22nd June 09 adalah hari pertama Danish menduduki peperiksaan dalam seumur hidupnya. Disebabkan umur Danish yang baru 4 tahun makanya aku & Abang tak lah pressure sangat Danish untuk ulangkaji ke lalu mengandaikan peperiksaan kali pertama ini biarlah menjadi kayu ukur sejauhmana tahap pencapaian akedemik Danish di tadika sementelah antara tujuan aku & Abang hantar Danish ke tadika, selain dari faktor akademi ialah untuk memperluaskan komunikasi Danish berkawan since duduk rumah pun cuma ada Dania & bibik je setiap hari takut tak berkembang pulak PR Danish yg memang suka main dengan budak2 besarr. Dan sepanjang minggu exam, setiap hari pada waktu malam mesti aku & Abang akan tanya Danish macamana exam, boleh jawab ke tidak. Itu pun Danish iya tak iye je jawab dan aku fikir agaknya Danish pun tak faham lagi apa erti 'exam' huhuhuh.
Khamis minggu lepas seperti biasa Abang check beg sekolah Danish sebab biasanya Danish akan dapat homework hari Khamis & Jumaat (utk weekend). Balik hari tu Danish tak ada pulak inform apa-apa cuma kata abang bila Abang keluarkan kertas exam tu barulah Danish bersuara 'Papa, Danish dapat hundredd!'
Aku yang tak tahu & tak diberitahu pun malamnyer lepas selesai makan malam check beg sekolah Danish. Demi melihat markah yang tertera dekat kertas peksa Danish aku pun ikut sama terkejut & teruja.. Danish dapat 100% untuk semua paper! Biar betul nii.. Macam tak caya je.. ni Danish buat sendiri ke cikgunye ajar...? hmmm... aku check tiap2 paper tengok ada kesan padam ke tidakk.. iskk iskk iskkk.. Bak kata Abang.. ntah2 budak2 lain pun semua dapat 100% gakk.. heheheh. Anyway tahniah untuk Danish.. dah tentulah aku & Abang yang paling gembira dengan result Danish tu dan Danish la yang paling kembang kuncup di puji2 aku & Abang ha ha ha!Semalam Tadika Danish mengadakan sessi perjumpaan ibu bapa dan jamuan makan. Sebagai 'ibu bapa', aku dan Abang tak melepaskan tanggungjawab sekaligus pengalaman pertama untuk pergi jumpa guru dan ambil report card pertama anak - Danish! *cepatnye masa berlalu..*
Pelajar kelas Danish ( 4 Tahun) tak ramai... cuma 5 orang je. Masa jumpa guru kelas kami diberikan sedikit sebanyak feedback tengan attitude Danish dalam kelas... dalam pada tu kami ditunjukkan jugak dengan prestasi keseluruhan pelajar dalam kelas dan ternyata Danish duduk diranking no. 1! Dan Danishlah satu-satunya pelajar yang dapat perfect 100% untuk semua subjek hu hu hu! Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada guru yang telah memberi tunjuk ajar... Moral of the story :
Catatan ni bukanlah bermaksud utk nak membangga diri sebab aku tau ramai lagi ibu bapa lain yang ada anak2 yang jauh lagi cemerlang. Cuma utk Danish.. Mama coretkan result exam Danish disini adalah semata-mata untuk rujukan Danish satu hari ni... di masa akan datang apabila Danish mula mengerti erti sebenar kehidupan.... Semoga catatan ini akan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Danish untuk terus berjaya di masa2 akan datang... Danish sayang, Mama & Papa percaya Danish sudah pun memulakannya dengan begitu baik dan sempurna.. Mama & Papa doakan semoga kejayaan akan terus mengiringi setiap langkah Danish dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Semoga Danish sentiasa cekal kerana mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dari mencapai kejayaan itu sendiri...
Buat permata hati - Danish Aiman, Mama, Papa & Dania sayanggggggggggkan Danish sangat sangattt dan akan sentiasa berada di belakang Danish memberi sokongan! We loves you so much! Muaaahhhhhhhhhhh!!!!

NOTE :
Teringat sewaktu kecil Emak pernah berpesan...
'Kalau nak Mak datang hari penyampaian Hadiah Izan mesti naik pentas ambil hadiah!'
Dan kata2 itulah pendorong & semangat untuk aku terus 'mendapatkan nombor' setiap kali menduduki peperiksaan... Sayanggg Emak dan Abah jugakk!!

4 sweet comments:

As said...

pandai danish ya... sumer 100%... dpt no 1 lagi.. harap² every time exam sumer result dia 100%....
congrats danish

☆ lieya latif ☆ said...

alhamdulillah....semua A..semoga sampai kesekolah rendah dan menengah laa die kekal ngan score camtu ...amin....

ibu 2AZ said...

congrats danish..

IZAN said...

Re AS & Lieya..
tu lah harap2 boleh mantain tapi al maklum je lahhh.. nak mantain mmg jauh lagi susah dari nak memula dapatt..

apa pun kita cuma mampu doakan yg terbaik yekk...

Re Ina..
Thanks Ina..