Assalamualaikum...

Baru-baru ni menghadiri majlis makan malam
"30th Anniversarry Look East Policy GALA Dinner"
yang bertempat di PWTC pada 12.12.12.

Aku dan BFF, Zalinawati berpakat nak attend dinner ni
walopon terletak di tengah kota KL dan berlansung pada waktu 
malam selepas waktu bekerja..! gigih! uhuhuh
Si Zalie ni sebenarnya ikut En hubby nya yg datang under Perodua
sebagai salah satu sponsor majlis.


Majlis bermula kira-kira jam 8 malam..
Aku dan Zalie sempat posing sebelum majlis bermula.
Di sebabkan aku pun tak bawak camera malam ni so 
snap pakai henpon berapa kerat je gambar sempat tembak pun uhuhuhu


Bapak angkat aku, Kaminokado San nun dari Jepun pun datang majlis ni.
Sempat jumpa & bergambar bersama. Kaminokado San ni 
pernah bermalam kat umah aku beberapa hari masa majlis kenduri kahwin 
aku dulu. Siap tolong rewang ngan orang2 blok uhuhuhu


Bergambar dengan bekas Sensei (cikgu) kesayangan.. Dr Zoraida


Sebelum Majlis bermula.. sempat snap gambar Tun Dr Siti Hasmah jekkk


Owh dengan Tun Mahathir kali ni aku tak sempat pun bergambar.. maklumla tak bawak kamera.
Sempat bersalam tanya khabar jek. Ni pun terselit kat camera senior2 yg lainn..
dah nampak macam aku pun jadi pengiring tak rasmi Tun plak muka serius habiss! akakakaka


Ucapan oleh Duta duta dari Korea & Jepun.. dan ucapan penting dari Pengasas Dasar Pandang ke Timur sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


 Habis ucapan, acara yang di nantikann... makan makan..!!!


Ok. sambil menjamu selera, kami di hiburkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian.
Paling terpahat di ingatan, persembahan dari Iqwal, artis muda yang mengukir nama 
setelah memenangi beberapa award di peringkat antara bangsa.
Iqwal menyampaikan lagi Winter Sonata dual versi B. Melayu + Korea, Lagu 1 Malaysia versi Tamil,
dan lagi Anak Kampung
Memang merdu sungguh suaranya..!!


Majlis tamat kira-kira jam 10:30 malam uhuhuh

5 sweet comments:

Gieyana Muhamad said...

Mmg tengok serius bebenor ko mengiringi tun...nmpak best jer gala dinner nih..:-)

Nad @ MamaZN said...

Sedap giler suara si iqwal ni ek kak?
Mcm2 bahasa tau plak tu...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Gieyana : Giee.. nak wat camneee.. gambar candidddd tak sempat nak posing ayu! hik hik hik

*∽ IZAN ∽* said...

RE Nad : Kannnn!!! sedap giler suara dia ! dia dah start menyanyi dari umr 12 tahun lagi rupanya. Baru la ni tauuuu..

Cho Zila said...

memang kagum kalau akak yang dapat gi dinnertu.. dapat jumpa tun lagi.. dahler tu nampak sangat rapatjer.. jeles akak..
iqwaltu moga berjayalah hendaknyer..