Assalamualaikum....
Majlis Intifal @ Majlis Konvo The Little Caliphs berlansung awal November lepas bertempat
di dewan UPM, Serdang.
Di sebabkan TLC branch  Dania pun masih baru, jadi kali ni
ada 4 branch TLC yg bergabung membuat majlis Intifal 
buat julung2 kalinya. 


Persembahan dari branch Dania yg di wakili oleh Dania sendiri.
Ce teka Dania yg mana? 
ahaaa.. betulll.. si bunga PINK hehehehe


Dania dengan semua perserta sketsa di akhir persembahan


Antara ibu bapa yang hadir dan memenuhi ruang dewan.


Ibu Bapa dengan gadget masing2 merakam persembahan anak-anak.


 Boleh di katakan kesemua persembahan mempunya nilai nilai islam..


Sketsa bertemakan rukun Islam ~ menunaikan rukun Haji di tanah suci


Tak lupa juga sketsa kisah-kisah Nabi..


Bacaan hafazan doa-doa dan ayat suci dari anak2 berusia 5 &  6 tahunn...


Macam-macam persembahan yg di persembahkan oleh anak-anak kecil ini.
Terhibur dan adakalanya terharu tengok.. 
moga mereka semua membesar menjadi Khalifah yg cemerlang dunia dan akhirat...


Bergambar sebelum balik. Student umur 6 tahun je yg naik pentas utk 
majlis penyampaian sijil.
Alhamdulillah.. tahun ni Dania dah berjaya menamatkan 
sessi pembelajaran 5 tahun di  Little Caliphs.



Ini kawan Mama satu ofis dulu.. berenti kerja dan jadi Young enterprenurs
buka The Little Caliphs branch Bandar Tasik Permaisuri.
Memang tabik la kat beliau!

2 weeks later. Hari Jalinan kasih kat TLC.
Macam biasa. akan ada hari untuk datang diskas 
pasal perkembangan Dania sepanjang tahun ni.

Schedule hari Sabtu beberapa minggu lepas. TLC ni dekat je ngan rumah,
so pagi-pagi lagi kitaorg dah sampai. Terserempak ngan kawan sekelas Dania
yg datang ambik result jugak.


Jumpa pengetua skool Dania. Macambiasa di briefing kan 
Dania punya progress sepanjang tahun.
Kat sini tak ada exam.. so tak ada lah result dalam % ke nombor ke.
Yang penting kat sini selain dari pembelajaran akedemik, 
ada penerapan sahsiah dan rohani berlandaskan nilai nilai islam.
So far Dania dah boleh membaca suku kata.. Alhamdulillah.
Aku rasa sistem pembelajaran kat sini agak berbeza dengan 
Danish dulu. 


Dania termenung dengar komen cikgu. 


Ada light refreshment di sediakan.. lepak jap lepas jumpa cikgu.


Papa check hasil kerja sekolah Dania sepanjang tahun 2012 ni.


Lepas balik dari school Dania terus ke Ofis Papa. Papa ada schedule entertain visitor utk lunch & hantar balik ke KLIA. Tak pasal2 kitaorg pun jadik pengiring tambahan uhuhuhu


Sempat Dania pau colouring set masa singgah kedai runcit beli makanan ringan tadi.


Danish awal2 request nak makan maggi! sabor je laa.. dapat makan maggi tu macam satu anugerah plak 
sebab selalu kena tegah.. paling2 pun seminggu leh makan sekali jek uhuhuhu 


2 beradik layan maggi sambil layan movie


Setia menunggu Papa habis kerja sebelum keluar lunch uhuhuh.


Lunch gi makan kat Streetmall Cyberjaya. tak snap pun gambar sebab
segan ngan visitor ehehehehe.
Lepas tu terus ke KLIA.. al kisahhh

4 sweet comments:

Cho Zila said...

ala bestnyer... ingat tahun depan azalia nak tukar ke little caliphs .. tengah fikirkanni..

gambar majlis intifal atikah dan azalia terdelete oleh ayahnyer tak dapat nak masuk blog.. frust akakni ha..

Gieyana said...

Best kan tgk concert dorang..rs terharu sgt n x sangka dorang leh perform..aku x buat ag enty nureen nyer concert..ekekke..:-)

Nazathul Hamimi said...

seronok tengok anak2 perform kan.. comel je dania jadi bunga pink tu

Tamingsari said...

comelnya dania.. thanks share.. sy sbnrnya dah masukkan anak sy ke TLC juga,kat area lain. nak tny pengalaman awk,kat branch ni ada bg yearly silibus plan tak-apa yg nak diajar setiap minggu?.. yerlah,dah bayar mahal2,takkan tak ada tahu apa anak kita belajar kan?.. then,buku parent communication book dania dulu fully utilise tak?.. patutnya buku communication book tu bdasar pengalaman sy kat o/sea dulu,patutnya diberi kat parent every week utk disign lihat apa yg anak kita belajar/apa yg diperlukan dlm minggu tu utk pembelajaran dia. mohon bantuan awk utk share,jd sy tahu apa yg patut minta kat principal supaya di masa hadapan,pembelajaran anak2 kita di tmpt swasta benar2 berbaloi..