Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk hujung tahun! Masuk bulan DEC bermakna JLPT(Japanese Language Proficiency Test) Exam semakin hampir! Yaa... setiap tahun JLPT exam (Nihongo nouryoku shiken) akan berlangsung pada Hari Ahad minggu pertama bulan Disember ini bermakna tinggal 4 hari (je lagii...???!!! arrrgggghhh!!!!) sebelum JLPT 2009 iaitu pada 6hb Dis 09'! Dan seperti biasa, dek kekangan masa dengan tugas dan rutin seharian sebagai pekerja, isteri & ibu... maka bila exam dah depan mata baru la kelam kabut nak study... study last minutee! Secara jujurnya persiapan aku kali ni baru sekitar 30% sahaja... Ohokk! ohokkk!! Dan port aku study seperti tahun lepas jugak, Perpustakaan Raja Run Uda, Shah Alam huhuhuh.Disember tahun lepas kali pertama aku masuk library buat kesekian kalinya setelah meninggalkan dunia pengajian kira-kira 8 tahun sebelumnyer. Musim ke-2, tahun ni sebaik saja menjejakkan kaki ke pintu masuk PPAS, aku terpegun! Begitu banyak perubahan yang telah di lakukan sepanjang setahun aku tak ke sini! Jadi biar aku ceritakan serba sedikit mana tahun musim-musim cuti sekolah ni ada yg bertukar fikiran untuk membawa anak-anak ke perpustakaan!

Pertamanya, PPAS kini sudah menyediakan kemudahan Wi-Fi PERCUMA! Ini sudah cukup baik (di baca sebagai boleh la aku memblogging bila mata dah hampir nak tertutup mengadap buku)!! Ada Cafeteria untuk mengisi perut pada bila-bila masa. Unit bacaan kanak-kanak dan remaja juga sudah diperbaharui! Kalau dulu unit ini terbuka maka suara riuh rendah kanak2 (maklum je lah) memang boleh kedengaran dari aras lain. Tapi kali ini semuanya sudah ditutup rapi dengan dinding kaca. Kemudahan bilik Multimedia dan internet PERCUMA! Kalau dulu rasanya berbayar... Ada kemudahan surau di Tingkat 2. Kemudahan menonton TV, ASTRO lagi berhadapan dengan unit kanak-kanak dan remaja!

Ruangan membaca akhbar.. para bapa boleh lepak disini sementara menunggu anak menelaah bahan bacaan. Kafeteria yang baru di wujudkan dengan kemudahan Wi-Fi PERCUMA!

Ha.. ni PORT aku study. Amannn..... Di aras lobi yang sama bersebelahan PPAS ialah Muzium Sultan Alam Shah. Masuk juga PERCUMA!

Antara bahan bacaan yang di sediakan diunit kanak2 & remaja.

Antara pengunjung
Kaunter pinjaman buku.
Penat membaca boleh juga menonton TV

Boleh study sambil lepak-lepak macam kat rumah pula! Ruangan group study...
Ruangan Audio dan study yang lebih privacy.


Pendek kata banyak kemudahan yang disediakan disini dan sangat sesuai jika ingin bawa seluruh ahli keluarga 'lepak-lepak' di library sambil memupuk minat membaca di kalangan anak-anak!
Insya-Allah cuti sekolah ni pun nak bawa both kiddies to PPAS!

10 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

good luck beb.....u can do it.....he he he he

rajin tul ko amik test ni yeak izan....bagus tul...

selesa wei kat situ...tenang jek...ko kire okey masuk lagi library, aku ni sejak abis zaman uitm2 dah takde dah ko jejak kaki....tapi kedai buku rajin laa masuk hihihihi

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

izan masih study ke apa ni.. apapun good luck ok

cantik library ni, tenang mata memandang, nak study/blogging pun rasa best jer kan. hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya...
Bukan rajin lia.. terPAKSA.. wakakakka. Otak dah berkarat punn... terseksa jiwa raga la dah tak berapa muda nak kena amek test pulak nih.. huhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi,

Ohhh.. ma kaseh ma kasehhh! Dah kerja dah tapi disuruh amek TEST ni plakkk.. tu lah dari muda-muda tak nak amek, dia dah berkarattt baru terhegeh2 nak bukak buku.. huhuhu.

umeboshi said...

ganbatte izan!! wahh....bagus nye toshokan tu. serba serbi menarik!!

ambrynaa said...

waaa...menariknya library nih..ada wi-fi lak tuh..bawak anak2 lepak2 kat sini mesti bestkan. TQ izan..boleh masuk list tempat 'jalan2'..hehheh

Aleyn said...

Hai...dah lama tak lepak library...last masuk 8 tahun dulu..kat Nasional Library...menelaah sambil dating....hehehhe

*∽ IZAN ∽* said...

Re cik Ume..
Doumo! cuba buat sehabis baik je la walaupon harapan nyer TIPIS.. uhuk! uhuk!!! Cho muzukashinndayoo!!!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zalie..
Tu lah pasall. Nko pun selalu balik Klang kan..? singgah le sini..leh lepak2 kejappp memang cam besttt jekk! Aku pun plan minggu depan baru nak bawak Danish & Dania datang sinih... huhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re..
Menelaah sambil datingg...? Confirm tak masukkk isi buku dalam kepalaa.. nampak LOVE LOVE LOVE jekk! wakakkakaka