wad di atas faktor kesihatan. Budak2 punya antibodi pun tak kuat kan takut balik bawak pulak penyakit dari Hospital.

Anyway kami bertolak dalam pukul 10 pagi. Sempat lagi Mama singgah COD Medela Freestyle kepada seorang Customer di sekitar KL. Then terus bertolak ke Temerloh. Sampai dalam pukul 1 lebih jugak.. perut pun dah lapar.. terus Pak Lang ajak pergi makan
Ikan Patin masak Tempoyak di gerai Makan Pak Usop 
yang terkenal di Temerloh tu. Kira first time la kitaorang nak jejak ni


Sampai2 memang tengah waktu lunch... orang dah panjang beratur bah!!


Tu dia.. pelanggan yg menanti sekawah lagi Patin Ikan Tempoyak siap di masakk..!
kawah sebelum ni dah licin!


Papa ambik ulam2, sambal belacan  & tempoyak, sambal kering ikan bilis & petaii..nyummm!!


Ahaa tu dia.. sekor ikan patin... di potong 2 ke 3 bahagian setiap ekor..


Tu dia pilihan lauk hari ni.. Makan lauk kampung ari ni no!




Ni antara menu special kat Gerai Pak Usop ~ Air Jagung! 
Macam ABC buh jagung tuu.. sedapp nko!! ada pulak 
macam apa tu.. halba ke halwa tu yg kaler hijau kat atas tu..
minum tengah panas terikk.. memang terbaekk!!



Lepas makan terus ke Hospital Temerloh. Alhamdulillah... Mak Saudara dah beransur sihat..
dah masuk air.. dah boleh makan cuma buah pinggang terjejas sikit. Doktor bagi discharge petang tu..
hari Selasa pulak kena datang untuk follow up.
Lega tengok Mak Uda dah boleh makan.. kalau tak masuk makan apa pun keluar balikk..


So kitaorg tunggu sampai Mak Saudara discharge hospital.. terus bawa ke rumah menantunya
di Temerloh. K.Su ni *yg duduk hujung belah kanan*
memang terorr masak Ikan Patin Tempoyakk..



Memang paling sedap 
la yg Mama pernah makannn... masa Pak Lang hidang Patin Tempoyak gerai Pak Usop 
tu Mama cakap boleh challenge tak Tempoyak Patin K.Su..?
Of course la tak bulehh... orang masak sekawah ngan orang masak seperiuk kannn...
anywayy... sejak kahwin dengan Papa ni la Mama baru belajar makan ikan patin tempoyak ni...
pernah belajar sekali dengan arwah Mak Mertua... tapi mmg kurang mahir lagi nak memasaknya..
dah belajar jugak dengan K.Su.. errr.. cuma seru tak berapa nak ada ..
yang ada alasan je hihihih .. opss!! sorry papa!

Assalam...

Ahaa.. 2-3 hari ni hujan je kann.. 
semalam balik teringin plak buat Ikan Siakap masak stimm.. teringat ada pemanggang ajaib!
Apa lagi terus singgah kedai beli barang skett dan bersilat lah kat dapur dengan pemanggang ajaib.
Hasilnya ... taraaaaaaaaaaaaa


Memang terbaekkk.. jauh lebih mudah dengan pemanggang ajaib ni... tumis bawang di kuali lainn.. 
then semua lebur kat dalam pemanggang ajaib, didih masukkan ikan tutup!
Tunggu 10 minit.. ambik kuah sikit asingkan utk Dania yg tak makan pedass... tabur sayur dan cili tutup lagi!
Masakkk tabur daun ketumbar sikitt dan terus angkat...! Aromanya fuhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Resepi ? Boleh tengok sini. Bezanya kali ni tak de perap2 dengan halia & bawang putih tumbuk dah..
semua hiris2 dan goreng garing, asingkan sikit dan terus buat kuah
kat Pemanggang ajaib, buh semua bahan, didihkan kejap sebelum bubuh ikan... 
sangatlah mudahhh okehh!!!
Sebab ikan tu pun tak terendam penuh.. so kira terSTIM jugak la separuh badan hihihi.

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK STIM  @ Sweet Recipes Gallery

Okeh selamat mencubaa!!
Assalamualaikumm....

Tanggal 1 September semalam genaplah usia Dania Aliesya ke-6 tahun ini.. Alhamdulillah.

Untuk rekod bufday Dania ni selalu jatuh bulan puasa...
tahun lepas pulak time raya tapi Abang masa tu warded so celebrate simple je dgn kawan dia jiran sebelah.
Tahun ni sekali lagi jatuh bulan Syawal dan kebetulan weekend. Actually Dania request nak potong kek dengan kawan2 kat sekolah... InsyaAllah nanti mama jadikan kenyataan yek since ni last dia sekolah taska.


So semalam pun  wat jugak majlis kecil-kecilan just ajak sepupu2 Dania memeriahkan Majlis.
Sementelah Mama pun sepat gak beraya 2-3 rumah tengahari tu so berkejar2 jugak la untuk sampai rumah
sebelum sepupu2 Dania sampai rumah.


 Menu pun simple je... Lodeh Jawa  (Nasi impit, kuah lemak + sambal sotong) + Spagetthi Bolognese.
Alhamdulillah sempat jugak siap. Mujur bibik ada tolong siapkan bahan


Tahun ni kek order dengan M&M Cupcakes. Geram sangat tengok lukisan kek dia comel comell!! 


Pak Lang sampai dulu. Mak Lang on duty hari ni


Next Mak Long sampaii.. 


Jemput jemputt


Delisha kalau tengok orang makann.. di tenunggggg je macam nak telah jugakk uhuhu


Bila di agahh dah rajin gelakk!! kalo tak di tenung2 sorang2 yg tengah makannnn..
cian anak Mama uhuuu


Bufday girl dengan cupcake mewakili ahli keluarga besar kami...
Papa (versi pakai contact lens hihi) + Mama + Abg Danish + Dhiya + Delisha + Bibik
Sengih je  bibik tengok cup cake dia pun ada. Saje ambik ati bibik sket hihihi


Hadiah yg sempat di belikan untuk Dania.. ni kena main sama2 ngan Abang sbb masa bufday Abang
2-2 dah dapat hadiah hihihihi.
Buku cerita tu pun Dania yg pilihhh. Keluaran Ana Muslim


Okay 1 short sebelum mula acara


Dengan 'watak' cupcake masing2 hihihi. Danish komplen 
nape gambar dia rambut macam botakk.. ? mama cakap tu rambut ala punk laa
kan Danish selalu buat hihihi


OK hidupkan api lilin dulu


one pose lagi


Terus berkumandang ~  Lagu happy bufday diikuti 
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Dania Aliesya,
Allah selamatkan kamuu... aminnnnnn


Birthday girl tiup lilinnn


dan potong kek sendiri hihihi


Seterusnya acara potong kek. Yg lain dah tak sabar nak makan kekkkk


Dhiya & Zara


Mama + Papa & Dania 


Mak Teh baru balik dari Temerloh. Sempat tapau kan Tempoyak Patin & Sambal kacang special ..
memang terBAEKKK!!!


Makan2 skettt sambil sembang2 


Tinggal mak2 and bapak2 bersembangg.. anak2 semua dah berterabur mainnn

Terima kasih semua yang telah sudi datang majlis yg tak seberapa..
terima kasih juga hadia untuk Daniaa...
sampai jumpa lagiii daaaaaaa

"Selamat hari ulangtahun ke-6 buat puteri kami, Dania Aliesya. Semoga terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Nya selalu. Mama & Papa doakan semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi hidup mu sayang... we love you so much! "