Assalamualaikumm

Semalam julung2 kali berpeluang jumpa live Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj 
yang mencemar duli bagi merasmikan Masjisd Taman PP yg berdekatan dengan rumah. 
Kebetulan terawih sebelum ni dah di beri pengumuman oleh imam untuk datang beramai2 
memeriahkan majlis maka petang semalam pergi la dengan Danish & Dania. En Hubby pulak ada majlis berbuka puasa dengan Customer di Hotel Singgahsana..


Majlis berbuka dengan menu ringan kurma, bubur manis dan bubur lambuk.
Yang di raikan bersama oleh Pusat Zakat Selangor hari ni of course lah
golongan Asnaf, fakir & anak2 yatim. Memang diaorang dapat meja reserve.
Rakyat marhain yang lain tu pandai2 la menempel cari tempat hihihi.
Orang memang ramai lahh.. paham2 je la kan.


Antara juadah berbuka yang di agihkan.
Lepas berbuka dengan juadah ringan terus solat maghib berjemaah bersama2 
dengan Sultan Sharafudin Idris then baru sambung makan malam.
Menu nasi putih dan lauk pauk daging masak kicap, ayam/telur masak sambal. acar nenas...
orang memang ramai so lauk cepat je habis dan cateror mmg sentiasa kena top up lauk.


Danish makan licin.. maklum la sambal kann.. sedapp katernya. Alhamdulillah.


Dania pun habis sepinggan comelll


Lepas dinner sambung Solat Isyak berjemaah di ikuti okeh Terawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat.
Memang laju je imam. Terasa memang lancarrr je. selalu kalau 8 rakaat pun
mode 'slow motion' hihihihi. Dengar2nya imam pun mmg khas pengiring Sultan.


Habis solat terawih, Sultan Sharafudin sempat bergambar kenangan dengan Menteri Besar DS Khalid dan exco negeri diikuti AJK2 masjid yang berbaju hijau di belakang.
Rupa2nya ada ex-office mate yg jadi salah sorang AJK.


Malam ada lagi morehh... bubur kacang hijau cecah roti, air sirap sejuk dan teh tarik. Dalam ramai2 tu boleh terserempak dengan member sekampung kat Johor nu... dia dari team paramedik standby untuk Sultan.

Al-kisah majlis iftar bersama Sultan Sharafudin di Masjid TPP kali ini. Masjid ni sebenarnya dah lamaa..
baru semalam di rasmikan. Patut la masjidnya pun dah bercat baru gitewwwww

apapun kenangann yg baik untuk Danish & Dania InsyaAllah.


3 sweet comments:

JaSSNaNi said...

pergi ye semalam... saya tak sempat... balik umah dah kul 6.30pm.. terkejor2 nak masak.. lepas tu kul 8 kuar jap.. kakak kirim barang.. anak saya pegi sini smlm.. :) hehe

eelobor said...

2-3 ari lepas ada majlis kat belakang opis nie... kampung nakhoda

Mon MonaLea said...

akak duduk taman putra perdana ye.