Assalamualaikum....
Cuti sempena Hari Keputeraaan Sultan Selangor pada 11 Dec lepas aku & Abang
manfaatkan membuat urusan2 pejabat di Kuala Lumpur.
Tempat yg dah lama sangat aku nak pergi tapi tak terpegi2 ialah
pejabat KPF (Koperasi Permodalan Felda) yang terletak di Jln Gurney Kuala Lumpur.
Untuk anak2 FELDA mesti tahu apa itu KPF. Kalau tak tau baik korang google or
tanya pada parent masing cepat-cepat.
KPF antara koperasi yg memberi dividen + bonus yang paling lumayan
di Malaysia. Tahun lepas sahaja mencecah 18% ! dan tahun-tahun
sebelumnya 14 - 15 % setahun secara purata.
Aku pun sebenarnya baruuuuu je ada akaun KPF ni tu pun bernaung di bawah nama
Abah kira dgn entitlement anak peneroka.
Yang aku tahu nak masuk/keluar kan duit dalam acc KPF ni tak berapa nak mudah..
itu yg membuatkan aku pun cuak2 je nak masukkan di tambah plak
dengan modal yg tak berapa nak ada.
Namun akhirnyaaaaaaaaa.... minggu lepas aku jejak jugak pejabat KPF ni
untuk memahami sendiri mekanisma nak masukkan amount dalam akaun KPF ni uhuhuh.
Mula-mula kena pergi depositkan amaun pelaburan ke kaunter Maybank melalui borang deposit tunai.
Bawa slip kuning dan pergi ke kaunter KPF. Sampai sana terus isikan borang TAMBAHAN SYER.
Selesai mengisi borang terus ambil nombor.
Tunggu sampai no giliran di panggil dan serahkan slip kuning berserta borang TAMBAHAN SYER yang
telah lengkap di isi. Tunggu seketika sehingga nama di panggil.
Anda akan di berikan RESIT RASMI beserta SLIP PENYATA AKAUN amaun terkini di dalam akaun anda.. itu sahaja!!
Ok secara kesimpulannya, untuk menambahkan jumlah pelaburan ke akaun KPF, berikut adalah cara2nya :-
1. Tambah amaun pelaburan di kaunter Maybank menggunakan Borang Deposit Tunai ke :
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD.
No akaun : 564212301580
Tuliskan nama penuh & No. IC di ruangan reference.
Simpan slip kuning (salinan pelanggan)
2. Bawa slip kuning ke kaunter KPF. Isi borang TAMBAHAN SYER dan ambil No. Giliran.
3. Serahkan slip kuning ke kaunter KPF. Anda akan di berikan RESIT RASMI & PENYATA AKAUN terkini.
Itu sahaja. Sebarang transaksi ONLINE (maybank2u, cash deposit etc) telah di batalkan oleh pihak KPF. Walaubagaimana pun pelanggan juga boleh menghantar slip kuning ( jangan lupa simpan copy terlebih dahulu) ke KPF melalui POS. Pihak KPF akan menghantar Resit Rasmi & Penyata Akaun dalam masa 7 hari bekerja.
NOTIS :
http://kpf.felda.net.my/Lists/Pengumuman/Attachments/29/Image311012150112.pdf
Maklumat lanjut boleh layari : kpf.felda.net.m
Kitaorg turut menjejaki Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur. Bibik akan pulang bercuti ke kampung halaman sepanjang 3 minggu sehingga awal tahun hadapan.
Kerajaan Indonesia pula telah memperkenalkan Kartu Tenaga Kerja Luar Negara (KTKLN) yang WAJIB di miliki oleh semua warga Indonesia yang berkerja di luar Indonesia.
Kerajaan Indonesia pula telah memperkenalkan Kartu Tenaga Kerja Luar Negara (KTKLN) yang WAJIB di miliki oleh semua warga Indonesia yang berkerja di luar Indonesia.
Tanpa memiliki KTKLN, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk keluar dari Indonesia.
Walaubagaimana pun KTKLN hanya di keluarkan oleh Kerajaan Indonesia di Indonesia SAHAJA.
Settle urusan di KL kitaorg pusing ke Mid Valley. Ingatkan nak ronda2 Mid Valley. Tetengok sesak habis..! parking semua level FULL!! terus give up dan berpatah ke IOI. Lunch pekena Nasi Penyet nyumm!!
sedap pekena Teh Botol Indonesia hehe. Kalau pergi sana memang minum Teh botol jek uhuhuhu
Ronda-ronda ToysRus.. cari hadiah bufday Dhiya dan jugak hadiah baby kengkawan.. hajat di hati nak hantar jugak kat 'anak sedara' yang duk Jepun nunnn!!
Sabtu lepas hantar Bibik ke LCCT. Bibik akan bercuti 3 minggu sehingga
awal tahun depan. So start minggu ni aku WFH (Work From Home) la jawabnya...
Kepada Bibik, selamat bercuti bersama keluarga terchenta.. jangan lupa
pulang ke Malaysia bila habis cuti nanti okehh!!
3 sweet comments:
baru nak tanya sapa boleh melabur.. ehm tak bolehler akak ruginyer..
akak cuma join dua koop dan hasilnyer memang lumayan.. tupun koop tak berapa nak best.. kalau dah feldatu kompom2 banyak..
utk anak peneroka ya...untung jugaj dividen die banyak....
Re Cho Zila & Ayu Arjuna :
Ha ahh... untuk anak peneroka. Tu pun baru terhegeh2 nak buka akaun uhuhuhuhu
Post a Comment